Mereka beRtiga

Alhamdulillah...alhamdulillah..dan alhamdulillah...
Alhamdulillah kepada Allah S.W.T yang telah menemukan aku dengan 3 orang adik yang aku sayangi yang membuka mindaku sebagai seorang insan biasa...
Terima kasih adik2ku...
Salah seorang adik ini adalah juniorku semasa sekolah dahulu.namanya nadiah.
Yang kedua ini pula,seorang adikku yang baru sahaja memeluk Islam...selamat datang kedalam agama Allah wahai adikku....Nur Farah Syakirah...
Dan,yang ketiga,mungkin seorang adik yang sayangku padanya makin bertambah.jangan salah faham.itu sayang seorang kakak kepada adik.bukan yang lain..hoho...
Ketiga2 mereka ini ada karakter yang berlainan.namun,ciri2 istimewa yang ada pada mereka semua cukup menyentuh hati aku. Dan aku boleh ibaratkan mereka bertiga ini sebagai logam2 yang tulen.nak tau apa dan kenapa?..teruskan membaca...scroll and scroll down...

ADIK PERTAMA...nadiah...

Banyak benar ceritanya apabila saya bertanyakan tentang sekolah dan keadaannya tempoh hari...bagaimana spm nya yang baru sahaja lepas..dengarnya,begitu susah sekali peperiksaan tersebut.terutama kimia.ye ke?..hehehe...
akk pun pernah berada di kedudukan awak sekarang.jadi,akak faham apa yang awak rasa.mana ada belajar senang.ye tak?even nak goreng kacang pun susah,inikan nak exam.mestilah lagi susah.hehehe...
tapi..ketahuilah wahai adikku.itu hanya ujian kecil yang Allah turunkan kepadamu,kepada akak dan kepada sesiapa sahaja yang bergelar pelajar.Allah ingin menguji bagaimana keadaan dirimu,fizikalmu,mentalmu mengendalikan situasi genting seperti itu. kita dilahirkan dalam keadaan akal kita masih kosong dan suci bersih,tidak tahu apa satu pun mengenai dunia ini.namun,kita jugalah yang diberi tanggungjawab untuk membentuk diri kita sendiri.sama ada mahu menjadi seorang yang rugi atau berjaya.kita lah yang membentuk diri kita untuk menjadi seorang yang luar biasa.
Dan ketahuilah bahawa ujian itu(exam2) hanyalah sekecil2 ujian daripada Allah.

( 2)أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?
(Surah Al-Ankabut;29:2)

akak masih lagi ingat satu nasihat daripada Cikgu TZ ketika akak masih form5..."you are the gifted one"... kamu adalah seorang yang sangat istimewa.Allah memberi peluang kepadamu,kepada akak untuk berada di sekolah itu.sekolah yang dipandang hebat oleh masyarakat sekeliling sedangakan masih ramai di luar sana yang kurang bernasib baik untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh. Jesteru itu,bersyukurlah dengan nikmat itu wahai adikku...
awak juga banyak menceritakan kepada akak tentang sikap dirimu.akak berasa senang sekali kerana dirimu boleh bercerita tanpa segan silu.sebab yela..kadang2 ada yang macam segansilu kalau mahu bercerita dengan senior mereka.inikan seorang yang tidak pernah mereka rapat.tapi,awak lain.awak dapat bercerita secara terbuka.
akak sangat kagum dengan awak.kerana pada usia baru belasan tahun,awak mempunyai daya imaginasi,pemikiran yang sangat tajam.ketahuilah adikku bahawa kau adalah logam yang sangat tulen.mahu tahu kenapa?...nanti akak ceritakan. tika akak tanyakan padamu tentang fatwa mengenai kapel tempohari..akak kagum kerana awak sudah tahu lama mengenai itu.sedangkan akak sebenarnya baru sahaja tahu mengenainya. akak faham perasaanmu tika kau mengatakan bahawa orang yang tidak pernah berkapel tidak boleh menuduh yang bukan2 terhadap orang yang berkapel kerana mereka tidak tahu apa2 mengenai perasaan itu.perasaan itu bukan suatu yang boleh dikawal.pandangan mu itu memang ada benarnya dan menunjukkan pandangan seorang remaja yang masih lagi meniti usia keremajaan dalam mencari erti hidup sebenar. ketahuilah adikku bahawa hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah haram.inikan pula berkasih-kasihan sesama mereka.>>>>>>>(akak bukanlah orang yang terbaik untuk memberi nasihat tapi akak cuba menjadi yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu yang akak belajar kepadamu.)... carilah cinta Allah terlebih dahulu sebelum awak mencari cinta manusia.kerana cinta manusia itu tidak kekal tetapi cinta Allah kekal abadi.tetapkan hatimu pada Allah nescaya Allah akan mengurniakan seorang yang terbaik untukmu.
~lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya~
juga mengenai cerita mu tentang rakan2mu..ketahuilah adikku..kawan,rakan,teman,sahabat.semuanya membawa maksud yang berbeza tapi fungsinya hampir sama.sebagai seorang yang berada disisimu.mungkin hanya berada disisimu ketika suka dan mungkin hanya ketika kau berduka.namun begitu,hargailah mereka yang berada disekelilingmu sebelum mereka hilang.akak ingin sekali membawa awak bersama merasai kemanisan ukhuwah yang akak rasai sekarang.dan kemanisan mengharungi jalan2 menuju redhaNya...

