UJIAN berkadar linear dengan TARBIYAH [2]

Bismillah.
Assalamualaikum.

[time exam2 ni la, baru nak gatal tangan menaip, haish!]

So, Apa macam cerita kat bawah entry nih?
Best tak?
Tak larat nak habiskan?
Rugi lah korang.
Aku siap gelak sakit2 perut melihat telatah ayah, mak dan anak tu.
TAPI,
akal dalam otak tak henti2 ligat berfikir dek analogi dan cerita yang dibawa bersama dalam cerita tersebut.

Nak berbicara mengenai tajuk entry kali ni.
Kenapa tiba2 nak kena kata ujian tu berkadar linear dengan Tarbiyah?
Taw la otak si penulis ni memang otak budak2 engineering yang suka benda berunsurkan rumus2 matematik dan bencikan membaca kan..hoho..[itu aku r]

Adik aku tanya,

"Kalau berkadar songsang, tak boleh ke?"

Ha...apa korang nak huraikan kalau ada orang tanya camni?
[padahal soalan kat atas aku tak hurai lagi kan..hoho..takpe..fikir2...dah lama tak buat entry ilmiah ni...kali ni kasi fikirmikir sket...]

Kawan aku lak kata,

"Fuh, mantap analogi"

Ha...tataw la mantap mana..tiba2 je terfikir lepas habis baca cerita kat entry bawah ni.

UJIAN berkadar linear dengan TARBIYAH




Mesti semua pernah tengok graf kat atas ni kan.
Hatta budak2 yang belajar sains politik atau sains sosial pun mesti pernah tengok gak sebab masa sekolah rendah darjah lima ke enam mesti ade belajar benda ni sikit2..[ye ye je aku ni]

Ok...tak yah buang masa la kan.sebab aku pun nak kena study..[sory la entry agak sempoi sesempoi penulisnya..hoho]

Sebelum jawab soalan aku kat atas sekali tadi, jom kita jawab soalan adik aku tu.

Kenapa graf tu tak boleh berkadar songsang?
Apa yang aku jawab ikut akal logik aku ni, aku bagitahu dia....

"Tak ada kot ujian berkadar songsang dengan tarbiyah.
Sebab kalo UJIAN berkurang, TARBIYAH berkurang.
Dah lain jadiknya tu.
Mesti ada something wrong.
Dengan adanya ujian la ,baru rase diri terdidik dek tarbiyah tu dok...
sebab kalo takde ujian ,mesti kita leka dgn hidup kan....."

Dan sebab kenapa aku kata ujian tu berkadar linear dengan tarbiyah adalah...
Setiap ujian yang datang pada kita tu pasti akan mengajar kita sesuatu.
Macam dalam kisah Hamka tu kan, anaknya hilang.
Dari situ dia belajar kebergantungan pada ALLAH.
Apa yang Allah suruh Nabi Muhammad sampaikan pada kita jika kita ditimpa kesulitan
adalah KEMBALI kepadaNYA.

Dan si Hamka tu sedar akan dosa-dosanya yang lalu lalu dia bertaubat kepada Allah sambil
mencari anaknya dalam zikir kepadaNYA.
Dalam ujian itu, ALLAH telah mengajar dia untuk bersabar, bertawakal kepada ALLAH.
Panjatkan doa kepadaNYA tika ditimpa ujian.
Dan kesabaran, tawakal itu kan semuanya pendidikan.
Semuanya tarbiyah.
Tarbiyah daripada ALLAH.

Misal kata,
even kalau kita hilang pensil pun, ALLAH bagi tarbiyah yakni bersabar mencari pensil yang hilang. Itu pun kalau kita bersabar.
Kalau orang yang ada duit sikit, die beli la kot pensil baru kan....
Kat situ kita nampak, kalau ada ujian je, mesti ada benda yang ALLAH nak ajar.
ALLAH takkan la saja2 nak suruh pensil kita tu tiba-tiba hilangkan diri dia kan...

Tapi,
kena ingat jugak.
Dalam mengharungi ujian yang ALLAH bagi tu, kita kenalah bertaubat terlebih dahulu.
Mana taw ujian tu ditimpa atas kifarah dosa-dosa kita yang lalu....
Mana taw dengan ujian itu, ALLAH nak hadiahkan syurga dan jauhkan kita daripada azab api neraka [nauzubillah] kan....

