Bismillahirrahmanirrahim...
Kalau bercakap mengenai sekolah,mesti kita semua membayangkan satu pusat pendidikan dan pembelajaran bagi mengajar anak bangsa hingga berjaya bukan?
Sekolah Kebangsaan Kehidupan...adakah ia merupakan nama sekolah bagi gambar di atas?mungkin ya dan juga mungkin tidak...
Apa yang saya ingin sampaikan di sini bukanlah berkenaan sekolah sebenarnya...
bukanlah mengenai hebatnya sesebuah sekolah itu, luasnya kawasannya, berasrama penuh atau tidak...
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah mengenai sekolah pengalaman hidup yang kita lalui sejak kita dilahirkan lagi.
bingkisan ini saya perolehi daripada sedikit kata-kata daripada sahabat saya yang akan saya jadikan sebagai coretan dan ingatan bersama.terima kasih saya ucapkan kepadanya kerana sudi berkongsi sesuatu dengan saya.Moga ALLAH sentiasa memberkatinya di mana jua dia berada.
PENGALAMAN
Sejak kita keluar dari rahim ibu kita sehingga sekarang,mampukah kita menghitung berapa banyak pengalaman yang sudah kita perolehi?belajar merangkak,berjalan,berlari dan seterusnya melangkah ke alam kanak-kanak,menjadi seorang remaja,bergelar seorang mahasiswa dan ada yang sudah bergelar ibu dan bapa;semua itu adalah pengalaman yang banyak mengajar kita erti kehidupan.kehidupan yang bukan bersifat kekal tetapi cuma sementara.
Adakah kita semua jemu dengan pengalaman-pengalaman tersebut?
Jika ada pengalaman yang mungkin kita sukar menerimanya,mungkin kita akan meninggalkannya.dan jika ada yang baik,kita akan mengingatinya sampai mati mungkin.
Tapi,hakikatnya pengalaman tidak pernah jemu dengan kita.
Sabda Rasulullah S.A.W.
“Addabani Robbi, Fa ahsana ta’diibi”
(Aku dididik (ditarbiyah) oleh Tuhanku, maka sebaik baik didikan adalah didikanku)
Sama ada pengalaman itu pahit atau manis,semua ujian itu adalah tarbiyah terus daripada Allah.Itulah sebaik-baik tarbiyah bagi kita.UJIAN
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al-Ankabut,29:2)
Ramai yang menyangka dengan mengucap syahadah,mereka teluh memeluk Islam dan menjadi muslim.Ya,memang benar begitu kerana kita telah mengakui dan berjanji bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.namun,adakah kita sedar bahawa adakah sebenarnya kita ini memang benar2 beriman sedangkan kita masih belum di uji dengan ujian-ujian Allah?
Jika sekadar diuji dengan ujian peperiksaan yang susah, saya fikir itu hanyalah secebis kecil ujian yang Allah turunkan jika mahu dibandingkan dengan ujian yang telah Allah turunkan kepada Rasulullah dan para sahabat baginda.
Apabila kita ditimpa musibah atau ujian,seringkali kita mengatakan “sabar jela..” atau “mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu”...
Ade seorang penceramah ada berkata, itu tanda kita tidak cintakan Allah.
Pernah kita tersenyum apabila diuji?
“senyumlah dengan masalah”..Adakah senyum tanda sabar?..bukan..senyum tanda syukur..Sheikh Yusuf Al Qaradhawiy ada menyebut dalam Fiqhul Awlawiyat bahawa keutamaan syukur adalah lebih tinggi berbanding sabar.
Dalam Al Quran,ayat yang menyebut tentang syukur adalah lebih banyak berbanding sabar. Allah sendiri benyak menyebut “dan terlalu sedikit daripada kalangan hambaKu yg bersyukur”. Mengapa Allah tidak menyebut “sedikitnya yang bersabar”?..mengapa begitu?..
