ar rafiiq qabla thariiq~

Bismillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam saya cuba juga bermujahadah baca sebuah buku ni.
walapun hanya beberapa helai.
better than never right?
Tajuk nya : Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami.
ia sangat menarik.for me,bestla.

ada 1 part yg menarik perhatian sy untuk berkongsi dengan kamu di sana~
.
.
.
.
Ar rafiiq qabla thaariq.
memilih teman harus didahulukan sebelum memulai perjalanan.
.
.
.
Perjalanan yang bagaimana? Teman yang bagaimana?

Dalam kita menempuh jalan dakwah ini, pasti sepastinya kita tak mampu untuk menempuhnya seorang diri. Akan tiba 1 ketika yang kita sendiri membutuhkan seorang teman tempat kita berbincang, meluahkan perasaan kerana sehingga saat ini, saya yakin semua bersetuju yang jalan ini pasti penuh dgn air mata.bukan hanya senyum dan tawa. kerana jalan ini butuh pengorbanan yang besar dari kita.

Imam Ghazali ada berkata dalam Kitab Ihya Ulumuddin,

" Hendaknya
org yg ingin bepergian memilih teman.
Jangan ia keluar seorang diri. Pilih
teman dahulu, barulah tempuh perjalanan.
Hendaknya teman yang menemaninya
dalam perjalanan itu adalah org yang bisa membantunya dalam menjalankan prinsip
agama , mengingatkannya tatkala lupa, membantu dan mendorongnya ketika ia
tersedar.
Sesungguhnya orang itu tergantung agama temannya.
Dan
seseorang itu tidak dikenal kecuali dgn melihat siapa temannya...."



Begitu pentingnya seorang teman dalam kita menempuh perjalanan kita ini, bukan sahaja perjalanan kalau nak balik kampung dari utara ke selatan ke, malah ia sangat dituntut dalam perjalanan jalan dakwah kita yang pastinya panjang dan infiniti ini.

Hadith Rasulullah S.A.W pula,
" Andai manusia mengetahui apa yang
akan dialami seseorang jika ia seorang diri,
nescaya tak ada orang yang
menempuh perjalanan malam seorang diri."



Hatta, Nabi Musa sendiri pun, dalam surah Thaha,20:29-30 yang berbunyi,
"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, yaitu Harun saudaraku"
membutuhkan seorang teman dalam menempuh jalan ini, inikan pula kita manusia biasa kan...

Perjalanan dalam dakwah ini juga, sama seperti perjalanan dalam urusan lain yang memerlukan syarat-syaratnya sendiri. Contoh: perjalanan balik kampung menaiki kereta perlukan kereta yang siap diservis, ahli keluarga yang sihat so that, tak delah kena patah balik ke hospital kalau tiba-tiba ada yang sakit ke (tapi semua tu dengan izin Allah la kan) , bentou yang dah siap dipacking ke so that boleh jimat kos perbelanjaan dan lain-lain.

Dan salah satu syarat perjalanan itu adalah,
Ar rafiiq ash shaalih. -->> Teman yang baik.

Ada kata-kata bijak pandai, sahabat yang baik adalah cerminan diri kita sendiri.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan
rakan yang soleh dan rakan yang jahat
ialah seperti (berkawan) dengan
penjual minyak wangi dan tukang besi.
Penjual minyak wangi tidak akan
mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya.
Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau
mendapat bau busuk.”


Jadi, sama-samalah kita mencari dan juga berusaha menjadi ar rafiiq ash shalih itu.
Jangan hanya mengharap dari sebelah pihak sahaja, malah kita sendiri juga perlu menjadi teman yang baik dalam perjalanan sahabat kita itu juga.
Kerana kita kan sama-sama mahu mengejar syurga dalam perjalanan menggapai mardhatillahNya bukan?

~pimpin tanganku jangan lepas~


Allahualam.wassalam.

Last.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Apa khabar ruhi2 di luar sana?
Alhamdulillah.
InsyaAllah.
Esok last 2 papers untuk exam final sem ni...

Termenung...
Exam yang ni pun susah...
Bagaimana la exam2 yang Allah sudah sediakan untuk makhlukNya di dunia ini...
kadang2 sedar diri di'examine'kan...
kadang2 terleka...

Risau kan result exam kali ni...
Mungkin perlu lebih tersangat lebih risau akan result exam yang Allah sediakan.
astaghfirullah....

Teringat perbualan dengan seorang ukhti tempohari...

" kita bukan activitism. kita tarbiyatism..."
[afwan andai salah eja..xtaw nak eja camne..faham2 sendiri la ek]

Terfikir sejenak...
Ada betulnya.
Dakwah kita bukan hanya untuk meramaikan orang yang baik
tapi
dakwah kita untuk menghasilkan kualiti orang yang baik itu kepada yang lebih baik

From IR to DR
Dari Individu Rabbani kepada Daie Rabbani

Agar kelak, para duat itu mampu menarik ramai manusia sejagat kepada Islam yang syumul itu.
Dari satu usrah yang kecil kepada usrah yang terus berkembang dan berkembang membentuk manusia.
Membentuk manusia menjadi sebenar2 manusia, sebenar2 hamba yang bukan sekadar patuh dan taat kepada perintah Penciptanya,
malah mampu menyebarkan seruan Islam itu ke seluruh pelusuk dunia.
Sebagaimana Imam Hasan AlBanna yang hebat dengan setiap ceramahnya
Sebagaimana Syed Qutb yang mampu mengegarkan jiwa2 manusia dengan sentuhan penanya...

Ini adalah kerana untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam
hari ini,
tidak perlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari
mereka yang lalai
dan menyeleweng kepada berpegang teguh dengan Islam.
Tetapi apa yang diperlukan ialah
menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan
Islam,
membangkitkan kesungguhan mereka,
dan memperkenalkan kepada mereka jalan amal dan fiqh
da'wah.
[AlMuntalaq]



Ramadhan sudah menghampir...

Jemput datang ke Semarak Ramadhan Tohoku. jom!

Bittaufiq wannajah kepada yang masih berImtihan.

Allahu yusahhil alaik insyaAllah.

Allahualam. Wassalam.

TZ.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tertarik.menarik.ditarik.
Sudah lama menghilang entry di sini.
Terdetik sebentar...
Untuk berfikir sebentar.
Meluah rasa.

Entah.
Kebelakangan ini, macam2 rasa ana rasa.
Entah.
Itu sahaja yang mampu di ungkapkan.

Teringat soalan adik
di mailist kami dan mereka.

"Bagaimana yang dikatakan hebat tarbiyahnya itu ek?"

Mmm...
Lama ana termenung.
Bukan sejam dua, berhari-hari.
Hati meronta-ronta untuk menjawab dan berkongsi sesuatu.
Tapi entah.

Serasa diri ini juga tidak layak.
Tak mampu menasihati orang lain sedangkan diri...
Mungkin rasa itu setakat di sini mampu ana ungkapkan
Tak bisa untuk meluahkan pada mereka yang sedang naik himmahnya.
Ana juga setahun jagung.
Baru belajar untuk melangkah.
Dengan masih tatihan pertama.
Juga seperti antum/na.
Entah.
Kadang-kadang rasa ingin marah
Tapi entah.
Tidak tahu mana awal dan hujung pangkalnya.
Akhirnya diam sendiri membungkam.
Entah.


Mereka yang hebat tarbiyah...

Mereka yang apabila di letakkan di tengah2 pulau, akan bisa berdikari mendirikan
setinggi bangunan menggapai langit
Bukanlah bangunan matearilistik yang ana maksudkan
Tapi mampu membina pulau itu, makhluk yang mungkin ada di situ
Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
Menjadi pejuang Islam yang sejati.


Mereka yang jika ditinggalkan orang yang tersayang, [mungkin kakak,murobbi etc]
Mampu kembali berdiri atas kaki sendiri
Meredah arus sisa2 jahiliyah dalam diri
Meredah arus jahiliyah di sekeliling
Meredah arus duniawi yang takkan pernah padam hingga tiba saat Islam itu berada di puncak kembali [insyaAllah]
Yang bisa menyeka air mata kesunyian
dan mampu untuk terus kukuh di jalan dakwah ini.

Mereka yang...
Tarbiyah Dzatiyah nya mampu berterusan meskipun tiada murobbi di sisi
Mampu untuk memperbaiki diri hari demi hari
Mampu untuk melakukan ibadah fardhu mahupun sunat dari baik kepada lebih baik
Mampu untuk memaksa diri walaupun itu bukan perkara biasa baginya.



Mereka yang mampu
untuk sentiasa memenuhi 10 muwasofat tarbiyah itu.
Aqidah yang mantap.
Ibadah yang sahih.
Akhlak yang mantap.
Tubuh yang cergas.
Teratur urusannya.
Mampu berdikari.
Berpengetahuan luas.
Mujahadah ila nafsi.
Menghargai masa.
Bermanfaat pada orang lain.
Kerana mereka sedar
Di setiap usaha bermujahadah itu
Pasti akan ada nilai di sisi Kekasih Yang Maha Agung.

Dan selebihnya
mungkin adik akan ngerti sendiri satu hari nanti
Merasai rasa itu untuk mewarnai setiap langkah mu menempuhi jalan itu.
Berdoalah...
Agar kamu, ana, dan kita semua bisa terus thabat
Meredah segalanya insyaAllah
Mencapai mardhatillahNya
Mengejar syurga
Di hari yang abadi.


Allahualam.
Wassalam.

Pilihlah yang terbaik....

Bismillah.
Assalamualaikum.

Perkongsian dari sahabat ana untuk ana untuk semua.
Musim-musim cuti [di msia] ni, ramai pulak yang berwalimah...hehe...
Termasuk lah seorang kawan ana, alhamdulillah ikhwah di Malaysia yang baru melangsungkan walimahnya 17 hb Jun yang lepas. barakallahu fik kepada pasangan tersebut. [orang pertama dalam batch ana yang kahwin]
Juga kepada senior-senior ana yang telah mendirikan masjid juga. Barakallahu fik.
[Sambil nyanyi lagu barakallah by Maher Zain.]
Walaupun tak dijemput dan jauh di sini, namun doa ana sentiasa mengiringi. insyaAllah.
Yang bakal-bakal tu, jangan lupa jemput ya.
Walaupun jauh di sini, jauh di mata dekat di hati. ^^

Sedikit perkongsian..[ulang balik ayat atas tu] bersama antum/na.


ذا أتاكم من ترضون خلقه، ودينه فزوجوه،
إن لا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض


Apabila datang kepada kamu seorang yg kamu redhoi
dari sudut akhlak dan agamanya,
maka kahwinkanlah dia,
jika tidak maka akan berlaku fitnah dan kerosakan di bumi.
(Riwayat Tirmizi)


Teringat kata-kata seorang ustazah yang pernah datang kesini berprogram bersama kami.