Sebab,
ALLAH lebih gembira dan lebih suka akan taubat hambaNYA lebih daripada kita yang tiba-tiba menjumpai pensil yang kita sayang yang dah 5 tahun hilang, hamba dalam cerita tersebut yang hilang untanya....

KESIMPULAN

Ujian itu tak didatangkan bergolek-golek kepada kita dengan sia-sia sahaja.
Ia pasti ada sesuatu yang tersembunyi.
Mungkin dengan ujian itu akan menjadikan diri kita tabah dan kuat mengharungi hatta tsunami dalam hidup sekalipun.

Sebab ujian itu pun suatu TARBIYAH kan...

Kepada yang masih keliru apa maksud tarbiyah..tarbiyah tu adalah pendidikan. Pengajaran dan pendidikan tu bagi saya adalah benda yang berbeza. Mengajar saja tak cukup untuk mengubah seseorang. Tetapi, mendidik itu boleh mengubah seseorang menjadi kurang kepada baik, baik kepada lebih baik insyaAllah. [correct me if i am wrong]

Dan sebab UJIAN itu berkadar linear dengan TARBIYAH.

TARBIYAH berkadar linear dengan UJIAN.


Oklah.
Dah tataw nak tambah apa lagi.
Semoga entry kali ni bermanfaat kepada semua.
Dah lama tak menulis entry macam ni.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada ALLAH yang mengurniakan ilham ini kepada aku.

BittaufiQ wannajah untuk imtihan korang2 semua.
Doakan aku dan kami-kami kat sini menghadapi imtihan ini dengan jayanya insyaALLAH.

Segala yang baik itu datang daripada ALLAH,
dan yang kurang itu pun datang daripada ALLAH tapi atas kekhilafan aku sebagai seorang manusia yang hina lagi dina.

Jazakumullah khair kerana sudi meluangkan masa membaca entry yang tak seberapa ni. Dan afwan jika ada salah siap pada antunna/antum semua.
Wallahualam.
Wassalam.

UJIAN berkadar linear dengan TARBIYAH [1]

Bismillah.
Assalamualaikum.

[Amaran : Cerita ni memang panjang hasil copy paste daripada blog ini. Tapi aku janji best sangat!!! Selamat membaca. Ibrah dia aku bagi kat entry lain sebab cerita ni saja dah pun panjang. Scroll down ya!]

Tajuk entry kat bloG tu: PERMATA YANG HILANG.
[Tapi kat bloG aku, jadi tajuk lain ]

****************************************************************************************************

(Aku manusia biasa, ketiak aku masam, tahi hidung masin, tahi lalat hitam dan senyuman aku manis, err maksud aku, aku manusia biasa, ada waktu ketawa, dan ada waktu menangis..)

Aku lelaki normal dalam sejarah hidup di Negara Malaysia, dilahirkan berkaki ayam, kemudian berguling macam ular, lepas tu merangkak macam kucing, lepas tu lagi, bertatih macam beruang sarkas, kemudian, berjalan macam manusia, berlari sepantas T Rex, baligh, berbulu kemaluan, berkahwin, korek hidung, korek telinga, dapat anak, dan kini.., hantar anak ke sekolah rendah!

Anak aku dah tujuh tahun daa, pejam celik, pejam celik, korek hidung, korek telinga, anak aku dah masuk darjah satu!, bercutilah aku di hari pertama anak sekolah,.. macam korang juga yang teruja dengan pengalaman pertama, dah.., hmmm..,

Bila tengok anak aku dan kawan barunya berbaris ke sekolah, aduhai.., baru aku perasan, anak aku ni masih kecik Hamka, masih budak budak, kesian dia sebab kat rumah aku layan dia macam orang dewasa, kena marah, kena pukul.., tapi di sokolah, tengok dia berlari lari keliling meja, naik pentas tersipu malu menyanyi lagu Negaraku, berebut beli nasi lemak, oh! Anak aku ni masih kecik.., masih budak budak..

