UJIAN berkadar linear dengan TARBIYAH [1]

Bismillah.
Assalamualaikum.

[Amaran : Cerita ni memang panjang hasil copy paste daripada blog ini. Tapi aku janji best sangat!!! Selamat membaca. Ibrah dia aku bagi kat entry lain sebab cerita ni saja dah pun panjang. Scroll down ya!]

Tajuk entry kat bloG tu: PERMATA YANG HILANG.
[Tapi kat bloG aku, jadi tajuk lain ]

****************************************************************************************************

(Aku manusia biasa, ketiak aku masam, tahi hidung masin, tahi lalat hitam dan senyuman aku manis, err maksud aku, aku manusia biasa, ada waktu ketawa, dan ada waktu menangis..)

Aku lelaki normal dalam sejarah hidup di Negara Malaysia, dilahirkan berkaki ayam, kemudian berguling macam ular, lepas tu merangkak macam kucing, lepas tu lagi, bertatih macam beruang sarkas, kemudian, berjalan macam manusia, berlari sepantas T Rex, baligh, berbulu kemaluan, berkahwin, korek hidung, korek telinga, dapat anak, dan kini.., hantar anak ke sekolah rendah!

Anak aku dah tujuh tahun daa, pejam celik, pejam celik, korek hidung, korek telinga, anak aku dah masuk darjah satu!, bercutilah aku di hari pertama anak sekolah,.. macam korang juga yang teruja dengan pengalaman pertama, dah.., hmmm..,

Bila tengok anak aku dan kawan barunya berbaris ke sekolah, aduhai.., baru aku perasan, anak aku ni masih kecik Hamka, masih budak budak, kesian dia sebab kat rumah aku layan dia macam orang dewasa, kena marah, kena pukul.., tapi di sokolah, tengok dia berlari lari keliling meja, naik pentas tersipu malu menyanyi lagu Negaraku, berebut beli nasi lemak, oh! Anak aku ni masih kecik.., masih budak budak..

3 hari bersekolah, ambik dan hantar anak ke sekolah di kendalikan oleh isteri aku, jarak dari rumah lebih kurang 10km, jauh juga.., masuk hari ke empat, aku guna khidmat Bas sekolah.., RM50 sebulan, ok, setuju, dan cakap kat anak aku, hari ni balik naik Bas Sekolah,
bonda dah tak datang,
dan mintak tolong adik perempuan aku yang mengajar kat sekolah yang sama temankan si anak aku naik Bas buat pertama kali dalam hidupnya..

Sedang aku bekerja, tiba tiba dapat panggilan telefon dari isteri aku, nada yang sungguh cemas, sedih dan risau...

“bang., anak kita hilang…”

Innalillahhiwainnailahirajiun…

Macam mana boleh hilang?

Isteri akupun bercerita dengan linangan air mata,..
Driver Bas sekolah telefon jam 3 15 minit petang bagitahu anak aku takde naik bas..,
dan beliau terpaksa jalan sebab nak kena hantar anak orang lain,
aku call adik perempuan aku selaku guru kat situ,
katanya beliau terlambat sikit sebab ada hal.., cemas, dan sedang mencari anak aku dalam kawasan sekolah..

Hamka, ujian Allah dah datang.., hari lain orang lain, hari ini, hari aku…Err..,. . .. . .

Apa ugama ajar jika dapat musibah macam ini?

Oh, aku cuba menjadi antara lelaki lelaki terakhir yang beriman di akhir zaman, bila susah, akan datang perintah Allah supaya buat solat hajat, lantas aku terus pergi surau, solat hajat dua rakaat, waktu solat HP bergetar, oh.., anak aku dah dijumpai barangkali?,
lepas solat aku periksa panggilan, rupanya SMS promosi celcom,
hampeh betul,
lepas tu solat hajat 2 rakaat lagi, dan dalam solat lagi sekali telefon bergetar,
lepas salam lekas lekas check mengharap berita anak aku dah ditemui,
tapi, miss call dari rakan sepejabat..,
aku dah tak peduli apa,
call bos bagitahu anak hilang dan terus ke sekolah anak aku..,
sampai sana, isteri aku dan adik aku sedang melilau
mencari anak aku dalam kawasan sekolah,..

