Istiqamahkah?

Bismillah...

Istiqamahkah aku?
Istiqamahkah kita?
Istiqamahkah kita semua wahai daie2 Allah?

Istiqamahkah kita?
ketika exam datang bertimbun2...
...."...em...minggu ni tak yah usrah la..study untuk exam dulu.."....
sibuk dan mungkin lebih sibuk dari Rasulullah yang menyebarkan dakwah Islamiah
sibuk sekali sehingga Kalamullah hanya di tatap 5 minit selepas solat...
padahal buku dunia berjam2 lamanya...takpun..berehat study dan
rancak memainkan jari di hujung tetikus untuk berborak dengan rakan sebentar
atau melayan perasaan di internet

Istiqamahkah kita?
Ketika ditimpa penyakit dan kesakitan...
..."...aku tak larat nak bangun la..."
Ya..mungkin ada situasi di mana kita sendiri tidak berkemampuan untuk meneruskan
kerja itu...tetapi..bukanlah dengan mengabaikannya terus...
Ujian yang ditimpakan kepada mu itu tanda Allah kasih kepada mu
Ujian yang ditimpakan kepada mu itu tanda Allah mahu kau menjadi lebih kuat
Ujian yang ditimpakan kepada mu itu tanda Allah ingin mengajar kau erti bermujahadah kepadaNya

Istiqamahkah kita?
Ketika di kurniakan sesuatu nikmat...
padahal nikmat itu semua bersifat sementara...
misalnya
..."...minggu ni masuk skolar..nak shopping la.."...
padahal lebih elok jika ia digunakan untuk jalanNya
Ya...tak salah jika kau gunakan hak mu sendiri untuk kepentinganmu
namun, jangan kau lupa akan saudara2 seakidahmu di luar sana
yang senantiasa mengharapkan bantuan daripadamu

Istiqamahkah kita ketika ditimpa ujian bertalu2 talu dari Allah?
Sabar...sabar wahai para daie...
Kesenangan akan datang selepas kesusahan
Itu janji2 Allah...
Jangan kau anggap tika kau susah, Allah melupakanmu
Jangan kau anggap tika kau ditimpa ujian, kau boleh berhenti seketika
dan hanya membiarkan rakan lain meneruskan
Kau harus tabah !
Kau harus kuat !
Kau harus berusaha untuk bangun semula...!
Jatuh dan bangun...dan terus bangun...
Inilah erti kehidupan yang telah kau pilih jalannya...
Dakwah itu tetap akan berjalan walaupun tanpa dirimu
Walaupun tanpa kau yang memulainya dalam dirimu, ia tetap akan berjalan
atas muka bumi ini...
Kau pilihlah untuk terus tabah mengharungi jalan ini atau memilih untuk berhenti...


Hilang Yang Kekal

Bismillah...

Usai solat Isyak berjemaah tadi,
aku kembali membuka Kalamullah buat sekelian kalinya.
Membaca ayat2Nya dan juga mentadabur ayat2Nya sehingga sampai pada satu ayat...

"Apa yang ada disisimu akan lenyap,
dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.
Dan Kami pasti akan memberi balasan
kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik
dari apa yang telah mereka kerjakan."
( Surah An-Nahl;16:96)


Ya. Segala yang ada disisi kita sekarang semuanya bersifat sementara.
Hatta ibu bapa yang kita sangat sayangi , satu hari nanti pasti akan kembali pada Yang Esa.
Cuma apa yang membezakan seorang Muslim yang bertaqwa atau tidak pada ketika itu,
bagaimana ia menghadapi hari2 di mana orang2 yang di sayangi kembali ke pangkuan Sang Pencipta?

Teringat perbualan bersama sahabatku tempoh hari,
"..Kalau saYang, bermakna sanggup melepaskan..."
Tak kesahlah sape manusia yang kita sayang itu, ataupun barang atau haiwan kesayangan , namun satu hari nanti kita terpaksa menerima kenyataan yang kita akan berpisah dengannya.
Mungkin berpisah kerana tiada persefahaman, cemburu atau yang lebih kekal; MATI.

Ya Allah..Kau tabahkanlah hati aku dan sahabat2ku dalam menempuhi hari2 tersebut...amiinnn...



~~~

Bismillah...

Malam ni..
tiba2 aku terasa sangat lemah...
bangun nik..
bangun...
kau harus punya jiwa seorang mujahidah.
tidak layu dek hembusan ujian yang hanya umpama angin lepas.
kau harus bangun...
bangun untuk bersama berjuang dengan rakan seperjuanganmu
menegakkan agamamu Islam.
ujian itu tarbiyah terus dari Allah.
kau harus bersedia setiap detik.
jangan mengalah sebelum berjuang.
bangun!

Ingatkah kita padanya?

Bismillah...


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.'


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
'Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
'Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.'


Dalam sehari, berapa kali kita ingat akan mati?
Sedangkan malaikat Izrail datang menjenguk kita 77 kali dalam sehari.
Renungkan~

**Thanks to cik F_M kerana sudi berkongsi ingatan ini dengan saya. Semoga Allah memberkatimu dunia,akhirat. Ukhuwah fillah~
***Selamat ulangtahun kelahiran kepada cik Aar. Semoga umurmu sentiasa diberkati Allah, rezeki jua diberkati Allah, bahagia dan berjaya dunia, akhirat. Dan semoga cecepat kahwin. Hehe. Sayang akak fillah~

Ayat-ayat yang BerAyat-Ayat

Bismillah...

Nak mulakan entry kali ni dengan komen kat post before ni dari cik A_ _ M. MySpace

yang lebih kurang camni bunyiknya.

assalamualaikum..kak nik,goodluck exam...nak2x exam pon sempat tulis bende yg bagos2x cmni....best2x!

Haha..maceh atas pujian tu. sementara je semua nye.
Allah nak uji kita ni bersYukur ke tak...oho~
jangan jadik macam akak. nak exam2 ni la syaitan suka datang suh update bloG. study nye malas..hish... pastu pergi salahkan syaitan lak padahal diri sendirik xmo sedar. Haha. jadi, jangan ikut aku taw. aku ni suka maen sikit. Hehe...

