jam di jepun sekarang menunjukkan pukul 12.32pagi.ini bermakna hampir 16jam lebih,kami di jepun ini akan menyambut tahun baru .tahun baru hijrah.
AHLAN WASAHLAN YA MUHARRAM.
buat yang tinggal di luar jepun,selamat tahun baru hijrah juga saya ucapkan.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH wahai saudara2 semuslimku...
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH ya muslimin muslimat...
Selamat melangkah ke dalam satu lagi fasa baru dalam hidup anda semua.pertambahan satu lagi tahun akan bakal berlaku dalam hidup kita semua.
selamat melangkah ke dalam tahun 1430 hijriah.
masih mudakah kita?atau sudah tuakah kita?
renungkan kembali 11 bulan yang lalu yang telah kita tinggalkan jauh di belakang.
di mana azam tahun baru kita tatkala kita menjengah ke dalam tahun 1429 hijriah yang lalu?
adakah semua azam itu telah terlaksana?atau kita langsung tidak memasang apa2 azam?
Zulhijjah>Zulqaedah>Syawal>Ramadhan>Syaaban>Rejab>Jamadilakhir>Jamadilawal
>Rabiulakhir>Rabiulawal>Safar...
Apakah telah cukup amal kebajikan yang telah kita perbuat pada 11 bulan yang lalu itu?
atau masih banyakkah hutang yang belum terlangsai antara kita dengan Allah?...
Adakah kita yakin bahawa kita akan bertemu lagi dengan muharram pada tahun depan?wallahualam.saya sendiri pun tidap pasti mengenainya.hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
sambutlah tahun baru ini dengan penuh kesyukuran kepadaNya dan niat untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya.kerana setiap satu amal perbuatan kita haruslah bermula dengan niat yang ikhlas kerana Allah taala.
PERKARA YANG PALING AKU MENYESAL SEKALI DALAM SEHARI IALAH APABILA TERBENAMNYA MATAHARI,UMURKU SEMAKIN BERKURANGAN AKAN TETAPI AMALANKU TIDAK BERTAMBAH...(Ibn Mas'ud r.a.)
Ahlan Wasahlan ya Muharram
Posted by
:::cebisanhatiku:::
Saturday, December 27, 2008
Labels: ~perkongsian bersama~
0 comments:
Post a Comment