Sayangi dirimu wahai wanita~

Gambar hiasan

Cara Aurat Wanita Terdedah

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Hijab


Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.


Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan .
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? "
Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?"


Kedua, Membuka Leher dan Dada .
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.”
Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.


Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya daripada yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang.
Syaitan berbisik lagi,
“Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak “cool” cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.


Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent.
“Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,”
begitu dia menokok-nambah. Walhal hasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanitakasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


Keempat, Agak di Buka Sedikit.
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu,
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.”

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan.
“Yah… . tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy,” katanya.


Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.


II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.


Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.


Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit.
Syaitan berbisik kepada para wanita,
“Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh… … ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala… … . orang tetap menamakannya dengan jilbab.”


Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.


Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis.
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
“Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.” Nanti kalau sudah biasa,baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”


Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.


Ketiga, Terbuka Seluruh Betis .

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”


Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki bersungut? “Fitnah? Ah… … itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka?

Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”


Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.


III. Serba Mini.


Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain.
“Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”


Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.


Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”


Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.


Penutup.


Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka seakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.


Wallahu a’lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab “At ta’ari asy syaithani”, Adnan ath-Thursyah


dari:http://haritzer.com/?p=376&cpage=1#comment-536




Jiwa kacau...

Bismillah....

Apa khabar iman kawan2 ku sekalian?
Masih sihatkah iman kita tika ini?
em..kalau rasa yang macam naik turun tu...
jom kita muhasabah balik kot..
even aku pun rasa diri sendiri macam tak stabil...

Pernah kawan2 dengar ayat ini?


"Carilah hatimu di 3 tempat..temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran.
Tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak
kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati.
Jika kau tidak ketemui jugak, maka berdoa lah kepada Allah, pinta hati yang baru
kerana hakikatnye pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


Carilah..carilah hatimu di 3 tempat itu...
:::::::ketika membaca Al-Quran:::::::
:::::::ketika sedang solat:::::::::::::::::
:::::::ketika mengingati mati::::::::::::

Jika tidak kau temui..mohonlah..mohonlah pada Allah agar di beri hatimu hati yang baru...
Kerana hakikatnya..kala itu..kau tidak mempunyai hati....

HATI YANG SEBENAR

Ada seorang sahabatku bertanya,
"Apa maksud hati yang sebenar?"

emm...secara lahiriahnya...kita selalu berpendapat yang hati kita adalah hati yang kita ada.yang ada di dalam dada itu.
Hati di mana pabila kita berasa sakit hati, kita akan memegang dada kita.betul kan?...
pada aku, itu hanyalah satu organ dalam badan kita yang mempunyai fungsi tersendiri yang digelar sebagai hati.

Hati yang membawa erti hati yang sebenar2nya itu..hanya Allah sahaja yang tahu di mana ia berada.hati yang kita ada sekarang ini hanyalah yang zahir sahaja.
hati yang sebenar2nya, kita sendiri tidak tahu di mana letaknya..(hoho..sorry la ayat berterabur sikit)....

Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir ra. berkata:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
"............Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal
daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan apabila ia rosak maka
rosaklah pula seluruh jasad itu, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah
hati"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Allah telah menciptakan setiap makhluk2Nya dengan hati masing2...
Cuma cara manusia itu menilai dan mengawal hatinya itu berbeza2.
Jika baik kawalannya,maka baiklah hati dan seluruh jasad itu.
Jika buruk kawalannya,maka buruklah hati itu dan seluruh jasad itu.

Jadi,bagaimana pula dengan kondisi hati kita sekarang?....

em...di sekeliling aku sekarang ini,ramai orang yang jiwa kacau sekarang..huhu...
sebab exam la..belajar la..dan bermacam2 lagi...
kondisi hati yang kurang stabil...

Kondisi hati kita itu..bertitik tolak dengan cara2 kita mengawalnya.
Umpama seorang kapten kapal mengawal bahteranya di tengah lautan.
Jika ada ribut kencang melanda,pasti dia akan pertahankan bahteranya dan anak2 kapalnya untuk terus selamat berada di atas bahtera.
Kerana segala kawalan hanya dia yang tahu dan dia yang di pertanggungjawabkan untuk mengawalnya...

