Sabarlah diri...

Bismillah...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan
berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu , Dialah yang lebih mengetahui sesiapa yang sesat dari jalanNya dan
Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (Surah An-Nahl;16:125)

"Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu.
Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih terbaik bagi orang yang sabar." (Surah An-Nahl;16:126)

Kuatkanlah tembok kesabaranku Ya Allah...

If i could be as great as them....

Bismillah...

Terpanggil untuk menulis kembali di sini.

Terpanggil untuk berkongsi dengan kalian...
mengenai kehebatan2 kakak2 ku. kakak2 yang aku sayang kerana Allah, terlalu sayang.

Usai membaca mail di yahoogroup kami, aku terdiam. menangis. walaupun bibit2 ayat yang diukirkan di situ oleh seorang lagi kakakku di tokyo hanyalah biasa, namun cerita di situ sangat luar biasa.

Kini, kakakku yang acident tempohari masih lagi ditahan di wad hospital. Mungkin dalam jangka masa yang lama.
Acap kali pergi melawatnya, pasti di katakannya mahu balik. bosan di situ. yela..orang tak pernah duduk diam. di samping bosan yang kelihatan di raut wajahnya, tampak sakit di sudut hatinya yang tidak diluahkan.

Menurut catatan dalam mail tersebut, kakak dari tokyo itu datang bersama kawan2nya untuk melawat kakakku ini. Kami di sini tidak dapat pergi bersama hari itu kerana kekurangan kereta akibat dibaiki di workshop dan driver2 yang ada hal.

Antara isinya,

Selepas accident itu, keadaan muka kakakku itu sedikit berubah akibat rahangnya yang patah. Hanya dapat membuka mulut sedikit sahaja.
Kakak itu sepatutnya memberi pengisian untuk program kami yang akan datang tapi apakan daya dia tidak dapat bercakap dan membuka mulut dengan baik. Namun begitu, jiwanya yang berkobar2 tak pernah padam.
Masih bersemangat meminta kakakku yang sorang lagi membawakan mp3 ceramah, buku2 untuk dibacanya dan laptop untuk dia siapkan powerpoint perkara yang dibacanya agar dapat dikongsi bersama.
Kakak itu tuliskan lagi, apabila mereka bertanya samada sakitkah dia?...

Mahu tahu apa jawabnya,
"...ini sikit saja. sakit lagi mereka di Palestin sana. sakit lagi makcik di sebelahnya yang mengidapi leukimia..."
MasyaALLAH ..hebatnya jiwa kakakku...
Die berusaha bercakap walaupun sakitnya tidak dapat membuka mulut seperti biasa...

Tidak cukup dengan itu, kakakku yang seorang lagi juga di uji dengan kemalangan kereta kami ketika perjalanan ke open house dan juga rompakan di Tokyo Station semasa menunggu bas pulang ke Iwate...

Namun, segalanya dihadapi dengan sabar dan positif.

Hebat kan kakak2ku?

If i could be as great as them...

Put ALLAH as The Great Almighty inside them.

Sentiasa positif dan sabar.

Cemburu...terlalu...

Walaupun ini hanya cerita2 yang sama seperti post yang sebelumnya, namun apa yang aku cuba sampaikan ada nilai2 yang berbeza.
Bacalah dengan mata hatimu agar kau bisa faham akan mereka yang kebergantungan sangat tinggi pada Yang Maha Esa, bukan bergantung pada manusia yang juga tidak kekal...

Ingin aku sedut semangat2 berjuang kerana Allah dalam jiwa mereka agar bukan sahaja aku mampu letakkan semangat itu dalam jiwaku, malah jiwa2 kawan2 seperjuanganku.

Moga kau cepat sembuh kakakku.
Walaupun sering sahaja bergaduh, namun rindu datang bertandang saat ini.

Ayat Quran kegemaranku,

ALLAH tidak akan membebankan hambaNya yang tidak mampu~

Ya...ALLAH Maha Tahu kakak2ku sangat kuat orangnya....

Syafakillah ya ukhti.
Wassalam.

Allah masih sayangkan kami, asadtachi~

Bismillah.

Alhamdulillah.

Terima kasih ALLAH.
Kau masih sayangkan kami.

Berlinang air mata tatkala teringat kisah2 kami.
Bukan kerana sakitnya ujian yang menimpa, tapi, syukurnya kerana Allah masih sayangkan kami.

