~cOrEtaNnYe YanG kU cUriK~



coretannyer..
kt atas tu..coretan mybestfren..antara salah sorg kwn baik aku...
tataw la luahan hati die ke aper...melalui coretannyatu.tp..mmg coretn hati die pon..suke sgt ckp..better off on my own..emm.tp..yg nk cter nyer ni..btapa pentingnyer die dlm hidup aku...d kala aku susah..d kala aku sedih..gembira...selepas Allah..besenyer pada dia aku mengadu...xtaw cner nnti bile xde die..emm...skunk..aku tgh bljr..bagaimana rasenyer kehilangan die nnti...
mst sedih xterkata...
kalo dirimu ade bacer post ni..ketahuilah..betapa aku sangat menyayangi persahabatan kiter...aku sentiasa berdoa..agar kiter bertemu ini kerana Allah..n kelak..berpisah jua kerana Allah...moge Allah sentiasa memberkatimu sahabatku..terima kasih yang xterhingga ku ucapkan padamu...
..(tp..sbnrnyer..rasenyer tu lirik lagu...).......
mmg kbtoln lak..2 org kwn baik aku meminati lagu yg samer..what a coincidence...

>>riNDu BAB 2<<


<)>>



dan juga MEREKA>>>


MeReKA...
merekalah yang mengajar aku erti sebuah persahabatan...
tatkala menatap gambar ini..cuma ini sahaja yang ada sebagai kenangan kami....
bergenang airmataku..
betapa aku ingin kembalikn waktu itu semula...
waktu kami...bersama berlari2 di koridor itu..berlari bermaen rounders di belakang aspuri...kena marah n maen kejar2 ngn warden asrama...stay up sambil minum kopi sambil dedicatekn lagu kt radio...bercerita tentang itu ini..seolah2 kami takkan berpisah...


MeReKa...
ketahuilah wahai sahabat2ku...
betapa aku merindui kalian semua..mahu ketemu semula..mahu mengembalikan nostalgia lama..maafkan aku kerana..tidak kepada semua aku mmberitahu bahawa aku akn terbang ke negara matahari terbit ini..kerana aku punya sebab sendiri..namun..sekanrang..kalian benar tahu di mana aku berada kan....hehehe...skema giler ayt...

btoolll...mmg aku rindu giler kt korg..klowla korg bacer blog ni...ohohhoho..xkesah pon kalo xbacer..cume..aku nk sampaikn kt cn..betapa aku rindukn kirg semua...btoollla kata pujangga...


"...it's true that we don't know what we've got until it's missing.But,it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives..."

tapi..aku bersyukur..kerana Allah berikan aku peluang utk bersama kalian semua...kenangan,saat yang mmg...insyaAllah..xkn luput dr ingatan ini..melainkan...kne alzheimer...masyaAllah..minx dijauhkn...
ape2pun..harapnyer..kalian pon xlupo kt aku ni..yg sesorg kt cn..sobsobsob..sedis...aku taw..ramai yg akn graduate awl dpd aku..so..jgn lupo simpn duet utk belanje aku nnti..hehehe...nnti kalo korg nk kawen..jgn lupo jemput aku..ape lg nk pesan...erk...pesanan dr aku..aku sentiasa sayang korang semua...uhibbuki fillah...

~kALa iTu~

kala itu..
terasa betapa berat benar dugaan yg dtimpa kan kepadaku...
hati ku mmbara penuh amarah..
namun..tiada apa yang mmpu ku
perbuat..
hanya air mata yang mengalir di pipi...
kerana ku tahu...
amarah itu hanyalah permainan syaitan...
kala itu...
seorg diri...
ku alirkan..
seberapa byk yg mmpu ku titiskan..
kebingungan...ketandusan...kekosongan...
tidak terjumpa jalan penyelesaian
yg ku cari...
antara menagih kasih dua pihak yg ku sayangi...
kerana aku tahu...
dugaan yang datang itu
hanyalah secebis dari berjuta2 dugaan yg Dia telah dtgkn
pd mereka yg terdahulu...
tatkala ku melihat..
mrk yg d sekeliling...
menderita kelaparan...terseksa ketiadaan anggota badan...
walaupun dugaan aku n mereka tidak sama..
namun,aku bersyukur...
aku msh mmpu tersenyum dgn secebis dugaan itu...
sedangkan mereka....
adkah mmpu lagi mengukir senyuman tatkala menghadapi segala
macam dugaan yg d tmpakan...
melihat mereka..
aku tahu...
dugaan itu..hny sedikit...
hidupku baru bermula semula...
byk lg yg bakal aku tempuhi dlm mnempuhi dugaan
dalam kehidupan ku yg mndatang...
krn aku tahu..
Dia Maha Mengetahui
segala apa yg di ciptakan olehNya...
segala sesuatu
pasti ade sesuatu d sebaliknya...
tabahlah wahai hati...
dugaan mu itu hny sedikit...
kerana yang pasti...
فَاِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"setiap kesusahan itu ada kesenangan" (Surah Al-Insyirah:5)
kala itu...
ku kuatkan semangat...
kerana...
ku tahu...
begitu banyak lagi yang bakal ku harungi
begitu banyak lg onak duri
begitu banyak lg masam manis...
yang akan ku lalui...
kala itu...
aku tahu..
aku masih ada lagi teman setia..
yang bisa mendengar segala rintihanku...
Dialah yg mengurniakn kesusahan ini...
dan..
suatu hari nanti..
aku tahu...
Dialah jua yang akan mengurniakan sinar
baru kepadaku...
akan tiba jua waktu itu...
kerana aku tahu...
segala yg berlaku..
sudah pun tersurat d catatan...
kala itu...
aku tahu..
aku perlu bangkit semula...
aku perlu bina semula kekuatan hati ini...
yang semakin terluntur...
kerana aku berpegung teguh pada kata2
dan janji-janjiNya...
"Allah tidak akan menguji hambanya melainkan apa yang dia mampu..."
(Surah Al-BAqarah:286)
kala itu...
aku kembali merenung kembali apa yang telah berlaku...
pasti..
aku pasti...
satu hari nanti aku akan temui...
segala jawapan atas apa yang telah berlaku...
insyaAllah...
kapadaNya lah...
aku memohon...
aku berserah...
kerana....
Dia lah yang telah menciptakanku...
dan...
satu hari nanti...
kapada Dialah jua aku kembali...
wallahualam...