Begitulah hati kita.
Kitalah nakhoda..dan kapten kepada hati kita...
mustahilla tiba2 ada orang datang cakap pada kita.."meh aku kawal hati ko"...
pasti tiada bukan?....

PUSAT KAWALAN

Hati adalah pusat kawalan bagi segala tindak-tanduk kita.
Kerana dari hati lah lahirnya segala niat bagi setiap perbuatan kita.
Kerana itulah....
ada hadith mengatakan..
"Innama al a'ma lubinniat"
Setiap amal perbuatan itu bermula dengan niatnya.

Macam nokhoda bahtera tadi..kalau dia mengawal kapalnya ke kanan,maka ke kananlah geraknya.jika sebaliknya,maka sebaliknya lah yang akan berlaku.
Jadi, ke manakah nakhoda2 sekalian ingin memusingkan bahtera anda?..(yakni hati)...
Tepuk dada,tanyalah iman...

Aku acciDenT???

Bismillah...

wahh..korang taw tak?...
dahsyat semalam taw..
sebab ape?
sebab aku accidenT woo...
accident ape?..
accidenT..jengjengjeng....accidenT basikal...
haha...
dengan sape?...
dengan kouhai=juni0r aku...
nama ape?..nama dia syarfahanim..panggil hanim je..single and available..opss..
terpr0mote lak..sorry ye hanim...dia tengah khusyuk study ni..esok ade test kimia 1..tapi sure tengah mamai tu..haha...

Dahsyat woo...
accidenT tu...aku sendirik pon terkejut..mujur la tak de kemalangan jiwa...
kemalangan jiwa manusia..ade kemalangan jiwa2 basikal je...
Nak dengar cerita selanjutnya???
Baca sampai habis ye...

Semalam hanim datang la melepak solat kat umah aku..so..dalam area pukul 12.45 tengahari gitu..kitorang pun bersiaP siaGa la nak p sekolah...
berLumba basikal wooo p sekolah..haha..nasib baik la jalan lengang..kalau tak..memang accident melibatkan jiwa manusia r..haha...
lumBa punye lumba.... [merempit la gitu..vroom2..bunyi beskal]
dan lumba...(padahal sekangkang kera je sekolahnya..5 minit je..)...
Sesampai kat sekolah..(dalam mood lumba lagi ni)...hanim break nak berenti...
aku yang dalam gear tinggi ni...tak tersempat la nak break sepenuhnya..dapat break coEt je..hehe...
dan apa lagi..

DEBUSH!!!..bush..bush...bukan bush amerika tu...bush lagi...


~LOKASI TEMPAT KEJADIAN~

satu..dua....lima..enam...
taw tak aku kira ape ni?...
kira bilangan basikal yang jatuh setelah dilanggar oleh hanim dan basikalnya..
haha..
lawak gila...
ingatkan sikit je yang jatuh...tapi..macam domino effeCt r...slow2 je yang basikal sebelahmenyebelah tu jatuH...haha..
hampir semua lak tu..aku rasa ada r dekat 20~30 bijik basikal yang jatuh kat tempat kejadian tu..cian basikal2 tu.. deretan beskal la jatuh senang ceritanya...sume beskal yg berada di tempat kejadian macam dalam gambar kat atas tu jatuh dan jatuh ...

