Terkadang.........

Bismillah...


haha...
makin nak tukar link blog ni..(http://www.sourandsalt.blogspot.com/)
blog sama..link je tukar..sebab link sekarang panjang sangat..
rasa makin nak menulis lak..
before tulis benda2 yang agak serius..kawan2 aku yang mintak tulis tentang jaulah korea dan GWG ri tu...nak gak aku selitkan dengan something yang biasa...biasa kot bagi aku..tak tahu la orang lain camne..
bak kata bestfren aku..blog ni kan macam diari..so..tulis jela ape2 yang kita suke...itu ayat aku r..huhu...maaf la kalau sape yang baca blog ni macam tak suka or meluat ke..haha..sebab aku tulis ni berpandukan gerak hati dan apa yang aku rasa nak tulis..
kadang2 rasa macam tak ada tempat nak mengadu..nak mengadu kat kawan2 ..takut dorang busy dan mengganggu lak..so..biarla aku mengadu kat blog yang hanya kaku tak berperasaan ni..walaupun dia xpandai memujuk..at least..aku sendiri boleh memujuk hati aku sendiri dengan menulis sesuatu di sini..emm...haha..macam lawak je ayat aku...tapi..itulah hakikatnya...

aku selalula kena marah dengan kawan2 aku dek perangai aku yang selalu fikirkan dan pentingkan orang lain dulu..berbanding untuk fikirkan kepentingan diri aku..tapi entahla..
dah terbiasa gitu..
mesti fikir situasi dan keadaan orang lain dulu..baru diri aku..huhu..biarla...

emm..makin banyak kerja yang datang..homeworks+laporan2 msaj..walaupun malam ni dateline nak kena hantar laporan yang sangat banyak pada pihak Pusat..huhu..sempat lagi tulis blog ni..emmm..
diari la katakan...

susah kan..nak puaskan hati semua orang...
huhu...maa..nak kata..even dengan tulisan kita pun,yang kita saja2 nak buat..ada orang yang ternaik angin..huhu..sorry la kalau siapa2 yang terasa...just tak mention nama pon..tak tahu nak mengadu kat sapa..blog ni jela kot...

emm...
kadang2...rasa makin nak berubah ni..rasa makin banyak ujian yang Allah bagi..kecil ke..besar ke..dan..rasa macam hampir setiap hari nak menangis..huhu...entahla...
kadang2..aku terfikir...
untuk apa aku berubah...yang pasti memangla kerana Allah..tapi kadang2...syaitan kan..suka sangatla membisikkan sesuatu yang negatif kat hati ini..pergi jauh2 la syaitan..
susahnya...huhu...kadang2..aku terfikir..macam manala kalau aku sengaja or terlangkahkan kaki aku masuk semula dalam parit2 yang kotor dan gelap itu..jahiliyah dulu..huhu..yang pernah aku masuki dan aku tinggalkan satu masa dulu..
orang kata tak baik mengeluh..tapi mengeluh gak..hehe...
camne ek?..emm..aku takut nak fikir sebenarnya...sebab sekarang..aku dah makin jauh untuk cuba melangkah ke hadapan..mencari sinar nur dan hidayah daripada Allah...
mencari cahaya yang walaupun sekelumit nampak di kejauhan dalam biasan parit yang gelap itu..

kadang2...aku takut..aku takut andai hati aku tak cukup kuat...tak cukup kuat untuk menampung segala ujian yang Allah bagi pada aku...aku takut andai satu hari nanti...aku akan kembali pada parit yang kotor dan gelap itu...nauzubillah...nauzubillah..hi min zalik...mungkin kerana itu...aku memerlukan seseorang yang bisa menjadi penyokong hati aku untuk terus kuat dan thabat di jalanNya...kawan,teman dan segalanya...

kadang2...aku sendiri takut dengan hati aku sendiri..banyak la pulak takutnya..hehe...
takut dengan keikhlasan hati sendiri...kagum tika aku lihat kakak2 yang cukup sabar..cukup ikhlas dalam berbakti dalam kehidupan sehari-hari mereka...kagum sangat...teringin aku menjadi seperti mereka...melakukan sesuatu..semuanya di niatkan kerana Allah...
mampukah aku?..huhu....insyaAllah aku akan terus mencuba dan mencuba...

emm...perjalanan hidup ini pun..tak tahu pendek panjangnya..mungkin esok sampai waktu ku..wallahualam....sisa2 ini semuanya aku niatkan keranaMu ya Allah...
Kau tetapkanlah hatiku di jalanMu..hati rakan2 seperjuanganku...
Setiap kali andai aku berduka...ada 2 ayat yang aku cuba tiupkan pada hatiku..untuk aku tenangkan ia agar tidak terasa beratnya ujian yang Allah berikan itu...mau tahu apa?....


Satu daripada Surah Albaqarah ayat 286 dan satu lagi daripada Surah Arrahman ayat 13...

"Allah tidak akan membebankan hambaNya yang tidak mampu.."

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"....

Aku tak wajar sebenarnya mengeluh dengan ujian yang sekecil ini..jika nak dibandingkan dengan ujian2 yang telah Allah timpakan pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat2 baginda.namun,aku hanya manusia biasa yang cuba untuk berubah untuk menjadi sebaik2 hambaNya...Kepada kawan2 yang sudi membaca..tegur2lah aku andai kata aku tersilap perbuatan,terkasar bahasa..almaklumlah..aku ni gile2 sikit..mana tahu ada tergurau secara kasar sehingga menyakiti hati sape2 ke..maaf sangat2 ya...

Doakanlah agar hatiku kembali tenang seperti biasa...Ya Muqallibal Qulub,tsabbit qulubana a'la dinik wa tho'atik...Wahai Tuhan Yang Maha membolak-balikkan hati,tetapkan hati ku..hati kami pada agama dan mentaatiMu..amiinn ya rabbal 'alamin...sekian sahaja luahan perasaan pada kali ini..hehe......terima kasih kerana sudi membaca..sorryla kalau tak best...hehe...saya budak baru belajar..kalau salah..tolong tunjukkan...mari menyambung membuat laporan2 yang terbengkalai dan keje sekolah yang sangat banyak....wassalam..^_-

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)