Kali ni, nak komen sikit tentang Nur Kasih episode 9. macam pernah aku bagitahu sebelum ni. Aku bukan tonton cerita tu sebab ada perasaan kasih kat tajuk die yang menunjukkan itu cerita cintan-cintun ke ape. aku tonton sebab banyak pengajaran. So, for today's pengajaran..(oh..terabur ayat..)...


Bagaimana kamu ingkar kepada Allah, padahal kamu ( tadinya ) mati,lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kembali. Kemudian kepadaNyalah kamu di kembalikan.
( Surah Al-Baqarah,2:28)

Jadi...

apa yang kita faham dari ayat kat atas tu?

Allah berkata..
Camne ko boleh ingkar kat Aku..padahal Aku la yang menghidupkan ko. dan Aku gak yang mematikan ko...
So..camne kita sebagai manusia yang diciptakan dari air mani yang begitu hina ni boleh sesuka hati je nak ingkar kat Allah...Allah suruh puasa, tak mau. konon penat..(oho..terasa..)...(tapi , aku tak tinggal puasa Ramadhan la..hehe..)
Suruh solat...xmau gak..padahal 5 waktu je pon..daripada dapat 50 waktu macam awal2 Allah perintahkan kat Rasulullah S.A.W dulu......uh...tak tahula camne....
Allah suruh amal makruf nahi mungkar...lagi suke buat mungkar dari maaruf..(oh no!)... MySpace

Hoho..jadi..apa yang kita nak sebenarnya ni?

Nak bersuka ria kat dunia ni sebab hidup hanya sekali?
Oh...
mati pun sekalik gak..pastu dibangkitkan kat alam barzakh...
tak de nak hidup semula kat dunia dah...

Jadi..camne?...

Tepuk dada..tanya iman..tapi tak kesahla kalau ada sapa2 nak tepuk meja ke..tepuk bahu kawan ke..tepuk amai2 belalang kupu2 ke..yang penting..tanya diri sendiri..tanya iman sendiri..
Apa yang kita nak kat dunia ni?....
Adakah hiburan yang melalaikan..duit yang bertimbun2 tu..akan kita bawak masuk kubur nanti?...Laenla kalau dah pesan kat sapa2 before mati, kebumikan dengan bendalah2 tu..hoho...
(..oh..ganasnya ayat aku..sory ye..)...

Jom kita tengok satu analogi ni...
Contohla..misal la...
Kita cipta satu robot...cipta pape la..
mesti kita nak benda tu ikut cakap kita kan?
So do ALLAH.
He CREATES us and WANT us to follow His order.

Petang tadi...
Aku terlihat kat luar tingkap rumah...
MasyaAllah..hebatnya kuasa Allah...
simple benda yang boleh amik pengajaran dari alam...camne la Allah boleh ciptakan langit ni tanpa sebarang tiang pon....padahal..kalau nak tegakkan rumah pon kena ada tiang...
Subhanallah..hebatnya Engkau ya ALLAh...
itu penilaian dari aku yang hina lagi dina ni la..tak tahula orang lain camne kan...

Last but not least...
Ada satu kata2 dari Ustaz HasrizaL time aku g program yang beliau datang last year.
Actually dia ada cerita something..tapi..panjang lak nak cerita kat sini. Sape2 nak tahu...buzz jela kat ym ye..hoho...

WHAT IS THE PURPOSE OF YOUR LIFE?

Ok..kalau cikgu bagi kita kerja sekolah untuk senaraikan 10 tujuan pokok kelapa atau 10 kebaikan pokok kelapa..camtu la.., mesti laju je kita buatkan...
batang kelapa boleh buat jambatan , isi kelapa boleh makan , tempurung boleh buat baling ayam kat luar reban ayam..(oh..jahat nye sapa yang buat gitu..contoh je ni..)...dan blabla...
But, when it comes to...WHAT IS THE PURPOSE OF YOUR LIFE?
what will be the answer?
apa yang akan kita fikir?....
Sebab time tu pon aku terfikir..aah ek..apa ek tujuan kita diciptakan kat atas muka bumi ni....

So....Lets discover it together...

WHAT IS THE REAL PURPOSE OF YOUR EXISTENCE IN THIS WORLD?
WHAT IS THE REAL PURPOSE OF YOUR LIFE?

Have you listed it?
Tell me if you're done...

Wassalam.... MySpace
(pengajaran untuk aku dan yang di luar sana jugak)....

Kata-Kata Berkata-kata

Bismillah...

Alhamdulillah...
Tamatlah riwayat satu papeR pagi tadi.
Nantikan 8 paper yang bakal berderet2 minggu depan...
Ya Allah..berilah aku dan kawan2ku kemudahan untuk menjawab exam kami nanti, jelmakanlah idea2 bernas untuk kami menjawab atau lebih kepada untuk kami menggoreng soalan2 exam tu nanti. Moga kami menggunakan dunia kami untuk bekalan di akhirat kelak. Hanya kepadaMu kami berserah ya Allah...amiinnn...

Kat sini..aku nak kongsi sesuatu yang aku dapat daripada salah seorang sahabat ku di ym siang tadi.
Thanks to cik A...hoho...semoga Allah memberkatimu dunia,akhirat insyaALlah...

Allah Ta'ala berfirman: "Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah: 155)

Lagi Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya - kerana amat banyaknya."
(Az-Zumar: 10)

Juga Allah Ta'ala berfirman: "Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh."
(As-Syura: 43)

MORAL OF THE STORY

--->Bersabarlah anda ketika ditimpa musibah dan dilimpahkan nikmat2 daripada ALLAH.
Kerana ketika anda dikurniakan limpahan nikmat dariNya, Dia ingin menguji adakah benar ketika itu engkau adalah hambaNya yang benar2 beriman kepadaNya yang sentiasa mensyukuri segala apa nikmat dariNya.
Dan Dia mengurniakan musibah kepada engkau bukan untuk menzalimi engkau atau untuk berlaku tidak adil kepada engkau tapi itu tandaNya Dia sangat menyayangi engkau berbanding mereka yang di alpakan dek nikmatNya.