KISAH 1

29 September 2009

Aku baru sampai dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo jam 7.30malam. Bersama-sama ku tika itu kak mah dan hanim dan juga kawan2 gunma ku.
Riuh-rendah baru bertemu setelah masing2 balik bercuti ke kampung halaman selama hampir 2 bulan. (tapi k mah 2 minggu je.hehe)

Siap2 uruskan penghantaran beg2 besar ke Iwate dan solat, kami pun bergegas beli tiket Narita Express untuk ke Tokyo Eki. Ikut plan, kami akan balik Iwate malam tu jugak naik bas jam 11.30malam. Hampir sahaja sampai di Tokyo Eki, kak mah mengadu kesakitan. sakit perut a.k.a gastrik katanya.
teruk kelihatan. Aku dan hanim pimpin dia menuju masuk ke tokyo eki. Keadaan kak mah makin teruk. Tapi, kami terpaksa tinggalkan kak mah keseorangan mengaduh kesakitan setelah qilah berjanji untuk datang mengambil kak mah di eki. (Tapi, setelah kejadian tu, aku terfikir. kenapa la bukan aku sahaja yang tidak menemankan kak mah tika itu sehingga qilah sampai. mungkin kerna bersamaku ,ada hanim. kesian pulak dia. semuanya ada hikmah)
Kami pun balik la ke Iwate dengan bas malam itu tanpa mengetahui berlakunya perkara yang agak dahsyat pada kak mah tu. (nak taw, kena tanya tuan punya badan sendiri)

Rentetan peristiwa: dompet kena curi ->masuk hospital ->balik umah qilah

Lepas tu, pengalaman di Osaka lak.( kalau tak silap, tentang tersalah tengok masa naik bas)

KISAH 2

Ini kisah aku. Tentang aku accident kereta tu. ada aku coretkan dalam post sebelum ni.
Ahad tu accident kereta.
Rabu pulak accident basikal. huhu...mujurlah tak ada ape2 jadi. walaupun sakit gile lutut. Hanya seminggu tak dapat makan dengan baik sebab tak dapat nak bukak mulut sangat dan juga tak dapat sengih lebih2. tapi, Terima kasih Allah. (jangan jadi nakal macam aku ye~)

KISAH 3

Kisah ni baru terjadi jam 7.15 malam , 16 Oktober 2009 tadi.
Kisah ni tentang kak aar. Accident basikal.
Sekarang dia ada dalam hospital. kena tahan wad 3 hari ,menurut kata kak mah.
Dasyat jugak la keadaan dia. kena jahit di dagu, tulang rahang patah, gigi patah. Tak tergambar sakitnya kak aar. semoga dia cepat sembuh dan ceria seperti dulu insyaAllah.
(yang ni pun, kena tanya tuan punya badan sendiri kalau nak tahu lebih lanjut, macam public sangat lak nak cerita kat sini)

******************************************************************************************************************

Tempohari, aku suakan pendapat aku pada kak mah dan kak aar yang aku nak namakan rumah kami ni sebagai rumah ASAD=Singa memandangkan rumah kami dijadikan tempat usrah dan apa salahnya jika dijadikan rumah RI di Iwate ni.
Mereka setuju je walaupun ada la juga keluar nama2 lain.
Misalnya Zulfiqar=pedang Rasulullah S.A.W dan Junjunmaton=tengkorak.
(Nama2 ni, actually nama group kami tika mukhayyam tempohari. huhu)

Tadi, sambil menunggu kak mah balik rumah dan sambil buat bubur yang di order kak aar, aku terfikir sesuatu keseorangan.

"...dalam minggu ni je, semua ahli rumah ni kena bencana. hari tu kak mah gastrik teruk, aku accident kereta+basikal. hari ni lak kak aar accident basikal dan masuk hospital. hoho. macam kena tukar nama je ni. emmm..."...aku bermonolog sendiri.

Sampai sahaja kak mah kat rumah, tanpa kak aar sebab dia kena tahan di wad, aku suakan apa yang aku fikir sebentar tadi.
Hanya satu jawapan je yang kak mah yang aku rasa insyaALLAH hingga saat malaikat Izarail datang menemui aku, aku akan ingat.

"...itu maksudnya Allah nak kita kuat. orang lain tak rasa macam apa yang kita rasa..."

Ya. betul cakap kak mah. Orang lain tak rasa apa yang kami rasa.
Orang lain mungkin takkan rasa yang kami mampu jadi kuat lebih daripada yang lain melalui apa yang kami lalui bersama.
Ini tarbiyah terus daripada Allah untuk kami.
Dan mungkin, Allah sangat sayangkan kami.
Allah begitu dekat dengan kami.

Dan...aku akan teruskan juga nama ASAD untuk rumah kami ini.
Semoga kami mampu menjadi kuat seperti singa dan mampu menjadi singa-singa Allah dunia+akhirat.
Thabatkan kami di jalanMu Ya Allah...
Terima kasih Ya Allah.