ADIK KEDUA..nuFaS...

seorang yang ceria,gila2...sentiasa tersenyum.senyuman yang manis.setia pada sahabat.mengikut kata hati jika ingin berbuat sesuatu. akak begitu bersyukur kerana Allah memberikan nur hidayahNya istimewa buatmu.Ahlan wasahlan wahai adikku...Selamat datang ke dalam Islam.
Akak sangat kagum denganmu.berusaha mencari Islam yang sebenar di kala keluargamu menentang kehendakmu itu.kau katakan "...Islam masuk ke dalam hatimu..bukan dirimu masuk ke dalam Islam.."...syukur..alhamdulillah..tak semua orang mampu meluahkan fikiran seperti itu.bahkan lihatlah muslim sekarang,disebabkan diri mereka yang masuk Islam atau Islam yang di anuti adalah Islam warisan,terjadilah muslim2 tanpa Islam yang kita boleh lihat pada masa sekarang ini.paham tak ayat tu?soryla.bm akak k.o sikit.
hayatilah keindahan Islam yang kau anuti sekarang ini.agama yang syumul.yang lengkap segala keperluannya.
emm..mahu tahu kenapa akak selalu beritahu awak yang akak sangat jeles dengan awak?...emm...jeles dan sangat cemburu.
awak dikurniakan pakej yang sempurna;pelajaran yang baik,rupa yang elok.."dahlah nak fly..amik dentist lak tu..wah..hebatnya budak ni.."..tula perasaan akak apabila taw awak ni amik kos tu dan bakal fly akhir tahun ni..ke awal tahun depan?..hehehe..
plus,Allah kurniakan hidayahNya special untuk awak..menganuti agama yang syumul ini,ISLAM.lagilah jeles..hehehe..
itula antara sebab2nya..jangan perasan lak akak jeles sebab awak comel ke ape..kang dok sengih sorang2 lak...^_^

ADIK KETIGA,Lia

tertarik dengan satu post kat blog awak.so..akak dahulukan dengan komen mengenai post tersebut;ciri2 lelaki idaman awak.banyak tol syarat2nya..haha...mengalahkan diva..hehe..acah je.jangan marah..
emm..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya...rite?...so...dalam usaha mencari calon suami seperti yang kita idamkan,kita pun kenalah berusaha menjadi perempuan muslimah yang sejati gak.baru la dapat suami yang kawkaw ikut syarat2 kita...insyaAllah...ingatlah adikku..ketika kita berada dalam kandungan ibu kita selama 120hari,Allah telah menetapkan 4 perkara untuk kita sepanjang hidup kita yakni...
RezEkI+aMaLaN+BaIk buRUk kEsUDahaN+AjaL MauT..
dan..perihal jodoh itu termasuk dalam rezeki..yang telah pun di tetapkan Allah.
apa yang Allah tetapkan...itulah yang akan terjadi.ia tidak akan sekali2 berubah atau di ubah.
jadi,apa yang perlu dan penting kita buat sekarang ialah mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.insyaAllah...
ok..habis da mengomen..kan panjang tu...hehe.

adik bernama lia ni sangat istimewa tau.kalau korang nak tau.sebab dia banyak cakap.hahah...tak de lah.istimewa sebab aku rasakan dia ni sangat istimewalah.
dia banyak bercakap sebab dia banyak berfikir.dia bercakap berdasarkan apa yang dia rasa dan apa yang dia fikir.takkan nak diamkan aje apa yang kita berfikir tanpa bercakap dan berkongsi dengan orang lain kan?...
kagumlah dengan awak.sebab awak banyak berfikir.rajin membaca pun.haha...akak ni malas sikit membaca.mengira2 sukalah.
kagum kerana pada usia mentah sebegini,awak da mampu berfikir dan mengutarakan buah2 fikiran yang hebat2.bravo2!haha...alhamdulillah..syukurlah pada Allah ye dik.
bertambah umur seseorang,maka bertambahlah pengalaman dalam dirinya dan kehidupannya.dan dengan pengalaman itulah yang mengajar kita mengenali kehidupan sebenar dengan lebih dekat.kehidupan yang hanya dipinjamkan cume sementara kepada kita.
Justeru,timbalah pengalamanmu sebanyak mungkin selama engkau masih di beri peluang bernafas di dunia ini.
actually ada banyak nak tulis tapi tak keluar lak idea...
takpelah..takat itu je kot.

SETULEN LOGAM





"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Apa kaitannya budak bertiga tu dengan hadis ni?
ok...mari kita kaji.
Apa sifat logam?
Mudah dilentur,keras dll yang kita tau kan?....
Logam itu sama sahaja dengan manusia......
***************************to be continued*******************************************
(..Actually saya sedikit kepenatan kebelakangan ini dan sedikit sibuk menguruskan sesuatu.
Nanti insyaAllah saya akan sambung pada post akan datang.
Afwan ye semua...)

2 comments:

Anonymous March 9, 2009 at 1:25 AM  

salam.. tak sangka lak akak citer skit pasal sy hehe..

:::cebisanhatiku::: March 12, 2009 at 7:07 AM  

hahaha...rasa nk cerite..tu yang cerita..so..amacam?
ada sambungan lagi taw...

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)