Aku dengan hanim ni dengan selamba rock je tergelak2 kat tempat kejadian tu..bukan nak turun basikal untuk angkat basikal2 yang jadi manGsa kitorang tu..haha...aku rasa kalo jalan tu bukan jalan taR..dah lama aku gelak golek2..haha..lawak sungguh...
dan jahat gile.. astaghfirullah alazim....
ada r mamat2 jepun yang gentleman datang angkat kan basikal2 tu..huhu..termasuk incik nAyo..huh..pOpular nAyo dalam blOg aku ni...terima kasih r kat nAyo dan mamat jepun yang sungguh gentleman tu..lupe sebenarnya nak cakap terima kasih kat dorang...dan, sorry la susahkan..susah2 je tolong..hehehe...
yang makcik2 jepun yang lalu kat situ dok tanya "daijyoubudesuka= Ok ke?"...
sebab dorang saksi pertama kejadian accidenT tu...hehe...
orang jepun kan memang prihatin sikit...

Lawak2..sampai dalam kelas pon aku dok tersengih2 teringatkan kejadian tu...hanim pon sama...tu r..berlumba lagi... insaf2...

Kejadian yang sama

Kejadian itu mengingatkan aku pada kejadian yang hampiR sama berlaku 4 tahun lepas...
Setelah 3 tahun berlalu, baru aku berani nak bagitahu mak ayah aku..huhu...
kejadian ape?
accident gak la..ape lagi...yang ni..accidenT kereta..so..plus2 sikitla kedasaTAnnya..huhu...
sampai sekarang den fobia nak bawak kereta maaa...mana tak nya..nama je baru belajar kereta..tapi bawak kereta macam hape je..huhu...
tak suka bawak slow2..ngantuk..hehe...
tapi..sampai sekarang aku tertanya2 macammane la aku leh accident hari tu..huhu..
sendiri pon xtaw..yang aku ingat..bila kawan2 aku jerit.."nik..break..break"..dan..seperti biasa...debush la kat kereta kancil depan tu..mujur la tak de kemalangan jiwa manusia berlaku..jiwa kereta je..huhu...dah la bawak kereta kawan time tu..memang tak sedar diri betoll...
huhu...tapi yang ni bukan berlumba la yer..just high speEd je..hehe..


Moral of the sTorY:
~jangan berlumba basikal mahupun kereta..motor lagila..at least kitorang berlumba untuk suka2..xdela berlumba haRam..huhu..
tapi yang penting, jangan berlumba basikal la...~

~baca bismillah dan kalau boleh,mengucap banyak2 r dulu before meneruskan perjalanan anda. ceewaahh..tapi betulla..mana tahu..ajal dah nak sampai.. x accident pon boleh meninggal dunia gak taw..Malaikat Izrail tu 70kali datang lawat kita hari2...
tiba masanya...selesai la keje die...
(padahal aku baca bismillah je kalo bawak basikal...
kena ngucap jugak pasni nih...ingatan untuk aku dan kawan2 kat luar sana..)~

~saYAngi nyawA anda..sekali je dapat nyawa ni seumur hidup...jadi, hargailah...ingatlah orang yang tersaYang ye...kalau rajin..pakai topi keledar ye..
(kalau bawak basikal ke kereta ke..kena ke pakai?..erkkk..)
tali pinggang keledar pon pakai...
pakai tali pinggang keledar belakang gak taw..
nanti kena saman baru taw..
(tapi...basikal dengan motor ada ke tali pinggang keledar...??..emm..kena buat nih..)~


~...lagi ape ek..ape2 la yang korang rasa perlu sebagai langkah2 keselamatan semasa menunggang atau memandu kenderaan anda..
xkesahla basikal ke..skuter ke..kereta ke..kereta kebal ke..
helicopter ke..kapal terbang ke..beca ke..~


~lagi sekali pesan..jangan berlumba taw adik2, akak2, abang2, makcik2, pakcik2...
sebab sure di akhirnya..adalah ACCIDENT..
kalau yang selamat tu,alhamdulillah la..kalau yang tak....
ingat...NYAWA ALLAH bagi pinjam sekali je...
agak2 kalau amalan tu da cukup banyak untuk menjawab s
oalan2 malaikat dalam kubur nanti..
buat la sesuka hati anda...~
p/s: Pesanan2 di atas tidak ditaja oleh mana2 pihak..
kalau sape2 nak taja boleh gaks...ahaKs...

wassalam~

Permata yang dicari




Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Sekolah aku=SHAH PEKAN=Sekolah Kluster???