3 hari bersekolah, ambik dan hantar anak ke sekolah di kendalikan oleh isteri aku, jarak dari rumah lebih kurang 10km, jauh juga.., masuk hari ke empat, aku guna khidmat Bas sekolah.., RM50 sebulan, ok, setuju, dan cakap kat anak aku, hari ni balik naik Bas Sekolah,
bonda dah tak datang,
dan mintak tolong adik perempuan aku yang mengajar kat sekolah yang sama temankan si anak aku naik Bas buat pertama kali dalam hidupnya..

Sedang aku bekerja, tiba tiba dapat panggilan telefon dari isteri aku, nada yang sungguh cemas, sedih dan risau...

“bang., anak kita hilang…”

Innalillahhiwainnailahirajiun…

Macam mana boleh hilang?

Isteri akupun bercerita dengan linangan air mata,..
Driver Bas sekolah telefon jam 3 15 minit petang bagitahu anak aku takde naik bas..,
dan beliau terpaksa jalan sebab nak kena hantar anak orang lain,
aku call adik perempuan aku selaku guru kat situ,
katanya beliau terlambat sikit sebab ada hal.., cemas, dan sedang mencari anak aku dalam kawasan sekolah..

Hamka, ujian Allah dah datang.., hari lain orang lain, hari ini, hari aku…Err..,. . .. . .

Apa ugama ajar jika dapat musibah macam ini?

Oh, aku cuba menjadi antara lelaki lelaki terakhir yang beriman di akhir zaman, bila susah, akan datang perintah Allah supaya buat solat hajat, lantas aku terus pergi surau, solat hajat dua rakaat, waktu solat HP bergetar, oh.., anak aku dah dijumpai barangkali?,
lepas solat aku periksa panggilan, rupanya SMS promosi celcom,
hampeh betul,
lepas tu solat hajat 2 rakaat lagi, dan dalam solat lagi sekali telefon bergetar,
lepas salam lekas lekas check mengharap berita anak aku dah ditemui,
tapi, miss call dari rakan sepejabat..,
aku dah tak peduli apa,
call bos bagitahu anak hilang dan terus ke sekolah anak aku..,
sampai sana, isteri aku dan adik aku sedang melilau
mencari anak aku dalam kawasan sekolah,..

Baik,
sekarang kita call semua driver Bas Sekolah yang datang sini,(senarai Bas ada di bilik guru) .Tanya mereka kot kot anak aku tersalah naik mana mana bas,
lalu satu demi satu Bas sekolah dan van sekolah dihubungi
, dan kata mereka, tadi ada sorang budak tu yang naik,
tapi pakcik suruh dia turun sebab nama dia tak de dalam senarai penumpang..
, dan bila tiba nombor terakhir telefon
dan driver Bas memberitahu anak aku takde naik,
maka menangislah isteri aku…


“Demi sesungguhnya,
Kami uji kamu dengan satu ujian iaitu ketakutan,
kelaparan serta kekurangan harta,
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, maka mereka berkata “Innalillahiwainnailaihiraajiuun”
(bahawa sesungguhnya kita kepunyaanAllah
dan kita akan kembali kepadaNya).
(Al-Baqarah 155/6)

Aku pun pujuk isteri aku a.k.a pujuk diri aku jugak:

“Relaks, cool.., ujian dah datang, dosa kita banyak,
jika begini cara Allah nak ampun dosa kita, nak masukkan kita dalam shurga
dan nak selamatkan kita dari api nereka,
apa lagi nak di kata?,
ada orang anak mati lemas, mati kemalangan, mati di sambar petir, kena culik dan sebagainya.., asyik baca cerita derita orang lain, hari ini giliran kita pula..,
semua dari Allah, anak kita hak Allah, dia yang bagi, dan dia yang ambik.., sekarang U cari dalam kawasan sekolah sambil baca zikir Nabi Yunus dalam perut ikan,
dan I cari kat luar kawasan sekolah,
lepas asar kita jumpa balik dan buat keputusan sama ada nak report polis atau tindakan lain..”

Kemudian, aku terus susur ke semua jalan di luar pagar sekolah, tejumpa surau aku berhenti solat hajat dua rakkaat, lepas tu teruskan mencari sambil beristigfar,
mulut tak henti henti berzikir dengan istigfar nabi Yunus dalam perut ikan.

