If i could be as great as them....

Bismillah...

Terpanggil untuk menulis kembali di sini.

Terpanggil untuk berkongsi dengan kalian...
mengenai kehebatan2 kakak2 ku. kakak2 yang aku sayang kerana Allah, terlalu sayang.

Usai membaca mail di yahoogroup kami, aku terdiam. menangis. walaupun bibit2 ayat yang diukirkan di situ oleh seorang lagi kakakku di tokyo hanyalah biasa, namun cerita di situ sangat luar biasa.

Kini, kakakku yang acident tempohari masih lagi ditahan di wad hospital. Mungkin dalam jangka masa yang lama.
Acap kali pergi melawatnya, pasti di katakannya mahu balik. bosan di situ. yela..orang tak pernah duduk diam. di samping bosan yang kelihatan di raut wajahnya, tampak sakit di sudut hatinya yang tidak diluahkan.

Menurut catatan dalam mail tersebut, kakak dari tokyo itu datang bersama kawan2nya untuk melawat kakakku ini. Kami di sini tidak dapat pergi bersama hari itu kerana kekurangan kereta akibat dibaiki di workshop dan driver2 yang ada hal.

Antara isinya,

Selepas accident itu, keadaan muka kakakku itu sedikit berubah akibat rahangnya yang patah. Hanya dapat membuka mulut sedikit sahaja.
Kakak itu sepatutnya memberi pengisian untuk program kami yang akan datang tapi apakan daya dia tidak dapat bercakap dan membuka mulut dengan baik. Namun begitu, jiwanya yang berkobar2 tak pernah padam.
Masih bersemangat meminta kakakku yang sorang lagi membawakan mp3 ceramah, buku2 untuk dibacanya dan laptop untuk dia siapkan powerpoint perkara yang dibacanya agar dapat dikongsi bersama.
Kakak itu tuliskan lagi, apabila mereka bertanya samada sakitkah dia?...

Mahu tahu apa jawabnya,
"...ini sikit saja. sakit lagi mereka di Palestin sana. sakit lagi makcik di sebelahnya yang mengidapi leukimia..."
MasyaALLAH ..hebatnya jiwa kakakku...
Die berusaha bercakap walaupun sakitnya tidak dapat membuka mulut seperti biasa...

Tidak cukup dengan itu, kakakku yang seorang lagi juga di uji dengan kemalangan kereta kami ketika perjalanan ke open house dan juga rompakan di Tokyo Station semasa menunggu bas pulang ke Iwate...

Namun, segalanya dihadapi dengan sabar dan positif.

Hebat kan kakak2ku?

If i could be as great as them...

Put ALLAH as The Great Almighty inside them.

Sentiasa positif dan sabar.

Cemburu...terlalu...

Walaupun ini hanya cerita2 yang sama seperti post yang sebelumnya, namun apa yang aku cuba sampaikan ada nilai2 yang berbeza.
Bacalah dengan mata hatimu agar kau bisa faham akan mereka yang kebergantungan sangat tinggi pada Yang Maha Esa, bukan bergantung pada manusia yang juga tidak kekal...

Ingin aku sedut semangat2 berjuang kerana Allah dalam jiwa mereka agar bukan sahaja aku mampu letakkan semangat itu dalam jiwaku, malah jiwa2 kawan2 seperjuanganku.

Moga kau cepat sembuh kakakku.
Walaupun sering sahaja bergaduh, namun rindu datang bertandang saat ini.

Ayat Quran kegemaranku,

ALLAH tidak akan membebankan hambaNya yang tidak mampu~

Ya...ALLAH Maha Tahu kakak2ku sangat kuat orangnya....

Syafakillah ya ukhti.
Wassalam.

4 comments:

Wan Nurul Atiqah October 20, 2009 at 12:08 AM  

salam nik.....

nak peluk nik.....huuu..
tqa dapat rasa apa yang nik rasa....
;(

fasbir sobran jameela
"maka bersabarlah dengan kasabaran yang baik"

insyaALLAH. moga beroleh ganjaran syurga.

[amiza malik] October 20, 2009 at 4:06 PM  

indahnya hidup kalau segalanya diletakkan pada Allah. walau diuji seteruk mana, tapi masih boleh fikirkan orang lain. they are simple person yg mampu inspire orang lain. bila kita pandang setiap sisi hidup kita melalui kaca mata tarbiyah, semuanya jadi pintu2 yg mendekatkan kita kepada redha Allah.

semoga allah kuatkan antunnna dlm melalui saat2 getir.

:::cebisanhatiku::: October 22, 2009 at 8:31 AM  

to tqa:

hehe..thanks dear...wanna huG u too...
insyaAllah..lg sebulan kita bisa ketemu ya...

:::cebisanhatiku::: October 22, 2009 at 8:32 AM  

to ayuamiza:

thanks for the nice advise.hehe..
miss u n like wanna meet u now.
love u fillah~

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)