~iNiKaH iA??~


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com
TIKA DINI HARI
Oh Tuhanku........
Tiada indah di malam yg hening
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yg aku lalui
kecuali dengan patuh kepadaMu.......
Oh Tuhanku.....
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan Mu....
Ya Allah Tuhanku....
Yg merubah kalbu
Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa
Dalam AgamaMu
Jua
taat akan perintahMu.......
Tuhan.....
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami....
Tuhan....
Jangan Pikulkan Kami Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami......

:::riNduNya AkU pAdA mErEkA:::

ONCE TIME AGO...
>>>SWEET MEMORIES<<<

rindu...
rindu serindu rindunyer...
rindunyer aku pada mereka...
Allah saja yang tahu...
moge satu hari nanti...
Allah akan mempertemukan kami dalam keadaan yang baik...
insyaAllah...uhibbuki fillah...

iKtiBaR pEnCuRi: dOsA iTu mErEsaHkAn JiwA

~~~Cerita bermula apabila sebuah kafilah yang dipimpin oleh seorang ketua yang bijak sedang bermusafir di tengah padang pasir. Di tengah perjalanan, mereka terserempak dengan seorang pengembara yang sedang sesat. Pengembara itu hilang arah dan tidak tahu ke mana lagi hendak dituju. Lalu dia pun merayu agar dibenarkan menumpang dalam rombongan kafilah tersebut.

Ketua kafilah yang bijaksana lagi baik hati itu membenarkan pengembara asing tersebut menumpang dalam kafilah pimpinannya. Pendek cerita, setelah beberapa hari bersama rombongan kafilah tiba-tiba pengembara asing itu mengadu kepada ketua kafilah bahawa wang simpanannya telah hilang. Dia mengesyaki wangnya telah dicuri oleh salah seorang anggota kafilah. Ketua itu memberi jaminan bahawa wang itu akan kembali juga ke tangan pengembara.

Ketua itu bertindak segera dengan mengumpulkan semua anggota rombongannya. Setelah semuanya hadir beliaupun berkata, “ saya diberitahu bahawa tetamu kita telah kehilangan wang simpanannya. Saya pasti salah seorang daripada kita telah mencurinya.” Dia diam seketika. Kemudian menyambung lagi, “ saya beri peluang agar pencuri tersebut memulangkan semula wang itu segera.” Masa berlalu ‘pencuri’ yang dimaksudkan enggan menyerah diri. Pengembara tambah resah. Tetapi ketua kafilah tetap tenang sahaja. Ketua kafilah diam sahaja dan terus masuk ke khemahnya. Beberapa lama kemudian, ketua kafilah mengumpulkan sekali lagi anak-anak buahnya. Kali ini beliau berkata, “ nampaknya pencuri itu tidak mahu menyerah. Baiklah, di dalam khemah saya sekarang ada kuda tunggangan saya. Kuda itu bukan sebarang kuda tetapi dari keturunan kuda yang sakti. Saya mahu setiap orang daripada kita… termasuk saya dan pengembara ini juga masuk ke khemah itu dan memegang ekor kuda itu. Insya-Allah, jika pencuri memegang ekornya kuda itu akan menjerit.”

Seorang demi seorang anggota kafilah termasuk ketua dan pengembara masuk ke dalam khemah untuk memegang ekor kuda. Setelah semuanya selesai mengambil giliran masing-masing, suasana masih sepi. Kuda itu tidak menjerit walau sekalipun. Pengembara mula resah. Harapan untuk mendapatkan semula wangnya dirasakannya sudah malap. Namun hairan, ketua kafilah tetap tenang. Kali ini dia mengarahkan semua anak buahnya berbaris dan menghulurkan kedua belah tangan mereka. Setelah semuanya menghulurkan tangan ke hadapan, beliau mendekati seorang demi seorang dan mendekatkan hidungnya hampir ke tangan mereka. Seorang demi seorang. Tiba-tiba dia menjerit, “kau, kaulah pencuri itu… pulangkan semula wang tetamu kita kalau tidak kau akan ku sebat!” Lelaki yang dimaksudkan ketakutan. Badannya menggeletar. Tak lama kemudian diapun menyerahkan semula wang pengembara tersebut. Pengembara itu kehairanan, bagaimana ketua kafilah dapat menangkap pencuri yang dimaksudkan? Dia pun bertanya kepada ketua tersebut. Ketua kafilah tersenyum dan berkata, “mudah sahaja, saya letakkan sedikit minyak wangi pada ekor kuda. Semua orang yang masuk ke dalam khemah itu memegang ekor kuda tersebut… kecuali pencuri itu. Dia takut. Dia tidak berani memegang ekor kuda saya. Jadi apabila saya mencium tangan mereka… semua tangan berbau wangi, kecuali tangan pencuri itu. Mudah sahaja saya menentukannya!” “Bagaimana kalau kuda tuan menjerit apabila dipegang ekornya oleh orang yang tidak mencuri?” tanya pengembara itu penuh minat. “Oh, saya kenal kuda saya. Ia tidak pernah menjerit apabila dipegang ekornya…”