Dah habis luar kawasan sekolah aku cari, tapi masih tak jumpa, aku masih relaks,
aku percaya anak aku ni pandai cari jalan pulang,
sebab waktu aku drive kereta,
anak aku selalu main teka arah dengan adik dia,
“lepas ni ayah akan turn right”,
“tengok, ayah dah turn left,”
“lepas ni ayah akan go straight”
dan jika aku tak ikut jalan biasa, anak aku akan tanya,
“ayah nak pergi mana?”,
jika aku ke arah timur,anak aku akan tanya
“ Ayah nak balik rumah arwah nenek ke?”
atau jika aku ke barat, anak aku akan tanya
“ ayah nak balik rumah tok wan ke?”

InsyaAllah anak aku tak hilang,
beliau mungkin sedang berjalan kaki kerumah..,
akupun drive kereta perlahan lahan menuju jalan ke rumah..

Ya Allah,
tolonglah aku, jangan uji aku dengan ujian yang tak dapat aku tanggung…,
kalau anak hilang, maka banyak benda nak kena fikir,
dan aku tak nak fikir banyak benda, maka tolonglah aku ya Allah..,
Aku tahu aku banyak dosa, mungkin dengan ujian begini akan selamatkan aku dari api neraka.., tapi tak bestlah ujian cam gini, isk…, ujian lainlah, dan oh, tak sanggup aku nak cadang ujian lain, sebab aku manusia biasa, lemah dengan ujian..,

Relaks, Hamka, semua yang akan berlaku adalah takdir Allah…

Allah know best!

Dijalanan aku ternampak masjid, baru dua hari lepas aku solat isyak
bersama anak aku di masjid tu, akupun berhenti dan
cari anak aku dalammasjid tu, takde.., dan aku pun solat hajat lagi..,
dah 8 rakaat…

Dulu, Sahabat Nabi bila susah, solat hajat 12 raka’at, maka segala masalah selesai…

Maka tersebutlah kisah yang meriwayatkan akan
seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW yang ada anak tunggal
bernama Salim jika tak silap,
tapi si anak ini, telah hilang dari jagaan orang tuanya,
bukan hilang waktupulang ke sekolah,
tapi hilang kerana di culik orang jahat..
Sedih, bimbang, takut dan sebagainya telah melanda hati Ayahnya..,
lalu si isteri memberi nasihat agar beliau pergi berjumpa
dengan Nabi Muhammad SAW bagi mengadu ehwal…

Pendek cerita,
Nabi suruh beliau selesaikan masalah melalui perantaraan ‘Amal’,
dan amal tersebut adalah seperti berikut:-

1.Sabar.

2.Takwa (Menahan diri dari buat sebarang dosa.)

3.Membaca dengan tawadduk dan banyak akan zikir menyerah diri :
La HauLaWaLA, hinga HilAzim.
Yang bermaksud, tiada daya dan upaya melainkandengan izin Allah..

Maka suami isteri inipun sabarlah, iaitu
dengan tidak berkeluh kesah,
kemudian, mengukuhkan takwa iaitu dengan menahan diri dari berbuat sebarang dosa
dan setiap masa membaca zikir ‘menyerah diri’sebanyak-banyaknya..

Pendek cerita,
si anak dapat meloloskan diri dari penjahat
dan membawa pulang bersama harta rampasan yang banyak…

Maka dari Hadith ini, siapa sahaja yang ‘kehilangan’, insyaAllah akan mendapat kembali apa yang telah hilang, InsyAllah..
Tak kira apa yang hilang, samaada Thumb Drive ke, basikal ke, atau orang tersayang,
insyAllah, setelah cukup rempah sabar di campur dengan takwa, tahan diri dari buat dosa,
dan di ulit dengan zikir menyerah diri,
maka Allah akan hilangkan segala bentuk “kehilangan”
dengan mengadakan kembali apa yang hilang…

InsyAllah,
selasaikanlah masalah melalui perantaran amal..

Dah sampai rumah, anak aku masih tiada, dan azan asarpun berkumandang,
aku terus ke surau, dan mengerjakan solat asar bersama wudhu solat hajat tadi…
Anak aku pulang sekolah jam 3 petang, sekarang dah hampir jam 5 petang,
anak aku belum di temui..,

Hamka, kau banyak dosa, bertaubatlah,
sesungguhnya, Allah suka padaorang yang bertaubat..,
kata aku pada diri sendiri..

