Ayat-ayat yang BerAyat-Ayat

Bismillah...

Nak mulakan entry kali ni dengan komen kat post before ni dari cik A_ _ M. MySpace

yang lebih kurang camni bunyiknya.

assalamualaikum..kak nik,goodluck exam...nak2x exam pon sempat tulis bende yg bagos2x cmni....best2x!

Haha..maceh atas pujian tu. sementara je semua nye.
Allah nak uji kita ni bersYukur ke tak...oho~
jangan jadik macam akak. nak exam2 ni la syaitan suka datang suh update bloG. study nye malas..hish... pastu pergi salahkan syaitan lak padahal diri sendirik xmo sedar. Haha. jadi, jangan ikut aku taw. aku ni suka maen sikit. Hehe...

Kali ni, nak komen sikit tentang Nur Kasih episode 9. macam pernah aku bagitahu sebelum ni. Aku bukan tonton cerita tu sebab ada perasaan kasih kat tajuk die yang menunjukkan itu cerita cintan-cintun ke ape. aku tonton sebab banyak pengajaran. So, for today's pengajaran..(oh..terabur ayat..)...


Bagaimana kamu ingkar kepada Allah, padahal kamu ( tadinya ) mati,lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kembali. Kemudian kepadaNyalah kamu di kembalikan.
( Surah Al-Baqarah,2:28)

Jadi...

apa yang kita faham dari ayat kat atas tu?

Allah berkata..
Camne ko boleh ingkar kat Aku..padahal Aku la yang menghidupkan ko. dan Aku gak yang mematikan ko...
So..camne kita sebagai manusia yang diciptakan dari air mani yang begitu hina ni boleh sesuka hati je nak ingkar kat Allah...Allah suruh puasa, tak mau. konon penat..(oho..terasa..)...(tapi , aku tak tinggal puasa Ramadhan la..hehe..)
Suruh solat...xmau gak..padahal 5 waktu je pon..daripada dapat 50 waktu macam awal2 Allah perintahkan kat Rasulullah S.A.W dulu......uh...tak tahula camne....
Allah suruh amal makruf nahi mungkar...lagi suke buat mungkar dari maaruf..(oh no!)... MySpace

Hoho..jadi..apa yang kita nak sebenarnya ni?

Nak bersuka ria kat dunia ni sebab hidup hanya sekali?
Oh...
mati pun sekalik gak..pastu dibangkitkan kat alam barzakh...
tak de nak hidup semula kat dunia dah...

Jadi..camne?...

Tepuk dada..tanya iman..tapi tak kesahla kalau ada sapa2 nak tepuk meja ke..tepuk bahu kawan ke..tepuk amai2 belalang kupu2 ke..yang penting..tanya diri sendiri..tanya iman sendiri..
Apa yang kita nak kat dunia ni?....
Adakah hiburan yang melalaikan..duit yang bertimbun2 tu..akan kita bawak masuk kubur nanti?...Laenla kalau dah pesan kat sapa2 before mati, kebumikan dengan bendalah2 tu..hoho...
(..oh..ganasnya ayat aku..sory ye..)...

Jom kita tengok satu analogi ni...
Contohla..misal la...
Kita cipta satu robot...cipta pape la..
mesti kita nak benda tu ikut cakap kita kan?
So do ALLAH.
He CREATES us and WANT us to follow His order.

Petang tadi...
Aku terlihat kat luar tingkap rumah...
MasyaAllah..hebatnya kuasa Allah...
simple benda yang boleh amik pengajaran dari alam...camne la Allah boleh ciptakan langit ni tanpa sebarang tiang pon....padahal..kalau nak tegakkan rumah pon kena ada tiang...
Subhanallah..hebatnya Engkau ya ALLAh...
itu penilaian dari aku yang hina lagi dina ni la..tak tahula orang lain camne kan...

Last but not least...
Ada satu kata2 dari Ustaz HasrizaL time aku g program yang beliau datang last year.
Actually dia ada cerita something..tapi..panjang lak nak cerita kat sini. Sape2 nak tahu...buzz jela kat ym ye..hoho...

WHAT IS THE PURPOSE OF YOUR LIFE?

Ok..kalau cikgu bagi kita kerja sekolah untuk senaraikan 10 tujuan pokok kelapa atau 10 kebaikan pokok kelapa..camtu la.., mesti laju je kita buatkan...
batang kelapa boleh buat jambatan , isi kelapa boleh makan , tempurung boleh buat baling ayam kat luar reban ayam..(oh..jahat nye sapa yang buat gitu..contoh je ni..)...dan blabla...
But, when it comes to...WHAT IS THE PURPOSE OF YOUR LIFE?
what will be the answer?
apa yang akan kita fikir?....
Sebab time tu pon aku terfikir..aah ek..apa ek tujuan kita diciptakan kat atas muka bumi ni....