..." Perempuan jika mahu memilih calon suaminya, hanya punya 2 syarat sahaja yang perlu dilihat : Agama dan Akhlak nya.. Jika sudah sempurna/elok dua itu, maka wajib untuk dia [si perempuan] memilih lelaki itu, bimbang akan terjadi sesuatu (mungkin terpilih pilihan yang salah di masa hadapan<=ini hanya tafsiran ana> ).... "



Manakala untuk lelaki, ada beberapa syarat untuk memilih wanita yang dinikahinya...
paras rupa, harta, agamanya...
Paras rupa akan luntur.
Harta akan berkurangan.
Namun, beruntunglah mereka yang memilih kerana agamanya...
[asif kerana ana tak ingat ayat penuh hadith ini]


Pinjam ayat daripada status seorang sahabat ana,
Andai takdirMu aku mencintai hambaMu, biarlah dia hamba yang mencintaiMu lebih dari segala2nya, hamba yang meneruskan perjuangan rasulMu..
[Moga kamu pun dipermudahkan untuk menaiki tangga itu wahai sahabatku]


Pilihlah pilihan yang terbaik...
agar dengan pilihan kamu itu membawa mu jalan ke syurga...
Membawa kamu berlari-lari dalam agama Islam yang syumul ini.
Membawa kamu menyelusuri jalan dakwah dan tarbiyah mencapai mardhatillah...


Mungkin terlalu awal untuk mu memikirkan soal ini
Namun takkan mampu lari darinya...
Kerana dirimu yang bakal melahirkan bakal mujahid/ah Allah...
Generasi masa hadapan yang bakal menentukan naik jatuhnya Islam.

Pesanan yang lain ada terkandung dalam video di bawah.
Jom tonton sebentar.
Moga jadi renungan buat kita semua insyaAllah.





KERANA



Perkongsian menarik : sini .

Allahualam.
Wassalam.

Semangat Waja!

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semangat Waja


Album : Kasih Ibu Bapa

Munsyid : The Zikr

Pemuda pemudi tanam semangat waja

Tegakkan kebenaran di dunia yang banyak noda

Tiupkan roh Islam yang sangat mulia

Kumandangkan ke seluruh pelusuk buana

Menyelamatkan Islam kerja kami

Di jalan Allah hidup kami

Di jalan Allah

Di jalan Allah kami mati

Kami tak gentar dengan mati

Ya Allah...

Pembela kebenaran marilah berjuang

Membangunkan Islam walau ditentang

Sejarah keagungannya yang sangat gemilang

Biar ianya bangun berulang

Kami tak rela Islam dihina-hina

Bangunkan segera orang yang masih lena

Kembangkan Islam ke seluruh dunia

Seperti salafussoleh yang banyak jasa.

Pilihan.

Bismillah...
Assalamualaikum.

Masih ingat sajak Robert Frost yang kita belajar satu ketika dahulu?
Kalau tak silap, tika itu kita [ tak tahu la kalau ana je yang belajar ] berada di form 3.


The Road Not Taken
[ kalau nak dengar suara orang deklamasikan sajak ini, sila klik sini ]

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.




Dua Jalan


Dua jalan terpisah
Dan maaf, aku perlu memilih salah satu jalan sahaja
Kerana Sang Pencipta aku tahu
yang aku takkan mampu untuk melalui kedua-duanya
Menjadi musafir...lama berfikir...
Merenung ke hadapan..ke jalan itu...
pada masa depan yang masih kabur..

Merenung ke jalan yang satu lagi itu...
Dengan harapan punya sinar yang cerah di hujungnya nanti.
Penuh dengan onak duri dan hanya mereka yang cuba menjadi
luar biasa sahaja yang mahu melaluinya
Walaupun mereka tahu apa yang bakal mereka tempuhi
Tika menyelusuri jalan itu.
Jalan itu tak sama tapi hampir sama.

Kedua jalan itu diguguri daun yang sama pagi itu
Masih belum ada jejak sesiapa lagi
Oh! Aku akan melalui yang satu itu kelak
Tapi aku tak mungkin bisa berbuat begitu
Kerana jalan yang bakal ku pilih
bisa membawa kepada perubahan yang berlainan
Dan masa terlalu suntuk
Aku perlu memilih!

Aku patut memberitahu ini dengan keluhan
Jika jalan yang ku pilih membawa aku
kepada perubahan yang kurang baik
Masa lalu yang telah lama berlalu...
Dua jalan yang terpisah itu...Dan aku --
Aku melalui jalan yang kurang di lalui itu
Dan ia telah mengubah segalanya.



*[ Sila ambil perhatian yang ana men'translate' sajak bi-bm di atas hampir sama tapi tidak sama ]
** [ Sila cuba hayati sajak itu terlebih dahulu sebelum 'scroll down' lagi ye ]

HIDUP PENUH DENGAN PILIHAN

Sudah habis menghayati sajak di atas?

Hidup penuh dengan pilihan...
Ya! pilihan...
Sejak kita dilahirkan kemudian menjadi kanak-kanak dan seterusnya remaja dan dewasa...
Melalui zaman peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan seterusnya...
Hidup yang penuh dengan pilihan.
Perlu memilih baju apa untuk dipakai hari ini
Perlu memilih makanan apa yang sedap untuk dimakan
Perlu memilih beg mana yang mahu dibawa hari ini
Perlu memilih sekolah yang terbaik yang ingin di masuki
Perlu memilih pekerjaan yang terbaik yang menjanjikan gaji yang juga terbaik...
Pendek kata, life is full with choices and decision!

Tapi...
Adakah cukup hanya sekadar memilih?
Memilih untuk hidup senang di dunia...
Memilih untuk membiarkan sahaja hidup mudamu bersisa dengan keseronokan.

MENGAPA PERLU MEMILIH?

Allah telah menciptakan manusia dengan punya 2 pilihan...

Demi diri manusia dan
Yang menyempurnakan
kejadiannya
(dengan kelengkapan yang sesuai dengan
keadaannya);
Serta mengilhamkannya
(untuk mengenal)

jalan yang membawanya kepada
kejahatan,

dan yang membawanya kepada
bertakwa
;
Sesungguhnya berjayalah orang yang
menjadikan
dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah
bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang
menjadikan dirinya
yang sedia bersih itu susut dan terbenam
kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat).
( 91: 7-10)



Memang benar membuat pilihan bukan satu perkara yang mudah
Tapi itu lah yang dinamakan MUJAHADAH.
Melawan segala sesuatu yang biasa dilakukan untuk membuat perkara yang baru.
Pilihlah...pilihan di tanganmu.
Jalan ke Syurga...
Jalan ke Neraka...
Jalan Tarbiyah...
Jalan Kemungkaran...
Jalan untuk menuju mardhatillahNya...
atau...
Jalan yang menuju kemurkaanNYa...[ nauzubillahiminzalik ]


Kerana hanya mereka yang benar-benar terpilih sahaja
Yang akan dihitung oleh Tuhan Semesta Alam ini..ALLAH...

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah
dengan jihad yang sebenar-benarnya
Dialah yang memilih kamu
(untuk mengerjakan suruhan agamanya)
dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan
dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim.
( 22 : 78 )



Seperti pensajak di atas,
Dia tahu dia perlu membuat pilihan
dan dia bersyukur dengan pilihan yang telah dibuat
walaupun terpaksa melalui jalan yang jarang di lalui manusia
melalui jalan yang penuh dengan onak duri mungkin.
Tapi pengakhirannya menjadikan dia yang sekarang.


Namun, bagaimana dengan kita?
Sudah punya pilihan sendiri?


Jalan tarbiyah itu pasti penuh dengan onak duri...
Jalan dakwah itu takkan di hampari dengan karpet merah...
Seperti mana Rasulullah yang di letakkan dahan/kayu-kayu yang berduri di hadapan rumahnya
oleh Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab tika baginda mahu keluar dari rumah untuk ke masjid , untuk keluar menyebarkan syariat Islam. [ refer to Surah Masad ]
Jalan yang takkan bisa di lalui oleh mereka yang tidak benar-benar yakin dengan janji-janji Allah.


Jalan yang satu lagi pula...
Jalan keseronokan...
Yang pasti akan di penuhi wang ringgit , keseronokan dunia...
Yang hanya bersifat sementara!
Jalan itu mudah...tiada halangan.


Tak seperti jalan yang satu tadi...
Melaluinya memerlukan kesabaran yang tinggi
kerana jalan itu panjang
kerana jalan itu penuh onak duri menanti
kerana jalan itu pahit ..tersangat pahit
Tapi yang pasti hujungnya pasti manis.
Dan hanya mereka yang benar-benar terpilih sahaja yang akan merasai kemanisan itu.


Semoga kita semua juga bisa melalui jalan yang pahit di hadapannya itu untuk merasai manisnya
pengakhirannya insyaALLAH...


[ Doakan ana juga bisa membuat pilihan yang terbaik dalam hidup ana insyaAllah.
Kerana inna solati wanusuki wamahyaya wamama ti lillahi rabbil alamin.
Kerana solatku, ibadahku, hidupku dan matiku ku serahkan kepada Tuhan Semesta Alam.
Kerana hidup matiku hanya untukNya. ]


Allahualam.

Wassalam.

Mana Tuhan Kamu?

Bismillah.
Secebis perkongsian buat yang membaca...

by Hilal Asyraf.

Cerpen ini saya tulis khas untuk ummah.

Moga-moga manfaatnya besar.

Moga-moga kesannya mendalam.

Agar menyemarakkan api perubahan.

Dan memadamkan gelita kefasadan.

Terimalah.
Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Bacalah dengan penuh penghayatan.

Tahun 837. Kota Amoria, Romawi.
Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia merupakan hamba tawanan perang dan telah dijual. Kini meneruskan hidup menjadi hamba sahaya menguruskan hal ehwal rumah tuannya.

Tanpa dia sedari, ada mata-mata memerhatikan gerak langkahnya. Peribadinya yang berbeza membuatkan dia menjadi tarikan. Rambut tidak terdedah dilitupi kain penuh beradab, pakaian labuh tidak menonjol bentuk tubuh, dia nyata adalah yang ganjil di tengah pasar Kota Amoria.

“Aku kira, hari ini adalah harinya. Sudah lama aku menahan rasa” Bicara seorang pekedai kepada temannya dengan mata penuh dendam kepada muslimah itu.
“Ya. Mari. Sudah berminggu-minggu aku perhatikannya. Tersirap darah aku saban kali melihatnya” Rakan pekedai itu mengepal kedua belah penumbuk.

“Kita tidak perlu takut. Amoria adalah tanah kita. Semua di pasar ini akan menyokong kita!” Pekedai itu bergerak. Rakannya membuntuti.
Semakin lama semakin mendekat. Muslimah itu tidak menyedari, melainkan apabila telinganya menangkap seruan dari belakang.

“Wahai perempuan!” Segera muslimah itu berpaling untuk melihat. Tetapi terkejutnya dia apabila kedua tangannya pantas ditangkap.

“Lepaskan, lepaskan!” Perempuan itu didorong ke dinding berdekatan.
Suasana pasar yang memang riuh menjadi semakin hangat apabila keadaan ini berlaku.

Si Pekedai mengikat kedua belah tangan Muslimah pada palang kedai berdekatan.

“Jangan apa-apakan aku!” Muslimah itu menjerit sayu. Mata-mata di pasar sekadar memandangnya kaku. Semua diam seperti batu.

