Hujan yang Basah Kuyup~

Bismillah...
baru-balik-dari-kelas-mode MySpace


Pagi tadi..hujan lebat...angiN kencang xley bla...
berJihad gile nak pergi kelas. MySpace
saMpai kelas..dah basaH kuYup...lagi kuYup daripada mandi..kalau taw..bek tak yah mandi..haha...(tak senonoh..)..tipu je...

Sampai kat pintu nak keluaR rumaH,masiH berdiri berfikir samada nak pergi kelas ke nak p0ntenG.
syaiTan kiri-kaNan-ataS-bawaH-dePan-belaKang...haha... MySpace

Seketika aku terkenanG masa laLu...
sobsob...
teringat mak ayaH beb.... MySpace

kalau dulu..masa sekolah rendaH...
xkesahlah..hujan lebat ke..riBut melanda ke...anGin kencanG mana ke...
still boleh rilek je nak pergi sekolah tanPa ada keriSauan apa2....
sebab..pergi sekolah ayah boleh hantarkan naik kereTa..hehehe...

Hari ni..sekarang ini..kat sini..
hujan lebat ke....aNgin kencang macam riBut ke...salji bertimBun sampai bumbuNg ke...melainkan pihak universiti kata hari ni cuti~~( yeay! )
oho...
tetaP kena pergi sekolaH!
tak de sape nak tolong hantarkan melainkan nafsu hantar masuk rumah semula ak.a p0ntenG keLas atau anggoTa badan berGerak pergi kelas...oho...

TeringaT perbualaN dengan maK hari tu...
mak kata..ayaH dok asyiK belek kalenDar je...
uhukuhuk...
bukannya ayah aku baru nak belajaR baca kalenDar...
ayaH aku tengaH countinG hari aku nak baliK malaYsia la....
aduYai...lemah tol semangaT aku...
sabar la maK ayaH ek...
kaSi saya habis exam duLu ye..
nanTi saya baliK la..huhu...beTul..insyaAllah..kaLau panjaNg umur...sampaiLa saya kat malaYsia nanTi...oho...

rinDu betul dia dengan anaK dia ni..ceewaahh...
saYa pun rinDu bangaT sama mak dan ayaH...
semoGa kerinDuan ini diberKati dan diRahmati Allah..insyaAllah...
bukanNya rindu sesaMa bukaN-muHrim yanG sememangnya haRam..(opsss...)
taPi betul apa...tak ada yang salaH kan...
baiK rinDu-meRindu kat makaYah..at least..daPatlah paHala daripaDa rindu yaNg satu tu..huhu... MySpace

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. JIka salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. "
(Surah Al'Isra',17:23)

" Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, " Wahai Tuhanku!Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil. "
(Surah Al'Isra,17:24)

MINTA DAN BALAS

Kalau dulu..mak ayah membesarkan kita tanpa minta sesen pun..
Tapi,bila dah makin besar..nak call mak ayah seminggu sekali pun dah liat...( ingaTan untuk diri sendiri dan kawan2) ...
Konon sebab anak lelaki..( bagi yang bergelar lelaki la.. )..buat apa nak manja2 dengan mak ayah..sebulan sekali call cukuplah...malu la kalau kawan2 tahu nanti...
Konon sebab anak perempuan..( bagi yang bergelar perempuan la... )..buat apa nak call selalu...bazir la duit..nak beli make-up lagi...
oHo...
Pernah ke mak ayah cakap dorang tak cukup duit nak belikan mainan time korang merengek kecil2 dulu ?
Pernah ke dorang hampakan even satu permintaan korang ?...mungkin bagi yang ada adik-beradik ramai tu..akan terjadi keadaan sebegitu..tapi..mostly nya..aku berani cakap..tak pernah kan mak ayah sengaja untuk tak pernah tak tunaikan permintaan kita...betul tak ?