Bismillah...

wow...unbelieveable...
sekolah aku...Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan dapat award as sekolah kluster..
apa itu kluster...?..check it out...

SHAH SEKOLAH KLUSTER..
Shah Pekan, 22 Mei 2009,Shah Pekan telah secara rasminya diiktiraf sebagai sebuah sekolah Kluster. Perkara ini telah diumumkan oleh tuan pengetua Shah apabila pihak sekolah mendapat surat rasmi pengiktirafan tersebut pada 21 Mei 2009 lalu. Dengan pengiktirafan ini pihak pentadbiran sekolah mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Shah dan diharapkan dengan pengiktirafan ini juga diharapkan semua warga Shah akan terus berjuang untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dalam semua aspek.

Sekolah yang dirindui...selepas 4 tahun aku keluar meninggalkan sekolah itu..walaupun ada je pergi time balik malaysia tahun lepas..huhu..telah berjaya mengorak satu lagi langkah dalam pencapaian cemerlangnya...hebat2...
ternganga gakla aku time 1st time baca berita ni kat blog junior aku..huhu..thanks to amir..
Tahniah kepada sekolahku dan warga2 yang berada di dalamnya..keep up the good works..
but..not only in academics..but also in RELIGION, MORAL, DISCIPLINE...

~~~SHAH PEKAN;WHERE EXCELLENT IS CREATED~~~

p/s: takda sapa2 nak buat reunion ke time aku balik nanti?aku balik 18hb 8 nih....uwaaa...korang wat reunion time aku tengah final exam kat sini..xaci....jom la p sekolah maen r0unders..nak maen r0unders..huhu...
Anyone..jomla p sekolah...(nada sedih tahap golek2 atas lantai..)

Comforting them...

Bismillah...

This post i dedicate to my dear friends, just called them as S and A.

Last few days,at the same time days,both of them messaged me.told that they wuz in sad mode..really sad..need someone to talk with...
U know fren?i wuz really happy at that time becoz i know that u all are still remember me and appreciate for my being as your fren.thanks guys!

Even both of ur problems are not same,but..u know wat frenz...
i just can conclude one thing...as.....

"Allah takkan menguji hambaNYA yang tidak mampu"
(Surah Al-Baqarah,2:286)

There is no person in this earth who never been tested by Allah...never...even our great Rasulullah got many obstacles and problems in his life.in greater,tougher way than us...

My dear S,

You know what?even u are nearly or already lost that friendship..sorry to say..but do u still realize that u still have other friends to be friend with you..and..u still have me right?i'm also your friend...maybe i or the other are not like the older one..but at least...u still have me...have your other friends to share something with...
people always change and there is nothing in this world remains forever.and,so do that frienship.i think la.people come and go.the difference is either they go in a good way or bad way.
u said u are dead now...
do u still realize something my dear?that u still have the greatest one....who can share..can comfort...who can do anything for you...better than me..better than anyone...
u still have Allah my dear...
He is always be with you..but as we are just human-being..sometimes there must be time that we will forget Him for a while even we don't realize...(also remind myself)..but..wake up my dear....He is waiting for you to comfort you.He is waiting for your dua...
if u wanna back your friendship to become normal as once ago..do pray for Him.just ask anything from Him.

"Jika Allah segera memakbulkan doamu,bererti Allah menyayangimu.
Jika Allah lambat mengabulkan doamu,bererti Allah ingin mengujimu.
Jika Allah tidak memakbulkan doamu,bererti Allah menyediakan yang terbaik untukmu..."