Baik,
sekarang kita call semua driver Bas Sekolah yang datang sini,(senarai Bas ada di bilik guru) .Tanya mereka kot kot anak aku tersalah naik mana mana bas,
lalu satu demi satu Bas sekolah dan van sekolah dihubungi
, dan kata mereka, tadi ada sorang budak tu yang naik,
tapi pakcik suruh dia turun sebab nama dia tak de dalam senarai penumpang..
, dan bila tiba nombor terakhir telefon
dan driver Bas memberitahu anak aku takde naik,
maka menangislah isteri aku…


“Demi sesungguhnya,
Kami uji kamu dengan satu ujian iaitu ketakutan,
kelaparan serta kekurangan harta,
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, maka mereka berkata “Innalillahiwainnailaihiraajiuun”
(bahawa sesungguhnya kita kepunyaanAllah
dan kita akan kembali kepadaNya).
(Al-Baqarah 155/6)

Aku pun pujuk isteri aku a.k.a pujuk diri aku jugak:

“Relaks, cool.., ujian dah datang, dosa kita banyak,
jika begini cara Allah nak ampun dosa kita, nak masukkan kita dalam shurga
dan nak selamatkan kita dari api nereka,
apa lagi nak di kata?,
ada orang anak mati lemas, mati kemalangan, mati di sambar petir, kena culik dan sebagainya.., asyik baca cerita derita orang lain, hari ini giliran kita pula..,
semua dari Allah, anak kita hak Allah, dia yang bagi, dan dia yang ambik.., sekarang U cari dalam kawasan sekolah sambil baca zikir Nabi Yunus dalam perut ikan,
dan I cari kat luar kawasan sekolah,
lepas asar kita jumpa balik dan buat keputusan sama ada nak report polis atau tindakan lain..”

Kemudian, aku terus susur ke semua jalan di luar pagar sekolah, tejumpa surau aku berhenti solat hajat dua rakkaat, lepas tu teruskan mencari sambil beristigfar,
mulut tak henti henti berzikir dengan istigfar nabi Yunus dalam perut ikan.

Dah habis luar kawasan sekolah aku cari, tapi masih tak jumpa, aku masih relaks,
aku percaya anak aku ni pandai cari jalan pulang,
sebab waktu aku drive kereta,
anak aku selalu main teka arah dengan adik dia,
“lepas ni ayah akan turn right”,
“tengok, ayah dah turn left,”
“lepas ni ayah akan go straight”
dan jika aku tak ikut jalan biasa, anak aku akan tanya,
“ayah nak pergi mana?”,
jika aku ke arah timur,anak aku akan tanya
“ Ayah nak balik rumah arwah nenek ke?”
atau jika aku ke barat, anak aku akan tanya
“ ayah nak balik rumah tok wan ke?”

InsyaAllah anak aku tak hilang,
beliau mungkin sedang berjalan kaki kerumah..,
akupun drive kereta perlahan lahan menuju jalan ke rumah..

Ya Allah,
tolonglah aku, jangan uji aku dengan ujian yang tak dapat aku tanggung…,
kalau anak hilang, maka banyak benda nak kena fikir,
dan aku tak nak fikir banyak benda, maka tolonglah aku ya Allah..,
Aku tahu aku banyak dosa, mungkin dengan ujian begini akan selamatkan aku dari api neraka.., tapi tak bestlah ujian cam gini, isk…, ujian lainlah, dan oh, tak sanggup aku nak cadang ujian lain, sebab aku manusia biasa, lemah dengan ujian..,

Relaks, Hamka, semua yang akan berlaku adalah takdir Allah…

Allah know best!

