~untukmu~

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~

Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

*********************************

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

************

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..

Moge kita mengambil ikhtibar dari cerita di atas...wallahualam...


Dipetik dari: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568



~~HaK MiLik OraNg LaEn~~

"..jangan sentuh walaupun sehelai daun milik orang lain tanpa izin mereka"...
Begitulah seingat aku satu ingatan daripada allahyarhamah tok guruku yang telah mengajar aku,kakakku dan kawan2ku mengaji alquran ketika kami kecil dahulu...selalu sgt allahyarhamah ingtkn aku dan kawan2 agar jgn ambil brg org lain..malah menyentuhnya pun boleh dapat dosa kalo tnp izin mereka...
lpas tu.....mst ada shaja kawan2ku yg mengadu...
"..Mak teh..si pulan ambil buah ni kt umh org tu..."...
allahyarhamah tokguruku tu..kami pnggilnya sbg mak teh..xtawla knp..moga Allah sentiasa memberkati rohnya dan beliau ditempatkan dlm golongan org2 yg soleh..insyaAllah..amiinnn..


emmm..mcm tula gelagat time kecik2 dahulu..mak teh selalu shj akn berpesan.."..bace alquran jgn bace mcm nk kejar keretapi.."...mksdnya...jgnla bcer laju sgt..seolah2 terkejarkn sesuatu..dan tajwid pon jd tunggangterbalik....kalau kami bising je time mengaji..."..nak gebang p tanah.."...
hahah..terus kene marah..kalo nak borak..pg borak kt luar...


emm...berkata tentang mengambil hak org lain..terbacala aku sesuatu yg aku rase menarik utk d kongsi bersama bersama kalian....


Di riwayatkan begini.

Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya. Sebagaimana yang kita tahu Nabi Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka Nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh Nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab bahawa dia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh Nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.lelaki itu menjawab : saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah... . maka ditanya oleh Nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ? Maka bercerita lah lelaki itu: Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya.Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok- elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan saya berhenti untuk makan, setelah selesai saya meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya, kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini...


Astaghfirullah al azim, eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini.Adakah kita pernah mengambil barang barang drpd office/sekolah samaada drpd sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk di gunakan sendiri. Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak di kembali kan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, cd,dvd dan sebagainya... .?



Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu adalah benar... Dan syurga itu adalah benar... wassalam...


(sy memohon maaf sekiranya ada meminjam brg shbt2 sekalian dan terlupa untuk memulangkannya semula..sy mohon dihalalkan dunia dan akhirat..jika tidak, shbt2 tolglah ingatkan sy..smga ukhwah kita kekal berpnjgan..wassalam)

MeNgaPa hATi iNi~~~~~

mengapa hati ini...pada saat ini..berasa begitu tidak tenteram sekali..

kenapa perasaan seperti ini wujud...

seolah2 sesuatu akn berlaku..ataw itu cume perasaan ku shj..

ya Allah...Kau bantulah aku...
tenangkanlah hati ini ya Allah...

0( ' - ' )0...snow:::salji:::yuki/雪...( ' 0 ' )/

video

::19 November 2008::3.30p.m::hari 1st salji::

wah..pengalaman bersalji pertama di jepun..best sgt..hehehhe....

video kt ats ni tyme mule2 salji turun area pkul 3pm lebih kot...xlebat lg..turun mcm hujan...seronok sgt...rase nk share happiness tu ngn sume org...alhamdulillah..terima kasih ya Allah...

video

::20 November 2008::8.20a.m::2nd day snow::

tyme tu...sekeliling jadik sume putih..tika itu,terbit satu perasaan yg aneh..sgt aneh..seolah2...melihat surroundings ketika itu...suci,bersih,cantik,tiada dosa...but..speechless to describe more...tp,itula antara perasaannyer...

ade ketika terasa begitu bersyukur..syukur yg teramat sgt pada Allah...krn dpt belajar sejauh ini..dpt bljr kt ngara 4 musim..dpt tgk salji..