My dear A,

I wuz very happy the time u said that u wuz in sad and wanna talked to me.not happy becoz u wuz in trouble but happy as u let me to be ur listener and had place in piece of ur heart as someone to share something with..hehe...
Dear,like what i'd said to my dear S...i also wanna say the same to you...so..can u just read above..hehe..gomenne...
u know something?..once we choose this path(u know what it is)...Allah will send lots and lots of His tests...not only for you dear...they are already sent to our Messenger and his sahabat2.and,their tests are more trillion,billion,million greater compared to us.
As to test His slave about his/her iman toward Him.to test our love to Him.

And,as u already know that those tests will decrease 0ur small mistakes/dosa which we already done to Him.
and,i'm sure that when it comes to one level,u will burst into tears...just wait for that moment..hehe..becoz..me too..had already passed the way u pass now.but..maybe...the tears are not for nothing.it is for your Love;ALLAH...
but..i think..no need to cry la...becoz u still have me rite?hehe...i always be for you whenever,wherever,whatever,whoever u are.
and we two,will pray for Allah's love together...hehe...

"La takhof wala thazan..innallah ha ma'ana...
Jangan bimbang jangan sedih..Allah sentiasa bersama kamu.."....


My both dear,S and A....

The thing i can say is just be grateful for Allah's give.even the sour one,or sweet one or the tawar one...^_^
becoz as long as Allah try to test you,it means that Allah still pay His attentions to you and love you.than someone He ignore.which one is better?...although the test is quite tough i think...just think that..He LOVE you..ALLAH love you...can read this...

have no idea to continue..and i know that u all already understand it maybe...if u still wanna ask something,do ask me..^_-
Sorry if with these words,u all are still feeling nothing.i mean,still can't comfort u all..huhu...
I've tried my best to comfort my dear friends and i let the rest to Allah to comfort your heart.
remember that...SAYA SAYANG KAMU KERANA ALLAH...[",]/
Thanks for being my good friend and sorry for any single mistakes....

(Soooo sorry for the broken English..hehe..just remind me if there are wrong spellings or grammars or whatsoever....i'm glad to hear for that..huhu..[ye ke?]..)

今の仕事は延ばしてしないで!

Bismillah...

Jom belajar bahasa jepun lagi..yeay!..hehe...

Kali ini,aku terdengar seorang sensei aku sebut time nak habis kelas...

今の仕事は延ばしてしないで!
ima no shigoto ha nobashite shinaide!
maksudnya: kerja sekarang jangan ditangguh-tangguh...

mai belajar satu persatu maksud perkataan tu...

今 : ima
maksudnya : sekarang

仕事 : shigoto
maksudnya : kerja

延ばして :nobashite.... rootwordnya ialah 延ばす : nobasu
maksudnya : panjangkan atau lengahkan atau tangguhkan atau yang sewaktu dengannya

しないで : jangan!...
kalau ayat yang sebetulnya ialah しないでください : shinaidekudasai.tapi,boleh dipendekkan menjadi shinaide kerana ia just ayat suruhan,so sukahati la nak panjangkan perkataan tu atau pendekkan.ia adalah kata kerja dalam bentuk negative.

perkataan asalnya ialah する : suru.ia adalah sejenis kata kerja.bukan makanan ye.yang ini adalah kata kerja dalam bentuk positive.
jika dijadikan ayat arahan ala2 suruh orang ke..tak de la arahan mane pon..
ia akan jadi してください : shitekudasai.

kalau する : suru ni,maksudnya buat.
kalau しないで : shinaide,maksudnya jangan buat...

mengerti anak-anak?..ngehngeh...

dan..untuk の :no dan は : ha/wa pula...ianya hanyalah sekadar kata penghubung.conjunction dalam englishnya.
の :no bermaksud punya...
kalau 今の仕事 :ima no shigoto...ia akan membawa maksud, sekarang punya kerja.