Dijalanan aku ternampak masjid, baru dua hari lepas aku solat isyak
bersama anak aku di masjid tu, akupun berhenti dan
cari anak aku dalammasjid tu, takde.., dan aku pun solat hajat lagi..,
dah 8 rakaat…

Dulu, Sahabat Nabi bila susah, solat hajat 12 raka’at, maka segala masalah selesai…

Maka tersebutlah kisah yang meriwayatkan akan
seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW yang ada anak tunggal
bernama Salim jika tak silap,
tapi si anak ini, telah hilang dari jagaan orang tuanya,
bukan hilang waktupulang ke sekolah,
tapi hilang kerana di culik orang jahat..
Sedih, bimbang, takut dan sebagainya telah melanda hati Ayahnya..,
lalu si isteri memberi nasihat agar beliau pergi berjumpa
dengan Nabi Muhammad SAW bagi mengadu ehwal…

Pendek cerita,
Nabi suruh beliau selesaikan masalah melalui perantaraan ‘Amal’,
dan amal tersebut adalah seperti berikut:-

1.Sabar.

2.Takwa (Menahan diri dari buat sebarang dosa.)

3.Membaca dengan tawadduk dan banyak akan zikir menyerah diri :
La HauLaWaLA, hinga HilAzim.
Yang bermaksud, tiada daya dan upaya melainkandengan izin Allah..

Maka suami isteri inipun sabarlah, iaitu
dengan tidak berkeluh kesah,
kemudian, mengukuhkan takwa iaitu dengan menahan diri dari berbuat sebarang dosa
dan setiap masa membaca zikir ‘menyerah diri’sebanyak-banyaknya..

Pendek cerita,
si anak dapat meloloskan diri dari penjahat
dan membawa pulang bersama harta rampasan yang banyak…

Maka dari Hadith ini, siapa sahaja yang ‘kehilangan’, insyaAllah akan mendapat kembali apa yang telah hilang, InsyAllah..
Tak kira apa yang hilang, samaada Thumb Drive ke, basikal ke, atau orang tersayang,
insyAllah, setelah cukup rempah sabar di campur dengan takwa, tahan diri dari buat dosa,
dan di ulit dengan zikir menyerah diri,
maka Allah akan hilangkan segala bentuk “kehilangan”
dengan mengadakan kembali apa yang hilang…

InsyAllah,
selasaikanlah masalah melalui perantaran amal..

Dah sampai rumah, anak aku masih tiada, dan azan asarpun berkumandang,
aku terus ke surau, dan mengerjakan solat asar bersama wudhu solat hajat tadi…
Anak aku pulang sekolah jam 3 petang, sekarang dah hampir jam 5 petang,
anak aku belum di temui..,

Hamka, kau banyak dosa, bertaubatlah,
sesungguhnya, Allah suka padaorang yang bertaubat..,
kata aku pada diri sendiri..

Akupun menghitung nikmat Allah yang banyak,
dan juga menhintung dosaaku yang banyak, oh!
Dengan nikmat hidup dan dosa yang banyak,
aku sepatutnya mendapat ujian yang lebih besar, ini baru ujian ‘suspend’,relekslah Hamka…

Ada satu cerita,
sorang hamba Allah ni sedang mengembara dengan menaiki unta.
Bila tiba di padang pasir, akibat cuai, untanya yang
dipenuhi dengan makanan dan pakaian telah hilang, tinggal lah dia
kebingungan di tengan tengah padang pasir..,
diapun berlari larilah kesana ke mari mencari unta dan bekalannya
tapi tak jumpa apa-apapun, dalam keadaan letih dan dahaga, hamba Allah ni berbaring.