“Hari ini, siapakah yang akan menyelamatkan kamu?” Pekedai itu menjerit diiringi ketawa berdekah-dekah. Tangannya bergerak pantas melucutkan kain yang melitupi kepala sang muslimah. Terserlahlah rambut panjang melepasi bahu yang perang. Warna rambut asli perempuan dari mediterranean.

“Jangan, jangan!” Air mata perempuan itu mengalir deras. Tiada yang membantu. Semua hanya melihat.

Rakan kepada pekedai bertindak dengan lebih jauh. Menyelak kain yang menutupi bahagian bawah pinggang perempuan itu dan mengoyakkannya.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Dia menjerit kuat.

“Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!” Pekedai tadi memandang sekeliling.

Air mata perempuan itu kabur dengan titisan air mata. Maruahnya diinjak sedemikian rupa. Dari kaburan matanya itu, dia menyangka bahawa keadaannya mendapat simpati manusia di sekelilingnya. Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Seluruh pasar menjerit menghinanya.
Hatinya remuk.Ya Allah, sesungguhnya hamba-hambaMu ini menghinaMu…

Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.
“Waa Mu’tasimah. Waa Mu’tasimah. (Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?)!”

Dan jeritannya disambut hinaan dan ejekan.

Namun dalam lautan manusia berhati syaitan itu, ada sepasang mata yang memerhatikan. Segera pemilik mata itu bergerak meninggalkan tempat itu. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas keluar dari Kota Amoria, menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.
Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.

******************************************************************************
Semboyan perang dibunyikan tanda peperangan telah berakhir. Kota Amoria tewas teruk. 30,000 perajurit romawi terbunuh, manakala 30,000 lagi ditawan oleh tentera dari Abbasiyah.
Tiba-tiba gendang berbunyi. Bendera kebesaran dikibar. Tentera-tentera berbaris kemas. Derapan kuda kedengaran gagah. Sepasukan tentera berkuda bergerak di tengah-tengah barisan. Mengiringi satu figur yang berpakaian sederhana bersama kuda berzirahnya.

“Di manakah muslimah yang memanggil aku?” Figur itu melaung dengan kuat.

Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya diisi dengan bunyi deru angin dan api yang masih membakar beberapa bahagian daripada benteng pertahanan.
Tidak lama kemudian terdengar satu suara.

“Aku wahai Khalifah. Aku” Seorang perempuan bergerak menundukkan diri menghadapnya.
Figur itu turun. Bergerak mendekati muslimah itu.

“Wahai perempuan, apakah aku telah memenuhi seruan kamu?” Lelaki itu bertanya.

Dengan air mata yang mengalir, perempuan itu mengangguk berkali-kali. “Ya Amirul Mukminin, ya. Kau telah memenuhi seruanku”

Amirul Mukminin Al-Mu’tasim tersenyum.
“Apakah yang menghinamu itu ada dari kalangan mereka ini?” Al-Mu’tasim menunjuk kepada tawanan perang dari kalangan rakyat yang berbaris di tepi barisan tenteranya.

Muslimah itu mengangguk dan menunjuk dengan telunjuknya pekedai dan rakannya yang telah menjatuhkan maruahnya.

“Kau mulai sekarang, aku jadikan hamba yang merdeka. Kuberikan rumah, kuberikan tanah. Dan mereka berdua ini aku hadiahkan kepada kamu sebagai hamba”

Perempuan itu terkedu.

“Al-Mu’tasim, kau lancarkan perang ini hanya kerana seorang perempuan?” Satu jeritan kedengaran.

Al-Mu’tasim menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang dipukul oleh tenteranya. Mungkin kerana jeritannya itu dikira sebagai tidak beradab kepada khalifah.

“Siapakah dia?” Al-Mu’tasim bertanya kepada pengiringnya.

“Dia itu adalah ketua jeneral untuk Kota Amoria.” Pengiringnya berbisik.
Al-Mu’tasim mengangkat tangan, isyarat agar tenteranya berhenti memukul lelaki itu. Al-Mu’tasim merapati Jeneral Kota Amoria itu.

“Wahai jeneral, bukankah aku telah menghantar surat amaran? Sekiranya keeadilan tidak ditegakkan oleh pemimpin kamu, maka bersedialah untuk menerima tenteraku yang ramainya dari sempadan negara kamu hingga ke akhir sempadan negaraku? Dan pemimpin kamu tidak membalas suratku itu.” Al-Mu’tasim berbicara tenang.

Lelaki itu terdiam.
Al-Mu’tasim bergerak meninggalkan lelaki itu. Dia pergi ke arah pekedai dan rakannya. Memandang tepat kepada dua lelaki itu.

“Dan ketahuilah, masih ada lagi tenteraku yang sedang berbaris di hadapan istanaku untuk ke mari. Sesungguhnya, aku benar-benar mengotakan janji. Inilah dia kekuatan Tuhanku. Inilah dia warisan Rasulku. Sungguh, Dia tersangat mulia, tidak perlu turun sendiri untuk berurusan dengan manusia sepertimu. Sungguh, Rasulullah itu tersangat mulia, tidak perlu bangkit dari kubur untuk menguruskan kamu. Aku, hamba-Nya dan ummat kepada baginda, sebagai wakil menjalankan hukumNya dan membela ummat baginda.” Mata Al-Mu’tasim membesar.

Pekedai dan rakannya melutut kegerunan.

Al-Mu’tasim berpaling dan kembali menunggang kudanya.

“Mari kita pulang.” Al-Mu’tasim mengangkat tangannya. Gendang kedengaran. Seluruh tentera yang mengiringinya mendahului Al-Mu’tasim.

********************************************************************************

Tahun 1186. Di tengah sahara antara Kairo dan Damascus. Satu kafilah bergerak merentas bumi gersang di bawah terik mentari. Langit biru tanpa awan menambah hangat.

“Kafilah mereka sudah berada dalam pandangan kita, tuanku.”

Seorang lelaki bertubuh besar berjanggut kerinting keemasan memandang kepada pelapor. Dia mengangguk. “Ya, aku tahu”

“Bila kita hendak bertindak?”

Lelaki itu tersengih. “Tunggu arahan aku. Arahkan tentera kita berkumpul terlebih dahulu.” Bicaraya sambil memandang karavan tunggal di tengah padang pasir yang luas.
“Hari ini, orang Islam akan tahu betapa mereka hakikatnya tidak punya kuasa” Dia ketawa.

Tidak lama kemudian, si pelapor datang semula. “Semua tentera kita telah bersedia, tuanku!”
“Bagus. Dengan namaku, Raynald De Chatillon, serang!” Dia mengacukan pedangnya ke arah kafilah yang sedang bergerak itu.

Tenteranya bergerak ibarat taufan yang menyerbu. Debu-debu sahara naik membuatkan langit biru kelihatan perang. Jeritan ahli kafilah kedengaran melantun-lantun diiringi teriakan kesakitan. Darah merah memercik di sana sini menghiasi medan.

Raynald De Chatillon ketawa berdekah-dekah. Pengawal-pengawal karavan yang sedikit tidak mampu berhadapan dengan tenteranya. Satu persatu tumbang. Bahkan, ahli-ahli kafilah turut dibunuh tanpa berbelas kasihan.

“Tinggalkan seorang sahaja. Adik kepada Salahuddin Al-Ayubi, dia mesti menjadi tawanan kita!”

Dan hari hitam di tengah sahara itu berakhir dengan penuh tragis. Barang-barang dirampas. Haiwan tunggangan diambil. Ahli kafilah perempuan dirogol dan dibunuh. Yang lelaki dipenggal kepala semuanya. Tandu-tandu dibakar. Suasana persis neraka.

“Ini dia Tuanku Raynald. Adik kepada Salahuddin” Seorang perempuan memakai burqa ditolak dengan belakang pedang menghadap Raynald.

Raynald segera menghunus pedangnya yang masih berlumuran darah. Segera dicantas burqa perempuan di hadapannya. Terserlah wajah perempuan itu yang bersih.

“Adik Salahuddin. Di manakah Allah dan Muhammad kamu hari ini? Panggil lah mereka”

Adik Salahuddin senyap. Namun wajahnya tidak menunjukkan riak takut.

“Allah akan menguruskan kamu wahai Raynald!” Bicaranya berani selepas memandag wajah Raynald dihiasi tawa angkuh.
Gelak Raynald tambah berdekah.

“Selepas ini, aku akan ke Makkah untuk merobohkan Ka’bah, dan ke Madinah untuk mengorek kubur Muhammad. Baru kamu tahu betapa lemahnya kamu!”

Dan Raynald membawa adik Salahuddin bersamanya.

*********************************************************************************

Tahun 1187. Medan peperangan Hattin. Debu masih menyelimuti langit. Mayat-mayat pula penuh bergelimpangan di atas bumi. Burung-burung pemakan bangkai mula mengintai makanannya.

Kelihatan dua orang lelaki dalam keadaan terikat, sedang dibawa ke satu khemah yang besar.
“Tuanku, inilah dia Guy of Lusignan dan Raynald De Chatillon” Wakil askar yang membawa dua orang itu bersuara.

Satu figur yang memakai zirah perang kuning keemasan lengkap bertopi, memalingkan wajah. Menghadap kepada dua tawanan perang itu. Matanya bersinar.

“Salahuddin” Raynald mengetap bibirnya.

Salahuddin Al-Ayubi tersenyum.

“Kamu mengabaikan suratku agar memulangkan adindaku. Bahkan berkeras untuk tidak menyerah dan membunuh pula utusanku” Salahuddin bergerak melepasi dua tawanan itu.
Dia memandang jauh ke medan perang.

Mayat-mayat tentera salib sedang dikumpul untuk dibakar. Pakaian besi dan senjata mereka telah diekstrak sebagai harta rampasan. Guy of Lusignan bersama Raynald De Chatillon keluar dari Sephoria menuju ke Tiberias untuk berhadapan dengan tentera Salahuddin Al-Ayubi selepas terpancing dengan serangan Salahuddin ke atas benteng tentera salib di Tiberias. Tentera Salahuddin yang utama hakikatnya berada di tempat bernama Kafr Sabt, bersedia untuk menyerang hendak tentera salib pimpinan Guy dan Raynald.

Perjalanan yang panjang, tanpa sempat mencapai sumber air, membuatkan tentera Salib menjadi lemah. Ketika itu juga tentera Salahuddin dari Kafr Sabtbergerak menghentam mereka dari dua arah. Dalam masa dua hari, tentera mereka hancur. Cubaan terakhir, mereka bergerak ke sebuah kawasan air di Hattin untuk menyusun semula tenaga mereka.

Namun Salahuddin telah menjangka semuanya. Di lembah Hattin, tentera Salib dihabisi.
Begitulah Allah mengotakan janji-janjiNya.

Di manakah Allah?
Bersama hambaNya yang percaya.

Salahuddin berpaling kembali dan merapati Guy dan Raynald. Dia memberikan isyarat kepada pembantunya agar membawakan air. Apabila air telah sampai, Salahuddin meminum air itu dan kemudian memberikan segelas air kepada Guy.

