Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir r.a. berkata:
Aku mendengar RAsulullah S.A.W. bersabda,
"Sesungguhnya yang HALAL itu JELAS dan yang HARAM itu juga JELAS, antara keduanya terdapat yang SAMAR yang tidak diketahui oleh banyak umat manusia.
Barangsiapa menjaga diri daripada hal-hal yang samar itu,maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya, dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara yang samar, maka ia telah jatuh ke dalam wilayah haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekitar daerah terlarang ,sedikit lagi ia akan masuk ke dalamnya.
Ketahuilah setiap raja itu mempunyai daerah terlarang.
Ketahuilah sesungguhnya daerah larangan Allah adalah hal-hal yang di haramkanNya.
Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad ,ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
HATI?
Ada apa dengan hati?Jika mempersoalkan persoalan hati..perkara pertama yang acapkali terbit di minda kita adalah mengenai cinta...
Walaupun post mengenai hati pernah aku post di blog ini(klik sini),tapi xsalah kan untuk mengulang2 dan mengingatkan lagi.kerana daripada hati itulah terbit segala niat dan kerana hati itu jugalah yang akan menentukan keadaan kita di hadapan Allah kelak.
0 comments:
Post a Comment