Bersyukur...bersyukur...dan bersyukurlah...

Genjatan senjata...emm....
hanya sebagai cara untuk 'mereka' berehat sebentar dan merancang strategi untuk jatuhkan mujahid2 Allah...memang kena dengan perangai 'mereka' yang pengecut itu...
hanya berani menyerang di sebalik tembok2...
mengingatkan pada satu kisah yang pernah ku baca mengenai seorang saudara semuslim ini yang ayahnya,seorang pejuang Islam ke spy macam tu la yang memang dikehendaki oleh zionis diserang di rumah atau tempat persembunyiannya..macam tula..dengan 20 kereta kebal Israel.nak katakan betapa pengecutnya mereka.nak bunuh seorang manusia pun perlu bawa sampai 20 kereta kebal...memang pengecut...

dan..berita terkini..28hb januari 2009,semalam..Israel telah membedil sempadan Gaza Mesir.padahal mereka berjanji untuk melakukan genjatan senjata selama setahun.
pihak yahudi..memang..memang benar dan tepat sekali dengan label sebagai umat yang tidak akan pernah menepati janji...

BERSYUKURLAH

Bersyukur?...perlu ke kita bersyukur kerana tidak berada di Palestin sekarang?..emm..tepuk
dada tanya iman.adakah kita wajar bersyukur bahawasanya kita tidak perlu nak korbankan diri sendiri kena bedil,kena tembak dek yahudi-zionis tu?atau patutkah kita merasa cemburu dengan mereka kerana mereka telah menjadi wakil2 Allah mempertahankan Islam sedangkan kita,hanya seorang Muslim tanpa dapat mempertahankan Islam secara sepenuhnya?...nauzubillah...semoga Allah menanamkan perasaan rindu,cintakan syahid dalam setiap jiwa sanubari kita...

Namun,di sebalik atas apa yang telah berlaku...
Bersyukurlah wahai saudara2 ku..kerna Allah bisa memberimu nikmat2Nya...untuk terus hidup di tempat yang jauh lebih aman dari Palestin sana.
Bersyukurlah yang kau mampu lagi bernafas udara pagi yang segar...
Bersyukurlah kerana kau mampu lagi menyuapkan mulutmu dengan makanan2 yang jauh lebih mewah daripada mereka di Palestin...
Bersyukurlah..Bersyukurlah...dan Bersyukurlah...
Kerana dengan setiap kelangsungan nyawa yang Allah kurniakan..Allah mahu kau berubah dan merubah dirimu menjadi mujahidNya..mempertahankan Islam...

Kesejukan yang dirasai..(buat sesiapa yang berada diluar negara yang mengalami musim sejuk sekarang)...mampu kau kurangkan dengan kehangatan heater di bilik2mu..Namun mereka di sana,walaupun telah ada bantuan yang tiba...masih tidak mencukupi..dengan kekurangan tempat perlindungan...
Bersyukurlah wahai manusia...Bersyukurlah engkau...

KESEJUKAN

Keluarga Palestin ini duduk di tepi unggun api untuk memanaskan badan di bawah runtuhan bangunan rumah mereka, semalam, yang musnah akibat serangan tentera Zionis di timur Jabalya, Tebing Gaza.
Kemudahan infrastruktur seperti rumah, elektrik dan bekalan air bersih yang hancur serta terputus dalam serangan Israel itu, dijangka mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.
Keadaan tersebut lebih membimbangkan penduduk Gaza yang terdedah dengan bukan sahaja cuaca sejuk tetapi juga wabak penyakit. – AP

Keluarga Palestin ini duduk di tepi unggun api untuk memanaskan badan di bawah runtuhan bangunan rumah mereka, semalam, yang musnah akibat serangan tentera Zionis di timur Jabalya, Tebing Gaza. (sumber:utusan 28hb jan 2009)

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)