Guy mengambil dengan rakus, kerana sememangnya dia kehausan. Namun di tengah kehausannya, dia tidak lupa akan Raynald. Diberikanna sedikit air untuk rakannya itu.
Salahuddin mencelah: “Aku tidak memberikan kebenaran pun untuk itu”
Kedua mereka diam. Raynald kemudian menjawab: “Tidak. Tetapi rajaku, Guy yang memberikan aku minum”

Salahuddin tidak berkata apa-apa.

“Kau masih ingat apa yang kau katakan tahun lepas, Raynald?”

“Em, apa yang aku katakan?”

“Di manakah Allah dan Muhammad untuk membantu kamu?” Mata Salahuddin membesar.

Bulu roma Raynald menegak.

“Di sini Allah menurunkan hukumanNya buat kamu!” Salahuddin mengunuskan pedangnya, terus memeganggal kepala Raynald De Chatillon. Darah menyembur hingga membasahi tubuh Guy of Lusignan. Tubuh Raynald menyembah bumi dengan kepala terpisah dari diri.

Salahuddin memandang Guy.

“Raja tidak akan membunuh raja. Apakah ini tidak cukup untuk kamu mengambil pengajaran?”
Dan Salahuddin bergerak pergi.

“Kita ke Jerusalem. Menawan Al-Quds!” Sambil mengangkat tangannya. Disambut takbir yang menggempita daripada seluruh tentera.

************************************************************************************

2010. Atas kapal Marmara Mavi. Di sempadan laut Gaza.

“Tengah buat apa?” Satu sapaan menggetarkan gegendang telinga.

Noorazman menoleh. Kelihatan Ustaz Hasanuddin. Dia menyambut lelaki itu dengan senyuman.

“Sedang terkenangkan ummat” Noorazman melepaskan pandangan ke laut. Kelam sebelum subuh masih pekat. Justeru gelita ibarat malam tidak sirna. Tinggal hawa menjadi semakin sejuk dengan kewujudan embun dari langit. Dia duduk di tepi kapal bersama baju yang tebal.
Ustaz Hasanuddin duduk.

“Moga-moga, usaha kita ini akan menjadi batu loncatan agar ummah bangkit dari lena”

Noorazman mengangguk. “Sungguh, misi kita bukan sekadar hendak menghantar bantuan kemanusiaan. Tetapi kita harapkan misi ini mampu memangkin semula keimanan ummah”
“Sama ada dengan kita selamat sampai ke Gaza, atau ditimpa musibah Israel di tengah lautan, kedua-duanya akan memberikan impak kepada dunia” Ustaz Hasanuddin membuka dompetnya.

Gambar dirinya bersama isteri dan anak-anak.
“Walau diri ini berkorban dan akhirnya terkorban, kalau itu harganya untuk kebangkitan ummah, maka ana tak akan menyesal”

Noorazman menghela nafas. “InsyaAllah, akan ada jiwa-jiwa yang menyahut” Sambil tangannya memaut bahu Ustaz Hasanuddin.

“Amiin”

Tiba-tiba, keheningan kelam terganggu dengan satu bunyi yang menderu. Noorazman dan Ustaz Hasanuddin mendongak ke langit. Kelihatan lampu-lampu sedang terapung.

“Apakah…” Dan belum sempat Noorazman menyempurnakan kalimah itu, lampu-lampu yang terapung sudah berada di atasnya bersama bunyi yang sangat kuat.
Putaran kipas Apache AH-64D kedengaran membingit.

“Ustaz Hasanuddin, Israel!” Noorazman menolak Ustaz Hasanuddin agar berlindung ke dalam kapal.

Tanpa amaran, tembakan bertalu-talu dilepaskan. Suasana kapal yang tadinya tenang kini bergejolak. Komando-komando Israel turun dari helikopter dan tanpa belas melepaskan tembakan bertalu-talu ke semua arah tanpa mengira sesiapa.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin berlindung di sebalik dinding. Mereka sempat juga melihat kapal-kapal lain yang menyertai konvoi Lifeline4Gaza, Break The Siedge, sedang mengalami nasib yang sama.

“Ya Allah, sungguh Allah telah memilih kita!” Ustaz Hasanuddin memandang Noorazman.
Belum sempat Noorazman memberikan respon, satu bunyi membuatkan tubuhnya kaku. Terasa seperti ada besi panas menyentuh ubun kepalanya.

“Jangan bergerak. Bangun dengan perlahan-lahan” Suara itu kedengaran. Menurut arahan, Noorazman dan Ustaz Hasanuddin bangun. Kelihatan tenteraberpakaian serba hitam sedang mengacu SC3000 ke arah mereka berdua.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin dibawa ke hadapan dek kapal. Di situ mereka melihat ramai lagi ahli konvoi sedang dikumpulkan. Sempat mereka melihat berbelas mayat bergelimpangan. Air mata tidak dapat ditahan, lantas mengalir kesayuan.

“Apakah kalian tidak kisah bahawa perkara ini akan ditunjukkan kepada dunia?” Noorazman berbicara kepada tentera yang membawanya.

Tentera itu hanya tersegih. “Sedangkan pembunuhan dan peperangan di Palestin selama ini pun dihalalkan oleh dunia untuk kami, apatah lagi kematian sekitar 20 orang hari ini?”

“Allah akan menghitung kamu!” Ustaz Hasanuddin mengetap bibir, geram.

Tentera-tentera itu ketawa.

“Maka di mana Tuhan kamu itu?” Dan mereka terus ketawa. Salah seorang dari mereka memegang kepala Ustaz Hasanuddin dengan keras. Matanya didekatkan dengan mata Ustaz Hasanuddin.

“Kami telah menawan Palestin 62 tahun. Dan sepanjang waktu itu, entah berapa kali kami telah mendengar laungan nama Allah dari mulut mereka. Tetapi tetap kami yang berkuasa. Hari ini, semua yang mati itu, semuanya menjerit nama Allah di hujung nyawa mereka, tetapi tetap kami berdiri di sini menawan kamu semua.”

Kemudian dia diam sebentar. Ustaz Hasanuddin pula turun naik nafasnya.

“Maka, di mana tuhan kamu?”

Dan soalannya disambut dekah tawa.
Seluruh kapal konvoi di bawa Haifa.
Tragedi yang berlaku ini, menggemparkan dunia. Tetapi kekebalan Israel membuatkan segala suara menjadi sia-sia. Tambah menjadi anak angkat kepada penguasa dunia, atau lebih tepat lagi, kuasa dunia itu adalah boneka mereka, Israel tidak mampu disentuh hanya dengan jeritan sahaja.

Ada manusia akhirnya tidak peduli. Padanya ini hanyalah satu kisah, dari puluhan kisah tragedi di tangan Israel. Ada pula manusia yang turut serta bising itu dan ini. Tetapi akhirnya dia juga senyap kerana tidak mampu mencapai apa yang dihajati dalam masa yang amat terdekat ini.
Ramai pula manusia sudah hilang kekuatan untuk berusaha. Sangka mereka Tuhan telah meninggalkan mereka.

Tetapi Allah hakikatnya sentiasa ada dan dekat dengan hambaNya. Ini adalah ujian, tapisan, untuk memerhatikan siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Nanti saat bantuan tiba, yang palsu keimanannya akan tertapis pergi.

Yang tinggal hanya yang benar-benar layak mencium syurga.
Dan dalam kalangan manusia berbagai rencah itu, wujud lagi yang tidak berputus asa.
Terus menerus memproses.
Memandang ini sebagai satu perang nafas panjang.
Yang di akhirnya hanyalah kebenaran kepada yang utuh berpegang.

*****

Tahun XXXX, tempat XXXX, waktu XXXX.

Dia meraup wajahnya. Doa penuh khusyuk telah dipanjatkan kepada Rabbnya. Mengambil masa, dia bertafakur seketika. Walau di luar kelihatan tidak melakukan apa-apa, tetapi akal dan jiwanya sedang bekerja. Akal merangka segala jenis formula strategi. Jiwa pula sibuk menjaga hubungan dengan Pemberi Kekuatan di medan nanti.

“Jeneral, pasukan kita telah siap” Dia dipanggil.

Menghela nafas, dia bangkit. Kain khemahnya diselak. Cahaya terang memanah. Dia sedang berdiri menghadap jutaan tentera yang berbaris kemas. Kelihatan pula di satu sudut, gabenor-gabenor wilayah sedang duduk di kerusi masing-masing. Di tengah-tengah mereka, terdapat satu figur yang kelihatan dari luarnya sederhana, tetapi perawakannya menggambarkan karismanya yang tinggi.

Itulah dia Khalifah ummat hari ini.

Dunia telah berubah ke satu ekstensi yang tidak pernah ada yang menjangka. Perubahan sedikit demi sedikit yang berlaku di serata tempat di dunia, membuatkan musuh-musuh tidak menang tangan menguruskannya. Akhirnya wujud beberapa negara yang berjaya ditumbangkan dan dikuasai. Ada yang menggunakan politik, ada pula yang menggunakan tentera.

Tetapi asasnya tetap sama. Ummah dikoreksi terlebih dahulu, sebelum kuasa diambil semula. Terus, masyarakat yang faham menyokong ketua mereka, bersepadu hidup dan mati kerana faham bahawa ini semua untuk syurga Allah di akhirat sana.

Ketua-ketua pula adil dan saksama, membentuk satu kesatuan menghapuskan sempadan sesama negara. Mewujudkan satu kekuatan bernaung di bawah satu nama. Khilafah.
Amirul Mukminin, Sultan tertinggi mengetuai semua orang Islam di dunia, dihidupkan semula. Semua orang Islam bergerak meninggalkan negara mereka dan bernaung di bawah kekuasaan khilafah ini. Mencari kehidupan yang aman bawah sistem peraturan yang ideal dan sempurna. Terlindung dan dibela.

Pembinaan yang dirancang berpuluh-puluh tahun dan digerakkan secara konsisten ini, melahirkan kekuatan yang tidak terjangka. Jika dahulu Amerika terpaksa bersaing dengan Russia untuk menjadi kuasa terbesar dunia, hari ini mereka sedang dihimpit satu kuasa besar yang tiada tandingannya.

Dan hari ini, tanah suci bernama Al-Quds hendak ditawan semula.
Walaupun berkali-kali Amerika merayu agar perjanjian damai yang menjadi solusinya, khalifah tetap berkeras untuk meneruskan ekspedisi perang ini. Tiada lagi yang berani menyelar itu satu tindakan terorisma. Tiada siapa lagi berani mengugut untuk melakukan itu dan ini jika bertindak. Tiada siapa lagi berani menghina dan mencerca.

Israel Zionis juga hilang bicara. Antara ugutan mereka adalah ingin meruntuhkan Al-Aqsa jika Khalifah tetap menyerang juga.

Tetapi Khalifah mengeluarkan kenyataan.

“Ka’bah pernah runtuh dan dibina semula. Kamu hanya akan mampu meruntuhkan bangunan Al-Aqsa dan kami akan membinanya semula.” Keras dan tegas, membawa kepada kegerunan yang tidak terhingga.