--->Dan..bersabarlah.
---->Dan...bersabarlah...hehe...sabar la ye labu...

Dan ini daripada kak F...hehe..terima kasih akak.Semoga Allah memberkati akak sentiasa insyaAllah.

"Membaca tulisan sendiri adalah seperti taaruf terhadap dalam diri yang sukar dijiwai sesiapa. Tulisan sendiri adalah kawan yang terlalu benar. Tulisan adalah lebih benar dari lidah dan anggota badan. Anda merasai kehebatan diri, juga kebodohan diri."


Yang ni..emmm..aku pon baca banyak kali baru faham.

So, kalo korang nak faham pon..bacala banyak kali ek.hehe.....sebab aku nak kena study untuk exam next week.


Malam tadi....


Bismillah...

Baru usai berTadarus bersama 3 orang sahabat ku.
Alhamdulillah...
Bertadarus dan bertadabur Surah Al-Fath...( pilihan cik F..yang disokong oleh cik D dan cik A )

Kikkake= asbab= sebab nya kerana salah seorang daripada sahabat ku mengadu berat hati..( tak tahulah berapa berat hati dia..)..hoho...
Lantas...Allah memercikkan idea untuk mengajak sahabat2 ku berTadarus sebentar walaupun dalam kesibukan mentelaah untuk imtihan yang bakal menjelma ini.
Untuk menenangkan hati sahabatku yang mungkin gundah-gulana itu.hehe...
Terima kasih sahabat2 kerana sudi meluangkan masa sebentar ya.

Idea ini pun tercetus selepas ku teringat salah satu dialog dalam Nur Kasih.
Dialog oleh mak Aidil dan Adam.
Ayatnya aku tak berapa ingat la...
bagi sesiapa yang nak tengok cerita Nur Kasih ni..boleh tengok melalui link ini.
Jika tak boleh di situ, di sini pun boleh.

"...mak risau la dengan Nur Amina. Sekarang mak dah tak boleh tidur lena sangat teringatkan dia. Dulu masa dia ada, ada la jugak dia bacakan Quran kat mak dan mak rasa tenang bila nak tidur tu..."

Ye....
memang tak dapat nak disangkal lagi.

"Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang..."

It's just less than second to remember Allah and make our heart calm.

Betapa hebatnya kuasa Allah itu..subhanallah....

Dalam Surah yang kami baca tadi...



"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik ALLAHlah bala tentera langit dan bumi, dan ALLAH Maha Mengetahui , Maha Bijaksana"

(Surah Al-Fath, 48;4)

Kalau dulu...
jika ada yang mengadu kesusahan kepadaku, akan aku pujuk dia sehingga dia tenang. Terima kasih ya Allah atas kelebihan itu.
Ya...atas izin Allah, aku mungkin boleh juga memujuk sahabat aku ini.
Tapi...kali ini..aku mahu membuat sedikit kelainan.
Aku mahu cuba untuk memujuk sahabatku ini dengan ayat2Nya.
Bukan cuba test sejauh manakah kebenaran ayat Jika mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..ayat itu memang tak dapat di sangkal kebenarannya.
Cuma sebelum ini, jika di buat pada hati sendiri, alhamdulillah berkesan.
dan kali ini aku cuba untuk gunakan ayat2 Allah pula untuk memujuk hati hamba2Nya yang lain.

Yela..sebelum ini..kalau memujuk, hanya menggunakan logik2 akal yang entah betul entah tidak. monokok tambah sesuatu yang rasa boleh dijadikan bahan untuk membuahkan kembali senyuman di bibir sahabat tika itu.
Tapi kali ini..
dan mungkin selepas ini..aku akan cuba untuk memujuk sahabat2 ku menggunakan ayat2Nya.
Ketenangan yang diperoleh daripada pujukan logik2 akal itu mungkin bersifat sementara jika nak dibandingkan dengan ketenangan yang diperolah daripada ayat2Nya.

Dalam cerita Nur Kasih tu pon..( hoho..penangan Nur Kasih..sapa tak tengok..rugi taw! )
aku lihat ketika mak Aidil dan Adam tu sedih, tak ada pun Nur Amina pujuk mak mentua dia tu.
Scene 1st sekali yang aku perasan time mak mentua dia kat tangga terduduk sebab sedih teringatkan suami yang baru meninggal. Nur Amina tak ada pun pujuk mak mentua dia..(bukan nak kata dia jahat..)...
sebaliknya dia masuk ke dalam rumah dan terus mengambil Al-Quran dan bacakan di ruang tamu rumah. Begitu juga ketika malam2 di mana mak mentua dia bersedih. Akan dia ambil A-Quran dan bacakan untuk mak mentuanya. untuk hati yang sedang gundah. ( aku tak rasa penulis skrip ni nak tunjukkan yang watak Nur Amina itu tak pandai memujuk secara zahir. Tapi pujukan itu adalah pujukan secara batin atau dalaman , dengan menggunakan ayat2Nya...)

MasyaAllah..memang hati manusia ini bersifat fitrah yang inginkan kebaikan. dan mendambakan ketenangan.

Ya..mungkin orang akan cakap aku terlalu gila menonton cerita itu.
Tapi, aku bukan menontonnya semata2 untuk menghabiskan masa. aku menontonnya kerana aku tahu, banyak pengajaran yang dapat aku ambil dan menjadikan aku seorang yang berfikir akan kekuasaanNya...( nanti2 la kalau nak ulas banyak2 tentang cerita tu ye..)

Berbalik kepada scene tadi...mungkin tak perlu kot untuk kita bersusah-payah mengatur ayat berbunga2 matahari ke...bunga tulip ke...untuk memujuk hati manusia ini.
Cukuplah dengan memperdengarkan ayat2 suci Al-Quran kepada mereka.
Sebab kita ni pun milik Allah dan Allah tahu apa yang hati kita mahukan. Am i rite?