~~~Pengajaran yang boleh kita pelajari dari kisah ini ialah seorang yang melakukan kesalahan akan sentiasa merasa gelisah akibat rasa bersalah. Rasa bersalah ini menimbulkan rasa tidak tenang dalam jiwa. Rasa takut, cemas dan curiga akan sentiasa berkecamuk di dalam hati yang menyebabkan seseorang itu rasa normal dan tidak selesa. Pencuri dalam kisah ini telah tertangkap oleh kerana rasa takutnya sendiri. Rasa takutlah yang menyebabkan dia cuba menipu ketuanya dengan tidak memegang ekor kuda. Dia cukup yakin kalau dia memegang ekor kuda, pasti kuda itu akan menjerit. Dia cuba menipu dengan tidak memegangnya. Tetapi langkah itulah yang menyebabkan tangannya tidak berbau dan itulah petunjuk yang menyebabkan dia tertangkap. Sedangkan jika dia memegangnya, kuda itu tidak akan menjerit.

~~~Pepatah ada mengatakan, “berani kerana benar, takut kerana salah.” Ertinya, benar menjadi sumber keberanian. Manakala salah menjadi punca ketakutan. Soalnya, kenapa seorang yang bersalah diserang rasa takut? Kesalahan atau dosa pada hakikatnya memberi kesan yang negatif pada jiwa manusia. Ini kerana orang yang berdosa hakikatnya melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran pada fitrah tabi’enya sebagai seorang manusia. Kedua, perlanggaran hukum Allah atas peranannya sebagai hamba-Nya. Kedua-dua inilah yang menyebabkan seseorang tidak akan tenang apabila melakukan suatu dosa. Manusia dijadikan oleh Allah lengkap dengan sifat-sifat fitrahnya yang tabie. Fitrah ini boleh juga diistilahkan sebagai ‘instinc’ (dalam bahasa Inggeris) dan ‘dhomir’ (dalam bahasa Arab) atau dikenali sebagai sifat semulajadi.

Salah satu sifat semulajadi ini ialah manusia menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Tanyalah sesiapa sahaja, malah kepada orang jahat sekalipun, mereka tetap sukakan kebaikan. Walaupun mereka tidak mampu melakukan kebaikan, itu soal lain. Tetapi hati mereka tetap menyukai kebaikan. Begitu juga, mereka bencikan kejahatan, walaupun mereka tidak mampu menahan diri daripada melakukannya. Fitrah semulajadi ini adalah sifat kurniaan Allah yang ada pada setiap manusia. Yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan dididikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan diperkembangkan, maka manusia akan menjadi orang yang baik. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan dan tidak dididik maka lama kelamaan ia akan layu dan akhirnya boleh mati. Begitu juga jika fitrah bencikan kejahatan itu dipupuk dan dididik maka seseorang akan terus membenci kejahatan dan tidak akan melakukannya.

Rasulullah saw sebagai pendidik dan pemimpin manusia sangat arif tentang hakikat ini. Sebab itu apabila beliau ditanyakan tentang apa itu dosa? Baginda menjawab: “Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.” Pada suatu ketika seorang lelaki datang meminta izin kepada Rasulullah saw untuk berzina. Rasulullah saw tetap tenang dan terus bertanya kepada lelaki tersebut, apa perasaannya jika anak perempuan atau adik perempuan atau ibunya atau isterinya ‘dizinahi’ orang lain? Apakah ia marah? Sudah tentu lelaki itu menjawab. “marah”. Maka Rasulullah saw menjelaskan begitulah jika dia berzina sudah tentu dengan isteri, ibu, anak perempuan atau adik perempuan orang lain… Seperti mana dia tidak suka diperlakukan oldh orang lain, maka orang lain juga tidak suka diperlakukan begitu. Pemuda tadi insaf dengan nasihat secara tidak lansung dari Rasulullah saw itu. Ini disebabkan fitrah hatinya masih sukakan kebaikan dan bencikan kejahatan.

