Cukupkah???

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

munkaran

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Bismillah...
hari ke 16..hampir 897 orang telah syahid di Palestin..klik disini...
tiada kata mampu ku ucapkan...
cukupkah dengan doa kita?...cara terakhir untuk membantu adalah dengan berdoa...setiap hari kita berdoa..setiap hari jugalah berbelas2 orang menemui ajal mereka...mesti kita tertanya2 di manakah pertolongan Allah itu...
Pertolongan Allah itu semestinya sesuatu yang pasti...
tapi Allah sekarang sedang menanti kita sebagai umat Islam..yang mempunyai bilangan yang sangat ramai untuk turut sama mempunyai perasaan berjuang bersama mujahid2 di Palestin...

“Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”.
Rasulullah S.A.W menjawab, “bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”.
Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah
al-wahan itu ?"
Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”
(Hadis riwayat Abu Daud daripada Sauban)

Mahukah kita Allah tanamkan dalam hati kita penyakit wahan itu?nauzubillah himinzalik...
ya..memang doalah senjata kita..selemah2 iman adalah dengan berdoa di dalam hati..
namun, dengan akal fikiran yang jauh lebih bijak daripada makhluk lain yang telah Allah anugerahkan..kita lebih daripada mampu untuk berfikir pelbagai lagi cara lain bagi membantu saudara2 kita yang sedang berjuang menegakkan Islam di Palestin sana.

>>>mendermalah bagi sesiapa yang mampu.
Ingatlah,wang itu boleh di cari.Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap hamba2Nya.
Namun,maruah Islam itu lebih daripada segala2nya.
>>>tulislah di blog2 atau di mana2 yang dirasakan ramai orang akan membacanya dan akan menimbulkan kesedaran pada setiap hati yang membacanya.
>>>boikotlah apa sahaja barangan keluaran syarikat2 Israel, Amerika Syarikat dan sekutu2nya.
Jangan kau kata kau tidak mampu hidup tanpa mcdonald,tanpa kfc.Jangan kau kata hidupmu sehari sunyi tanpa menghirup cocacola.
Pelbagai nikmat makanan dan minuman telah Allah anugerahkan.pilihlah mana yang kau suka tapi jangan kau pilih barangan2 kuffar itu sedangkan terdapat banyak pengganti barangan2 itu di pasaran sana.
Ingatlah bahawa satu sen yang kau sumbangkan kepada barangan2 keluaran Israel&AS ini menyumbang kepada satu peluru yang akan menembusi tubuh2 tidak berdosa saudara2 seIslammu di Palestin sana.
Ingatlah bahawa kau secara tidak langsung telah turut sama membunuh saudara2mu di sana tanpa kau sedari jika kau terus-menerus menggunakan barangan2 mereka.
>>>sebarkanlah dengan perkataan yang keluar daripada mulutmu samada ceramah atau perbualan biasa bersama2 rakan2mu.
Peringatkanlah rakan2mu dan juga dirimu mengenai situasi yang sedang berlaku sekarang.

Terkedu ku membaca secebis petikan oleh wartawan yang telah pergi ke Bumi Palestin itu ketika menemubual salah seorang pejuang di sana.
Katanya,pulanglah kau ke tanah airmu dan didiklah anak2 bangsamu dengan baik agar jika kami sudah tiada satu hari nanti,merekalah yang menjadi pengganti kami memperjuangkan Islam ini.

Syahdu pabila terbaca petikan itu.
Dan,ada beberapa mesej dari website palestinkini.info yang menarik perhatianku...
  • brigadealqasam : mujahideen tidakmmrlukan apa2 dr anda...tp persediaan anda utk mnggantikan lapisan mujahideen sedia ada adalah wajib...
  • brigadealqasam : kepada anda yang menamakan diri anda dengan apa shj name, ingatan, persiap siagakan dirimu dgn kelngkapan ilmu, iman yang jitu utk bhdapan dgn situasi
Dan.cara yang terakhir..>>> didiklah anak2mu wahai saudara2 seakidahku agar mereka yang bakal membesar dan bakal lahir itu akan menjadi seorang pejuang agama yang kuat,digeruni ramai.
Jangan kau hanyutkan anak2mu sendiri dengan belaian hedonisme yang semakin membunuh jiwa2 muda pada ketika ini.
Ingatlah bahawa kita adalah umat akhir zaman.tidak akan ada orang lain yang akan mempertahankan Islam melainkan diri kita sendiri...
Kejayaan Islam pada masa hadapan terletak pada generasi masa kini...
Ingatlah wahai saudara2ku..Allah akan menyoalmu tentang tanggungjawabmu tika di dunia di akhirat kelak.....Bangunlah!Bangkitlah dari lena tidurmu!...


0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)