LEVEL 1 : KERJA

Itu belum kira kalau dah bekerja...
emm...time tu...mesti nak kena berkira bab2 duit ni...
Time tu la...sebelum sampai time tu..aku nasihatkan diri aku dan kawan2 yang lain...bajet2lah kewangan korang dari sekarang....
sebab time tu la...bermulanya era di mana korang nak balas balik jasa mak ayah dulu.
yela..time belajar ni..mestilah nak fikir untuk diri sendiri dulu kan?nak beli buku semua tu..still need support from family right ?
sebab even korang bagi sepuluh bukit penuh dengan emas pun..takkan cukup untuk balas jasa2 dorang kat kita.
sebab kasih sayang dorang tak ada tolak banding nya. tapi..kena ingatlah..Kasih sayang ALLAH kepada hamba2Nya lebih besar dan banyak daripada kasih sayang mak ayah kita pada kita.
Sebab...bayangkanlah..kalau seorang ibu tu tak sanggup untuk lepaskan anak dia yang berada di pangkuannya kalau musuh suruh pilih antara nyawa dia dengan anak dia....nak tunjukkan betapa sayangnya si ibu kepada anaknya.inikan pula kasih sayang Allah Yang Maha Esa..masyaAllah...
Nak balas jasa mak ayah tu pon..bukan guna duit je...mak ayah korang tak pandang nye duit baper juta korang dapat sebulan..
yang dorang nak..
kasih sayang anak yang dorang dah susah paYah besarkan..didik dari kecil untuk menjadi seorang yang berjaya sekarang.
Ingatlah kawan2...
Antara tanda2 kiamat adalah apabila seorang ibu melahirkan tuan.
Tika kecil di tatang bagai minyak yang penuh,namun,pabila meningkat dewasa,menjadikan
ibunya seolah-olah hamba buat dirinya. Menyuruh itu dan ini.bila ibu minta tolong,ada sahaja alasannya.padahal masa kecil dulu, hanya seorang ibu itu sahaja yang tahu bagaimana peritnya membesarkan seorang anak...( peringatan lagi untuk diriku yang kerdil ini dan juga yang lain..)MySpace

LEVEL 2 : OWN FAMILY VS HIS/HER FAMILY

Ini level paling susah aku rasa.
Bak pesanan kakak ipar aku sebelum aku terbang ke sini..
".. anggaplah belajar overc ni macam pergi rumah mak mentua.. "...uhukuhuk...MySpace

Ha...pesanan ni aku tujukan untuk kawan2 aku yang bakal berkahwin dan bertunang dan semua la...To F..ko nak aku tulis something pasal ko kat bloG aku kan..ni ha...aku dah tulis ni..baca,jangan tak baca lak ek.apply kan jugak taw.hikhik...apply mana yang betul jela...yang tak betul,buang dalam t0ng sampah.

Level ni la yang paling susah sekali.Ulang balik ayat atas tu.huhu..especially bagi lelaki la kot.perempuan pun susah gak.Senang cerita,semua pun susah la.Level di mana bila korang2 dan aku jugak..masuk alam keluarga sendiri ni.alam rumah tangga..eceewaahh...
Walaupun aku sendiri tak pernah ada pengalaman ni..huhu...ada la sikit2 aku tengok daripada persekitaran aku dan simpulkan kat sini...

Time tu..bukan sahaja bab kewangan kena fikir...kasih sayang...dan semuanya la..kena dibahagi dua...ye ke dua?..emmm..sat fikir...
kasih sayang untuk suami dan anak2,keluarga sendiri,keluarga mentua...banyak tu...
huhu...banyak2..macam2 kena fikir..dan bayangkanlah..perasaan mak ayah kita sendiri camne time tu.nak lepaskan anak dia ( especially perempuan la )...untuk melangkah ke alam baru pun sangatlah susah..dan dia sendiri terpaksa menerima kenyataan yang anak dia pasni akan menjadi milik orang lain.bukan hanya bergelar anak dia seorang sahaja selepas ini.huhu...kalau aku la..sobsob..sedih gile.terpaksa berkongsi kasih anak..huhu...

Dan saat tu la..kita nak kena fikir..tahun ni balik raya rumah sapa..cuti kali ni holiday rumah belah mana...nak jaga hati 4 makayah.mak ayah sendiri+mak ayah mentua.
Bagi sapa2 yang dah berkahwin,tahniah la sebab anda dah melaksanakan tanggungjawab anda dan kepada yang bakal tu...sebelum menjadi ahli baru kepada keluarga baru,manfaatkan lah masa yang ada sekarang untuk keluarga sendiri.Spend our QualitY time with our Own familY.
cheewaahh..macam ada pengalaman lak aku ni..maen bedal je cakap ni..huhu...tak boleh cakap lebih2 ni..tak de pengalaman lagi...MySpace

MORAL OF THE STORY

Sayangilah makayah kita sementara mereka masih bernyawa.
Kepada yang makayah sudah kembali ke Rahmatullah,doakanlah untuk kesejahteraan mereka disana insyaALLAH.semoga mereka tergolong dalam golongan orang2 yang soleH.
Berusahalah menjadi anak yang soleh/solehah untuk mak ayah kita kerana kelak apabila malaikat maut datang menjemput,terputuslah amalan anak Adam kecuali ilmu bermanfaat ,sedekah jariah dan doa ANAK yang SOLEH.