Mungkin...bagi sesetengah keadaan itu lebih memerlukan pujukan secara lahiriah itu.
tapi..apa nak cakap nya...jom kita kembali kepada ayat2 Nya dan cuba memujuk hati2 manusia menggunakan ayat2Nya pula selepas ini. dengan cara yang betulla ye..jangan salah cara lak...kang takut lagi parah lak jadinya..hoho...

Jadi..emmm...aku pun dah ketandusan iDea tibe2 lak..hoho...

Di musim exam ini...si dia banyak dan selalu akan datang pada kita.
Siapa si dia tu?
tak lain tak bukan, cik sYaitan la.
Jadi, berhati-hatilah menjaga hati kalian ye.
Jangan lupa menjenguk Kalamullah walaupun sibuk menjenguk ilmu dunia.

Akhir kata dari saya,



Janganlah terlalu bebankan hatimu dengan kesungguhan hati. Hiburlah dirimu dengan perkara yang ringan dan lucu.
Kerana bila hati terus di paksa dengan memikul bebanan yang berat, maka ia akan menjadi buta.
(Sabda Rasulullah S.A.W)



JAGA HATI.

JAGA IMAN.

HATI-HATI DENGAN HATI.


Wassalam....
p/s : to cik yang berkenaan, da ringan sikit ke hati tu? hikhik..saya ni bukanla pandai memujuk sangat. maaf la ye kalau berat lagi...(..baper kilogram darou nee..?..emm..)



kasTam H1N1

Bismillah...


Tibe2 rasa nak menulis sekejap..
emm...
td..aku telefon kakak aku..sebab rindu gile dengan anak2 buah aku yang chumel2 tu..
huhu...
2 orang anak buah aku still xkenal aku..huhu...
Kakak cerita...abang ipar aku nye bos terkandas kat kastam airport 3 jam akibat kena cek sebab virus H1N1 tu....
huhu...
tetibe2...
terfikir...
camne ek nanti...
kalu terkandas kt kasTam Allah nantiii..
waaaaa...takutnya...nauzubillah...
yang tu..kalau terkandas...
no more turning back da....MySpace

jawapannya paham2 jela...
wohooo...takut2....
jom2...tingkatkan amalan kita sebelum di cek kat kastam Allah nanti...
-study2!men bloG je...MySpace-


Hujan yang Basah Kuyup~

Bismillah...
baru-balik-dari-kelas-mode MySpace


Pagi tadi..hujan lebat...angiN kencang xley bla...
berJihad gile nak pergi kelas. MySpace
saMpai kelas..dah basaH kuYup...lagi kuYup daripada mandi..kalau taw..bek tak yah mandi..haha...(tak senonoh..)..tipu je...

Sampai kat pintu nak keluaR rumaH,masiH berdiri berfikir samada nak pergi kelas ke nak p0ntenG.
syaiTan kiri-kaNan-ataS-bawaH-dePan-belaKang...haha... MySpace

Seketika aku terkenanG masa laLu...
sobsob...
teringat mak ayaH beb.... MySpace

kalau dulu..masa sekolah rendaH...
xkesahlah..hujan lebat ke..riBut melanda ke...anGin kencanG mana ke...
still boleh rilek je nak pergi sekolah tanPa ada keriSauan apa2....
sebab..pergi sekolah ayah boleh hantarkan naik kereTa..hehehe...

Hari ni..sekarang ini..kat sini..
hujan lebat ke....aNgin kencang macam riBut ke...salji bertimBun sampai bumbuNg ke...melainkan pihak universiti kata hari ni cuti~~( yeay! )
oho...
tetaP kena pergi sekolaH!
tak de sape nak tolong hantarkan melainkan nafsu hantar masuk rumah semula ak.a p0ntenG keLas atau anggoTa badan berGerak pergi kelas...oho...

TeringaT perbualaN dengan maK hari tu...
mak kata..ayaH dok asyiK belek kalenDar je...
uhukuhuk...
bukannya ayah aku baru nak belajaR baca kalenDar...
ayaH aku tengaH countinG hari aku nak baliK malaYsia la....
aduYai...lemah tol semangaT aku...
sabar la maK ayaH ek...
kaSi saya habis exam duLu ye..
nanTi saya baliK la..huhu...beTul..insyaAllah..kaLau panjaNg umur...sampaiLa saya kat malaYsia nanTi...oho...

rinDu betul dia dengan anaK dia ni..ceewaahh...
saYa pun rinDu bangaT sama mak dan ayaH...
semoGa kerinDuan ini diberKati dan diRahmati Allah..insyaAllah...
bukanNya rindu sesaMa bukaN-muHrim yanG sememangnya haRam..(opsss...)
taPi betul apa...tak ada yang salaH kan...
baiK rinDu-meRindu kat makaYah..at least..daPatlah paHala daripaDa rindu yaNg satu tu..huhu... MySpace

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. JIka salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. "
(Surah Al'Isra',17:23)

" Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, " Wahai Tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil. "
(Surah Al'Isra,17:24)

MINTA DAN BALAS

Kalau dulu..mak ayah membesarkan kita tanpa minta sesen pun..
Tapi,bila dah makin besar..nak call mak ayah seminggu sekali pun dah liat...( ingaTan untuk diri sendiri dan kawan2) ...
Konon sebab anak lelaki..( bagi yang bergelar lelaki la.. )..buat apa nak manja2 dengan mak ayah..sebulan sekali call cukuplah...malu la kalau kawan2 tahu nanti...
Konon sebab anak perempuan..( bagi yang bergelar perempuan la... )..buat apa nak call selalu...bazir la duit..nak beli make-up lagi...
oHo...
Pernah ke mak ayah cakap dorang tak cukup duit nak belikan mainan time korang merengek kecil2 dulu ?
Pernah ke dorang hampakan even satu permintaan korang ?...mungkin bagi yang ada adik-beradik ramai tu..akan terjadi keadaan sebegitu..tapi..mostly nya..aku berani cakap..tak pernah kan mak ayah sengaja untuk tak pernah tak tunaikan permintaan kita...betul tak ?

LEVEL 1 : KERJA

Itu belum kira kalau dah bekerja...
emm...time tu...mesti nak kena berkira bab2 duit ni...