~~~Daripada hadis dan penjelasan Rasulullah saw itu jelaslah pada kita bahawa dosa adalah sesuatu yang sangat bertentangan dengan fitrah semulajadi hati setiap manusia yang sukakan kebaikan dan bencikan kejahatan. Oleh itu sesiapa yang melakukan dosa, hakikatnya dia bukan sahaja menderhakai (menentang) Allah, tetapi dia juga turut menentang hati kecilnya sendiri. Dalam diri orang yang berdosa telah ujud satu ‘peperangan’ antara dorongan melakukan dosa tersebut dengan fitrah hatinya yang bencikan kejahatan dan sukakan kebaikan. ‘Peperangan’ inilah yang menimbulkan rasa gelisah, resah dan bersalah dalam diri manusia. Inilah yang dinamakan ‘guilty consuices’. Semakin besar dan banyak dosa yang dilakukan, maka semakin besar dan mendalamlah rasa berdosa yang mencengkam jiwa seseorang.

Pakar-pakar sains juga membuktikan bahawa kejahatan yang dilakukan oleh manusia turut memberi kesan di sudut biologi, psikologi dan mental kepada pelakunya. Orang yang berbohong mislanya, mengalami perubahan pada kadar denyutan jantung, pembesaran dan pengecilan anak mata serta lain-lain proses biologi yang boleh dikesan. Rasa marah, rasa gelisah, takut dan seumpamanya boleh mengakibatkan sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Oleh itu kaedah ‘mengesan bohong’ melalui ujikaji sains telah digunakan untuk mengesan apakah seseorang telah bercakap benar atau sebaliknya semasa di soal-siasat oleh polis. Begitu juga, ramai pembunuh telah berjaya ditangkap apabila mereka kerap secara sembunyi-sembunyi kerap ‘melawat’ lokasi tempat mereka melakukan pembunuhan oleh kerana dihantui oleh rasa bersalah. Di mahkamah juga, para juri, peguam dan hakim biasanya boleh mengesan pembohongan atau kebenaran bukan sahaja berdasarkan hujah dan fakta, tetapi gerak lahir, suara, mimik muka dan gaya orang yang bersalah. Walaupun itu tidak dapat dijadikan bukti, tetapi semua itu cukup bermakna untuk panduan dan penilaian terhadap sesuatu kes.