“Hari ini, aku sebagai wakil Allah di bumi, dan pewaris Rasulullah untuk zaman ini, akan menjalankan hukuman ke atas kalian wahai kaum kera” Khalifah menutup penyataan tegasnya.
Amerika diberi amaran agar menyertai Israel agar mudah dihapuskan sekaligus, dan nyata Amerika tidak berani berbuat apa-apa melainkan menunggu gilirannya di bumi sendiri sana.

Dia menghela nafas. Dia, jeneral yang akan mengetuai ketumbukan tentera untuk menundukkan Israel hari ini. Dan semua yang berada di hadapannya kini, tidak akan mampu terwujud tanpa usaha penuh perancangan dan konsisten yang dilaksanakan oleh orang-orang terdahulu.

Satu proses yang dilaksanakan penuh dedikasi dan efisyen.

Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem.

Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.

Nafas disedut tenang. Dia mengangkat tangan.

“Menuju Al-Quds!”

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Dan teriakan takbir menggempita.

Hujan turun membasahi dunia. Seakan-akan tangisan syukur oleh bumi kerana kembalinya kerajaan khilafah yang bersatu seperti zaman Al-Mu’tasim, dan tentera serta pemimpin yang bersih seperti Salahuddin dan askarnya yang dipimpin.
Kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal selam, kapal perang armada, bergerak meninggalkan pangkalan.

Dia memandang jauh ke hadapan.

“Wahai Israel, inilah dia suara Tuhanku menyatakan bahawa Dia sentiasa wujud bersama hambaNya. Yang percaya akan bahagia. Yang tidak hanya akan merana”

..........................................................................................................................................................................

InsyaAllah segalanya akan jadi realiti?
BILA?
Nantikan...
Mari persiapkan diri...
walaupun cukup sekadar serpihan batubata dalam rangka membentuk tamadun Islam yang bakal bangkit satu hari nanti insyaAllah.
ALLAHUAKBAR!

Jalan itu...

Bismillah...

Jalan ini...

jalan jauh........
.
.
.
.
.
sangat jauh....
infiniti.mugendai.
.
.
.
hujungnya tak nampak.
samar-samar.
mungkin lebih dari itu.

Jalan ini...
hanya bagi mereka...
bagi mereka yang dipilih Allah.
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan
Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan
dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim."(22:78)
bagi mereka yang mampu bertahan.
yang mampu berkorban jiwa dan raga.
benarkah aku sudah mewakafkan diriku untuk jalan ini?

Lewat petang itu.
aku termenung.
mengenangkan perjalanan yang jauh itu.
mengenangkan masa silam yang sarat dengan dosa.
apa mungkin aku mampu lalui jalan ini dengan sisa-sisa dosa yang entah kan bila akan terpadam...

kata bijak pandai.
apa yang kamu buat, kamu akan dapat balik.
pesan ayah ku, hidup ini bagaikan roda.
putaran yang sama akan terus berlaku.
apa yang kita buat pada orang, kita akan dapat balik.
mungkin jika digunakan bahasa Allah, ia dipanggil sunnatullah.
satu ketetapan bagi Allah.
seperti mana akan naiknya tamadun Islam setelah ia jatuh beribu tahun dahulu.

Jalan itu...
.
banyak sekali likunya...
barangsiapa yang tidak pandai bermain liku-liku itu
pasti kan kecundang.
kerna Allah sudah menjanjikan dalam kitabullahNya,
yang seseorang itu takkan dikira benar-benar beriman selagi dia tidak diuji.
Mampu kah aku menjadi sebahagian daripada yang terpilih itu?

Kembali aku menongkat dagu ke langit.
mengintai segala macam kebesaranNya...
kadang terfikir...
kufur nikmatkah aku tatkala ujian mendatang
banyak keluh kesah lahir dari bibir ku.
baru di cubit dengan ujian yang kecil
belum lagi di timpa ujian seperti mereka yang terdahulu.
ya Allah...ampunkan dosa-dosaku.
kerana aku hanya hambamu yang lemah.
yang baru belajar bertatih dalam jalan ini.
Pimpinlah aku sehingga ke nafas terakhir.
agar aku bisa bertemu denganMu dalam sebaik-baik keadaan insyaAllah.

Malam berlabuh...
meninggalkan kesibukan siang...
yang kian lama...membuai manusia yang makin hanyut dengan dunia...
jauhkan aku..jauhkan sahabat2 ku..dari golongan sedemikian...
aminn...ya Rabbal Alamin...

Allahualam.wassalam.

cinta itu...

Bismillah...

Kerna cinta itu membawa aku ke sini
Kerna cinta itu..aku menjadi aku yang sekarang
Kerna cinta itu...
terlalu banyak yang aku berhutang denganNya..
yang aku belajar tentangNya..

cinta itu...
hangat memelukku...
sentiasa membelai aku...

tapi Allah tak mudah untuk memberi cinta itu tanpa melalui halangan dariNya.
kerana itu bukan cinta biasa
bukan cinta fotokopi
bukan cinta original
ia cinta luar biasa
datang dari manusia luar biasa
yang ditarbiyah dari Murobbi paling Agung...

banyak yang kena dikorbankan demi cinta itu...
terlalu banyak...
kadang2 terasa layakkah aku untuk cinta itu...

hanya Kau yang tahu.....

adik...

Bismillah...

Adik...
Maafkan kakak adik.
ntahlah...
macam2 rasa yg kakak rasa sekarang...
kakak rasa tangan mu yang menggapai itu..
kakak terasa sinaran dari mata mu.
tapi kadang2 kakak gagal mengawal perasaan itu.

detik yang kita lalui lain
andai kau tahu itu...
ingin aku juraikan air jernih ini di mata mu...
aku mahu cuba terbaik hanya untukmu demiNya
tapi kadangkala
aku gagal...
sentiasa gagal.
seolah kadangkala terasa seperti memaksa mu...
maafkan aku adik..

Andai jika satu hari nanti
jika aku gagal membentukmu...
tunjukkanlah kesalahan itu padaku...
tak rela aku utk adikku dipersalahkan...

Ya Allah...
andai mereka tahu....
hanya padaMu aku berserah dan memohon...

Mencari redhaNya dalam sisa hidup yang ada...

Bismillah.
Assalamualaikum.

Terkenang daku...
Daripada celik mataku disubuh hari sehingga tidurku kembali di malam hari,
daripada disarungkan baju oleh seorang ibu yang taat pada suami sehingga kumampu memakainya sendiri.
Daripada aku mula belajar bertatih sehingga aku mampu berjalan malah pantas berlari.
Tanpa disedari sudah tiada terkira banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan yang hadir dan pergi selari dengan perjalanan hidupku.
Semua nya datang dan pergi dalam sedar dan tidak sedarku.
Dalam usia ku yang kini meningkat 20-an, aku telah lama melangkah jauh dalam hidup ini.
Namun, benarkah telah ku pergunakan dengan baik masa lalu ku itu?
Allah...

Malaikat maut datang menjenguk ku, juga antum/na hampir 70 kali sehari.
Ada yang leka..ada yang ingat2 lupa..ada yang sentiasa teringat untuk mengingati Allah.
Tapi, bagaimana denganku?
Apa telah aku perbuat dengan usiaku ini?
Allah...

Tatkala memori dahulu menyingkap tirai masa yang berlalu, pasti akan ada air yang menitis malu membasahi pipiku.
Malu hanya kerana diri ini teringat akan nikmat yang aku kecapi pada usiaku yang dahulu.
Malu kerana aku kadang terlalai, alpa dan leka mengecapi kesenangan dunia yang hanya sementara...
Malu aku dengan Pencipta ku yang tidak pernah jemu memberikan kasih sayang, memberikan nikmat kurniaanNya pada hambaNya walaupun hambaNya acapkali terlupa akan tujuan penciptaan mereka..begitu juga aku...
Terkenangkan masa lalu..
merupakan sesuatu yang sangat perit.
Lopak hitam itu...
Allah...
Hanya Kau yang bisa mengampuni aku atas dosa-dosaku yang lalu.
Terasa kesal,terasa hiba.
Malu...malu untuk mengadap MU suatu hari nanti.
Lopak hitam itu..
jahiliyah pekat itu kadangkala membayangi aku...
Allah...
Ampunkan hambaMu ini...
aku juga teringin untuk berada di dalam syurgaMu namun terasa diri ini sangat tidak layak untuk berada di sana...
Mengapa dunia ini tidak indah sehingga membuatkan manusia seringkali alpa?
Aku merintih seorang.
Terkenang diri yang selalu sangat lupa...
Ah...bagaimana akan aku kecapi syurga Mu itu andai diri ini selalu terleka?
Ya Allah..hanya padaMu aku memohon keampunan...
Allah...

Terasa kesal tiada terhingga. Baru kini kurasai nikmat menghayati jiwa seorang hamba .
Tiada kusangka indah sebegini hidup bertuhan.
Kusangka Islam hanyalah semata-mata ibadah bagi seorang Muslim.
Namun Islam itulah cara hidup yang sebenar yang sepatutnya aku amalkan.
Ia adalah suatu sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan.
Tiada yang lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan Islam.

Namun sesungguhnya, sebahagian hati ini masih bersyukur kerana masih lagi dihujani dengan pelbagai nikmat yang dulu kusangkakan tiada bermakna.
Walaupun sebahagian besar nikmat itu telah hilang, tetapi aku bersyukur.
Kemanisan iman yang kudakapi kini tiada terbanding dari apa yang pernah kucapai.
Itulah sifat nikmat dariNYA..Sentiasa melimpah-ruah dalam melihat hambaNya yang ingkar mahupun patuh.
Bagi mereka yang tahu, syukur alhamdulillah, menjadi kata mendahului kepuasan hati seorang hamba.
Namun, tatkala nikmat itu hadir pada yang alpa, hanya kepuasan yang sementara menjadi pilihan...Terus-terusan alpa dan leka mengejar duniawi yang hanya sementara...
Jangan Kau golongkan aku di kalangan mereka yang alpa ya Allah....

Namun tiada siapa yang dapat membenarkan kata-kata penyesalanku ini melainkan mereka yang telah merasainya sendiri.
Namun, sebahagian besar yang masih belum merasainya, janganlah kau cuba menafikannya.
Gunakanlah nikmat itu sebaik-baiknya.
Kini hambamu ini kembali kepadaMu mengharapkan redhaMu.
Lalu, apakah aku bisa untuk cuba mengakui hidup sebagai hambaNYA itu yang tiada kebebasan itu adalah nikmat?
Lalu, jawapannya adalah benar...
YA! Benar!
Hati ini rela menjadi hina hidup sebagai hamba walaupun usia kini hanya seumpama telur dihujung tanduk.
Mengikut perintah tanpa membantah hanya kerana untuk memuaskan hati empunya diriku ini.
Benar juga untuk aku katakan hidup yang tiada kebebasan ini adalah sesuatu nikmat! yang tanpanya aku tiada menjadi aku...

Masih belum terlambat...
Ya ALLAH, terimalah taubatku...
Kerna aku hanya hambaMu yang penuh noda lama..penuh dosa...
yang kini kembali untuk meraih redhaMu walaupun dalam sisa-sisa hidup yang terakhir.
Kerana aku juga tak bisa tahu bilakah penghujung hidupku....
Hanya daripadaMu aku datang dan kelak hanya kepadaMu aku kembali...
Ampunkan aku atas segala dosa lalu...amin...aminn..aminnn ya Rabbal Alamin...