Time tu la...sebelum sampai time tu..aku nasihatkan diri aku dan kawan2 yang lain...bajet2lah kewangan korang dari sekarang....
sebab time tu la...bermulanya era di mana korang nak balas balik jasa mak ayah dulu.
yela..time belajar ni..mestilah nak fikir untuk diri sendiri dulu kan?nak beli buku semua tu..still need support from family right ?
sebab even korang bagi sepuluh bukit penuh dengan emas pun..takkan cukup untuk balas jasa2 dorang kat kita.
sebab kasih sayang dorang tak ada tolak banding nya. tapi..kena ingatlah..Kasih sayang ALLAH kepada hamba2Nya lebih besar dan banyak daripada kasih sayang mak ayah kita pada kita.
Sebab...bayangkanlah..kalau seorang ibu tu tak sanggup untuk lepaskan anak dia yang berada di pangkuannya kalau musuh suruh pilih antara nyawa dia dengan anak dia....nak tunjukkan betapa sayangnya si ibu kepada anaknya.inikan pula kasih sayang Allah Yang Maha Esa..masyaAllah...
Nak balas jasa mak ayah tu pon..bukan guna duit je...mak ayah korang tak pandang nye duit baper juta korang dapat sebulan..
yang dorang nak..
kasih sayang anak yang dorang dah susah paYah besarkan..didik dari kecil untuk menjadi seorang yang berjaya sekarang.
Ingatlah kawan2...
Antara tanda2 kiamat adalah apabila seorang ibu melahirkan tuan.
Tika kecil di tatang bagai minyak yang penuh,namun,pabila meningkat dewasa,menjadikan
ibunya seolah-olah hamba buat dirinya. Menyuruh itu dan ini.bila ibu minta tolong,ada sahaja alasannya.padahal masa kecil dulu, hanya seorang ibu itu sahaja yang tahu bagaimana peritnya membesarkan seorang anak...( peringatan lagi untuk diriku yang kerdil ini dan juga yang lain..)MySpace

LEVEL 2 : OWN FAMILY VS HIS/HER FAMILY

Ini level paling susah aku rasa.
Bak pesanan kakak ipar aku sebelum aku terbang ke sini..
".. anggaplah belajar overc ni macam pergi rumah mak mentua.. "...uhukuhuk...MySpace

Ha...pesanan ni aku tujukan untuk kawan2 aku yang bakal berkahwin dan bertunang dan semua la...To F..ko nak aku tulis something pasal ko kat bloG aku kan..ni ha...aku dah tulis ni..baca,jangan tak baca lak ek.apply kan jugak taw.hikhik...apply mana yang betul jela...yang tak betul,buang dalam t0ng sampah.

Level ni la yang paling susah sekali.Ulang balik ayat atas tu.huhu..especially bagi lelaki la kot.perempuan pun susah gak.Senang cerita,semua pun susah la.Level di mana bila korang2 dan aku jugak..masuk alam keluarga sendiri ni.alam rumah tangga..eceewaahh...
Walaupun aku sendiri tak pernah ada pengalaman ni..huhu...ada la sikit2 aku tengok daripada persekitaran aku dan simpulkan kat sini...

Time tu..bukan sahaja bab kewangan kena fikir...kasih sayang...dan semuanya la..kena dibahagi dua...ye ke dua?..emmm..sat fikir...
kasih sayang untuk suami dan anak2,keluarga sendiri,keluarga mentua...banyak tu...
huhu...banyak2..macam2 kena fikir..dan bayangkanlah..perasaan mak ayah kita sendiri camne time tu.nak lepaskan anak dia ( especially perempuan la )...untuk melangkah ke alam baru pun sangatlah susah..dan dia sendiri terpaksa menerima kenyataan yang anak dia pasni akan menjadi milik orang lain.bukan hanya bergelar anak dia seorang sahaja selepas ini.huhu...kalau aku la..sobsob..sedih gile.terpaksa berkongsi kasih anak..huhu...

Dan saat tu la..kita nak kena fikir..tahun ni balik raya rumah sapa..cuti kali ni holiday rumah belah mana...nak jaga hati 4 makayah.mak ayah sendiri+mak ayah mentua.
Bagi sapa2 yang dah berkahwin,tahniah la sebab anda dah melaksanakan tanggungjawab anda dan kepada yang bakal tu...sebelum menjadi ahli baru kepada keluarga baru,manfaatkan lah masa yang ada sekarang untuk keluarga sendiri.Spend our QualitY time with our Own familY.
cheewaahh..macam ada pengalaman lak aku ni..maen bedal je cakap ni..huhu...tak boleh cakap lebih2 ni..tak de pengalaman lagi...MySpace

MORAL OF THE STORY

Sayangilah makayah kita sementara mereka masih bernyawa.
Kepada yang makayah sudah kembali ke Rahmatullah,doakanlah untuk kesejahteraan mereka disana insyaALLAH.semoga mereka tergolong dalam golongan orang2 yang soleH.
Berusahalah menjadi anak yang soleh/solehah untuk mak ayah kita kerana kelak apabila malaikat maut datang menjemput,terputuslah amalan anak Adam kecuali ilmu bermanfaat ,sedekah jariah dan doa ANAK yang SOLEH.

Haip..dah panjang mengarut lagi... MySpace
-Kembali-pada-buku-untuk-study-exam-mode-niat-hanya-kerana-Allah-insyaALLAH-
wassalam~

Jodoh

Bismillah...
Post kali ni bukanlah nak cerita tentang kekasih hati aku ( aku single ) atau fakta mengenai jodoh atau pape la berkaitan ( kaitan yang serius ) mengenai jod0h.
The thing that i gonna tell u all was just about my last-night-chat with my dear old-schoolmate-friend. And of course,a little bit discuss bout jodoH. hehe...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Takdela private benor chat ni.Just wanna share kindness-from-my-dear fren.
Mula-mula nya just beborak macam biasa jeR....

N : salam,,bzkah
me : knp?
me : rindu ka?
N : tu r sal
N : ngengade lak
N : ho,,,rindu amat
me : hohohohoooo
me : sihat ke kwn?
