Do you hate someone?

Do you hate someone?
Adakah anda membenci seseorang?

pernah tak kita terfikirkan persoalan ni di benak fikiran kita?adakah pada satu ketika,kita ada membenci seseorang?
saya rasa mustahilla kalau ada yang berkata tak pernah membenci seseorang..mungkin jika tidak banyak,ada secebis perasaan itu akan melekat di hati kita.tidak begitu?...
perasaan amarah,baik,suka,benci..semua itu adalah sifat manusia.nak taknak,memang saya rasa kita semua tak boleh nak lari daripada perasaan berkenaan.cuma,mungkin cara kita mengawal segala macam perasaan itu yang akan membuatkan kita lain daripada orang lain..
benci itu satu perasaan kurang senang pada seseorang.nyampah tengok muka dia la,geram tengok perangai dia la n macam2 lagi..kalau da benci,tak adenya benda yang baik pada pandangan kita terhadap orang yang kita benci tu..
mungkin bagi sekecil2 perkara,seperti dia malas basuh pinggan,malas memasak,malas menyapu pun,sudah terdetik di hati kita rasa tidak menyukainya..
tapi,pernah tak kita terfikir..walau sejahat mana pun kita di atas muka bumi ni..melanggar arahanNya..banyak buat yang mungkar dari yang maaruf misalnya..malah kesalahan yang lebih besar daripada tidak mahu membasuh pinggan...pernah tak Allah membenci kita?..
pernah tak Dia menyatakan kebencian Dia pada kita?..malah..Dia berkata jika kita mahu bertaubat dari segala kesalahan kita,Dia akan mengampuni segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan terhadapNya..betapa pengasihnya Allah itu...
namun..bagi kita..kalau orang tu da tak baik pada pandangan kita,seribu kali kebaikan yang dia buat pun,mungkin masih lagi kurang di mata kita...
layakkah kita berfikir demikian?layakkah kita membenci saudara sendiri hanya kerana mereka pernah melakukan keburukan pada masa lalu?layakkah kita mambenci insan yang juga diciptakan oleh Allah yang sama sahaja seperti kita?layakkah kita yang hanya seorang hamba untuk membenci seseorang sedangkan kita tidak tahu,mungkin dia lagi baik daripada kita?...fikirkanlah...
Sabda Baginda Rasulullah yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dapat kita lihat daripada ayat di atas,bahawa hubungan kita sesama saudara ada dikaitkan dengan keimanan.selagi kita tidak mengasihi saudara kita,selagi itu kita tidak dianggap sebagai beriman kepada Allah..masyaAllah..betapa pentingnya hubungan sesama saudara itu terutamanya hubungan sesama muslim itu sendiri.
Namun,adakah kita sentiasa ambil kira akan perasaan saudara kita itu?adakah kita sentiasa mengambil berat akan dirinya,bertanyakan khabar,membantunya di kala susah?saya juga mengakui bahawa kadangkala diri ini juga terleka daripada melakukan perkara yang sedemikian.marilah kita sama2 berubah.
saya rasa acapkali kita selalu mendengar,.."lantak dia la nak buat apa.peduli apa aku.hal dia.biar dia la.."..biasakan dengar?mungkin ungkapan itu pun pernah keluar daripada mulut kita sendiri.astaghfirullah alazim..
wajarkah kita berkata sedemikian sedangkan kita disuruh untuk sentiasa mengasihi sesama kita tidak kira bagaimana perilakunya pun..namun,kita hanya membiarkan saudara kita itu hanyut di telan arus tanpa kita cuba menyelamatkannya untuk kembali ke jalan yang benar semula.
ingatlah wahai saudaraku sekalian,kita semua tidak akan dikira benar2 beriman selagi kita tidak mengasihi saudara kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri.sewajarnya kita sentiasa mengambil berat akan saudara kita yang mungkin berada dalam kesusahan.sentiasa mengasihi dirinya kerana dia juga insan seperti kita,tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Berkata mengenai saudara ini,teringat saya pada saudara kita di Palestin sana.mereka menanggung derita bagi menegakkan syiar Islam di sana.sedangkan kita?di mana kita tatkala mereka merintih mahukan pertolongan?bekalan makanan disekat,setiap hari pasti ada yang menemui ajalnya,anak2 menangis kelaparan,ibubapa buntu memikirkan masa depan....masyaAllah..terasa berdosa benar akan diri ini..hanya membiarkan mereka berjuang dalam kepayahan di sana sedangkan diri ini bersenang-lenang di sini..ampunkan aku Ya Allah..
Sekali lagi ingin saya bertanya,adakah kita masih lagi membenci seseorang?adakah tidak ada rasa ingin memaafkan kesalahan saudara kita terhadap kita itu?adakah selama-lamanya kita akan bermasam muka dengannya?
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
(Yaitu) orang yang berinfak,baik di waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain.Dan Allah mencintai orang yang berbuat demikian" (Surah Ali Imran:133~134)
Baikilah hubungan kita sesama saudara kita.bukan sahaja saudara sesama muslim,malah hubungan sesama yang bukan muslim juga.maafkanlah kesalahan mereka walaupun sebesar zarah sekalipun kerana sebesar zarah itu jugalah yang akan dihitung di akhirat kelak.
Berhentilah daripada membenci seseorang,sebaliknya fikirkanlah kebaikan yang pernah dia lakukan terhadap kita.mungkin dari situ,akan terdetik rasa sayang kita padanya.
Terimalah saudara kita seadanya kerana dia juga ciptaan Allah sama seperti kita.
"Sahabat yang baik adalah sahabat yang dapat menerima sahabatnya yang lain seadanya"
Hargailah mereka yang berada disekeliling mu kerana bak kata pujangga,kita hanya akan menghargai seseorang apabila kita telah kehilangannya.
Binalah ukhuwah yang terbaik dengan saudaramu sementara masa masih ada.
wallahualam...
:::maafkanlah jua kesalahanku terhadapmu wahai saudara jika ada:::

4 comments:

Anonymous December 6, 2008 at 4:25 AM  

salam my sister..u did the good job..ukhuwah fillah InsyaAllah..luv u

:::cebisanhatiku::: December 6, 2008 at 5:00 AM  

love u too~

Anonymous December 7, 2008 at 7:55 PM  

salam..
alhamdulillah..

malam tu akak xde..

nik kena bagi lagi skali mggu depan.
baca je xbest..kena dgr dari hati ke hati ni..huhu

:::cebisanhatiku::: December 8, 2008 at 4:16 AM  

itu kak awin yg bg..hehe..best..btol..xtipu..

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)