Mungkin cerita ini hanya cerita2 biasa yang pernah didengar oleh sesiapa saja tapi bagi aku, ini cerita luar biasa untuk kami. Khas Allah sediakan.
Cerita tentang ukhuwah kami, tarbiyah membentuk hati kami untuk menjadi lebih kuat dan terus thabat di jalanNya.
Moga ikatan kasih sayang yang Allah pautkan pada hati-hati kami berkekalan dunia+akhirat insyaAllah.
Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini.
InsyaAllah aku takkan menyesal memilih jalan ini kerana aku tahu, melalui jalan ini lah, aku didekatkan dengan kekasihku yang utama yakni ALLAH S.W.T.
Terima kasih sekali lagi ya Allah.
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.
Doakan kak aar cepat sembuh dan ceria seperti dulu kala insyaAllah.
Wassalam.
(ops..baru terperasan sesuatu. Hari ni pun merupakan ulangtahun ke 21 tahun 1 bulan aku.
spontan je Allah nak singkapkan kenangan ni. Subhanallah...)


"Seseorang itu tidak akan dikira benar2 beriman selagi dia belum diuji"

*eki=stesen keretapi
*tachi=kata jamak untuk banyak.(kami)
*tarbiyah=proses pembentukan diri
*thabat=istiqamah


Maut ada di mana-mana

Bismillah...

Alhamdulillah.
Hampir 4 hari sudah aku menjejakkan kaki semula ke bumi jepun ini.
Terasa benar perubahan waktu dan cuaca ketika pulang ke sini kerana autumn tahun ni terasa awal benar sejuknya.
Balik2 je dah demam. hoho...

....just a few bebelan actually sebelum aku masuk bercerita tentang aktiviti2 cuti2 malaysiaku....

Tak sedar pun sebenarnya entry sebelum aku balik ke Malaysia adalah entry yang ke-99. dan ini akan menjadi yang ke-100.
Dan biarlah yang ke-100 ini menjadi satu entry kenangan untuk seluruh hidupku...
Ada something aku nak cerita actually.

Kalian semua mesti yakin maut ada di mana-mana kan?
Ya...ajal maut kita, semuanya telah ditentukan Allah.
Hanya kita yang tidak tahu bila , di mana, bagaimana kita bakal menghadapi mati.
Di Malaysia, almaklumlah nak dekat raya, beratus-ratus kes kemalangan jalan raya yang membabitkan kematian berlaku. tak campur kes putus kepala la..kena hempap dek bangunan lama masa tunggu traffic light la...macam-macam la...

Dan, aku nak la kongsi something yang aku rasa akan menjadi kenangan untuk semua warga Iwate hari ni.

Hari ni, kami dijemput ke rumah terbuka raya anjuran Abang Wan+Kak Fir dan keluarga.
Dalam perjalanan tu, kereta yang kami naiki dipandu macam biasa jela.
Hampir sejam perjalanan, masing-masing dibuai angan-angan dan mimpi.
Tiba-tiba, aku sedar2 aku dah terduduk kat bahagian kaki belakang driver.Kereta yang kitorang naik ialah Honda Odyssey. dan aku duduk di bahagian tengah.
Rupa-rupanya, kereta kami tu accident. Kuat gak la bunyi accident.
Aku tertidur sebenarnya time tu.
Apa lagi, berdarah la bibir aku.mungkin terlanggar kerusi kat depan. luka belah kiri dan kanan. bawah bibir pun luka.nasib baik bibir je cedera.kalau tempat lain,nauzubillah.
Mujurlah kak mah yang duduk sebelah aku sempat berpaut pada kerusi sebelah driver. Dia pun luka kat bibir tapi mujur sedikit berbanding aku.
Alhamdulillah.Waktu itu aku terfikir bahawa Allah still sayangkan aku. Allah still sayangkan kami. Kalaulah time tu nyawa kami dicabut, tak keluar la entry ni nampak gayanya.hoho.
Kereta kami naik tu remuk sikit kat depan dengan lampu depan terkeluar.
Nasib baik kereta yang dilanggar tu adalah kereta kitorang gak. Kereta tu lak remuk di belakang.
Terasa sungguh tragis sekali peristiwa tadi.

Pengajaran yang boleh diambil:
>Pakailah seatbelt time duduk dalam kereta. Tak kesahlah depan ke, tengah ke, belakang ke.
Pepenat je kerajaan buat iklan.huhu...
>Ajal maut tak kira usia, tempat dan masa.
Jadi, bersedialah selengkapnya untuk kembali kepada Pemilik yang sebenar.

"Dan Kami lah yang menghidupkan dan mematikan semula.
Dan kepada Kami lah kamu kembali.."


Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)