Benarkah ia dari hati....?

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.



Termenung aku seketika.
Tika mendengar lagu ini.

Aku antara insan yang sangat mudah untuk lafazkan,
aku mencintaimu kerana Allah
kpd akhwat fillah mahupun saudara dan teman dan orang yang aku cintai dan sayangi.

Tetapi,
bila saja aku mendengar lagu ini,
aku terdiam,
berfikir...

Rasa sesak di dada....

Lajunya bibir aku melafazkan kata-kata itu
Namun
adakah hati aku juga laju mengiakan pernyataan ku itu...

Kerna aku rasa
banyak benar hak-hak saudaraku yang tak mampu aku penuhi.
seolah-olah kata2 cinta itu
hilang dihembus angin lalu.

Ya Allah...
Ampunkanlah aku.

Kepada saudara-saudaraku,
Kepada sahabat-sahabat ku,
kepada anak-anak ku,
kepada mereka, dia yang ku sayangi,
yang hak-hak mu masih belum dan tak dapat ku penuhi...
Maafkan aku atas kekhilafan ku sebagai insan biasa...

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Dan akan aku cuba sedaya upaya ku untuk bukan sahaja menzahirkan rasa cinta itu, malah mempraktikkan ia dengan perbuatan ku dari hati kepada mu...

Allahualam.
Wassalam.

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)