Tunjukkanlah....

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

:)

Mungkin hampir genap setahun selepas kali terakhir aku lakarkan sedikit bibit kata di bloG ini.
(walaupun amat banyak draft di dalam)
Hanya mampu tersenyum melihat entry2 yang lepas.
Perjalanan hidupku...
Mulanya ditarbiyah...
hingga kini.
Dan diamku setahun juga...
Mengalami pelbagai peristiwa hitam manis.

Berhenti aku setahun.
Ada sebab.
Tapi kini, aku rasa terpanggil untuk berkongsi semula.
Hanya sebagai manusia biasa yang masih merangkak mengenal dunia.
Mungkin kerana di dalam ini, tempat aku meluah rasa.
Dan mungkin juga, berkongsi saat-saat akhir aku di bumi jepun dan dunia ini.

Allah...

Kata-kata adik...

" Hidup bagai garis lurus yang tidak pernah kembali ke masa lalu. Hidup bukan seperti bulatan bola, yang tiada hujung dan tiada pangkalnya. "

Terdiam...
dan lama aku berteleku.

Kata-kata kakak...

" (2:186) "

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu)
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(2:186)

Seringkali aku tertanya-tanya apakah yang Allah mahu tunjukkan kepadaku.
Dan hari ini, persoalan itu dirembeskan bersama mutiara jernih.
Dan aku, hanya mampu memandang ke langit. Umpama berharap benar andai Dia turut sama memandangkan hambaNya yang hina ini, menghulurkan tangan dan meniupkan semangat kepadaku.
Mungkin hanya kerana eksperimen2 yang gagal, aku rebah. Hingga aku berfikir, aku takkan dapat graduate dengan baik. Allah...
Allah.
Entah kenapa kali ini, rasa itu lain. Sedih berbaur kecewa. Yang hampir menyentap segenap luluh jiwaku. Ya Allah...

Dan kerana...

(3:142)

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga
padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu
dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
(3:142)

Allah...
Tunjukkanlah aku jalan...
Melatih diri ini bersabar dengan ujianMu.

Agar dengan itu,
Aku bisa melatih diri bersabar melihat pembesaran anak-anakku tersayang.
Mampu senyum mekar melihat mereka tanpa ada sedikit pun seka titis jernih itu tika langkahan akhirku di bumi jepun ini kelak.

Kuncinya...
Sod ba ro.
SABAR dan sabar dan sabar dan terus sabar.
Dan mohonlah pada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaddhu'.

Allahualam.
Wassalam.

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)