Allah masih sayangkan kami, asadtachi~

Bismillah.

Alhamdulillah.

Terima kasih ALLAH.
Kau masih sayangkan kami.

Berlinang air mata tatkala teringat kisah2 kami.
Bukan kerana sakitnya ujian yang menimpa, tapi, syukurnya kerana Allah masih sayangkan kami.

KISAH 1

29 September 2009

Aku baru sampai dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo jam 7.30malam. Bersama-sama ku tika itu kak mah dan hanim dan juga kawan2 gunma ku.
Riuh-rendah baru bertemu setelah masing2 balik bercuti ke kampung halaman selama hampir 2 bulan. (tapi k mah 2 minggu je.hehe)

Siap2 uruskan penghantaran beg2 besar ke Iwate dan solat, kami pun bergegas beli tiket Narita Express untuk ke Tokyo Eki. Ikut plan, kami akan balik Iwate malam tu jugak naik bas jam 11.30malam. Hampir sahaja sampai di Tokyo Eki, kak mah mengadu kesakitan. sakit perut a.k.a gastrik katanya.
teruk kelihatan. Aku dan hanim pimpin dia menuju masuk ke tokyo eki. Keadaan kak mah makin teruk. Tapi, kami terpaksa tinggalkan kak mah keseorangan mengaduh kesakitan setelah qilah berjanji untuk datang mengambil kak mah di eki. (Tapi, setelah kejadian tu, aku terfikir. kenapa la bukan aku sahaja yang tidak menemankan kak mah tika itu sehingga qilah sampai. mungkin kerna bersamaku ,ada hanim. kesian pulak dia. semuanya ada hikmah)
Kami pun balik la ke Iwate dengan bas malam itu tanpa mengetahui berlakunya perkara yang agak dahsyat pada kak mah tu. (nak taw, kena tanya tuan punya badan sendiri)

Rentetan peristiwa: dompet kena curi ->masuk hospital ->balik umah qilah

Lepas tu, pengalaman di Osaka lak.( kalau tak silap, tentang tersalah tengok masa naik bas)

KISAH 2

Ini kisah aku. Tentang aku accident kereta tu. ada aku coretkan dalam post sebelum ni.
Ahad tu accident kereta.
Rabu pulak accident basikal. huhu...mujurlah tak ada ape2 jadi. walaupun sakit gile lutut. Hanya seminggu tak dapat makan dengan baik sebab tak dapat nak bukak mulut sangat dan juga tak dapat sengih lebih2. tapi, Terima kasih Allah. (jangan jadi nakal macam aku ye~)

KISAH 3

Kisah ni baru terjadi jam 7.15 malam , 16 Oktober 2009 tadi.
Kisah ni tentang kak aar. Accident basikal.
Sekarang dia ada dalam hospital. kena tahan wad 3 hari ,menurut kata kak mah.
Dasyat jugak la keadaan dia. kena jahit di dagu, tulang rahang patah, gigi patah. Tak tergambar sakitnya kak aar. semoga dia cepat sembuh dan ceria seperti dulu insyaAllah.
(yang ni pun, kena tanya tuan punya badan sendiri kalau nak tahu lebih lanjut, macam public sangat lak nak cerita kat sini)

******************************************************************************************************************

Tempohari, aku suakan pendapat aku pada kak mah dan kak aar yang aku nak namakan rumah kami ni sebagai rumah ASAD=Singa memandangkan rumah kami dijadikan tempat usrah dan apa salahnya jika dijadikan rumah RI di Iwate ni.
Mereka setuju je walaupun ada la juga keluar nama2 lain.
Misalnya Zulfiqar=pedang Rasulullah S.A.W dan Junjunmaton=tengkorak.
(Nama2 ni, actually nama group kami tika mukhayyam tempohari. huhu)

Tadi, sambil menunggu kak mah balik rumah dan sambil buat bubur yang di order kak aar, aku terfikir sesuatu keseorangan.

"...dalam minggu ni je, semua ahli rumah ni kena bencana. hari tu kak mah gastrik teruk, aku accident kereta+basikal. hari ni lak kak aar accident basikal dan masuk hospital. hoho. macam kena tukar nama je ni. emmm..."...aku bermonolog sendiri.

Sampai sahaja kak mah kat rumah, tanpa kak aar sebab dia kena tahan di wad, aku suakan apa yang aku fikir sebentar tadi.
Hanya satu jawapan je yang kak mah yang aku rasa insyaALLAH hingga saat malaikat Izarail datang menemui aku, aku akan ingat.

"...itu maksudnya Allah nak kita kuat. orang lain tak rasa macam apa yang kita rasa..."

Ya. betul cakap kak mah. Orang lain tak rasa apa yang kami rasa.
Orang lain mungkin takkan rasa yang kami mampu jadi kuat lebih daripada yang lain melalui apa yang kami lalui bersama.
Ini tarbiyah terus daripada Allah untuk kami.
Dan mungkin, Allah sangat sayangkan kami.
Allah begitu dekat dengan kami.

Dan...aku akan teruskan juga nama ASAD untuk rumah kami ini.
Semoga kami mampu menjadi kuat seperti singa dan mampu menjadi singa-singa Allah dunia+akhirat.
Thabatkan kami di jalanMu Ya Allah...
Terima kasih Ya Allah.

Mungkin cerita ini hanya cerita2 biasa yang pernah didengar oleh sesiapa saja tapi bagi aku, ini cerita luar biasa untuk kami. Khas Allah sediakan.
Cerita tentang ukhuwah kami, tarbiyah membentuk hati kami untuk menjadi lebih kuat dan terus thabat di jalanNya.
Moga ikatan kasih sayang yang Allah pautkan pada hati-hati kami berkekalan dunia+akhirat insyaAllah.
Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini.
InsyaAllah aku takkan menyesal memilih jalan ini kerana aku tahu, melalui jalan ini lah, aku didekatkan dengan kekasihku yang utama yakni ALLAH S.W.T.
Terima kasih sekali lagi ya Allah.
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.
Doakan kak aar cepat sembuh dan ceria seperti dulu kala insyaAllah.
Wassalam.
(ops..baru terperasan sesuatu. Hari ni pun merupakan ulangtahun ke 21 tahun 1 bulan aku.
spontan je Allah nak singkapkan kenangan ni. Subhanallah...)


"Seseorang itu tidak akan dikira benar2 beriman selagi dia belum diuji"

*eki=stesen keretapi
*tachi=kata jamak untuk banyak.(kami)
*tarbiyah=proses pembentukan diri
*thabat=istiqamah


0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)