Kita Muslim..Mereka pun Muslim..Tapi kenapa.....????

KISAH SATU


..."ne...kaeranaide.."
Lancar sahaja bibir mulus si kecil itu menuturkan kata-kata.
Walapun ibu dan bapanya kedua2 bukannya orang sini..(bukan orang jepun tapi berasal dari Egypt),fasih sahaja die berkata2 dalam bahasa asing ini yakni bahasa jepun kerana hari2 die dihantar ke tadika jepun di sini,bergaul bersama2 kanak2 jepun seusia dengannya yang lain..


.."ne chan ha taaakusan shukudai aruyo..."...
Sengaja aku jawab begitu kepada si kecil itu.sebab kalau tak buat kerja sekolah,mestilah sensei marah kan.dan aku rasa die mengerti maksudku...
Awalnya...tika aku menyatakan hasrat aku pada mama nya yang aku ingin pulang,cepat sahaja dia menuju ke pintu dan menghadanginya agar aku tidak dpaat pulang ke rumah.Bijak benar si kecil ini.
.."mata kondo ne..itsuka ne chan ha kokoni kuruyo.."...
Aku menjawab lembut padanya.Kanak2 seusianya tidak akan dengar kata kalau kita meninggikan suara sedikit.
Walaupun baju aku ditarik2 nya sebab xnak bagi aku balik,tapi akhirnya die mengalah.
..Esok..atau bila2...kakak datang lagi ye...



KISAH DUA

.."she's a Muslim...don't be afraid.."...
Pujuk Makcik Khulud kepada anak kecilnya,Yasin.
Mana taknya..daripada cerita makcik Khulud yang ku dengar..sepanjang hari dan sepanjang masa Yasin bersama mamanya itu.dan dia sangat la takut kalau nampak orang lain a.k.a orang asing.
tanbah2 duduk di negara asing ini.bertambah la lagi takutnya....
Tapi setelah kakaknya Farhah balik dari tadika,makin mesra lak dia dengan aku.sebab da ada kakak dia kot.huhu.
Farhah pun bukan main manja lagi dengan aku.huhu.
Rindunya terasa pada anak buahku di Malaysia yang sebaya dengannya.

KISAH TIGA

.."Assalamualaikum..."
Sapa seorang wanita Arab berhijab.
..."ops mak engkau.."...
Terkejut beruk aku.huhu...mujur tak ada sakit jantung.
Sedang asyik aku membelek kandungan bahan2 dalam kueyteow yang ingin ku beli,tibe2 aku dikejutkan dengan sapaan salam oleh seorang wanita Arab.Memang kebiasaan mereka memberi salam tika berjumpa dengan Muslim lain.MasyaAllah~
Tika aku di rumah makcik Khulud,wanita itu menelefon dan pabila makcik Khulud menyatakan kehadiran aku di rumahnya,segera dia minta disampaikan maaf nya buat ku kerana memeranjatkan aku di supermarket tadi.tingginya budi pekerti mereka.subhanallah~

**************************************************************************************************************
Kita Muslim
Mereka juga Muslim
Tapi mengapa....
Tika bertembung di tengah jalan
seolah2..sana jalan kau sini jalan aku
tak usah pandang..jeling pun tak nak...


Kita sama2 Muslim
Tapi mengapa...
dengan si jepun yang entah2 agama apa yang dianuti
mahu sahaja terkehel leher dan kepala asyik tunduk menunduk
kononnya tanda hormat
tapi..dengan orang yang seagama....untuk mengucapkan lafaz salam pun terasa berat
padahal ucapan salam itulah yang menjadi doa buat saudara yang lain


Kita dan Mereka adalah Muslim
Tapi mengapa
acapkali berjumpa
pasti mereka dahulu yang mengukirkan senyuman manis
pasti mereka dahulu yang mengucapkan salam
padahal semua itu adalah sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah untuk semua umatnya
bukan hanya kepada mereka
jika dengan kawan berlainan agama dan bangsa kita mampu mengukirkan senyuman hingga ke telinga
mengapa kepada mereka terasa amat berat sekali


Kita Muslim
Mereka pun Muslim
Tapi mengapa
masih di agung2 kan lagu2 mereka yang ntah apa2 maksudnya
kononnya mahu improve kan bahasa inggeris
tak cukup lagi ke dengan lagu2 nasyid inggeris oleh zain bikha dan lain2....
tak cukup sedap ke nyanyian mereka mengalunkan 99 nama Allah..memuji kebesaran Allah..mengajak kita kembali pada Sang Pencipta;ALLAH...
jika nak di bandingkan dengan lagu2 dari barat...lagu putus cinta la....itu la..ini la...
kononnya kalau dengar lagu2 macam tu,boleh membuatkan jiwa menjadi tenang
Ingatlah wahai saudara2ku..
tidak ada yang lain untuk membuatkan hati mu menjadi tenang setenang2nya selain daripada mengingati Pencipta mu Yang Maha Esa yakni Allah