namun,ade ketika terasa diri ni seolah2 tak pernah bersyukur dgn segala nikmat dariNya...selalu mengeluh "...kenapala dpt cn..kenapala aku sorg jer..kenapala...blabla..."...kdg2 menyesal pilih cn la..sbb sorg jer pompuan..tp...kala aku fikirkn semula...aku xptot buat begitu..nk dbndgkn dgn ramai lg yg teringin nk g overc..nk rase salji..ku fikirkn akn shbt2ku di malaysia...btp tidak bersyukurnya aku...mndpt nikmt yg sebesar ini namun msih mmpersoalknnya..sdgkn shbt2ku d malaysia...ramai yg teringn n kurg berjaya utk menyambung pengajian sejauh ini..maaf ku katakan..cume...rase diri ni teruk sgt...hohooo...

so,for all my beloved friends at malaysia..i posted these videos special for u all to watch...i hope u all will enjoy watching it...coz,i really wanna share this happiness with u all even we are far separated...

~mEmaNg BeToLLa...~

sejenak..teringt sebentar aku pada sedikit tazkirah yg d sampaikn sahabatku selepas kami br shj hbs bertadarus online...

beliau bercerita..
"sy ade nmpk buku keizai ni kt 1 kedai buku.tp,tiap kali pg kdai buku tu,mst tak terbeli punyer.smpaila satu masa ni,sy pon amik la keputusan utk beli jugak buku ni.."

sahabat sy ni ade bljr tntg ekonomi jugak kot..tu yg nk beli buku tntg ekonomi kot..dlm bhs jepun lak tu..puuhh..hebat2...
sambungnya lg...
"wah..bestnyer buku ni..asl aku xbeli dr dulu lg ek..em..teringt tntg pesanan sorg ustazah ni..ustazah saya ni selalu bgtw dulu..rajinkan solat dhuha sbb solat dhuha ni pembuka rezeki..kire kalo kiter amlkn,insyaAllah rezeki kite murah...tp,sejak sy dtg jepun ni,cm da xselalu sgt buat solat dhuha..mgkn kekangan masa..em...sbb tu br taw pasl buku ni kot.."...

begitulah scr ringkasnye crite dr beliau..tntg khafilat solat dhuha ini...pemurah rezeki la..nak2 time pagi lak kiter wat solat dhuha ni kan...insyaAllah bertambah berkat r..rezeki tu...dan,mmg solat dhuha ni pon..stelah terbitnya matahari yakni d pagi hari..jgn la plak ade yg buat time ptg..

rezeki ni lak..bkn shj merangkumi rezeki makan shj..rezeki ilmu,harta,nyawa dll..sumenyer adlh rezeki..rezeki akal ni..byk rezeki yg kiter dpt tiap2 hari..
tp,adakah kiter pernah mensyukurinya?..emm..tepuk dada,tanya diri...

aku pon..memg jarang nak wat solat dhuha ni..terkesan la jugak dgn kata2 shbtku itu..konon..xsempt nk buat sbb nk g klas la..hehe..alasan je melimpahruah..
em..pagi selepas hari tu..aku pon bersujudla utk melakukan solat dhuha setelah sekian lama ku tinggalkn...
nk djadikn cerita..betapa aku tersedar dgn nikmat Allah ni..pagi tu,time nak g kelas..baru je duduk atas seat beskal ni..ade sorg makcik jepun ni..br blik dr mnr tah ngn motor die...tegor aku..
"haloo...".."nihongo wakaru?"..aku jwb.."wakatta.."...

xsempat ngt nk sembg pnjg ngn makcik tu sbb rush nk g kelas..tbe2,die ckp..
"chotto mattene..kore..ageru.."...die baginyer aku satu epal kot,ke lai..yg agk besar la saiznyer...dah la kitrg ni sling xknal..leh lak bg gtu je kan..masyaAllah..tatkala tu..teringt aku akn cerita sahabat aku tu...
memang betolla...
"solat dhuha ni pembuka rezeki.."...

