KISAH SATU
..."ne...kaeranaide.."
Lancar sahaja bibir mulus si kecil itu menuturkan kata-kata.
Walapun ibu dan bapanya kedua2 bukannya orang sini..(bukan orang jepun tapi berasal dari Egypt),fasih sahaja die berkata2 dalam bahasa asing ini yakni bahasa jepun kerana hari2 die dihantar ke tadika jepun di sini,bergaul bersama2 kanak2 jepun seusia dengannya yang lain..
Sengaja aku jawab begitu kepada si kecil itu.sebab kalau tak buat kerja sekolah,mestilah sensei marah kan.dan aku rasa die mengerti maksudku...
Awalnya...tika aku menyatakan hasrat aku pada mama nya yang aku ingin pulang,cepat sahaja dia menuju ke pintu dan menghadanginya agar aku tidak dpaat pulang ke rumah.Bijak benar si kecil ini.
.."mata kondo ne..itsuka ne chan ha kokoni kuruyo.."...
Aku menjawab lembut padanya.Kanak2 seusianya tidak akan dengar kata kalau kita meninggikan suara sedikit.
Walaupun baju aku ditarik2 nya sebab xnak bagi aku balik,tapi akhirnya die mengalah.
..Esok..atau bila2...kakak datang lagi ye...
KISAH DUA
.."she's a Muslim...don't be afraid.."...
Pujuk Makcik Khulud kepada anak kecilnya,Yasin.
Mana taknya..daripada cerita makcik Khulud yang ku dengar..sepanjang hari dan sepanjang masa Yasin bersama mamanya itu.dan dia sangat la takut kalau nampak orang lain a.k.a orang asing.
tanbah2 duduk di negara asing ini.bertambah la lagi takutnya....
Tapi setelah kakaknya Farhah balik dari tadika,makin mesra lak dia dengan aku.sebab da ada kakak dia kot.huhu.
Farhah pun bukan main manja lagi dengan aku.huhu.
Rindunya terasa pada anak buahku di Malaysia yang sebaya dengannya.
KISAH TIGA
.."Assalamualaikum..."
Sapa seorang wanita Arab berhijab.
..."ops mak engkau.."...
Terkejut beruk aku.huhu...mujur tak ada sakit jantung.
Sedang asyik aku membelek kandungan bahan2 dalam kueyteow yang ingin ku beli,tibe2 aku dikejutkan dengan sapaan salam oleh seorang wanita Arab.Memang kebiasaan mereka memberi salam tika berjumpa dengan Muslim lain.MasyaAllah~
Tika aku di rumah makcik Khulud,wanita itu menelefon dan pabila makcik Khulud menyatakan kehadiran aku di rumahnya,segera dia minta disampaikan maaf nya buat ku kerana memeranjatkan aku di supermarket tadi.tingginya budi pekerti mereka.subhanallah~
**************************************************************************************************************
Kita Muslim
Tapi mengapa
tidak ada yang lain untuk membuatkan hati mu menjadi tenang setenang2nya selain daripada mengingati Pencipta mu Yang Maha Esa yakni Allah
setiap nilai yang mengalir darinya disumbangkan untuk setiap peluru ke badan2 saudara kita
Mungkin..dengan harga sebotol coke itu..10 butir peluru mampu menembusi 10 atau lebih nyawa saudara2 seIslammu di Palestin..di Iraq..atau di mana2 penjuru dunia
dan kedua2nya adalah bersaudara
************************************************************************************************************
***Kisah3 kat atas tu berkait sebenarnya.orang yang sama je.Makcik Khulud tu orang Egypt yang duduk depan rumah aku ni.
Terserempak dengan dia time balik dari supa,so tetegurla.nak dijadikan cerita ,dia jemput datang rumah dan borak2 la..layan anak dia..Si comel Farhah dan Yasin.
Suka sangat budak berdua tu sebab ada orang datang.nanti kakak datang lagi ye Farhah.
***Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 di luar sana...huhu...bukan kita seorang je Muslim kat muka bumi ni..so..bersaudaralah terutamanya dengan yang seakidah.
***Yang baik ambikla sebagai pengajaran..yang tak baik..buang jauh2...
Maaf andai ada yang terluka akibat tulisan hamba yang hinadina ini.Saya hanya manusia biasa.
*ne..kaeranaide...=kak..jangan balik ye..
*.."ne chan ha taaakusan shukudai aruyo..."...=kakak ada keje sekolah bnyaaaakk..
*.."mata kondo ne..itsuka ne chan ha kokoni kuruyo.."...=jumpa lagi ek..nanti bile2 kakak datang lagi ye.
0 comments:
Post a Comment