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu:
Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah;
dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula;
(maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(Surah AlMulk;67:15)


Wallahualam. Wassalam.

Surat cinta untuk adik [1]

Bismillah.
Assalamualaikum...

Tiba-tiba
saya rindu adik
walaupun baru sekejap berpisah
rindunya pada mereka
Adakah dikau mendengar kerinduan kakak ini wahai adik?

Bagaimana khabar mu adik?
Maaf kakak tidak bertanyakan tadi
Bagaimana khabar jasadmu adik?
Bagaimana pula khabar ruhi mu adikku sayang?

Alis matamu memandang
umpama menagih sejuta kasih
Kadang-kadang bergetar hatiku kala terlihat alis matamu itu
Bimbang diri ini gagal untuk menyayangimu sepenuh hati
Tutur bicaramu lancar sekali bercerita
Seronok daku mendengarkan nya
Seronok bila mana tahu adikku gembira dengan hidupmu
Namun, aku juga bimbang andai aku gagal mendalami
hatimu di dasar dalam sana
Kerna terkadang manusia ini nampak saja gembira di luar
namun luka di dalam

Adik...rindunya aku padamu
meskipun dikau baru keluar dari rumah ini...
Mengapa rasa ini begitu
Biarlah ianya kerana kasih dan cinta Allah pada kita dan cinta kita pada Allah
dan segalanya keranaNya yang menautkan ikatan ini...
Terkadang mahu saja aku berdoa agar Allah kurniakan aku dengan
kasih sayang yang sangat banyak agar aku dapat menyayangi dirimu sepenuh hati
.............................


Wallahualam.Wassalam.

Asad,
09:15a.m

Selamat syahid!

Bismillah.
Assalamualaikum.

Selamat syahid.
ya.
selamat syahid.
.
.
.
.
.
Bisakah aku?
kala makin jauh terasa...
Allah...Allah...Allah...
.
.
.
Selamat syahid wahai ikh/akh di mana juga antum/na
Selamat syahid kepada diri sendiri...
.
.
.
ALLAH Ghoyatuna
ArRasul qudwatuna
AlQuran dusturuna
AlJihadu sabiluna
AlMautu fii sabilillah
Asma amanina
.
.
.
.
.
ALLAH adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
AlQuran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ALLAH adalah
cita-cita kami tertinggi!

مِّنَ
ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ ‌ۖ فَمِنۡهُم
مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ
تَبۡدِيلاً۬

Di antara
orang-orang yang beriman itu,
ada yang bersikap
benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang
membela Islam);
maka di antara
mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu
(lalu gugur
syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran
dan mereka pula
tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)
sedikitpun.
(Surah
AlAhzab,33:23)

Wallahualam.
Wassalam.

Engkau Aku

Bismillah.
Assalamualaikum.
Ada apa dengan pemuda itu???
Berambut panjang ???
Berseluar jeans ... bertampal ???
Berjaket kulit ???
Bertopi ... bukan kopiah ???
Berengkau dan aku ???
Jalannya ...
Gayanya ...
Bahasanya ...
Berusrah ???
MEMBAWA USRAH ?!!!
.
.
.
.
.
Ada apa dengan pemudi itu ???
Tudung apakah itu ???
Baju apakah itu ???
Seluar apakah itu ???
Dari mana perfume itu ???
Apa yg dimatanya ???
... Pipinya ???
... Bibirnya ???
Jalannya ...
Gayanya ...
Bahasanya ...
Lunak suaranya ...
Berusrah ???
MEMBAWA USRAH ?!!!
.
.
.
Ada apa dengan para murabbi dan murabbiah itu ?
...

BERUSRAH ?!!!
MEMBAWA USRAH ?!!!

Ada apa dengan aku waktu itu?

Lucu ...
Sungguh lucu ...
Sungguh ...
Huhu ...

ps :
wahai diri ...
mereka telah, sedang dan akan terus memerhati
mujahadahlah
walaupun sukar
tapi manis di hujungnya insyaAllah...^^
wallahualam.wassalam.
coretan dari seorang murabbi~

Hadiah untuk kakak saya [1] ♥juga untuk adik saya♥

Bismillah.
Assalamualaikum.

Coretan ini untuk kakak yang saya sayang khasnya dan
juga kakak2 di seluruh dunia umumnya.
Sebagai pengganti teman saya.

Untuk kakak,

Permulaan itu kadang2 sesuatu yang pahit
sebagaimana yang kau lalui sekarang
Permulaan untuk memulakan umur baru, peran baru, semester baru...
Kata orang, langkah pertama memainkan peranan penting dalam satu2 kejayaan kita.
Benar atau tidak, aku sendiri tidak pasti kerna diri sendiri juga sedang mencari kebenaran di sebalik kata2 itu.

Untuk kakak,

Dikau sebenarnya kuat.
Dikau mampu atasi semua yang dikau katakan mustahil itu.
Yakinlah.
Yakinlah dgnNya.
Allah Maha Tahu apa yang kita tak tahu juga yang tersembunyi.
Dia tahu dikau mampu
dan aku juga yakin yang dikau mampu atasi semua itu.

Untuk kakak,

Seka air mata mu itu.
walaupun dengan tangisan itu bisa buat dikau tenang.
Namun, telah tertulis dalam Kalamullah,
yang Allah takkan menguji hambaNya yang tidak mampu.
Dia tahu dikau mampu mengatasinya insyaAllah...dgn izinNya~~~

Untuk kakak,

Dikau tak seorang...sama sekali tidak keseorangan
meskipun diriku mungkin tak bisa ada di sisi mu sepanjang masa
Dikau, diriku dan kita semua punya Allah sebagai kekuatan
Punya doa sebagai senjata orang mukmin.
Berdoa lah, kembali lah kepadaNya...
Mungkin kala ini,
Dia menguji mu, Dia menguji ku, Dia menguji kita...
kerana mungkin Dia juga bisa cemburu dengan kita
yang acapkali sibuk dengan urusan dunia sehingga melupakan Dia yang sepatutnya kita ingat
jaga dan tidurnya kita.


Untuk kakak,

Maafin diri ini ya.
Terpanjang pula coretan buat mu kali ini.
Aku bukanlah seorang yang pandai bermadah pujangga
sehingga bisa mencairkan setiap hati yang membacanya,
namun cukuplah ini sebagai pengganti diriku buatmu.
InsyaAllah kita ketemu lagi jika ada rezeki.
Ingatlah bahawa aku sentiasa menyayangimu kerana Allah
dan Dia jauh lebih hebat lagi kasih sayangNya jika dibandingkan
dengan diriku yang hina lagi dina ini.
Wallahualam.Wassalam.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.c.e.m.b.u.r.u.k.a.h.?.

Bismillah.
Assalamualaikum...

Cemburu...
ahh..kenapa rasa itu datang...
banyak benda yang aku ingin berkongsi dengan dia
tapi, aku tak boleh beritahu dia...
kerna...
memang aku tak boleh beritahu dia.

ahh...cemburu nya aku melihat dia dan si dia.
bersama-sama....
mengapa aku tak bisa buat begitu padahal aku juga di atas jalan yang sama.
atau mungkin aku yang melahirkan perbezaan itu
sehingga dia bisa mencari yang lain.

ahh..dia bukan milikku..milik Yang Esa...
kenapa aku perlu berasa begini...
kerana memang aku seorang yang kuat cemburu?
oh..tidak...

ya Allah...ya Allah...
ampunkan khilafku kepada dia, si dia dan semua...
ya Allah...ya Allah...

[monoloG di pagi hari..huhuiii...>< ]

wallahualam.wassalam.

Kekuatanku daripadaMu, daripadamu [sambungan]

Dan jika ana katakan ana kuat...
mungkin ia hanya lahiriah..ahh...mengapa perlu berdusta...
Afwan...afwan...afwan...
Entah kali keberapa air mata ini menitis di hadapan lap tersyg...
takkan sekali2 dititiskan di hadapan mereka...
biarlah jika mereka membaca
namun, takkan sekali2 akan ana tunjukkan lagi...

ah...perasaan itu datang lagi.
selepas ana berkunjung ke blog adik ini...

Ibarat ana yang masih lagi bertatih disuruh berlari
tanpa sokongan...
ah..kadang2 hati memberontak kenapa perlu ditinggalkan sebegini rupa
tatkala diri ini masih baru belajar
nampak sahaja ibarat gah di luar...ahhh...umpama dusta belaka...
namun, itulah ketentuan Ilahi
itulah yang terbaik untuk ana...
jika sudah ditakdirkan dari azali lagi...

Ana kata ana dah bersedia tapi mengapa masih titis mutiara ini jatuh di pipi...
ah...emosinya ana saat ini...
Seorang daieyah tak boleh manja melayan perasaan tapi mengapa ana jadi begini
ana punya adik2 yang menjadi kekuatan ana namun mengapa masih berkeluhkesah...
ya Allah...kuatkanlah hambamu ini...

Teringat perbualan ana dengan adik ana tadi...
Katanya, dia belum bersedia berpisah dengan kakak2 di sini...
namun, ana katakan ana sudah penat bersedih dan sudah tiba masa untuk bersedia tapi mengapa masih luruh di pipi titis2 itu...
Kuatkanlah ana dengan kekuatanMu ya Rabb, dengan kekuatan daripada adik2 ana tersayang.

Doa ana padamu ya Rabb,
Engkau jadikanlah kami antara 7 golongan yang dinaungi arasy Allah
yakni
mereka yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH...insyaAllah..amiinn...

Mereka punya tugas mereka di sana...
begitu juga ana di sini...
Banyak lagi tangan yang masih menggapai2 mengharap hidayahMu ya Allah...
Di jalan ini kami bertemu, di jalan ini juga kami berpisah...

Wallahualam.
Wassalam.

Dari Rumah Asad ,
01:50 am
26 Mac 2010.

Kekuatanku daripadaMu, juga daripadamu

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sebentar menyinggah di blog sendiri yang sudah agak lama bersawang.
Afwan kepada yang mengikuti blog ini kerna ana tak bisa melangsaikan hak antum.
Afwan daripada diri yang penuh khilaf ini.
Alhamdulillah.
Ana sudah berada di baiti jannati ana selepas sebulan keluar berjaulah.
InsyaALLAH ana akan update mengenai ia nanti.

Ada satu hadis bersabda,
Iman manusia ini ada turun naiknya ibarat periuk yang menggelegak.


Ya...benar...
Manusia juga hamba ALLAH.
Hatta sahabat2 Rasulullah sendiri berasa demikian.
Inikan kita manusia akhir zaman.
Inikan ana sebagai manusia yang penuh khilaf dan dosa.
Astaghfirullah...


Namun, ana bersyukur...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
Tika ana terpaksa mempersiapkan hati
untuk berpisah dengan kakak2 ana yang sangat ana sayang,
ana dikurniakan adik2 yang sangat comel yang kini menjadi kekuatan ana.
Selain ALLAH di sisi, kini ana tahu... ana yakin..ana punya mereka.
Untuk melalui tebing2 jalan yang penuh onak duri ini
namun insyaAllah manis di hujungnya.