Dia rasa macam dah nak mati, dan pasrah kepada Allah, dah takdir mati kat sini,
nak buat macam mana?..,
mamat ni pun tutup mata macam orang mati..,
sedih bukan main, sebab dah nak mati, mati sorang sorang pulak tu..’
Tiba tiba terdengar bunyi unta dekat kepala, bukak mata!
Oh! Alangkah gembiranya si hamba Allah ni,
Subhanallah, unta dah jumpa akhirnya,(Yahoo! hureyyy, Ye beda bedu!,)

Oleh sebab terlalu gembira, Hamba Allah ni tersasul berkata:
“Ya Allah sungguh Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu!”

Ok, itu gembira seorang manusia yang dah nak mati,
tapi tak jadi mati sebab bertemu kembali unta dan keperluan hidupnya sampai tersasul menyebut Allah sebagai hambanya, dari hadith ini,
Nabi menyambung bahawa, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya lebih dari pada hamba di atas yang gembira bertemu untanya!”

Maka, Hamka, bertaubatlah!!!...,
dan demi Allah,
Allah lebih gembira dengan taubat kamu,
lebih dari gembiranya kamu jika bertemu kembali anak kamu!

ASTARFIRULLAHHALAZIM..!!!

Lepas solat asar, aku doa panjang sikit, dan telefon pun berbunyi,
SMS Promosi celcom? Telefon daribos?
Aku check, betul rupanya, Boss aku yang miss call, aku call balik dan cakap, anak aku masih hilang., bos aku pulak yang risau.

Lepas tu isteri aku pulak yang call, dan…

Anak sudah jumpa! Yey! Alhamdulillah..Aku pun sujud kesyukuran..,

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Terima kasih, Allah. Sekian.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

CERITA ANAK AKU.

Kita interviu sikit,
apa yang dah berlaku kat anak aku,
mana kamu pergi daa..?

“Ayah cakap hari ni naik bas,
tapi bila H Naik Bas (van sekolah) Pakcik(driver) suruh turun, katanya H salah Bas..,
habis semua van H naik, semua tak bagi duduk,
(H pun panic tak ada bas sekolah, lalu ikutorang lain balik sekolah)
lepas tu H nampak Bas besar, ramai orang naik, H pun naik,
duduk satu kerusi, (dan orang pun mulai turun sorang demi seorang,
bila dah lama duduk dalam bas,) driver pun panggil H "

"Adik nak pergi mana?"

"H nak pergi sekolah Adik A" (A nama anak lelaki aku nombor dua yang bersolah di tadika)

"Kat mana?"

"Kat sekolah adik A lah.."

"Tahu jalan?"

"Tahu, mula mula pakcik Turn rigt, lepas tu, turn left, lepas tu go straight,.."

"Seronok naik bas dik?"

"Seronok…"

"Adik ada duit tak?"

"Ada…"

"Kalau nak turun, adik kena bagi duit.."

Pendek cerita-
anak aku berjaya jugak sampai ke tadika lamanya,
yang mana adiknya SiA bersekolah di situ, jarak dalam 8km juga dari sekolahnya..,

dan anak aku bagi RM1 kat driver bas sebab dalam poket ada RM 1 sahaja,
bila cikgu tadika tengok anak aku datang ke sekolah naik bas sorang diri,
cikgu itu pun terkejut, lalu call bini aku bagitahu bahawa anak ada kat tadika,
bini aku punberhenti menangis
dan aku mula ketawa, kelakar betul budak budak zaman sekarang..,
nak marah pun ada, nak ketawapun ada…

Terima kasih driver bas yang baik hati, bukan senang nak
ke sekolah tadika lama anak aku, sebab jalan kecik, bas tak biasa masuk..,
apatah lagi bawak bas dengan berpandu arah dari budak 7 tahun..,
dan kelakar jugak driver bas tu sebab cas anak aku seringgit..,
tapi aku memang nak ucap terimak kasih banya banyak pada lu bro,
dan syukur pada Allah..

Aku happy sekarang,
dan Allah lagi Happy bila hambanya bertaubat..

Jadi, moral of the story,
bertaubatlah walau sebanyak mana dosa korang,
kerana Allah sangat suuuuuuka!



To be continued........

Wallahualam.
Wassalam.

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)