Cheessy cheese cake~~~


BAHAN-BAHAN :

Base/Crust
1/3 cawan butter (cairkan)
1 1/4 cawan biskut (biasanya guna biskut Ritz) - hancurkan sehancur-hancurnya
1/4 cawan gula

***untuk butter tu,kalau tak ikut sukatan yang betul2 pun takpe.just untuk pastikan yang biskut yang telah dihancurkan tadi melekat betul2 antara satu sama lain.
kalau butter sikit sangat,nanti bila da siap bakar dan bawak keluar daripada bekasnya,biskut tu akan hancur berkecai.kek nampak tak cantik.

Filling :

2 paket (8 oz. setiap satu) krim cheese
1 tin susu pekat manis
3 biji telur
1/4 cawan jus lemon

***kalau korang suka makan cheese cake yang cheessy gile2,letak cheese jela.bagi yang tak suka,boleh je kalau nak tambah tepung sikit dalam adunan tu.
***susu dan jus lemon tu,kalau tak ikut sukatan pun takpe.better sambil buat/adun,sambil rasa kot.untuk mendapatkan rasa yang korang suka.

Cara-cara :

Crust

Cairkan butter dan gula.lepas itu,masukkan biskut yang dihancur sehancur-hancurnya tadi.kacau sehingga sebati di atas api yang perlahan.jangan terlalu lama sangat atas api,takut hangit.lepas itu, tuangkan ke dalam bekas yang kita nak masak cheese cake ni,dan tekankan setekan-tekannya.tekan sampai padat.supaya nanti ia tak hancur.

Filling :

1.) Dalam bekas besar,pukul krim cheese tadi sampai jadi fluffy.sampai ia teradun sebati dan nampak lembut la.
2.) Masukkan susu pekat tadi dan pukul lagi.
3. )Masukkan telur dan jus lemon.adun+pukul+kacau.jangan lupa rasa la sikit2 sambil buat tu.
4. )Panaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit gitu la.
apabila da masak,sejukkan dan sudah boleh dimakan.

Selamat mencuba~~~ ^_^/

3 comments:

r i z z a n a c e c i l i a February 22, 2009 at 9:30 PM  

ai..
sjak bile maen masak2 ni~

:::cebisan hatiku::: February 23, 2009 at 4:04 AM  

haha...
sejak membina keinginan dan keazaman untuk kahwin hari tu,terpaksa la paksakan diri berjinak2 dalam bidang masak-memasak.tapi,sekarang azam tu da hilang semula.hehe...
tapi,masak-memasak tetap akan terus berjalan...ngengeh....

:::cebisan hatiku::: February 25, 2009 at 8:24 AM  

post oleh kak inda yang terdelte olehku...sorry kak inda..
kak inda kater..."my favourite cake ni..huhu.."....

to kak inda:
mai la iwate..insyaAllah sy buatkan..heheh..

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)