Akupun menghitung nikmat Allah yang banyak,
dan juga menhintung dosaaku yang banyak, oh!
Dengan nikmat hidup dan dosa yang banyak,
aku sepatutnya mendapat ujian yang lebih besar, ini baru ujian ‘suspend’,relekslah Hamka…

Ada satu cerita,
sorang hamba Allah ni sedang mengembara dengan menaiki unta.
Bila tiba di padang pasir, akibat cuai, untanya yang
dipenuhi dengan makanan dan pakaian telah hilang, tinggal lah dia
kebingungan di tengan tengah padang pasir..,
diapun berlari larilah kesana ke mari mencari unta dan bekalannya
tapi tak jumpa apa-apapun, dalam keadaan letih dan dahaga, hamba Allah ni berbaring.

Dia rasa macam dah nak mati, dan pasrah kepada Allah, dah takdir mati kat sini,
nak buat macam mana?..,
mamat ni pun tutup mata macam orang mati..,
sedih bukan main, sebab dah nak mati, mati sorang sorang pulak tu..’
Tiba tiba terdengar bunyi unta dekat kepala, bukak mata!
Oh! Alangkah gembiranya si hamba Allah ni,
Subhanallah, unta dah jumpa akhirnya,(Yahoo! hureyyy, Ye beda bedu!,)

Oleh sebab terlalu gembira, Hamba Allah ni tersasul berkata:
“Ya Allah sungguh Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu!”

Ok, itu gembira seorang manusia yang dah nak mati,
tapi tak jadi mati sebab bertemu kembali unta dan keperluan hidupnya sampai tersasul menyebut Allah sebagai hambanya, dari hadith ini,
Nabi menyambung bahawa, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya lebih dari pada hamba di atas yang gembira bertemu untanya!”

Maka, Hamka, bertaubatlah!!!...,
dan demi Allah,
Allah lebih gembira dengan taubat kamu,
lebih dari gembiranya kamu jika bertemu kembali anak kamu!

ASTARFIRULLAHHALAZIM..!!!

Lepas solat asar, aku doa panjang sikit, dan telefon pun berbunyi,
SMS Promosi celcom? Telefon daribos?
Aku check, betul rupanya, Boss aku yang miss call, aku call balik dan cakap, anak aku masih hilang., bos aku pulak yang risau.

Lepas tu isteri aku pulak yang call, dan…

Anak sudah jumpa! Yey! Alhamdulillah..Aku pun sujud kesyukuran..,

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Terima kasih, Allah. Sekian.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA ANAK AKU.

Kita interviu sikit,
apa yang dah berlaku kat anak aku,
mana kamu pergi daa..?

“Ayah cakap hari ni naik bas,
tapi bila H Naik Bas (van sekolah) Pakcik(driver) suruh turun, katanya H salah Bas..,
habis semua van H naik, semua tak bagi duduk,
(H pun panic tak ada bas sekolah, lalu ikutorang lain balik sekolah)
lepas tu H nampak Bas besar, ramai orang naik, H pun naik,
duduk satu kerusi, (dan orang pun mulai turun sorang demi seorang,
bila dah lama duduk dalam bas,) driver pun panggil H "

"Adik nak pergi mana?"

"H nak pergi sekolah Adik A" (A nama anak lelaki aku nombor dua yang bersolah di tadika)

"Kat mana?"

"Kat sekolah adik A lah.."

"Tahu jalan?"

"Tahu, mula mula pakcik Turn rigt, lepas tu, turn left, lepas tu go straight,.."

"Seronok naik bas dik?"

"Seronok…"

"Adik ada duit tak?"

"Ada…"

"Kalau nak turun, adik kena bagi duit.."

