Jiwa kacau...

Bismillah....

Apa khabar iman kawan2 ku sekalian?
Masih sihatkah iman kita tika ini?
em..kalau rasa yang macam naik turun tu...
jom kita muhasabah balik kot..
even aku pun rasa diri sendiri macam tak stabil...

Pernah kawan2 dengar ayat ini?


"Carilah hatimu di 3 tempat..temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran.
Tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak
kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati.
Jika kau tidak ketemui jugak, maka berdoa lah kepada Allah, pinta hati yang baru
kerana hakikatnye pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


Carilah..carilah hatimu di 3 tempat itu...
:::::::ketika membaca Al-Quran:::::::
:::::::ketika sedang solat:::::::::::::::::
:::::::ketika mengingati mati::::::::::::

Jika tidak kau temui..mohonlah..mohonlah pada Allah agar di beri hatimu hati yang baru...
Kerana hakikatnya..kala itu..kau tidak mempunyai hati....

HATI YANG SEBENAR

Ada seorang sahabatku bertanya,
"Apa maksud hati yang sebenar?"

emm...secara lahiriahnya...kita selalu berpendapat yang hati kita adalah hati yang kita ada.yang ada di dalam dada itu.
Hati di mana pabila kita berasa sakit hati, kita akan memegang dada kita.betul kan?...
pada aku, itu hanyalah satu organ dalam badan kita yang mempunyai fungsi tersendiri yang digelar sebagai hati.

Hati yang membawa erti hati yang sebenar2nya itu..hanya Allah sahaja yang tahu di mana ia berada.hati yang kita ada sekarang ini hanyalah yang zahir sahaja.
hati yang sebenar2nya, kita sendiri tidak tahu di mana letaknya..(hoho..sorry la ayat berterabur sikit)....

Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir ra. berkata:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
"............Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal
daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan apabila ia rosak maka
rosaklah pula seluruh jasad itu, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah
hati"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Allah telah menciptakan setiap makhluk2Nya dengan hati masing2...
Cuma cara manusia itu menilai dan mengawal hatinya itu berbeza2.
Jika baik kawalannya,maka baiklah hati dan seluruh jasad itu.
Jika buruk kawalannya,maka buruklah hati itu dan seluruh jasad itu.

Jadi,bagaimana pula dengan kondisi hati kita sekarang?....

em...di sekeliling aku sekarang ini,ramai orang yang jiwa kacau sekarang..huhu...
sebab exam la..belajar la..dan bermacam2 lagi...
kondisi hati yang kurang stabil...

Kondisi hati kita itu..bertitik tolak dengan cara2 kita mengawalnya.
Umpama seorang kapten kapal mengawal bahteranya di tengah lautan.
Jika ada ribut kencang melanda,pasti dia akan pertahankan bahteranya dan anak2 kapalnya untuk terus selamat berada di atas bahtera.
Kerana segala kawalan hanya dia yang tahu dan dia yang di pertanggungjawabkan untuk mengawalnya...

Begitulah hati kita.
Kitalah nakhoda..dan kapten kepada hati kita...
mustahilla tiba2 ada orang datang cakap pada kita.."meh aku kawal hati ko"...
pasti tiada bukan?....

PUSAT KAWALAN

Hati adalah pusat kawalan bagi segala tindak-tanduk kita.
Kerana dari hati lah lahirnya segala niat bagi setiap perbuatan kita.
Kerana itulah....
ada hadith mengatakan..
"Innama al a'ma lubinniat"
Setiap amal perbuatan itu bermula dengan niatnya.

Macam nokhoda bahtera tadi..kalau dia mengawal kapalnya ke kanan,maka ke kananlah geraknya.jika sebaliknya,maka sebaliknya lah yang akan berlaku.
Jadi, ke manakah nakhoda2 sekalian ingin memusingkan bahtera anda?..(yakni hati)...
Tepuk dada,tanyalah iman...

1 comments:

Huda Idris June 13, 2009 at 4:02 PM  

suka entry ni. betapa pntgnya nit@aim dlm sstu...

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)