Kisah pencuri tertangkap disebabkan rasa bersalahnya ini patut dijadikan iktibar oleh manusia moden pada hari ini. Walaupun set dan lokasi serta latar-belakang kisah mungkin telah berubah, tetapi falsafah, sebab dan iktibarnya masih terus relevan hingga ke hari ini. Dosa hakikatnya sentiasa memburu manusia sepanjang zaman. Dan perlu diketahui bahawa setiap dosa yang singgah di hati akan menimbulkan rasa gelisah, rasa bersalah, takut dan hilang keyakinan diri. Manusia kini seharusnya sedar bahawa dengan melakukan dosa mereka bukan sahaja melanggar perintah Allah, tetapi juga melanggar fitrah murni yang ada di dalam diri sendiri. Sebab itulah Islam yang Allah ciptakan sebagai peraturan hidup ini dikenali juga sebagai ‘deenul fitrah’ – agama yang sesuai dengan fitrah murni hati manusia. Cuba lihat, apa yang disuruh oleh Allah… misalnya, taatkan ibu-bapa. Bukankah itu bukan sahaja disukai oleh Allah tetapi juga disukai oleh hati kecil kita. Cuba lihat pula apa yang dilarang oleh Allah… misalnya berjudi. Berjudi bukan sahaja tidak disukai Allah tetapi ia juga dibenci oleh manusia yang baik.

~~~Peraturan Allah di dunia ini sebenarnya terbahagi dua. Satu yang dikenali sebagai sunnahtullah atau ahli sains menamakannya sebagai ‘law of nature’. Satu lagi syariat yakni peraturan Allah yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Manusia tidak boleh melanggar sunnahtullah justeru siapa yang melanggarnya akan memudatkan hidup secara fizikal. Sunahtullah yang menetapkan api membakar misalnya, tidak boleh dilawan oleh manusia. Jika dia mendedahkan dirinya kepada api, dia akan terbakar. Fizikalnya musnah. Tetapi peraturan Allah dalam bentuk kedua yakni syariat, jika dilanggar, tidak memberi kesan secara lansung pada fizikal manusia. Misalnya, tidak ada orang yang tiba-tiba mengalami sakit perut sebaik sahaja dia tidak menunaikan perintah solat. Kesan fizikalnya memang tidak ada… Namun begitu perbuatan meninggalkan solat itu akan tetap memberi kesan kepada jiwa, emosi dan fikiran seseorang. Sekali lagi ditegaskan, bahawa jika syariat dilanggar, kesan fizikal memang tidak ada, tetapi kesan mental, emosi dan spiritualnya tetap ada. Akibatnya, orang itu tidak akan mendapat ketenangan, kebahagiaan dan keharmoninya dalam hidup.

Kisah pencuri ini sepatutnya menginsafkan kita bahawa kita bukan sahaja tidak mampu menipu Allah, tetapi kita juga tidak boleh menipu diri kita sendiri. Disamping Allah tahu siapa diri kita, diri kita sendiri juga tahu siapa kita yang sebenarnya. Orang yang menipu atau melakukan kesalahan-kesalahan lain yang seumpama dengannya adalah orang yang melakukan dosa. Dosa itu bukan sahaja membawa akibat buruk di akhirat, yakni dibalas dengan api neraka, tetapi ia juga memberi kesan buruk di dunia. Ia akan menyebabkan hilangnya ketenangan dalam hidup. Tidak ada kebahagiaan dalam melanggar perintah Allah. Justeru siapa yang melanggarnya bukan sahaja dibenci oleh Allah, tetapi juga oleh manusia lain dan dirinya sendiri. Ramai manusia yang mengalami keresahan jiwa seperti pencuri dalam kisah ini. Walaupun mereka masih bebas, tertawa ria dan kelihatan gembira di luar, tetapi jauh di lubuk hati mereka ada keresahan dan kegelisahan yang tidak dapat dibendung oleh harta, pangkat dan nama. Oleh itu, jika terlintas dorongan untuk membuat dosa… maka beringat-ingatlah. Kenangkan kisah pencuri yang dipaparkan ini. Insya-Allah, kita tentunya bijak untuk tidak menipu orang lain, kerana itu bererti menipu diri sendiri. Kita tentu bijak untuk tidak melanggar perintah Allah, justeru itu hakikatnya melanggar fitrah hati kita sendiri!

>>iKaTaN HaTi<<

تأليف القلوب

err...ape sebutnyer tulisan jawi kt ats ni ek?dah tu..ape lak mksdnyer?...emm...
Mgkn itu soklan 1st yg akn kluar bg sesiapa yg baru melihat tulisan di ats ni..begitu juga aku suatu ketika dahulu...alhamdulillah..berkat usaha naqibah2ku mengajar akan erti tulisan di ats ini..bagaimana cara menyebutnya..maksudnya..alhamdulillah,sekarang aku hampir memahaminya..dan..dgn ia juga..aku mula menghargai kehidupan yang telah Allah berikan kepadaku selama 20tahun 2bulan 4hari ini...

Alhamdulillah..setelah sekian lama bercuti,cuti summer plus aktiviti2 yg laen..at last..Allah telah berikan kami,warga onna iwate peluang utk kembali berusrah setelah hampir 2bulan lebih cuti..mungkin cuti dr segi zahir dan batinnya...
Tajuk perbincangan kali ni lebih ringan n mendapat support dr semua org..besenyer pon mmg mcmni..kami saling mengeluarkn idea n pandangan masing2 sepanjang tempoh tersebut...
ok..em..berbalik pada tajuk asal..tulisan jawi di atas td berbunyi TAKLIF ALQULUB..dan maksudnya adalah IKATAN HATI...
emm..ape itu ikatan hati?...adakah berkaitan dgn cinta?cinta si remaja?cinta monyet?cinta fotokopi?cintan cintun?...oh,tidak sama sekali...

Ikatan hati ini sebenarnya ada kaitan dengan ukhuwah sebenarnya..ukhuwah yang disertai dengan akidah...ape itu akidah?..akidah scr basicnya bermaksud keyakinan atau kepercayaan..sejauh mana keyakinan n kepercayaan kita pada agama kita yakni islam...