Pendek cerita-
anak aku berjaya jugak sampai ke tadika lamanya,
yang mana adiknya SiA bersekolah di situ, jarak dalam 8km juga dari sekolahnya..,

dan anak aku bagi RM1 kat driver bas sebab dalam poket ada RM 1 sahaja,
bila cikgu tadika tengok anak aku datang ke sekolah naik bas sorang diri,
cikgu itu pun terkejut, lalu call bini aku bagitahu bahawa anak ada kat tadika,
bini aku punberhenti menangis
dan aku mula ketawa, kelakar betul budak budak zaman sekarang..,
nak marah pun ada, nak ketawapun ada…

Terima kasih driver bas yang baik hati, bukan senang nak
ke sekolah tadika lama anak aku, sebab jalan kecik, bas tak biasa masuk..,
apatah lagi bawak bas dengan berpandu arah dari budak 7 tahun..,
dan kelakar jugak driver bas tu sebab cas anak aku seringgit..,
tapi aku memang nak ucap terimak kasih banya banyak pada lu bro,
dan syukur pada Allah..

Aku happy sekarang,
dan Allah lagi Happy bila hambanya bertaubat..

Jadi, moral of the story,
bertaubatlah walau sebanyak mana dosa korang,
kerana Allah sangat suuuuuuka!



To be continued........

Wallahualam.
Wassalam.

bittaufiQ wannajaH

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hoho.
Debaran kian terasa.
Exam...exam..exam...
Shiken.....
Pekse!
Suke?

Hadiah utk semua~







+Usaha Tangga Kejayaan+

+Time-time exam ni, jaga lah hati betoi2.

sebab syaitan suka datang kacau+

[bercakap atas pengalaman sendiri]

+Mari bantu diri sendiri muhasabah dan muhasabah+

+Semoga ALLAH membantu dalam imtihan kita insyaALLAH+
Wassalam.

Letih?

Bismillah.
Assalamualaikum...

POKOK GETAH

Hari ni saya rasa sangat letih.
Tak tahu la kenapa.
Nak kata pergi menoreh getah pagi tadi, xde la pulak pokok getah kat sini.
Letih dengan masalah yang membebani diri, akal dan fikiran mungkin.

Keletihan ini bukan saya sahaja yang rasa.
Rupa2nya, kawan saya dan adik saya juga.
hoho...

Letih menjadi seorang pelajar.
Letih pergi ke uni hari-hari.
Letih buat itu dan ini.
Tapi, wajarkah kita kata letih menjadi seorang daie?

Beberapa jam yang lepas, aku menghempaskan keletihan itu [btoi ke bm ni?] di monitor lappyku bersama adik aku yang juga sedang down dihujani masalah. Meluahkan segala macam kelelahan yang singgah di hati masing-masing.

Dia kata, solutionnya,
nak maen games, nak makan, nak buat benda yang dia dah lama tak buat dan blablabla....
Aku pun terkadang hampir membuat benda yang sama tika tension tak jumpa jalan keluar atas semua soalan yang berlegar-legar dalam kepala ni.

Memikirkan tuntutan2 hak manusia yang harus aku langsaikan...
Memikirkan laporan msajkuj yang bersepah nak kena buat...
Memikirkan berbab2 subjek nak kena belajar sebab dah nak exam...
macam-macam la...
Sampai kadang-kadang...dah tak tahu nak buat yang mana satu..hoho...

Tapi cukupkah dengan berbuat demikian, masalah itu akan hilang...?
Bukanlah satu tindakan yang bijak untuk melarikan diri daripada masalah.
Kerana masalah itu pasti akan mengejar dan menjadi bayang-bayang kita.

Astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah...

PERIUK MENDIDIH

Pernah dengar analogi periuk yang isinya sedang menggelegak?
Tak pun, air panas yang tengah mendidih?

Patutkah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)?
(Surah AlAnkabut;29:2)

Apa kaitan analogi tu dengan ayat Quran di atas?

Iman kita ibarat air yang mendidih . Ada naik ada turunnya.
Kita lah yang kena mengawal perlahan atau kuat api yang dipasang.

Iman kita ibarat periuk yang isinya sedang mengelegak.
Ada naik turunnya. Kita lah yang kena mengawal agar isi itu tidak basi.

Seperti pesanan saya kepada adik saya,
Kawal akal untuk kawal hati.
Sebab hatilah raja bagi diri kita. Akal sebagai perdana menteri.
Jika kita gagal mengawalnya, maka rosaklah kedua-duanya.