Melihat mereka membesar...melihat mereka memilih jalan yang sama ana pilih sekarang...
Satu perasaan yang tak terungkap dek kata2 mekar di hati.
Subhanallah walhamdulillah Allahuakbar...


Moga tautan hati kami ini terus mekar bersatu kernaMu ya Allah...
Ana sayang kakak2 ana...ana sayang adik2 ana...
Kerna mereka kekuatan ana.
Moga tautan ini kekal abadi hingga ke syurga ya Allah...
Kerna
Kekuatan ana datang daripadaMu
kerna kekuatan ana datang juga daripadamu, kakak2 dan adik2ku...

Wallahualam.
Wassalam.

UJIAN berkadar linear dengan TARBIYAH [2]

Bismillah.
Assalamualaikum.

[time exam2 ni la, baru nak gatal tangan menaip, haish!]

So, Apa macam cerita kat bawah entry nih?
Best tak?
Tak larat nak habiskan?
Rugi lah korang.
Aku siap gelak sakit2 perut melihat telatah ayah, mak dan anak tu.
TAPI,
akal dalam otak tak henti2 ligat berfikir dek analogi dan cerita yang dibawa bersama dalam cerita tersebut.

Nak berbicara mengenai tajuk entry kali ni.
Kenapa tiba2 nak kena kata ujian tu berkadar linear dengan Tarbiyah?
Taw la otak si penulis ni memang otak budak2 engineering yang suka benda berunsurkan rumus2 matematik dan bencikan membaca kan..hoho..[itu aku r]

Adik aku tanya,

"Kalau berkadar songsang, tak boleh ke?"

Ha...apa korang nak huraikan kalau ada orang tanya camni?
[padahal soalan kat atas aku tak hurai lagi kan..hoho..takpe..fikir2...dah lama tak buat entry ilmiah ni...kali ni kasi fikirmikir sket...]

Kawan aku lak kata,

"Fuh, mantap analogi"

Ha...tataw la mantap mana..tiba2 je terfikir lepas habis baca cerita kat entry bawah ni.

UJIAN berkadar linear dengan TARBIYAH




Mesti semua pernah tengok graf kat atas ni kan.
Hatta budak2 yang belajar sains politik atau sains sosial pun mesti pernah tengok gak sebab masa sekolah rendah darjah lima ke enam mesti ade belajar benda ni sikit2..[ye ye je aku ni]

Ok...tak yah buang masa la kan.sebab aku pun nak kena study..[sory la entry agak sempoi sesempoi penulisnya..hoho]

Sebelum jawab soalan aku kat atas sekali tadi, jom kita jawab soalan adik aku tu.

Kenapa graf tu tak boleh berkadar songsang?
Apa yang aku jawab ikut akal logik aku ni, aku bagitahu dia....

"Tak ada kot ujian berkadar songsang dengan tarbiyah.
Sebab kalo UJIAN berkurang, TARBIYAH berkurang.
Dah lain jadiknya tu.
Mesti ada something wrong.
Dengan adanya ujian la ,baru rase diri terdidik dek tarbiyah tu dok...
sebab kalo takde ujian ,mesti kita leka dgn hidup kan....."

Dan sebab kenapa aku kata ujian tu berkadar linear dengan tarbiyah adalah...
Setiap ujian yang datang pada kita tu pasti akan mengajar kita sesuatu.
Macam dalam kisah Hamka tu kan, anaknya hilang.
Dari situ dia belajar kebergantungan pada ALLAH.
Apa yang Allah suruh Nabi Muhammad sampaikan pada kita jika kita ditimpa kesulitan
adalah KEMBALI kepadaNYA.

Dan si Hamka tu sedar akan dosa-dosanya yang lalu lalu dia bertaubat kepada Allah sambil
mencari anaknya dalam zikir kepadaNYA.
Dalam ujian itu, ALLAH telah mengajar dia untuk bersabar, bertawakal kepada ALLAH.
Panjatkan doa kepadaNYA tika ditimpa ujian.
Dan kesabaran, tawakal itu kan semuanya pendidikan.
Semuanya tarbiyah.
Tarbiyah daripada ALLAH.

Misal kata,
even kalau kita hilang pensil pun, ALLAH bagi tarbiyah yakni bersabar mencari pensil yang hilang. Itu pun kalau kita bersabar.
Kalau orang yang ada duit sikit, die beli la kot pensil baru kan....
Kat situ kita nampak, kalau ada ujian je, mesti ada benda yang ALLAH nak ajar.
ALLAH takkan la saja2 nak suruh pensil kita tu tiba-tiba hilangkan diri dia kan...

Tapi,
kena ingat jugak.
Dalam mengharungi ujian yang ALLAH bagi tu, kita kenalah bertaubat terlebih dahulu.
Mana taw ujian tu ditimpa atas kifarah dosa-dosa kita yang lalu....
Mana taw dengan ujian itu, ALLAH nak hadiahkan syurga dan jauhkan kita daripada azab api neraka [nauzubillah] kan....

Sebab,
ALLAH lebih gembira dan lebih suka akan taubat hambaNYA lebih daripada kita yang tiba-tiba menjumpai pensil yang kita sayang yang dah 5 tahun hilang, hamba dalam cerita tersebut yang hilang untanya....

KESIMPULAN

Ujian itu tak didatangkan bergolek-golek kepada kita dengan sia-sia sahaja.
Ia pasti ada sesuatu yang tersembunyi.
Mungkin dengan ujian itu akan menjadikan diri kita tabah dan kuat mengharungi hatta tsunami dalam hidup sekalipun.

Sebab ujian itu pun suatu TARBIYAH kan...

Kepada yang masih keliru apa maksud tarbiyah..tarbiyah tu adalah pendidikan. Pengajaran dan pendidikan tu bagi saya adalah benda yang berbeza. Mengajar saja tak cukup untuk mengubah seseorang. Tetapi, mendidik itu boleh mengubah seseorang menjadi kurang kepada baik, baik kepada lebih baik insyaAllah. [correct me if i am wrong]

Dan sebab UJIAN itu berkadar linear dengan TARBIYAH.

TARBIYAH berkadar linear dengan UJIAN.


Oklah.
Dah tataw nak tambah apa lagi.
Semoga entry kali ni bermanfaat kepada semua.
Dah lama tak menulis entry macam ni.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada ALLAH yang mengurniakan ilham ini kepada aku.

BittaufiQ wannajah untuk imtihan korang2 semua.
Doakan aku dan kami-kami kat sini menghadapi imtihan ini dengan jayanya insyaALLAH.

Segala yang baik itu datang daripada ALLAH,
dan yang kurang itu pun datang daripada ALLAH tapi atas kekhilafan aku sebagai seorang manusia yang hina lagi dina.

Jazakumullah khair kerana sudi meluangkan masa membaca entry yang tak seberapa ni. Dan afwan jika ada salah siap pada antunna/antum semua.
Wallahualam.
Wassalam.

UJIAN berkadar linear dengan TARBIYAH [1]

Bismillah.
Assalamualaikum.

[Amaran : Cerita ni memang panjang hasil copy paste daripada blog ini. Tapi aku janji best sangat!!! Selamat membaca. Ibrah dia aku bagi kat entry lain sebab cerita ni saja dah pun panjang. Scroll down ya!]

Tajuk entry kat bloG tu: PERMATA YANG HILANG.
[Tapi kat bloG aku, jadi tajuk lain ]

****************************************************************************************************

(Aku manusia biasa, ketiak aku masam, tahi hidung masin, tahi lalat hitam dan senyuman aku manis, err maksud aku, aku manusia biasa, ada waktu ketawa, dan ada waktu menangis..)

Aku lelaki normal dalam sejarah hidup di Negara Malaysia, dilahirkan berkaki ayam, kemudian berguling macam ular, lepas tu merangkak macam kucing, lepas tu lagi, bertatih macam beruang sarkas, kemudian, berjalan macam manusia, berlari sepantas T Rex, baligh, berbulu kemaluan, berkahwin, korek hidung, korek telinga, dapat anak, dan kini.., hantar anak ke sekolah rendah!

Anak aku dah tujuh tahun daa, pejam celik, pejam celik, korek hidung, korek telinga, anak aku dah masuk darjah satu!, bercutilah aku di hari pertama anak sekolah,.. macam korang juga yang teruja dengan pengalaman pertama, dah.., hmmm..,

Bila tengok anak aku dan kawan barunya berbaris ke sekolah, aduhai.., baru aku perasan, anak aku ni masih kecik Hamka, masih budak budak, kesian dia sebab kat rumah aku layan dia macam orang dewasa, kena marah, kena pukul.., tapi di sokolah, tengok dia berlari lari keliling meja, naik pentas tersipu malu menyanyi lagu Negaraku, berebut beli nasi lemak, oh! Anak aku ni masih kecik.., masih budak budak..

3 hari bersekolah, ambik dan hantar anak ke sekolah di kendalikan oleh isteri aku, jarak dari rumah lebih kurang 10km, jauh juga.., masuk hari ke empat, aku guna khidmat Bas sekolah.., RM50 sebulan, ok, setuju, dan cakap kat anak aku, hari ni balik naik Bas Sekolah,
bonda dah tak datang,
dan mintak tolong adik perempuan aku yang mengajar kat sekolah yang sama temankan si anak aku naik Bas buat pertama kali dalam hidupnya..

Sedang aku bekerja, tiba tiba dapat panggilan telefon dari isteri aku, nada yang sungguh cemas, sedih dan risau...

“bang., anak kita hilang…”

Innalillahhiwainnailahirajiun…

Macam mana boleh hilang?

Isteri akupun bercerita dengan linangan air mata,..
Driver Bas sekolah telefon jam 3 15 minit petang bagitahu anak aku takde naik bas..,
dan beliau terpaksa jalan sebab nak kena hantar anak orang lain,
aku call adik perempuan aku selaku guru kat situ,
katanya beliau terlambat sikit sebab ada hal.., cemas, dan sedang mencari anak aku dalam kawasan sekolah..

Hamka, ujian Allah dah datang.., hari lain orang lain, hari ini, hari aku…Err..,. . .. . .

Apa ugama ajar jika dapat musibah macam ini?

Oh, aku cuba menjadi antara lelaki lelaki terakhir yang beriman di akhir zaman, bila susah, akan datang perintah Allah supaya buat solat hajat, lantas aku terus pergi surau, solat hajat dua rakaat, waktu solat HP bergetar, oh.., anak aku dah dijumpai barangkali?,
lepas solat aku periksa panggilan, rupanya SMS promosi celcom,
hampeh betul,
lepas tu solat hajat 2 rakaat lagi, dan dalam solat lagi sekali telefon bergetar,
lepas salam lekas lekas check mengharap berita anak aku dah ditemui,
tapi, miss call dari rakan sepejabat..,
aku dah tak peduli apa,
call bos bagitahu anak hilang dan terus ke sekolah anak aku..,
sampai sana, isteri aku dan adik aku sedang melilau
mencari anak aku dalam kawasan sekolah,..