N : alhmdllh
N : nik cmner
N : bile nk cuty
me : hehe
me : org lmbt g cuty
me : 18hb 8 ni baru balik
me : ade final dulu
me : waaa
N : owh,,,
me : maleh tol nk setady
N : x la lame sgt da
N : gudluck2
N : jgn maleh2
N : ak lmbt g x per
me : waaa
N : huhu
me : haha
me : ko sihat?
me : amcm life skunk?

Selingan..


pada yang sapa jenis kurang-kesabaran.. hehe..sroll^down je sampai bawah kalau nak tahu. Sebab kat atas ni..nak warm-up dulu.berjejak-kasih sekejap dengan my-fren.Tapi,rugila kalau tak baca from beginninG.hehe.

me: da jdk senior r kn?
N : sihat
N : haha,,agak senior r
N : super senior
N : haha
N: okey je
me : nick cmner?
N : bnyk join usrah ek kt sana

Tibe2 my-fren tanya pasal usRah..dupdupdapdap...

me : erkk
me : nape tny gitu?
N : tuh kat pic tu wat pe
me : oooooooooo
me : haha
me : sabtu lps ade progrm
me : best
me : hehe
me : men lukih2 puzzle tyme ldk
me : emm..ade la gak join usrah...
N : bgus2
me : haha
me : ko cmne?
N : ak pnh gak join rumate aku nyer usrah sem lpas
N : bgus r usrah ni
N : atleast ade pengisian rohani
N : ye la da kt u ni nk g masjd dngr crmh susa kan
me : btoi3
me : kalo kt cn lgla..xdop masjid pon kt tpt aku...so..nk dgr ceramah tu pyh r..kne join usrah2 ni
N : ye,,,org islam kt jepon x ramai ke
me : ramai
m : tp len2 tpt kan
me : ade tpt ade msjid..cm tpt aku xde msjid
N : owhh
me : sem ni xde join ke usrah2 tu?

Si dia korek pasal aku.Meh nak korek pasal dia lak..ahakS...

N : sem ni x dngr lak psl usrah tu,,,
N : rumate ak pon da dok lua
me : ooo...
me : ko dok kolej tu lg ke?
N : haah
me : oooo
me : xde member2 ko join ke..
N : ade tu,,,cume ak je x usya2 sgt lg
N : ko pe perkmbngn bru
N : xd pape mnarik ke
me : hahaha
me : td ribut melanda
me : habih beskal termasuk beskal aku syahid merebah bumi

Selingan...

usRah tu mungkin dianggap sebagai satu cara pengisian rohani. Dan benarlah begitu.
usRah itu merupakan salah satu tarbiyah; satu proseS pembentukan diri daripada kurang baik menjadi yang lebih baik. Proses di mana di situlah kita mengenali Pencipta kita yakni Allah Yang Maha Esa dengan lebih dekat , mengenali siapa diri kita , mengapa kita diciptakan dan macam-macam lagi.
Dan melalui usraH itu jugalah kita akan dapat lebih daripada ilmu.
Pernah satu ketika ada ustaz berkata di satu proGram yang pernah aku pergi satu ketika dulu.
" Ilmu yang kita dapat melalui usraH ni sebenarnya hanyalah 20%. Selebihnya ialah ukhuwah, pembentukan akhlak dan lain2. "
Setuju dengan kata2 tersebut?
Jika aku , aku sangat setuju. Memang dengan melibatkan diri dalam usRah itu, akan dapat lebih daripada ilmu. Ikatan ukhuwah yang terjalin sesama duatNya hanya keranaNya, bertemu untuk berkongsi ilmu-ilmuNya. Sangatlah indah kejadian itu.

Dan tidak dinafikan,menghadiri ceramah2 juga adalah salah satu cara pengisian rohani.
Namun, sejauh manakah kita faham akan apa yang di sampaikan?...
Memanglah bagi yang faham , mereka akan faham. tapi, setuju tak jika aku katakan, selepas pulang daripada mendengar ceramah, separuh daripada pengisian yang kita dapat mungkin sudah tertinggal di tengah jalan.
Melainkan bagi mereka yang benar2 ingin faham segala isi ceramah dan mencatatnya di dalam buku catatan.

hehe. dah melalut dah. Aku bukan nak cakap tak elok pergi dengar ceramah, elok je..sangatlah elok..cuma nak ajak korang.. jomla join usRah juga.sesambil pergi ceramah, kita pergi lah juga usraH2 ni.
Kalau kita boleh melepak kat kafe berjam2 lamanya berborak soal dunia, apala salahnya berkumpul di taman2 syurGa selama beberapa jam, berehat sebentar untuk mencari ilmu akhirat buat bekalan di sana nanti. Tak salah kan?
Bukannya apa yang korang borak kat kafe tu bawak masuk kubur pun. betul tak?

Dan..aku kadanG2 pelik..apesal la orang takut benor kalau dengar perkaTaan usRah ni...
Apesal ek?...
Lebih takut daripada dengar subjek Fizik ke biologi ke yang memang tak dapat disangkal susahnya tu. padahal, benda2 tu semuanya ilmu dunia je sedangkan apa yang belajar time usRah ni semuanya untuk bekalan kita dunia, akhirat wahai kawan2 di luar sana.
emm..walaupun dulu aku sendiri pun on-off je usrah time kat aaJ dulu,tapi bila datang jepun ni..( sorryla.. aku ni pun jahat gak dulu.. huhu )...aku rasa ia adalah satu keperluan. keperluan lebih daripada pengisian rohani.
Dulu pun aku fikir, buat apa nak join usrah2 ni..memanglah tak buang masa tapi..entahla.malasla. Konon dah tahu semua benda. padahal, tersangatlah jahilnya tentang ilmu akhirat ni. huhu.
Masa tu pun, aku sendiri tak ditekankan tentang kepentingan usrah ni. Asal dah dapt sms tazkirah daripada memember, cukupla kot. Ada kawan2 boleh nasihatkan lagi. huhu...

Tapi, adakah kita semua dapat jamin diri masing2 akan cium bau syuRga itu hanya dengan menunaikan 5 Rukun Islam yang utama dan 6 Rukun Iman yang telah diajar dari kecil dulu?