Ianya kerana untuk bersabar adalah lebih mudah daripada bersyukur.Ramai orang miskin boleh bersabar dengan nasib hidup mereka.Tetapi tidak ramai orang kaya yang tahu bersyukur dengan kesenangan hidup.Kita mungkin pernah terduduk mengurut dada bersabar menahan ujian.Tetapi pernah kita sujud syukur sebaik kita diuji?
Seorang sufi pernah berkata, “beruntungnya Iblis”.
Apabila dia ditanya,”kenapa kau bercakap begitu?”.Jawabnya,”iyelah,beruntung dia tu, Allah bagi laknat. Walaupun laknat, tapi laknat tu khas daripada Allah untuk dia.Kalaulah Allah bagi sesuatu pada ku...”
Sebenarnya yang dimaksudkan, betapa sukanya si sufi itu jika mendapat sesuatu pada Allah walaupun musibah, sampai begitu seronok kerana dia tahu itu tanda Allah memberi perhatian padanya.
Dan betapa risau orang-orang yang dekat dengan Allah apabila diberi nikmat, takut-takut dengan nikmat itu Allah meninggalkannya.Demikian sifat orang-orang yang cintakan Allah.
Bersyukurlah apabila menerima musibah kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” ( Hadis riwayat al-Bukhari )
Dengan ujian itu juga, dapat membuktikan keimanan kita kepada Allah. betapa apabila kita ditimpa musibah, kita masih ada tempat mengadu yang paling utama yakni ALLAH. Ujian itu tanda Allah mencintai hambaNya.
namun,seringkali kita terlupa akan Allah apabila kita berada dalam kesenangan.jadi,ingin saya mengajak kalian semua agar kita sentiasa mengingati Allah tidak kira sama ada dalam keadaan senang atau pun duka.
Beruntunglah kita yang masih punya Allah sebagai tempat mengadu.Jika kita lihat pada mereka yang tidak punya apa-apa pegangan agama,hidup mereka seolah-olah tiada pedoman.dapat diberikan contoh yang paling terdekat di sini iaitu mengenai masyarakat Jepun yang hidup di Jepun ini yang kebanyakannya tidak punya pegangan agama.
Petikan dari satu sumber ada mengatakan,
Japan's grim reputation as one of the world's suicide nations has been confirmed by statistics that show more than 30,000 people a year have taken their own lives since figures first began to rise in 1998. In 2006, there were 32,115 suicides - 25 per 100,000 people; nearly 100 people a day; one every 15 minutes. The most common hour of death is 5am for men and noon for women, after their families have left for work or school.
MasyaAllah.betapa rendahnya akidah mereka sehingga dikatakan untuk setiap 15 minit,pasti ada satu kejadian bunuh diri yang berlaku.
Kita patut mengucapkan syukur yang tidak terhingga dengan nikmat iman ini kerana hingga kini,kita masih lagi bergelar seorang muslim.
Bersyukurlah dengan apa yang terjadi sama ada manis,masin,pahit,suka,duka kerana Allah telah menetapkan pada setiap kejadian itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.Dan,sampai saat ini Allah masih lagi memberi perhatian kepada kita...
Dan,berusahalah untuk menjadi muslim yang sejati...
Anda, saya, kita semua tidak perlu susah2 untuk daftarkan diri ke dalam sekolah kebangsaan kehidupan ini.kerana apa yang diberi dan apa yang kita dapat adalah percuma.cuma,kita perlu memberi sedikit komitmen kepada Pengetua sekolah(ALLAH) ini untuk membantuNya mendidik hati dan jiwa sesama kita agar tunduk dan patuh pada perintahNya.insyaAllah...
wallahualam...
2 comments:
salam akak,
huhu..rase insaf sesangat huhu..
thanks utk post yg best nih..
sdikit sbyk mnyedarkn dri yg cumil ni..huhu..keep it up!!
my pleasure my dear sis...
Post a Comment