wah..melampau detail la pulak..huhu...sekian sahaja pelajaran bahasa jepun kita yang kali kedua pada post kali ini.
nanti-nanti,kita belajar bahasa Arab pulak ek...
(pesanan:sapa pandai bahasa arab,tolonglah ajar saya....hehe)...

Rama-rama

Tahukah anda?

Deria rasa rama-rama adalah di kakinya....

Renungan untuk Aktivis Dakwah~

Ada apa dengan hati?

Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir r.a. berkata:
Aku mendengar RAsulullah S.A.W. bersabda,
"Sesungguhnya yang HALAL itu JELAS dan yang HARAM itu juga JELAS, antara keduanya terdapat yang SAMAR yang tidak diketahui oleh banyak umat manusia.
Barangsiapa menjaga diri daripada hal-hal yang samar itu,maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya, dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara yang samar, maka ia telah jatuh ke dalam wilayah haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekitar daerah terlarang ,sedikit lagi ia akan masuk ke dalamnya.
Ketahuilah setiap raja itu mempunyai daerah terlarang.
Ketahuilah sesungguhnya daerah larangan Allah adalah hal-hal yang di haramkanNya.
Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad ,ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
HATI?
Ada apa dengan hati?Jika mempersoalkan persoalan hati..perkara pertama yang acapkali terbit di minda kita adalah mengenai cinta...
Walaupun post mengenai hati pernah aku post di blog ini(klik sini),tapi xsalah kan untuk mengulang2 dan mengingatkan lagi.kerana daripada hati itulah terbit segala niat dan kerana hati itu jugalah yang akan menentukan keadaan kita di hadapan Allah kelak.

Terkadang.........

Bismillah...


haha...
makin nak tukar link blog ni..(http://www.sourandsalt.blogspot.com/)
blog sama..link je tukar..sebab link sekarang panjang sangat..
rasa makin nak menulis lak..
before tulis benda2 yang agak serius..kawan2 aku yang mintak tulis tentang jaulah korea dan GWG ri tu...nak gak aku selitkan dengan something yang biasa...biasa kot bagi aku..tak tahu la orang lain camne..
bak kata bestfren aku..blog ni kan macam diari..so..tulis jela ape2 yang kita suke...itu ayat aku r..huhu...maaf la kalau sape yang baca blog ni macam tak suka or meluat ke..haha..sebab aku tulis ni berpandukan gerak hati dan apa yang aku rasa nak tulis..
kadang2 rasa macam tak ada tempat nak mengadu..nak mengadu kat kawan2 ..takut dorang busy dan mengganggu lak..so..biarla aku mengadu kat blog yang hanya kaku tak berperasaan ni..walaupun dia xpandai memujuk..at least..aku sendiri boleh memujuk hati aku sendiri dengan menulis sesuatu di sini..emm...haha..macam lawak je ayat aku...tapi..itulah hakikatnya...

aku selalula kena marah dengan kawan2 aku dek perangai aku yang selalu fikirkan dan pentingkan orang lain dulu..berbanding untuk fikirkan kepentingan diri aku..tapi entahla..
dah terbiasa gitu..
mesti fikir situasi dan keadaan orang lain dulu..baru diri aku..huhu..biarla...

emm..makin banyak kerja yang datang..homeworks+laporan2 msaj..walaupun malam ni dateline nak kena hantar laporan yang sangat banyak pada pihak Pusat..huhu..sempat lagi tulis blog ni..emmm..
diari la katakan...

susah kan..nak puaskan hati semua orang...
huhu...maa..nak kata..even dengan tulisan kita pun,yang kita saja2 nak buat..ada orang yang ternaik angin..huhu..sorry la kalau siapa2 yang terasa...just tak mention nama pon..tak tahu nak mengadu kat sapa..blog ni jela kot...

emm...
kadang2...rasa makin nak berubah ni..rasa makin banyak ujian yang Allah bagi..kecil ke..besar ke..dan..rasa macam hampir setiap hari nak menangis..huhu...entahla...
kadang2..aku terfikir...