So....Lets discover it together...

WHAT IS THE REAL PURPOSE OF YOUR EXISTENCE IN THIS WORLD?
WHAT IS THE REAL PURPOSE OF YOUR LIFE?

Have you listed it?
Tell me if you're done...

Wassalam.... MySpace
(pengajaran untuk aku dan yang di luar sana jugak)....

7 comments:

Maiza^^ July 24, 2009 at 9:17 PM  

syaitan besor: eh, ko gi bisik2 kacau budak tuh, jgn bg dia stadi..
syaitan kecik: baiklah senpai

manusia besor: adik, gi stadi, nanti kan nak exam
manusia kecik: sat lg la kak senpai, nak tgk tv jap

huhu, heran yer, syaitan sgt rajin dlm usahanyer menyesatkan kita, tp kita manusia sgt malas utk mengelakkan diri dr sesat..

**peringatan utk diri sendiri sebenarnye..
***dialog di atas tiada kena mngena dgn yg dah kawin ataupun baru bertunang mahupun yg bujang..

^^All the best, semoga dipermudahkan semua urusan^^

Maiza^^ July 24, 2009 at 9:49 PM  

o yer,nur kasih, sy suka..^^

**satu jer yg sy xsuka pasal nur kasih. typical, yg baik kat mesir,yg jahat kat australia..
huhu, bukan nak ckp yg gi mesir tu jahat n vice versa, tp sgt typical la cara pemikiran camtu..

islam ni kan syumul, Allah tu kan ada dimana2.ye betul, byk ilmu tentang islam kat mesir n negara yg sewaktu dgnnye..tp xsedap la seolah2 menggambarkan kalo gi negara lain for sure akan hanyut..

kalo kita kat jepun ni camne?lgla xder islam nak bnding ngan australia tu. bumi sakura ni lah yg menjadi saksi saat kita berkenalan semula dgn DIA kan....

kalo boleh, nak buka mata semua org yang islam is not for org arab, or for org melayu..islam is not limited to middle east countries as islam is not limited by geographical boundaries. Islam cannot be pointed anywhere on the map..

because...
islam is for all, islam is everywhere, anywhere..

Because...
kita semua Allah ciptakan, walau apa warna kulit kita, atau di mana kita berada..

kita semua sama..
yang membezakan adam dan aidil, bukan jauh mana drg stadi, tp jauh mana taqwa drg..

taqwa..
itu juga sebenarnyer yg membezakan antara kau dan aku^^

**p/s; harapnya, awak sahabat sy didunia, sahabat sy di syurga juga^^

Anonymous July 25, 2009 at 5:50 AM  

kih3--nmpk nye nik byk masuk kan scene dr Nur Kasih.ihik
[ak pon lyn gak] ( ´ ▽`)ノ

Anonymous July 26, 2009 at 1:28 AM  

eh xde komen..

ok dgn ini saya komen..



kakak yang cun bernama rahmah!

:::cebisanhatiku::: July 26, 2009 at 3:44 AM  

to cik maiza:

janganlah kita disesatkan oleh sYaitan yang suke sangat menyesatkan manusia.
kena sedar ni..hoho...

setuju sgt2 dgn pendapat akak tntg nur Kasih tu.aah ek?..tak terfikir lak sy tentang tu.
Kita xboleh nak beza2 kan Islam ni mengikut negara,bangsa,bahasa etc.apa yang sangat2 membezakan adalah taQwa dan imaN.hoho~

Islam is everwhere and it should be practise in every aspects in our liFe.

terima kasih kak maiza atas ingaTan yang sangat mengingatkan itu.
saYang akak fillah~
semoga kita dapat bertemu di sYurgaNya kelak insyaAllah~

:::cebisanhatiku::: July 26, 2009 at 3:46 AM  

to Anonymous 1:

Hehe.
saya suke cerita Nur Kasih sebab banyak pengajaran dalam tu kalau nak banding dengan drama2 lain.sebab tu saya banyak ulas tentangnya.
Hope semua pun dapat amik pengajaran jugak.

Saya suka ulas tentang cerita tu pun sebab ia memaparkan realiti kehidupan masyarakat yang sepatutnya dilakukan berteraskan Islam.tapi,amik yang baik jela.yang buruk jangan ikut.^_-

:::cebisanhatiku::: July 26, 2009 at 3:47 AM  

to cik Anonymous 2:

Kak rahmah yang peRasan cuN!

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)