Cukupkah dengan sms tazkirah dan nasihat2 berguna daripada kawan2?
Renungkan~~~

Ok..jom sambung balik....

me : emmm...skunk single lg ke?
me : keke...sokln cepuperak
N : hamboihhhhhh
me : hehe...jwb2
N : nk korek2 ye
N : single r
me : ala
N : xnk r da,,,
me : i kan kwn u
N : serikkkkkkkkkkkk
N : i single la uuuuuuuu
me : huhuiii...xpo2
me : kite serupo
N : lg bahgie per
N : ko kalo rase2 nk kawen bgtaw ak

Tetibe time ni..aku rasa cam nak tersedak..uhukuhuk...

N : t ak suh x rumate ak crkkn ustz
N : baekk punyerrrr
N : hehe
me : erk..

Tambah batuk2 lak...dan gelak gulinG2...

me : xphm
N : ex rumate ak
N : yg join usrh tu
N : dia ade la knl dak2 laki usrh yg bek2
N : hehe
me : haha...jadi?

Aduyai..member aku nak jadi ejen-cari-jodoh la pulak...adoii..

N : t la,,kalo da tbe saat n ketikenye
N : kalo mls nk cr , ak suh r kwn ak rekemnkn
N : hehe
N : dak alim2
N : stdy overc gak
N : hoho
me : haha..jap2
me : ape pasal ko ckp cmni nih?
N : alohh ..saje je
me : ha...tipu
N : yela kite kn single
N : xya pk mende cmni
N : bile da tbe mase je kite pk
N : haha..pape je la
N : ak da ngarut
me : hahahha
me : xde r...mksd aku
me : knp nk minx kwn ko rekemenkn ustaz2...dak2 yg alim2....
me : emmm...heheh
me : sy nkkn penerangan...boleh?
N : xnk ke
N : alohhhhhh ko ni
N : xkn la nk rekemkn yg x baek lak
me : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
N : mesty la nk rekmkn yg baek2 tuk kwn terbaek
me : kwn aku da pk nk kawen ekk
N : ngehhhhhhhhhhhhhhhhh
me : ko abeh dulu
N : eyh..x la
me : hahahhaa
N : aku pk tok ko la
N : hadoiii...ak lak kne
me : hahhahaha
me : nk kenakan aku..kan da kena balik
N : ha,,yela2
me : hehehe

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

wahh...kawan aku benor2 nak jadik ejen-cari-jodoh.hehe.
Ambil berat betul kawan aku ni. thanks ya my-dear. Paling lawak, part nak carikkan yang alim2 tu..hehe..betul la cakap ko N..sory r tergelak ek..sape nak yang kurang2 kan...
Do u know something my-fren?

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas'ud ra. berkata :
Rasulullah yang jujur
dan terpercaya ucapannya memberitahu kami, "Sesungguhnya setiap kalian
dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama empat puluh hari berupa nuthfah(sperma) kemudan menjadi 'ala-qah(segumpal darah yang
menggantung) selama waktu itu juga kemudian menjadi mudhghah
(segumpal
daging) selama waktu itu pula, kemudian di utuslah malaikat untuk
meniupkan roh
kepadanya dan menyampaikan 4 perkara ; menulis REZEKINYA,
AJALnya , AMAL
PERBUATANnya , dan akan menjadi orang SENGSARA atau
BAHAGIA.......
(Hadith 4; Dipetik dari HAdith Arba'in)

Sejak kita 4 bulan dalam rahim ibu kita, sudah ditentukan 4 perkara bagi kita sepertimana yang dapat kita baca dalam hadith di atas. Dan jodoH itu masuklah ia dalam kumpulan rezeki tersebut. Macam orang selalu cakap.." ..jodoh kan dah ditentukn Allah... "...

Ya..memang benar jodoh sudah tentukan oleh Allah kerana ia termasuk dalam rezeki yang memang sudah lama ditentukan Allah.
So, dalam wait and see who is our Mr./Mrs. Right pun...kita kenalah berusaha...berusaha apa?...baca kat bawah ni...

Dan..setuju la dengan kata2 kawan aku tu.
"..mestilah nak rekeman yang terbaik kan.. "...sobsob..terharu aku beb..
Dan sesungguhnya...Allah dah berkata...


Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji dan laki2 yang
keji untuk perempuan2 yang keji(pula) , sedangkan perempuan2 yang baik untuk
laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik.Mereka itu bersih
dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurGa).
(Surah An-Nur,24:26)

Semua orang nak yang terbaik rite?
Untuk menjadi pasangan mereka dunia,akhirat.
tapi, sebelum itu, pernah tak kita terfikir,untuk menjadi seorang yang benar2 terbaik?
Bukan hanya sekadar bermimpi untuk nakkan pasangan yang terbaik malah diri sendiri juga berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Asalnya nak cerita lagi panjang..tapi dah ketandusan iDea lak.hehe...sTop r duLu ek...
Kalau sape2 rasa nak kawen dan mencari jod0h,boleh r kontek kawan aku ni.hehe..boleh kan N?...
sebab kalau ko nak carikkan untuk aku dan tunggu aku kawen dulu N, gamaknya berjanggut r ko menunggu.sebab mak aku tak bagi kawen awal.haha.

Sekian..selingan-study-exam-mode-walaupun-kemalasan-datang...Doakan exam aku ek kawan2..hehe...
Wassalam~



(Ada kawan aku cakap,Hijau tu warna syurga.Mulanya aku tak percaya.Dia suruh semak dalam Quran.
"Mereka itulah yang memperoleh Syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai2;(dalam syurGa itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian Hijau dari sutera halus dan sutera tebal......." (Surah Al-Kahf,18:31)
Walaupun dulunya aku suka biru,sekarang aku berjinak2 untuk suka Hijau lak....hehe..biru dan Hijau....wassalam semula.)

Saya minTa maaF~

Bismillah...
Saya minta maaF..
saya minTa maAf atas keterlanjuran itu...
Hari tu..saya rasa..semua orang membelakangi saya.
Macam tak sayang saya.
Tapi saat itu pun saya tahu yang saya masih ada sayang yang agung yakni Allah...