untuk apa aku berubah...yang pasti memangla kerana Allah..tapi kadang2...syaitan kan..suka sangatla membisikkan sesuatu yang negatif kat hati ini..pergi jauh2 la syaitan..
susahnya...huhu...kadang2..aku terfikir..macam manala kalau aku sengaja or terlangkahkan kaki aku masuk semula dalam parit2 yang kotor dan gelap itu..jahiliyah dulu..huhu..yang pernah aku masuki dan aku tinggalkan satu masa dulu..
orang kata tak baik mengeluh..tapi mengeluh gak..hehe...
camne ek?..emm..aku takut nak fikir sebenarnya...sebab sekarang..aku dah makin jauh untuk cuba melangkah ke hadapan..mencari sinar nur dan hidayah daripada Allah...
mencari cahaya yang walaupun sekelumit nampak di kejauhan dalam biasan parit yang gelap itu..

kadang2...aku takut..aku takut andai hati aku tak cukup kuat...tak cukup kuat untuk menampung segala ujian yang Allah bagi pada aku...aku takut andai satu hari nanti...aku akan kembali pada parit yang kotor dan gelap itu...nauzubillah...nauzubillah..hi min zalik...mungkin kerana itu...aku memerlukan seseorang yang bisa menjadi penyokong hati aku untuk terus kuat dan thabat di jalanNya...kawan,teman dan segalanya...

kadang2...aku sendiri takut dengan hati aku sendiri..banyak la pulak takutnya..hehe...
takut dengan keikhlasan hati sendiri...kagum tika aku lihat kakak2 yang cukup sabar..cukup ikhlas dalam berbakti dalam kehidupan sehari-hari mereka...kagum sangat...teringin aku menjadi seperti mereka...melakukan sesuatu..semuanya di niatkan kerana Allah...
mampukah aku?..huhu....insyaAllah aku akan terus mencuba dan mencuba...

emm...perjalanan hidup ini pun..tak tahu pendek panjangnya..mungkin esok sampai waktu ku..wallahualam....sisa2 ini semuanya aku niatkan keranaMu ya Allah...
Kau tetapkanlah hatiku di jalanMu..hati rakan2 seperjuanganku...
Setiap kali andai aku berduka...ada 2 ayat yang aku cuba tiupkan pada hatiku..untuk aku tenangkan ia agar tidak terasa beratnya ujian yang Allah berikan itu...mau tahu apa?....


Satu daripada Surah Albaqarah ayat 286 dan satu lagi daripada Surah Arrahman ayat 13...

"Allah tidak akan membebankan hambaNya yang tidak mampu.."

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"....

Aku tak wajar sebenarnya mengeluh dengan ujian yang sekecil ini..jika nak dibandingkan dengan ujian2 yang telah Allah timpakan pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat2 baginda.namun,aku hanya manusia biasa yang cuba untuk berubah untuk menjadi sebaik2 hambaNya...Kepada kawan2 yang sudi membaca..tegur2lah aku andai kata aku tersilap perbuatan,terkasar bahasa..almaklumlah..aku ni gile2 sikit..mana tahu ada tergurau secara kasar sehingga menyakiti hati sape2 ke..maaf sangat2 ya...

Doakanlah agar hatiku kembali tenang seperti biasa...Ya Muqallibal Qulub,tsabbit qulubana a'la dinik wa tho'atik...Wahai Tuhan Yang Maha membolak-balikkan hati,tetapkan hati ku..hati kami pada agama dan mentaatiMu..amiinn ya rabbal 'alamin...sekian sahaja luahan perasaan pada kali ini..hehe......terima kasih kerana sudi membaca..sorryla kalau tak best...hehe...saya budak baru belajar..kalau salah..tolong tunjukkan...mari menyambung membuat laporan2 yang terbengkalai dan keje sekolah yang sangat banyak....wassalam..^_-

Pemberitahuan...

Assalamualaikum...
Pemberitahuan...
hehe...
nak bagitawu semua ni..
kelak...link blog ni akan ditukar kepada www.sourandsalt.blogspot.com
so...reference pada link tu ek...
sorry..
sebab merasakan link lama tu macam panjang sangat dan susah nak ingat..sebab tu
saya tukar..
maaf ye atas kesulitan....terima kasih atas kerjasama anda...
wassalam..

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)