Haip..dah panjang mengarut lagi... MySpace
-Kembali-pada-buku-untuk-study-exam-mode-niat-hanya-kerana-Allah-insyaALLAH-
wassalam~

4 comments:

[amiza malik] July 14, 2009 at 2:07 AM  

akk buat saya rs nak jd anak dara tua.
sekiyan terima kseh

:::cebisanhatiku::: July 14, 2009 at 3:26 AM  

Salam aYu~

aduyai..jadi gitu pulak dah..
emm..aYu tak nak buat sunnaH Rasullullah ke?...
berkahwin tu kan sunnah Nabi.
am i rite?correct if i wronG.

berbakti la pada ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.Tapi,tak bermakna selepas kahwin,kita xboleh laksanakan tanggungjawaB kita sebagai anak.
Jika kita dan (bakal) suami bijak mengatur strategi,insyaAllah,mampu je adil untuk both family...huhu..macam banyak pengalamaN la pulak...
Tapi,macam tu kot pendapaT akak.

Janganlah tak kahwin langsung.melainkan jodoH tu belum sampai.hoho

~sy yg tersgt kurang ilmuNya~

asyraf July 14, 2009 at 4:44 AM  

~nice~
kadang2 kita pernah tak terlintas dalam hati kita,tak pernah ke kita rasa bersalah bercinta dengan bukan muhrim?

:::cebisanhatiku::: July 14, 2009 at 7:00 AM  

to asyraf...

Salam 'alaik...

Saya pon bukanlah seorang yang bijak pandai untuk menjawab soalan awak tu.tapi,saya cuba la jawab ikut logik akal saya yang xseberapa ni.hoho...

Adakah awak pernah bercinta?
Dan jika ada,adakah selama saat itu,awak rasa bersalah pada Allah atas apa yang sedang awak perbuat?
Sebab bagi saya la..hanya orang yang sedar dan tidak bermimpi je yang akan tahu bahawasanya dia sedang melakukan maksiat di depan Allah yakni bercinta dengan bukan muhrim.
Sebab saya yakin sejak kita lahir lagi,kita dah tahu yang hubungan laki dan perempuan itu haram tapi, bila meningkat dewasa,kita ambil semua tu endah tak endah je.sebab kita lihat ramai je orang buat macam tu walaupun tahu benda tu sebenarnya tak baik.Am i rite?

Perasaan tu takkan hadir kalau kita sendiri tak sedar.
Cuba awak tanya pada mana2 pasangan couple sebelum kahwin ni,ada tak dorang rasa bersalah?(cinta kan buTa..hoho)...
saya rasa time tu mesti baru diorang terfikir akan benda tu.melainkan mereka yang memang dah sedar awal2 perkenalan tapi still nak ikut juga dorongan hawa nafSu tu.itu dah memang jelas la xde rasa bersalah dan nak bergelumang dengan dosa tu kan...

Biasanya kalau orang yang dah memberi madu sebelum kahwin ni,selepas kahwin nanti,madu tu akan hilang.tak kekal lama.
Takkan ada rasa kemanisan berkahwin tu kalau sebelum kahwin,semua benda kita dah tahu tentang si dia.ye tak?

Yela.orang sekarang,kalau dengar pendapat macam ni,mesti rasa ianya seolah2 sesuatu yang kolot.saya xtahu la awak fikir camne.tapi,itu pendapat sy la.

Kita ni hanya makhluk ciptaan Allah..so,baiknya buatlah macam yang Allah suruh.
senang ceritanya,xde matinya kalau bercinta lepas kahwin ni.huhu.ye tak?
Kalau Allah dah takdirkan kebahagiaan itu singgah pada kita,InsyaAllah bahagia itu sentiasa ada untuk kita.
Berkat dapat,bahagia pun dapat.insyaALlah...

wallahualam~
~saya yang penuh khilaf~

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)