Kuih Sagu~~~


Bahan-bahan

1 cawan sagu
1cawan gula (suka manis tambah gula)
1/2 kelapa parut (ambil putih sahaja)
sedikit garam (gaul bersama garam)
pewarna merah atau sirap
daun pandan
3 cawan air

Cara-cara

1.) Sagu dibersihkan dengan air dan ditoskan.
2.) Masakkan gula bersama daun pandan sehingga mendidih.Setelah mendidih,buang daun pandan.
3.) Masukkan sagu yang telah dibersihkan tadi dan pewarna merah dan kacau hingga sagu tadi kembang.
4.) Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
5.) Setelah sejuk,potong dan gaulkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama garam.Siap dihidangkan.

***boleh potong sagu mengikut bentuk yang disukai.

Selamat mencuba!

2 comments:

Anonymous February 24, 2009 at 11:31 PM  

Huhu, kuih feveret akak~ yum yum

Anonymous February 26, 2009 at 6:01 AM  

yay, tq Nik!

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)