Assalamualaikum.
Terkenang daku...
Daripada celik mataku disubuh hari sehingga tidurku kembali di malam hari,
daripada disarungkan baju oleh seorang ibu yang taat pada suami sehingga kumampu memakainya sendiri.
Daripada aku mula belajar bertatih sehingga aku mampu berjalan malah pantas berlari.
Tanpa disedari sudah tiada terkira banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan yang hadir dan pergi selari dengan perjalanan hidupku.
Semua nya datang dan pergi dalam sedar dan tidak sedarku.
Dalam usia ku yang kini meningkat 20-an, aku telah lama melangkah jauh dalam hidup ini.
Allah...
Malaikat maut datang menjenguk ku, juga antum/na hampir 70 kali sehari.
Tatkala memori dahulu menyingkap tirai masa yang berlalu, pasti akan ada air yang menitis malu membasahi pipiku.
Malu hanya kerana diri ini teringat akan nikmat yang aku kecapi pada usiaku yang dahulu.
Terkenangkan masa lalu..
Terasa kesal,terasa hiba.
Lopak hitam itu..
Allah...
Terasa kesal tiada terhingga. Baru kini kurasai nikmat menghayati jiwa seorang hamba .
Tiada kusangka indah sebegini hidup bertuhan.
Kusangka Islam hanyalah semata-mata ibadah bagi seorang Muslim.
Tiada yang lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan Islam.
Namun sesungguhnya, sebahagian hati ini masih bersyukur kerana masih lagi dihujani dengan pelbagai nikmat yang dulu kusangkakan tiada bermakna.
Walaupun sebahagian besar nikmat itu telah hilang, tetapi aku bersyukur.
Kemanisan iman yang kudakapi kini tiada terbanding dari apa yang pernah kucapai.
Bagi mereka yang tahu, syukur alhamdulillah, menjadi kata mendahului kepuasan hati seorang hamba.
Namun, tatkala nikmat itu hadir pada yang alpa, hanya kepuasan yang sementara menjadi pilihan...Terus-terusan alpa dan leka mengejar duniawi yang hanya sementara...
Namun tiada siapa yang dapat membenarkan kata-kata penyesalanku ini melainkan mereka yang telah merasainya sendiri.
Namun, sebahagian besar yang masih belum merasainya, janganlah kau cuba menafikannya.
Gunakanlah nikmat itu sebaik-baiknya.
Kini hambamu ini kembali kepadaMu mengharapkan redhaMu.
Lalu, apakah aku bisa untuk cuba mengakui hidup sebagai hambaNYA itu yang tiada kebebasan itu adalah nikmat?
Lalu, jawapannya adalah benar...
YA! Benar!
Mengikut perintah tanpa membantah hanya kerana untuk memuaskan hati empunya diriku ini.
Benar juga untuk aku katakan hidup yang tiada kebebasan ini adalah sesuatu nikmat! yang tanpanya aku tiada menjadi aku...
Masih belum terlambat...
Kerna aku hanya hambaMu yang penuh noda lama..penuh dosa...
yang kini kembali untuk meraih redhaMu walaupun dalam sisa-sisa hidup yang terakhir.
Hanya daripadaMu aku datang dan kelak hanya kepadaMu aku kembali...
Ampunkan aku atas segala dosa lalu...amin...aminn..aminnn ya Rabbal Alamin...
(Surah AlMulk;67:15)