bkn nk cter utk berbangga2 ke aper..utk jdkn teladan ats ape yg tlh terjadi..
tersentak aku..setelah sekian lama mningglkn solat dhuha,n kmbali mlakuknnyer utk sekian kali..Allah da kurniakn rezeki sekecil itu padaku..btp jika aku melakukannyer pada masa yg lepas..mgkn lg byk yg Allah da bg..emm..ade sedikit penyelasan d situ...hehhe..
mcm tula aku berkire2..tp,masa xboleh pusing balik kan...

so,melalui cerita tadi,ingin aku mengajak diriku sendiri n sahabat2ku..marilah kiter melakukan solat dhuha pada setiap pagi...kerana dengannya..terdapat byk makfirah d sebaliknye..insyaAllah...kerana Allah sentiasa ade 24 jam utk kiter..lg power dr 7eleven yg jugk 24 jam tu...hehe...ape yg baik tu,amal2kanlah..dan apa yg kurang tu,jadikan sbg pengajaran..wallahualam...

keizai=ekonomi
nihongo wakaru?=faham bhs jepun?
wakatta=faham
chotto mattene=tunggu sekejap
kore=ini
ageru=bagi

***saLJi turooonnnnn...\( ' o ' )/

wah..happy nyer rase...berjuta2 rase syukur ku panjatkn pada Ilahi..
penantian selama ni..diketemukan jua..
ingin bertemu dgn salji...hehehe..maklumla..my 1st year berada di ngr 4 musim..dtg ri tu salji da cayor..tgk dr jauh je tyme nk g kangeikai kt akita..hoho...
putih..dingin..wahhh...seronoknyer at last dpt tgk salji..
mesti kwn2 yg len pon mcm tu..hehhehe..
terima kasih yaAllah ats nikmatMu yg besar ini...

xxxsElaMat uLangTahuN kElaHiRaN+sElaMat hAriJaDi+oTanJoUbi OmEdeToU+sAnAh HeLwAhxxx


Bismillah...
5 minit lg akn menjangkau tarikh 12 november 2008...
bererti 2 org shbtku...akn berumur 20tahun 1 hari...
moge aku smpt coretkn sdikit kata2 yg ingin aku tujuknpada kwn2ku yg mnymbut ulgthun kelahiran yg ke20 pd thn ini pd hari ini..yakni..HAFIZAH n INTAN...jua pada anak buahku di malaysia,DHIA FARHANA yg nk masuk 5 tahun...
klo tahun lpas,bestday mereka ini jatuh pd hari kami kne amik eJu..hohooh...
but dis year,betsu2 no tokoro,smbut bestday msing2...

usiamu 20 tahun...
semakin meningkat usia...
manusia makin luper pada asal usul mereka...
namun,aku berharap agar kedua2 sahabatku ini...masih lg mereka yg dulu..
ku harap..dgn mningkatnya usia ini,kau makin mengenali dunia yg penuh pura2an n pancaroba ini...
dan,bersama2 kita harungi duri2 ini ke jalanNya...

doaku semoga kau panjang umur+murah rezeki+bahagia+berjaya dunia+akhirat...
semoga pertemuan kita sebagai sahabat ini adalah kerana Allah..n mungkin jika kehendakNya kita berpisah satu ketika nanti,juga kerana Allah..amiinnn...
ukhuwah fillah abadan abada...
n yg paling penting...INNI UHIBBUKI FILLAH...
wassalam...


betsu2 no tokoro=tempat lain2

Erk..RoTi CaNai???

patutlah kita masing2 kepala batu & degil...suka sangat makan roti canai kat mamak...tak sembahyang tu satu hal...
ntah2 mamak tu hindu....lagi parahh...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),
"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.

" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah
nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak
payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar,
walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya,pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan
menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat,sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi,dsb..
anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti
canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia..
gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj,sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui
Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) ,
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."

jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak
...insyaAllah...

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)