Andai seorang muslim itu memiliki ikatan hati yang kuat dengan seorang muslim yang lain..ia akn terasa kehilangan apabila berpisah dengannya..analoginya boleh kita jadikan diri kita sebagai contoh..ia sama sahaja seperti kita yg terasa kehilangan ibubapa setelah terpaksa pulang kembali ke tempat belajar kita sesudah pulang ke kampung halaman.kerana kita sangat mencintai ibubapa kita...begitu juga jika kita mempunyai ukhuwah yg sgt hebat bersama sahabat kita,pasti,kita akn terasa akn satu kehilangan ketika berpisah dengannya..kalau tak percaya,cuba try test...
Tetapi,jika ukhuwah seseorg bersama sahabatnya tidak disertai dengan ikatan hati,ia tidak akn merasa apa2 perasaan jika/ketika berpisah dengannya...betapa besarnya perbezaan jika ukhuwah kita disertai dgn ikatan hati atau tiada ikatan hati...
Namun,adapun ikatan hati sesama muslim itu penting,ikatan hati kita atau cinta kita kepada Allah haruslah melebihi segala2nya yang kita cintai di dunia ini...

"Dan di antara manusia,ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan,yang mereka cintai seperti seperti mencintai Allah.Adapun orang2 yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.Sekiranya orang2 yang berbuat zalim itu melihat,ketika mereka melihat azab(hari kiamat),bahwa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahwa Allah sangat berat azabNya(niscaya mereka akan menyesal)" (Surah Al-Baqarah:165)

Dengan itu,ingatlah wahai sahabat2ku sekalian..cintailah Allah lebih dari segala2nya yg kau cintai di dunia ini..kerana cinta manusia kadang2 membawa sepi..tapi,cinta Allah kekal abadi...insyaAllah..
Antara sebab2 boleh tercetusnya ikatan hati ini adalah:
1) berkumpul kerana Allah
2) bertemu kerana taat
>>>> "Katakanlah (Muhammad), Taatilah Allah dan Rasul.Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang2 kafir" (Surah Ali Imran:32)
3)bersatu untuk dakwah
>>>> "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dam mengerjakan kebaikan dan berkata, "sungguh aku termasuk orang2 muslim (yang berserah diri)" " (Surah Fussilat:33)
4)berjanji untuk jihad
>>>>"Apakah manusia mengira bahawa mereka hanya akn dibiarkan dengan hanya menyatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak akn di uji?" (Surah Al-Ankabut:2)
>>>>"Dan barangsiapa berjihad,maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.Sungguh Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu)dari seluruh alam." (Surah Al-Ankabut:6)
>>>>"Dan orang2 yang berjihad untuk(mencari keredhaan)Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami.Dan sungguh,Allah beserta orang yang berbuat baik." (Surah Al-Ankabut:69)
Kita mohon dengan ikatan hati ini:
1)selalu diberi cinta
>>>>ertinya di sini..apabila kita mencintai seseorang kerana Allah,kita rela berkongsi apa sahaja dengannya...DuiTMu,DuiTKu juga...
2)diberi petunjuk
3)dipenuhi cahaya(keimanan)
4)berlapang dada....(DuiTMu,DuiTKu)....\(><)/
5)hidup dengan ilmu
6)mati dengan syahid
>>>>hendaklah difahamkan di sini,bahawa ayt ini bermaksud mati syahid..bukan mati bersama seseorang yang bernama syahid...
Antara hak2 persaudaraan dalam ikatan hati ini adalah:
1)memanggil dengan nama yang paling disenangi
2)selalu memancarkan wajah ceria di depan orang
3)melibatkan sahabat(saling berborak dengannya)dalam apa jua perbualan..jangan pinggirkan dirinya kerana ini mungkin akan mengguris hati dan perasaannya..
4)selalu bertanya tentang perihal sahabat(yang masih dapat ditanya dan tidak melibatkan hal2 yg tidak digemarinya)
>>>>"Dan orang2 yang beriman,laki2 dan perempuan2,sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.Mereka menyuruh(berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar,melaksanakan solat,menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka akan diberi rahmat oleh Allah.Sungguh Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana." (Surah AT-Taubah:71)
5)tidak mengungkit keburukan sahabat pada masa lalu dan tidak melukai perasaannya ketika bergurau
6)jangan berjanji jika tidak dapat tepati dan jangan bertengkar.
Sahabat2ku sekalian,
Adakah kita telah mencapai tahap ikatan hati yang dimaksudkan?...adakah kita rela berkongsi segalanya bersama sahabat kita yang laen?...duitmu,duitku juga..masyaAllah..duit utk diri sendiri pon cukup2 makan..inikan pula nk kongsi dgn org lain..susah kan..memang tak diragui lagi bahawa memang susah utk melaksanakannya..namun begitu,itulah yang dituntut ikatan hati ini..yang dtuntut dlm islam...saling bersusah.bersenang bersama..,
Namun,walaupun bukan hari ini, adakah pada suatu hari nanti kita akan mampu mancapai tahap ikatan hati yang sebenarnya?....insyaAllah..mudah2an Allah membantu kita dalam perjalanan mencapai ikatan hati tersebut lantas mencintaiNya lebih n melebihi segala2nya...amiiinnn... 0( '-' )0


sYaiTaN dan HidUnG

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda:
"Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur" (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)..hohoho...
Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya:
>>Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan.
>>Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.
>>Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
>>Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"

rEnUnGiLaH sAhAbAt2Ku...

Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "
(Surah Al-Ahzab : Ayat 71)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar."

:::kEcAntiKaN aDaM:::kEgaGahAn hAwA:::

KECANTIKAN LELAKI
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
> > > > 1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
> > > > 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
> > > > 3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
> > > > 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
> > > > 5) Lelaki yang baik sangka
> > > > 6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
> > Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna
seorang lelaki.

KEGAGAHAN WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah:-
> > > > 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
> > > > 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
> > > > 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
> > > > 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
> > Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

dEmaM puNye paSaL

ini semua...
demam punyer pasal..
demam punyer pasal...aku xg kelas...
demam punyer pasal...aku kne g hospital...
demam punyer pasal...aku kne bwk kuar duit utk byr duit ubat...
demam punyer pasal...aku..blablabla...n blablabla...
ini semua...
demam punyer pasal...
TAPI...
dsbbkn demam punyer pasal..
aku dpt belajar sesuatu..memerhati+mengkaji+meneliti+menghayati...
betapa tingginya nilai budi pekerti golongan ini..yg mungkin kebnyknnyer tidak beragama..dan
xpnh mengendahkanknyer..yakni...oRanG jEpuN...
"ah,daijyoubudesuka?suwarumama daijyoubudesuka?..tabun beddo ni netainoga..."
terkejut aku dgn sapaan seorg nurse yg tbe2 berkata sesuatu kpd aku...seolah2 risau melihat keadaan aku..tp,setahu aku..keadaan aku bese je.xde pon yg xbese..emm..mungkin itu sikap mereka yg suka mengambil berat tntg org lain.tmbh lg,dia adlah seorg nurse.
dpt duduk ats kerusi ni pon da cukup nikmat dpd kene berdiri..inikan pula,d tnynyer nk baring2 kt ats katil ke x..masyaAllah..lgla nikmat...baring2 ats katil smbil tggu turn dpggl msk ke bilik rawatan..xpnh2 selama aku hdp 20thn ni,ade org tny cmtu..alhamdulillah..bersyukur sgt..
namun,ku katakn tidak mengapa padanyer kerana aku msh lg mmpu utk bertahan dlm keadaan duduk di kerusi pnjg tersebut...
lihatlah...betapa tinggi nilai budi pekerti mereka..dr sekecil2 perkara...mereka yg..tidak menganut apa2 agama..cume,mgkn ade sedikit kepercayaan shj..
bile ku fikirkn semula..mmbndgkn diriku yg hinalgdina ini..btp jauhnyer aku dgn mrk...sntiasa mngmbil berat akn org laen...
emm..mrk juga..sntiasa mmliki wajah yg sntiasa tersenyum ktk berurusan dgn pelanggan..tidak kira dlm keadaan apa jua..perasaan ingin mmbantu..
ku cuba mmbndgkn sdkt situasi itu dgn situasi d negaraku sndrk..bkn niat utk mmburukkn..tp,mgmbil sedikit ikhtibar yg berguna..d negaraku,kadangkala sush nk crik si cashier yg sudi tersenyum apbl si pelanggan mmbuat byrn d kaunter..emm..mgkn si cashier tu tgh xde mood kot..tp,d bumi matahari terbit ni..jarang sekali aku terjumpe keadaan sebegitu..emm..mengapa agaknya ya??...wlpn bnd tu sbnrnyer..nmpk sgt remeh sgt...
sedangkn kita,kebanyaknnya menganut agama yg paling tinggi nilainya..IsLAM...namun,pernah kita amati n bndgkn diri kita dgn perkara yg sy sbutkn d ats td?...mengmbil berat sesama lain...tersenyum..walaupun dr kecil lg sy pasti..yg kita semua ini tau bhw senyum itu sedekah...
iSlaM mengajar kita nilai budi tertinggi..dsbutkn dlm alquran..alhadith..namun,adakah kita berjaya mengajar diri kita akn itu semua?..soaln ini bkn shj ku tujukn pd kalian..namun,pd diri ini juga..kerna aku taw..diri ini..bukanlah sempurna n masih mengharapkan ilmu Allah n nasiht..
byk lg klo nk d sbtkn..cume,cukuplah sekadar itu contoh yg ku berikn..moge dgn sekecil2 cth tersebut..kiter dpt merenung kembali kekurangan dlm diri kita ini...
buang yg keruh,ambillah yg jernih...wallahualam...

BErsaMa mEReKa...



SAMBUTAN RAYA

HANAMI di 四十四田ダーム


"setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan.."
benar sekali frasa itu..sbb ade tercatat dlm kitab suci alquran..so..mestilah ade benarnyer kan...
ye..mmg benar..waktu2 yg d habiskn bersama mereka..mmbuatkan aku lupe seketika rase sunyi itu..siapakah mereka itu???...mereka itulah senpai2 yg aku sgt sayangi..mereka yg selalu menghiburkan hati ini tatkala duka..tak jemu menasihati adik yg degil ni..hehehe..begitu bersabar mnjadi seorg kakak atau abang..em..mereka lah..
tak dapat nk bygkn dgn kata2 betapa penting n kasihnya aku pd mereka..shngg pernah satu ketika..aku tertumpahkn airmata kerana mereka..kerana begitu kasihnya mereka padaku..hehehe..