Baik,
sekarang kita call semua driver Bas Sekolah yang datang sini,(senarai Bas ada di bilik guru) .Tanya mereka kot kot anak aku tersalah naik mana mana bas,
lalu satu demi satu Bas sekolah dan van sekolah dihubungi
, dan kata mereka, tadi ada sorang budak tu yang naik,
tapi pakcik suruh dia turun sebab nama dia tak de dalam senarai penumpang..
, dan bila tiba nombor terakhir telefon
dan driver Bas memberitahu anak aku takde naik,
maka menangislah isteri aku…


“Demi sesungguhnya,
Kami uji kamu dengan satu ujian iaitu ketakutan,
kelaparan serta kekurangan harta,
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, maka mereka berkata “Innalillahiwainnailaihiraajiuun”
(bahawa sesungguhnya kita kepunyaanAllah
dan kita akan kembali kepadaNya).
(Al-Baqarah 155/6)

Aku pun pujuk isteri aku a.k.a pujuk diri aku jugak:

“Relaks, cool.., ujian dah datang, dosa kita banyak,
jika begini cara Allah nak ampun dosa kita, nak masukkan kita dalam shurga
dan nak selamatkan kita dari api nereka,
apa lagi nak di kata?,
ada orang anak mati lemas, mati kemalangan, mati di sambar petir, kena culik dan sebagainya.., asyik baca cerita derita orang lain, hari ini giliran kita pula..,
semua dari Allah, anak kita hak Allah, dia yang bagi, dan dia yang ambik.., sekarang U cari dalam kawasan sekolah sambil baca zikir Nabi Yunus dalam perut ikan,
dan I cari kat luar kawasan sekolah,
lepas asar kita jumpa balik dan buat keputusan sama ada nak report polis atau tindakan lain..”

Kemudian, aku terus susur ke semua jalan di luar pagar sekolah, tejumpa surau aku berhenti solat hajat dua rakkaat, lepas tu teruskan mencari sambil beristigfar,
mulut tak henti henti berzikir dengan istigfar nabi Yunus dalam perut ikan.

Dah habis luar kawasan sekolah aku cari, tapi masih tak jumpa, aku masih relaks,
aku percaya anak aku ni pandai cari jalan pulang,
sebab waktu aku drive kereta,
anak aku selalu main teka arah dengan adik dia,
“lepas ni ayah akan turn right”,
“tengok, ayah dah turn left,”
“lepas ni ayah akan go straight”
dan jika aku tak ikut jalan biasa, anak aku akan tanya,
“ayah nak pergi mana?”,
jika aku ke arah timur,anak aku akan tanya
“ Ayah nak balik rumah arwah nenek ke?”
atau jika aku ke barat, anak aku akan tanya
“ ayah nak balik rumah tok wan ke?”

InsyaAllah anak aku tak hilang,
beliau mungkin sedang berjalan kaki kerumah..,
akupun drive kereta perlahan lahan menuju jalan ke rumah..

Ya Allah,
tolonglah aku, jangan uji aku dengan ujian yang tak dapat aku tanggung…,
kalau anak hilang, maka banyak benda nak kena fikir,
dan aku tak nak fikir banyak benda, maka tolonglah aku ya Allah..,
Aku tahu aku banyak dosa, mungkin dengan ujian begini akan selamatkan aku dari api neraka.., tapi tak bestlah ujian cam gini, isk…, ujian lainlah, dan oh, tak sanggup aku nak cadang ujian lain, sebab aku manusia biasa, lemah dengan ujian..,

Relaks, Hamka, semua yang akan berlaku adalah takdir Allah…

Allah know best!

Dijalanan aku ternampak masjid, baru dua hari lepas aku solat isyak
bersama anak aku di masjid tu, akupun berhenti dan
cari anak aku dalammasjid tu, takde.., dan aku pun solat hajat lagi..,
dah 8 rakaat…

Dulu, Sahabat Nabi bila susah, solat hajat 12 raka’at, maka segala masalah selesai…

Maka tersebutlah kisah yang meriwayatkan akan
seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW yang ada anak tunggal
bernama Salim jika tak silap,
tapi si anak ini, telah hilang dari jagaan orang tuanya,
bukan hilang waktupulang ke sekolah,
tapi hilang kerana di culik orang jahat..
Sedih, bimbang, takut dan sebagainya telah melanda hati Ayahnya..,
lalu si isteri memberi nasihat agar beliau pergi berjumpa
dengan Nabi Muhammad SAW bagi mengadu ehwal…

Pendek cerita,
Nabi suruh beliau selesaikan masalah melalui perantaraan ‘Amal’,
dan amal tersebut adalah seperti berikut:-

1.Sabar.

2.Takwa (Menahan diri dari buat sebarang dosa.)

3.Membaca dengan tawadduk dan banyak akan zikir menyerah diri :
La HauLaWaLA, hinga HilAzim.
Yang bermaksud, tiada daya dan upaya melainkandengan izin Allah..

Maka suami isteri inipun sabarlah, iaitu
dengan tidak berkeluh kesah,
kemudian, mengukuhkan takwa iaitu dengan menahan diri dari berbuat sebarang dosa
dan setiap masa membaca zikir ‘menyerah diri’sebanyak-banyaknya..

Pendek cerita,
si anak dapat meloloskan diri dari penjahat
dan membawa pulang bersama harta rampasan yang banyak…

Maka dari Hadith ini, siapa sahaja yang ‘kehilangan’, insyaAllah akan mendapat kembali apa yang telah hilang, InsyAllah..
Tak kira apa yang hilang, samaada Thumb Drive ke, basikal ke, atau orang tersayang,
insyAllah, setelah cukup rempah sabar di campur dengan takwa, tahan diri dari buat dosa,
dan di ulit dengan zikir menyerah diri,
maka Allah akan hilangkan segala bentuk “kehilangan”
dengan mengadakan kembali apa yang hilang…

InsyAllah,
selasaikanlah masalah melalui perantaran amal..

Dah sampai rumah, anak aku masih tiada, dan azan asarpun berkumandang,
aku terus ke surau, dan mengerjakan solat asar bersama wudhu solat hajat tadi…
Anak aku pulang sekolah jam 3 petang, sekarang dah hampir jam 5 petang,
anak aku belum di temui..,

Hamka, kau banyak dosa, bertaubatlah,
sesungguhnya, Allah suka padaorang yang bertaubat..,
kata aku pada diri sendiri..

Akupun menghitung nikmat Allah yang banyak,
dan juga menhintung dosaaku yang banyak, oh!
Dengan nikmat hidup dan dosa yang banyak,
aku sepatutnya mendapat ujian yang lebih besar, ini baru ujian ‘suspend’,relekslah Hamka…

Ada satu cerita,
sorang hamba Allah ni sedang mengembara dengan menaiki unta.
Bila tiba di padang pasir, akibat cuai, untanya yang
dipenuhi dengan makanan dan pakaian telah hilang, tinggal lah dia
kebingungan di tengan tengah padang pasir..,
diapun berlari larilah kesana ke mari mencari unta dan bekalannya
tapi tak jumpa apa-apapun, dalam keadaan letih dan dahaga, hamba Allah ni berbaring.

Dia rasa macam dah nak mati, dan pasrah kepada Allah, dah takdir mati kat sini,
nak buat macam mana?..,
mamat ni pun tutup mata macam orang mati..,
sedih bukan main, sebab dah nak mati, mati sorang sorang pulak tu..’
Tiba tiba terdengar bunyi unta dekat kepala, bukak mata!
Oh! Alangkah gembiranya si hamba Allah ni,
Subhanallah, unta dah jumpa akhirnya,(Yahoo! hureyyy, Ye beda bedu!,)

Oleh sebab terlalu gembira, Hamba Allah ni tersasul berkata:
“Ya Allah sungguh Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu!”

Ok, itu gembira seorang manusia yang dah nak mati,
tapi tak jadi mati sebab bertemu kembali unta dan keperluan hidupnya sampai tersasul menyebut Allah sebagai hambanya, dari hadith ini,
Nabi menyambung bahawa, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya lebih dari pada hamba di atas yang gembira bertemu untanya!”

Maka, Hamka, bertaubatlah!!!...,
dan demi Allah,
Allah lebih gembira dengan taubat kamu,
lebih dari gembiranya kamu jika bertemu kembali anak kamu!

ASTARFIRULLAHHALAZIM..!!!

Lepas solat asar, aku doa panjang sikit, dan telefon pun berbunyi,
SMS Promosi celcom? Telefon daribos?
Aku check, betul rupanya, Boss aku yang miss call, aku call balik dan cakap, anak aku masih hilang., bos aku pulak yang risau.

Lepas tu isteri aku pulak yang call, dan…

Anak sudah jumpa! Yey! Alhamdulillah..Aku pun sujud kesyukuran..,

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Terima kasih, Allah. Sekian.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA ANAK AKU.

Kita interviu sikit,
apa yang dah berlaku kat anak aku,
mana kamu pergi daa..?

“Ayah cakap hari ni naik bas,
tapi bila H Naik Bas (van sekolah) Pakcik(driver) suruh turun, katanya H salah Bas..,
habis semua van H naik, semua tak bagi duduk,
(H pun panic tak ada bas sekolah, lalu ikutorang lain balik sekolah)
lepas tu H nampak Bas besar, ramai orang naik, H pun naik,
duduk satu kerusi, (dan orang pun mulai turun sorang demi seorang,
bila dah lama duduk dalam bas,) driver pun panggil H "

"Adik nak pergi mana?"

"H nak pergi sekolah Adik A" (A nama anak lelaki aku nombor dua yang bersolah di tadika)

"Kat mana?"

"Kat sekolah adik A lah.."

"Tahu jalan?"

"Tahu, mula mula pakcik Turn rigt, lepas tu, turn left, lepas tu go straight,.."

"Seronok naik bas dik?"

"Seronok…"

"Adik ada duit tak?"

"Ada…"

"Kalau nak turun, adik kena bagi duit.."

Pendek cerita-
anak aku berjaya jugak sampai ke tadika lamanya,
yang mana adiknya SiA bersekolah di situ, jarak dalam 8km juga dari sekolahnya..,

dan anak aku bagi RM1 kat driver bas sebab dalam poket ada RM 1 sahaja,
bila cikgu tadika tengok anak aku datang ke sekolah naik bas sorang diri,
cikgu itu pun terkejut, lalu call bini aku bagitahu bahawa anak ada kat tadika,
bini aku punberhenti menangis
dan aku mula ketawa, kelakar betul budak budak zaman sekarang..,
nak marah pun ada, nak ketawapun ada…

Terima kasih driver bas yang baik hati, bukan senang nak
ke sekolah tadika lama anak aku, sebab jalan kecik, bas tak biasa masuk..,
apatah lagi bawak bas dengan berpandu arah dari budak 7 tahun..,
dan kelakar jugak driver bas tu sebab cas anak aku seringgit..,
tapi aku memang nak ucap terimak kasih banya banyak pada lu bro,
dan syukur pada Allah..

Aku happy sekarang,
dan Allah lagi Happy bila hambanya bertaubat..

Jadi, moral of the story,
bertaubatlah walau sebanyak mana dosa korang,
kerana Allah sangat suuuuuuka!



To be continued........

Wallahualam.
Wassalam.

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)