Bagaimanakah mereka?

Ketika berada dalam kesejukan ini...
teringat aku seketika pada saudara2 seakidah seagamaku Islam di Palestin sana yang sedang berperang mempertahankan tanah Palestin dan Islam...
sejuk aku di sini masih lagi dapat dikurangkan dengan hangatnya derungan angin panas yang keluar daripada danbou(heater) dalam bilikku ini...
namun..sejuknya mereka...di tengah2 padang mungkin..dengan ketiadaan bekalan pakaian yang cukup...hanya Allah sahaja yang mengetahui...bagaimanakah mereka?...

Laparnya aku di sini dapat dikenyangkan dengan bekalan makanan yang agak mencukupi...
namun,laparnya mereka di sana....tidak dapat ku bayangkan...bagaimanakah mereka?...

Lenanya kanak2 di tempat lain tidur mungkin kadangkala dikejutkan dengan igauan kecil akibat terlalu penat bermain tika siang hari..
namun,kanak2 di Palestin sana..bukan sahaja igauan..malah mungkin tidur mereka pun tidak pernah lena....akibat bedilan2 peluru dan roket di merata tempat...
ya Allah..bagaimanakah mereka?...

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)