Kita dan Mereka seAgama
Tapi mengapa
Masih dibeli barangan keluaran mereka
yang kita tahu
setiap nilai yang mengalir darinya disumbangkan untuk setiap peluru ke badan2 saudara kita
jangan hanya buat(baca boikot) bila masalah peperangan tu berlaku depan mata je
Sepertimana yahudi laknatullah akan terus menghukum,membunuh dan menjatuhkan umat Islam dan Islam sampai Islam itu hilang di muka bumi ini
Seperti itu jugalah...sampai bila2...kita perlu malah wajib untuk tidak menyokong mereka
samada dari segi ekonomi atau aspek lain.
Jangan kau pandang hanya dengan sebotol coke yang kau beli...tidak mendatangkan mudarat apa2 untuk saudara seIslammu atau langsung tidak membantu ekonomi golongan kafir itu
Mungkin..dengan harga sebotol coke itu..10 butir peluru mampu menembusi 10 atau lebih nyawa saudara2 seIslammu di Palestin..di Iraq..atau di mana2 penjuru dunia


Kita dan Mereka sama sahaja
kedua2nya beragama Islam
kedua2nya berpegang pada Quran dan As-Sunnah
dan kedua2nya adalah bersaudara
Namun,mengapa keterlihatan kau amat mementingkan dirimu
menganggap dirimu hanya bersaudara dengan yang sama agama,sama bangsa denganmu sahaja
Ingatlah wahai saudaraku
Setiap umat Islam itu adalah bersaudara
tidak kira samada dia berada di hujung dunia atau tidak
tidak kira samada dia berkulit hitam atau putih
semuanya sama...semuanya..jika dia menganut agama yang agung yakni Islam..dia adalah saudaramu
Dan seseorang itu tidak akan dikira benar2 beriman selagi tidak menyayangi saudaranya sendiri

Ingatlah saudaraku...
kita membantu saudara seIslam bukan hanya ketika peperangan tercetus sahaja
malah kita membantu satu sama lain
untuk membantu Islam mencapai ketamadunannya semula di atas muka bumi ini.
ALLAHUAKBAR!!!

************************************************************************************************************

***Kisah3 kat atas tu berkait sebenarnya.orang yang sama je.Makcik Khulud tu orang Egypt yang duduk depan rumah aku ni.
Terserempak dengan dia time balik dari supa,so tetegurla.nak dijadikan cerita ,dia jemput datang rumah dan borak2 la..layan anak dia..Si comel Farhah dan Yasin.
Suka sangat budak berdua tu sebab ada orang datang.nanti kakak datang lagi ye Farhah.

***Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 di luar sana...huhu...bukan kita seorang je Muslim kat muka bumi ni..so..bersaudaralah terutamanya dengan yang seakidah.

***Yang baik ambikla sebagai pengajaran..yang tak baik..buang jauh2...
Maaf andai ada yang terluka akibat tulisan hamba yang hinadina ini.Saya hanya manusia biasa.


*ne..kaeranaide...=kak..jangan balik ye..
*.."ne chan ha taaakusan shukudai aruyo..."...=kakak ada keje sekolah bnyaaaakk..
*.."mata kondo ne..itsuka ne chan ha kokoni kuruyo.."...=jumpa lagi ek..nanti bile2 kakak datang lagi ye.

JAULAH KOREA : INTRO

Bismillah...
Huhu..sebelum cerita ni menjadi basi yang sebenar-benar basi, meh aku cerita kat korang siap2.
Sory naik lori la ye.lepas 3 bulan baru de keinginan nak tulis tentang bendalah ni.
bendalah ape?
iTs all aBout Our tRip tO kOrea last summer holiday.8hb~16hb Mac 2009.
Asalnya plan nak p tmpat lain actually that summer holiday..but..apa kan daya..kita kan hanya mampu merancang..Allah yang menentukan natijahnya...so..redha jela...
kegagalan untuk pergi ke tempat yang da di plan tu..membuatkan aku terpikio untuk pergi melencong ke tempt lain..ke KOREA..yahuuu...
Tapi..aku pelik tol la..apesal la budak2 jepun ni suke sangat nak p korea....(tapi,aku pon pergi gak...sebab nak tahu punya pasalla!)

Lupa lak nak bagitahu..aku p dengan kawan2 aku yang cumel2....ada 10 orang semuanya..
k mira+k yong+k diyana+k shu+athiqah+syapkah+aishah+nadzirah+izyan+aku=10.

Ketika tengah usha2(ayt sek men) yang maksudnya belek2 tiket flight...aku dapat discover satu sebab utama kenapa budak jepun suke g korea...boleh kata 90% budak2 malaysia yang belajar kat jepun ni WAJIB pergi korea before dorang habis belajar kat sini...
sebab apa nak taw?
sebab TIKET MURAH.murah bangat...murah gile..haha...3man yen=30000yen=RM1000.
patut la dorang boleh je nak p 10 kali before habis belajar.murah punya pasal..baru aku taw.

