Malam tadi....


Bismillah...

Baru usai berTadarus bersama 3 orang sahabat ku.
Alhamdulillah...
Bertadarus dan bertadabur Surah Al-Fath...( pilihan cik F..yang disokong oleh cik D dan cik A )

Kikkake= asbab= sebab nya kerana salah seorang daripada sahabat ku mengadu berat hati..( tak tahulah berapa berat hati dia..)..hoho...
Lantas...Allah memercikkan idea untuk mengajak sahabat2 ku berTadarus sebentar walaupun dalam kesibukan mentelaah untuk imtihan yang bakal menjelma ini.
Untuk menenangkan hati sahabatku yang mungkin gundah-gulana itu.hehe...
Terima kasih sahabat2 kerana sudi meluangkan masa sebentar ya.

Idea ini pun tercetus selepas ku teringat salah satu dialog dalam Nur Kasih.
Dialog oleh mak Aidil dan Adam.
Ayatnya aku tak berapa ingat la...
bagi sesiapa yang nak tengok cerita Nur Kasih ni..boleh tengok melalui link ini.
Jika tak boleh di situ, di sini pun boleh.

"...mak risau la dengan Nur Amina. Sekarang mak dah tak boleh tidur lena sangat teringatkan dia. Dulu masa dia ada, ada la jugak dia bacakan Quran kat mak dan mak rasa tenang bila nak tidur tu..."

Ye....
memang tak dapat nak disangkal lagi.

"Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang..."

It's just less than second to remember Allah and make our heart calm.

Betapa hebatnya kuasa Allah itu..subhanallah....

Dalam Surah yang kami baca tadi...



"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik ALLAHlah bala tentera langit dan bumi, dan ALLAH Maha Mengetahui , Maha Bijaksana"

(Surah Al-Fath, 48;4)

Kalau dulu...
jika ada yang mengadu kesusahan kepadaku, akan aku pujuk dia sehingga dia tenang. Terima kasih ya Allah atas kelebihan itu.
Ya...atas izin Allah, aku mungkin boleh juga memujuk sahabat aku ini.
Tapi...kali ini..aku mahu membuat sedikit kelainan.
Aku mahu cuba untuk memujuk sahabatku ini dengan ayat2Nya.
Bukan cuba test sejauh manakah kebenaran ayat Jika mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..ayat itu memang tak dapat di sangkal kebenarannya.
Cuma sebelum ini, jika di buat pada hati sendiri, alhamdulillah berkesan.
dan kali ini aku cuba untuk gunakan ayat2 Allah pula untuk memujuk hati hamba2Nya yang lain.

Yela..sebelum ini..kalau memujuk, hanya menggunakan logik2 akal yang entah betul entah tidak. monokok tambah sesuatu yang rasa boleh dijadikan bahan untuk membuahkan kembali senyuman di bibir sahabat tika itu.
Tapi kali ini..
dan mungkin selepas ini..aku akan cuba untuk memujuk sahabat2 ku menggunakan ayat2Nya.
Ketenangan yang diperoleh daripada pujukan logik2 akal itu mungkin bersifat sementara jika nak dibandingkan dengan ketenangan yang diperolah daripada ayat2Nya.

Dalam cerita Nur Kasih tu pon..( hoho..penangan Nur Kasih..sapa tak tengok..rugi taw! )
aku lihat ketika mak Aidil dan Adam tu sedih, tak ada pun Nur Amina pujuk mak mentua dia tu.
Scene 1st sekali yang aku perasan time mak mentua dia kat tangga terduduk sebab sedih teringatkan suami yang baru meninggal. Nur Amina tak ada pun pujuk mak mentua dia..(bukan nak kata dia jahat..)...
sebaliknya dia masuk ke dalam rumah dan terus mengambil Al-Quran dan bacakan di ruang tamu rumah. Begitu juga ketika malam2 di mana mak mentua dia bersedih. Akan dia ambil A-Quran dan bacakan untuk mak mentuanya. untuk hati yang sedang gundah. ( aku tak rasa penulis skrip ni nak tunjukkan yang watak Nur Amina itu tak pandai memujuk secara zahir. Tapi pujukan itu adalah pujukan secara batin atau dalaman , dengan menggunakan ayat2Nya...)

MasyaAllah..memang hati manusia ini bersifat fitrah yang inginkan kebaikan. dan mendambakan ketenangan.

Ya..mungkin orang akan cakap aku terlalu gila menonton cerita itu.
Tapi, aku bukan menontonnya semata2 untuk menghabiskan masa. aku menontonnya kerana aku tahu, banyak pengajaran yang dapat aku ambil dan menjadikan aku seorang yang berfikir akan kekuasaanNya...( nanti2 la kalau nak ulas banyak2 tentang cerita tu ye..)

Berbalik kepada scene tadi...mungkin tak perlu kot untuk kita bersusah-payah mengatur ayat berbunga2 matahari ke...bunga tulip ke...untuk memujuk hati manusia ini.
Cukuplah dengan memperdengarkan ayat2 suci Al-Quran kepada mereka.
Sebab kita ni pun milik Allah dan Allah tahu apa yang hati kita mahukan. Am i rite?

Mungkin...bagi sesetengah keadaan itu lebih memerlukan pujukan secara lahiriah itu.
tapi..apa nak cakap nya...jom kita kembali kepada ayat2 Nya dan cuba memujuk hati2 manusia menggunakan ayat2Nya pula selepas ini. dengan cara yang betulla ye..jangan salah cara lak...kang takut lagi parah lak jadinya..hoho...

Jadi..emmm...aku pun dah ketandusan iDea tibe2 lak..hoho...

Di musim exam ini...si dia banyak dan selalu akan datang pada kita.
Siapa si dia tu?
tak lain tak bukan, cik sYaitan la.
Jadi, berhati-hatilah menjaga hati kalian ye.
Jangan lupa menjenguk Kalamullah walaupun sibuk menjenguk ilmu dunia.

Akhir kata dari saya,



Janganlah terlalu bebankan hatimu dengan kesungguhan hati. Hiburlah dirimu dengan perkara yang ringan dan lucu.
Kerana bila hati terus di paksa dengan memikul bebanan yang berat, maka ia akan menjadi buta.
(Sabda Rasulullah S.A.W)



JAGA HATI.

JAGA IMAN.

HATI-HATI DENGAN HATI.


Wassalam....
p/s : to cik yang berkenaan, da ringan sikit ke hati tu? hikhik..saya ni bukanla pandai memujuk sangat. maaf la ye kalau berat lagi...(..baper kilogram darou nee..?..emm..)



2 comments:

rusnarusli July 19, 2009 at 12:24 PM  

salam, nice one sis~! saya rusna dr prague.. salam perkenalan ^_^
dah lame tringin nak kenal dgn sisterss jepun.. hehe

:::cebisanhatiku::: July 19, 2009 at 6:48 PM  

Salam.
salam ukhuwah rusna.
Jom2 bertaaruF...
seronok lak ada orang nak kenal2.hehe...
add jela ym saya kat profile tu..
jangan malu2 jangan segan..
hehe...
salam ukhuwah ye~

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)