ada apa dgn mereka??..mungkin bg mana2 org,mereka hanyalah manusia biasa..tp,bg aku,mereka lah pengganti kawan2 ku..tatkala aku tiada teman di sisi..bukn nk bodek or puji sesiapa..tp,itulah kenyataannyer..mungkin bg mereka yg berada d tpt ku..mgkn akn merasa ape yg aku rase...hehehe...mcm tu la...
yg bestnyer..drg ni pandai masak..emm..bkn mksd aku,aku ni suke mkn..itu bermksd aku leh blajo msk2 ni dr drg..ketua chef,tauke pie,tauke bingka..sume ade..hohoho...
emm..ade lg..da ade 4 baitulmuslim kt cn..ramai kan??...satu family br je blik ke msia september lalu..sedih rase nyer bile da xdpt nk dukung baby haris yg bulat n comel tu...xpe..ade umur kite jumpe ye haris...xde la sumenyer keburukan je bersepah bile sorg2 je pompuan kt cn..ade je kebaiknnyer..mcm aku sbt td..hohoo..
doaku pada mereka..semoga mereka panjang umur+murah rezeki+bahagia+berjaya dunia dan akhirat..moga Allah kurniakn kebaikan pd mereka dunia dan akhirat..amiinn...terima kasih semua...sayang kalian sentiasa...\('o')/

7 bulan yang lalu...

bismillah hirrahma nirrahim...
dr bilik 2234,koubai hostel,daerah morioka di iwate prefecture...


keseorgn dlm bilik mmbuatkn perasaan nk wat blog ni mkin mnjadi2..xde kwn la katakan..kt cn la jd tpt mluahkn sgl rase..eh..ye ke..emm...

awl2 dulu,smgt nk wat blog..tp,at last..rase mls nk update tu mnjadi2 lak..kali ni,try gak kuatkn smgt utk conteng sth kt blog ni...
emm...lg 4 hari..genapla hendaknyer 7 bulan aku n kawan2 batch 25th rpkj menjejak bumi matahari terbit ni a.k.a jepun..tak sangke sekejap jer..dan,dlm mase hmpir 7 buln tu la,aku try mmbiasakn diri..hidup seorg diri tnp kwn yg sama jantina kt iwate ni...
awl2 dulu,rase sush sgt..mne taknyer...dah bese hidup dlm kelompok kawan yg sgt ramai..di sekolah dulu,mahupun di aaj..tup2..bile dtg jepun,sorg je pompuan dgn 4 org lelaki..wah..rase cm begitu drastik sgt perubahan itu...
masih teringt lg tyme kt aaj dulu..bile aku dberitahu oleh seorg shbtku..bhwsnyer aku dpt study kt iwate ni..tp,sorg je pompuan..ya Allah..trus aku mnjerit n menangis tatkala tahu tntg berite tuh..berkecamuk hati pon ader..hohoho..
aku akn keseorgn..namun,kehadiran shbt2ku yg sntiasa berada di sisi sntiasa menenangknku...
"sabarlah..mungkin ini ujian Allah kt ko..xpe..kitorg kan ade..walaupon jauh nanti"....
itulah antara perbualan yg sntiasa singgah d telinga aku..betapa Allah nk mangujiku..at last,aku redha jer...mungkin ade sth yg tersembunyi d sebalik ape yg berlaku...
"ko kan kuat..xpe..boleh punyer.."..
emm..aku sendiri pon xtaw stkt mner aku mmpu bertahan slps ini...
dgn agk kecewa ngn keputusan tu,pnh juga aku mnytkn kpd sahabat2ku..
"aku rase cm dah tingglkn je hati aku kt msia..dtg nihon dgn xde berperasaan.."
sbnrnyer..aku agk takut mnghadapi hari esok..bagaimana lg Allah akn menguji keimanan n kesabaranku..emm....

20 mac 2008...
kumpulan pertama pelajar rpkj batch 25 akn bertolak ke jepun...
alhamdulillah..akhirnye..berjaya gak kami melepasi segala mcm cabaran+dugaan+onak+duri berliku lg tajam..utk mlnjutkn pelajaran ke jepun ni..puuhh..lega sgt..janji dpt fly..
mcm tula feelingnyer...mcm2 bnd disumbt dlm luggagge memasing..smpi ade yg bwk kuali sndrk..jgn xcaye..hehehe..sbb senpai suh bwk la katakan...
sape yg agk lmbt beratur utk check-in luggagge..agk mlg sket la klo overweight..sbb either kne punggah blik brg or byr lebihan tu..leceh kan..20kg je berat yg dtetapkn..nk wat cner..len kali,kiter beratur awl2 ek...lupe nk cter satu penglmn yg best..yg rasenyer sume budak yg dtg nihon ni rase..bile turun je dr flight..puuhh..sesorg excited gile..sbb ape..sbb nmpk asap kuar dr mulut..mmg lawak r..tp..itula hakikatnyer..sume org akn rase cmtu..almaklumla..tyme dtg ri tu..winter br nk hbs..so,msh terase lgla sejuk tu..hehehee..

24 mac 2008...
akhirnyer..
jejakla jugak kaki2 kami ni..di bumi iwate..bg aku n 4 org lgla..
sampai je kt cn..da dibawak oleh senpai g beli brg..
utk ape??...mlm tu kne masak utk sesenpai yg ade..mask utk 20 org..mak aih..byk gile..mcm wat knduri arwah..xpn..knduri bertunang..xpnh aku msk sebyk itu..
memndgkn aku srg je pompuan..jdk..aku la yg d kerahkan utk masak..adeh..dahla pnglman memasak ni kurg..inikn kne msk utk rakyat yg ramai..masyaAllah..sbr jela...
nak xnak..tpakse gak r mask..nsb bek ok..huhuhu...4 org tu pon..handal dlm mmbantu..hehehe..tolong potong ayam+sayur..goreng ayam..kire ok r...

sunyi+alone+sabishii+keseorangan...perasaan tu xkn mmpu lari dr aku..dlm 4 thn ni..
emm...setiap hari..aku cuba kuatkn semangat...
"Allah xkan menguji hambanya yang tidak mampu.." (albaqarah:286)
"kadangkala kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagi kamu.
kadangkala kamu menyukai sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu.Allah maha
mengetahui padahal kamu tidak mengetahui.." (albaqarah:216)

em..cner ek..4 thun akn dtg..hny Allah mengetahui...wallahualam...

:::ini sejarah kita:::


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)