Saya rasa macam saya pentingkan diri.
Saya minta maaf lagi.
Saya tak patut buat macam tu.
Saya tak tahu samada kelak saya akan ulangi kesalahan yang sama atau tidak sebab saya manusia biasa yang hina dina penuh noda.
Tapi andai kata saya buat lagi...awak tegur2lah saya ye.
Sebab masa sekolah dulu saya pernah dengar,
Selagi mana kita saling tegur-menegur,ingat-mengingati antara satu sama lain,
selagi itulah hidayaH Allah akan sentiasa turun pada kita.

Saya minta maaf ye.
Say nak awak tahu satu benda..yang saya saYangggg sangat pada awak.
Saya sayanG awak kerana Allah~

Revisited : SOS_09

~Cenderahati S0S_09~

Bismillah...

Alhamdulillah...
Segala puzzle yang hilang telah berjaya dicari oleh para peserta SOS_09.
Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat kurniaanNya dapt jugak kita semua bertemu di taman syurga yang lepas.
Pelbagai kenangan manis dikutip bersama,menyemai benih2 yang bakal menyuburkan ladang2 hati setiap yang hadir.insyaAllah.

Untuk kami yang tinggal di utara Jepun ini,perjalaan ke Tokyo yang memakan masa selama 6 jam lebih memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat..cheewah...bertolak jam 10.5 malam dari Iwate dan sampai pada pagi sabtu jam 5.47 pagi.awal betul sampainya.sepatutnya pukul 6 pagi.pakcik bas ni..race ape malam tadi atas jalan...laju semacam..hukhuk...

terkulat-kulat kami sebentar turun dari bas kerana masing2 baru bangun tidur dan suasana pada ketika itu masih terlalu awal.Aku selaku wakil membawa peserta dari bahagian atas Jepun mati kutu memikirkan apa la nak buat untuk menghabiskan masa sebelum bertolak ke tempat program sebab masih terlalu awal lagi.

mencuci muka masing2 dan bersarapan bersama.Mujurlah ada kek yang telah ku buat, dapat la juga menjadi bekalan sarapan pagi itu.jika tidak,pasti kesian pada kohai2 dan senpai ku.huhu.


Untuk sampai ke tempat program,memandangkan ajk pengangkutan belum bersiap sedia untuk mengambil pserta di tempat yang sepatutnya dan disebabkan kami sampai awal sangat..terpaksalah di gagahkan diri menarik,mengangkut barang masing2 mendaki bukit untuk ke tempat program.fuuhhh....



Kagum aku dengan mereka kerana di kuatkan juga semangat untuk meneruskn perjalanan ke tempat program meskipun hari agak panas seperit cuaca di Malaysia.moga setiap langkahan kalian mendapat pahala dan berkat di sisiNya insyaAllah.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Program dimulakan pada jam 1 petang selepas selesai lunch dan solat.

Dimulai dengan mencari puzzle utama yang hilang yakni LOGAM.

Annasu Ma'adin....Manusia itu ibarat logam....



Dan diteruskan dengan pencarian puzzle yang lain.
LOGAM -> FAHAM -> AD-DIN -> HATI -> AL-QURAN -> TELUR -> SEJARAH JATUH BANGUN ISLAM ->

Masih ingatkah kalian pada puzzle2 tersebut?
Semoga puzzle itu akan terus kekal berada bersama kalian sepanjang hayat dunia dan akhirat.insyaAllah~
Puzzle2 yang melahirkan kefahaman dalam diri kita..kefahaman untuk mencari tujuan hidup sebenar.

Menjadi khalifah (2:30) dan beribadah untuk Allah (51:56)

Masih ingatkah kalian bagaimana kita menjadi cowboy untuk menarik yang lain masuk ke dalam kandang ibadah kita?
Kerja kita tidak kan pernah selesai selagi mana ada lagi yang berada di luar kandang.
Jadi,jom kita tarik yang lain2 masuk dalam kandang sama macam kita.
Bukan sembarangan kandang.tapi kandang ibadaH.
Kita yang perlu berada di luar kandang dan kita jugalah yang perlu berada di dalam kandang itu.

~LDK bersama~
~gula-gula yang banyak berjasa......ngantuksss...~


~kehadiran si kecil Umar memeriahkan suasana..luv u Umar..moga kamu bakal menjadi mujahid Islam insyaAllah~


~di sini jalan bermula.di sini kenangan di tinggal.moga langkahan pulang memberi semangat baru dalam diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam yng bergelar Khalifah ALLAH~

Masih ingatkah kalian akan perjalanan kita mendaki bangun->gemilang->jatuhnya Tamadun Islam di atas muka bumi ini?

Moga kepenatan kita mendaki lurah2 sejarah...tidak sia-sia.

~Lahirnya Rasulullah S.A.W...300 orang core group di Mekah...terbentuknya kerajaan Islam di Madinah...wafatnya Rasulullah...Khulafa Ar-Rasyidin...Kerajaan Umayyah..Kerajaan Abbasiyah...Serangan Monggol...jatuhnya Tamadun Islam...bangkit semula di zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah...cubaan gagal...jatuh..jatuh dan terus jatuh....~

Jangan di biarkan air mata yang mengalir tika melihat video hari2 luka semalam tinggal sisa yang sia-sia...Jangan kau menjadi si dia yang kembali mencorak hari semalam yang hitam,gelap,luka yang entah bila mampu dirawat.

Tapi, jadilah seorang yang mampu untuk mengembalikan senyuman dan mengesat air mata parut semalam.Menjadi khalifah yang berusaha bersama2 mengembalikan semula Tamadun Islam di atas muka bumi ini.Ayuh...Bangunlah sahabat2 ku!

Masa telah pun suntuk.Sunting kembali kefahaman itu dalam dirimu untuk disampaikan pada generasi lain.Mari kita kembalikan semula Tamadun kita yang gemilang itu semula atas muka bumi ini.ALLAHUAKBAR!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

~Kenangan bersama~

~Semoga kita bisa bertemu semula kelak insyaAllah...Sayang semua kerana ALLAH~



Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)