dan, sebab kedua yang lain..sebab mata wang jepun yakni yen lagi tinggi daripada mata wang korea yakni won..no wonder r kitorang;budak2 jepun ni boleh jadi jutawan segera kalau pergi korea.hahaha...jahat x?...kalau bawak 5 man yen=50000yen=RM1500++ pun da memadai...sebab korang bayangkanlah...kalau tukar 1 man yen=10000yen=RM 300,korang boleh dapat 150000won...15man won...fuuhhh...memang banyak giler tu..budak2 korea suke panggil 15 man tu as 15 keping...ye r ..kalu aku pun , aku panggil gitu.sebab banyak benor kosong kat belakang tu..maleh den nak ngirenya...
da dapat 2 sebab...jom cari sebab2 lain lak...aku tak senaraikan pun ek sebab2 tu ada berapa.korang kira r sendiri...ni semua yang terlintas kat kepala aku je...plus...
cerita ini bukan sahaja mengenai sebab-musabab tu..tapi..mengenai keperitan dan kegembiraan kami di korea tempoh hari...turut juga diselitkan ibrah2 atau pengajaran yang kami dapat sepanjang 8 hari kami di korea.huhu..

Teruskan bacaan yer....

Lepas tengok2 tiket tu...alhamdulillah semuanya berjalan lancar.kami merancang untuk membuat trip to korea ni as jAuLah KoRea..its not just as an ordinary trip but the trip which also being blessed by ALLAH...bukan hanya sekadar trip melawat negara orang, shopping2,penat jalan2 but trip yang penuh barakah..melihat keagungan Ilahi kepada hamba2nya yang berfikir dan memikirkan keagungan Ilahi itu.trip yang bakal memautkan ikatan ukhuwah kami menjadi lebih erat dan ukhuwah yang terbina atas dasar cinta sesama manusia kerana Khaliqnya,The Most Merciful ALLAH.

Dan, plan itu menjadi makin best dengan cadangan untuk pergi ke Jeju Island dan juga Seoul...
Biasanya orang pergi ke bahagian Seoul sahaja sebab kalau nk pergi Jeju Island tu..perjalanannya jauh yang memerlukan korang untuk naik flight kesana ditambah dengn kos tambang lagi...
Tapi..bukan la nak kata kitorang dapat pergi ke Jeju Island tu sebab kitorang banyak duit.xada pun duit sebenarnya..huhu...itu sebab time tu ada pakej tiket murah...so..ape lagi...gunakan peluang yang ada sebaik2nya la..huhu....tapi perkara yang paling penting sebgai ibrah atau pengajaran pertama kot yang boleh diambil mungkinla sebab ALLAH membantu untuk permudahkan urusan kami di korea kot.ALLAH mahu kami pergi melihat keagunganNya bukan sahaja melihat dengan mata kepala tapi juga,melihat dengan mata hati...terima kasih ALLAH...
you know what?....ALLAH is so sweet...^_-

So...nantikan siri-siri seterusnya..kita berhenti di sini dahulu untuk bagi laluan pada penulis cungkil ayat2 bm dia yang da berterabur dalam kepala...
takut kang..pening lak korang nak baca.hehe...
Tapi sebelum tu..aku nak bagitahu korang awal2..disebabkan aku ni jenis yang xsuke sangat nak hafal2 nama ni..so..tempat2 yang bakal aku ceritakan nanti...emm..maybe tak bernama kot..haha..atau..nanti la aku pikir untuk taruk nama tempat tu ikut suka aku..hehe..tapi sure korang akan faham la tempat tu apa...akan aku describe kan..dun worry...
So..see ya!...keep reading....
"Dan sungguh akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan
manusia.Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami
ayat2
ALLAH dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk
melihat tanda2
kekuasaan ALLAH, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak
dipergunakannya untuk
memperdengarkan ayat2 ALLAH. Mereka seperti haiwan
ternak, bahkan lebih sesat
lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah."
(Surah
Al-'Araf; 7:179)


~JAULAH KOREA 09~

~sempat berposing while checking in~

~don't saD~

LA TAHZAN!

JANGAN BERSEDIH!

"Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika ditimpa malapetaka, merka berputus asa dan hilang harapannya."(41:49)

"Sungguh,manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."(70:19)

"Apabila dia ditimpa kesusahan die berkeluh kesah,dan apabila mendapat kebaikan(harta) dia jadi kikir(kedekut), Kecuali orang2 yang melaksanakan solat."(70:19~22)

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman."(3:139)

"Katakanlah,"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mreka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."(39:53)

"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)."(53:42)

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(53:43)

"Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkn."(53:44)

LA TAKHOF WALA TAHZAN,INNALLAH HA MA'ANA

~Jangan bimbng jangan sedih,Allah sentiasa bersama kamu~

.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*

p/s: teringin sekali mengedit post kali ini tapi..mata makin berat.huhu...

selamat menonton dan membaca ya semua.kepada yang masih menghadapi imtihan a.k.a exam di luar sana,bittaufiQ wannajah.semoga Allah permudahkn urusan kalian.betulkn niat sebelum exam tu..huhu..semuanya kerana Allah insyaALlah.mengantuknya.~~

Okla..bye semua...nak tido...kalau free khamis minggu depan, jomla join KAFEORETACHI kami.best puny kafe!yeay!

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)