Tegakah kita mengatakan yang kita ni sudah beriman walhal bila ditimpa sedikit ujian,
sudah mengangkat bendera putih menyerah kalah tanpa cuba melawan nafsu itu?
[ditujukan kepada diri sendiri terutamanya..astaghfirullah]

Terkadang, terkedu bila memikirkan semangat Rasulullah dan sahabat-sahabatnya tanpa pernah mengenal erti penat lelah menyebarkan Islam. [astaghfirullah]

Seorang daie..seorang penyeru kepada Islam itu bukanlah seorang yang lemah!
Bukan seorang yang manja!
Kerana dia telah dipilih khas oleh Allah bagi menempuh jalan tarbiyah yang panjang dan penuh kesukaran ini.
Seorang daie itu perlu bangun kala syaitan itu membisikkan kejahatan ke dalam dirinya.

Memetik kata2 dari blog sambal terung,
juga kata2 dari buku muntalaQ,



syaitan itu takkan mengajak manusia terus kepada kejahatan,
tapi ia akan
mencantikkan futurnya [lemah semangat]
dan menjadikan manusia cinta
kepada dunia.


Itu adalah antara tarikan para duat itu.
Selain, tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab.

Jika para duat yang telah dipilih khas oleh Allah untuk bangun menegakkan Ustaziatul Alam jatuh rebah tika di uji sedikit ujian,
bagaimana mungkin kita akan menjawab di hadapanNya nanti tentang umur yang kita pinjam di dunia?
Bagaimana mungkin Islam ini akan bangkit semula menguasai alam buana?
Bagaimana kita akan dipertanggungjawabkan atas segala kemusnahan di muka bumi ini dek kerana kelalaian kita mengurus diri dan gagal menyampaikan risalahNya?...[istighfar lagi]

Memetik satu kata-kata yang memang aku gemari,

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

-Saidina Ali bin Abi Thalib

Dan itulah yang dinamakan MUJAHADAH dalm mengawal segala macam hawa nafsu yang menyerang diri kala diri inginkan perubahan. Yosh!

Wallahualam.

Wassalam.

[muhasabah, muhasabah, dan muhasabah kembali]

10 Wasiat Hasan Al Banna

Bismillah.

Assalamualaikum.

10 WASIAT H A S A N A L B A N N A

1. Jika anda mendengar adzan segeralah lakukan shalat walau bagaimanapun kesibukan anda

>Mengutamakan Allah swt : Ma’rifatullah
>Kedisiplinan waktu, (no procrastination )
>Shalat sudah di tentukan waktunya (QS.4:103)
>Keutamaan shalat tepat waktu (amal yang paling di cintai )
>Bahaya menunda shalat (reward & punishment )

2. Bacalah Al-Qur’an lakukanlah pengkajian, dengarlah pengajian dan berdzikirlah.
Jangan sia-siakan waktu anda untuk persoalan yang tidak berguna

>Interaksi dengan Al-Qur’an, mengkaji dan berdzikir
>Menghadiri majelis ilmu dan majelis dzikir
>Management waktu

3. Berusahalah membiasakan berbicara dengan bahasa Arab standard karena bahasa Arab standard merupakan salah satu syi’ar islam

4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam semua urusan walau bagaimanapun keadaannya, sebab pertengkaran tidak akan mendatangkan kebaikan

5. Jangan banyak tertawa, karena orang yang selalu berhubungan dengan Allah bersifat tenang dan serius

6. Jangan banyak bergurau, sebab ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.

7. Jangan bersuara keras melebihi yang diperlukan pendengar karena hal itu selain menyakitkan juga termasuk perbuatan bodoh .

8. Jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan lembaga-lembaga Islam dan jangan berbicara kecuali dalam kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan saudara dan teman yang anda jumpai meskipun anda tidak diminta memperkenalkan diri sebab dasar dakwah kita adalah kasih sayang dan persaudaraan .

10. Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang anda miliki, maka bantulah orang lain supaya memanfaatkan waktunya.
Kalau anda berurusan persingkatlah perlaksanaannya .

Astaghfirullah alazim...astaghfirullah..astaghfirullah...
Peringatan untuk diri sendiri dan semua.
Wallahualam.
Wassalam.

...Kamu akan diuji...

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai “hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.
Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.

Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).
Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.

As-Syiddah
pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.
As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.


As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah.
Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi. Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :


Maksudnya :
Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)

Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya.

Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.
Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung.


from : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2173

Wallahualam.wassalam.

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)