manusia biasa

Bismillah.

Salam wbt.


Daie itu juga manusia bukan?

Hatta walaupun dia seorang murobbi.

Masih manusia biasa.

" Boleh tak kalau nak pause sekejap dan berhenti sekejap?"
Keluh di hati.
Terasa lain.

"Tapi kau punya tangan-tangan dan jiwa-jiwa untuk disentuh cahaya Islam meskipun kau hanya penyeru biasa"

Diam.

Acapkali, mutiara itu gugur lagi.

Tempat mengadu hanya pada Dia.

Yang lain, jarak terlalu jauh memisahkan. teman mahupun murobbi sendiri.

" Sakit... "

Namun tiada hospital yang mampu mengubati dan merawati.

Hanya mampu berharap pada syurga yang abadi
mengubati keluh-kesah dan sirna peluh dalam jalan ini.

Terkadang mahu memberontak
Mahu duduk sebentar
Hanya untuk diri.

Dan bila saja rasa itu hadir dan terus hadir
Pasti ada suara yang berkata sabar.

Jika mahu duduk sebentar,
pastikan sekelilingmu menyokongmu untuk berbuat demikian
agar kau tak mudah hanyut.

Jika tidak, terus-terusanlah kembali pada Dia setiap saat.

Ber istighfar lah.

Hidup ini punya tapisan.
Iman itu juga ditapis Dia.
Jika tidak , masakan wujud perkataan taqwa.

Dan Allah hanya memilih mereka yang hebat-hebat sahaja untuk
melangkah ke dalam syurgaNya.


#akuyangtidakhebatdan penuh khilaftapimasihmahuterusbermimpimenjadiluarbiasa#

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)