KIta Insan Terpilih???

Bismillah.

Salam wbt.

Alhamdulillah...
Untuk kami di bumi matahari terbit ni,
Dah masuk cuti musim sejuk...memang sangat sejuuuuk lah kat luar tu..
Kalau tak panaskan badan dengan cukup, ruhi pun mungkin akan turut sejuk lah!

Dan ini bermakna...
Pasti akan ada gathering yang besT tiap tahun di hujung tahun ni sebab
boleh bergathering sambil main-main salJi dengan kawan-kawan. :)

**************************************************************************************

" penat lah buat benda ni....."

"..lecehnya kerja yang kakak ni bagi...tak leh nak tidur la gamaknya ni..."

"aish..buat gitu2 jela...ape peduli..janji boleh rehat awal..tak packing lagi ni...."

Gomelan di dalam hati.
Pastinya untuk program bersejarah itu,
ada tanggungjawab yang di amanahkan untuk sama-sama dipikul.
Buat itu ini...video lah poster lah...rehearsal lah...dotdot lah...

Dan pastinya syaitan akan datang berbisik tika badan keletihan berjam-jam di depan laptop dll.

Tapi adik, ingat lah...

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka
dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah
maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
(Balasan Syurga yang demikian ialah)
sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?
Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu
dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(9:111)

Kamu insan terpilih!

Kerja yang di amanahkan bukan untuk saja-saja!

Bahkan itu lah salah satu jual beli kamu, kita dengan Allah demi syurgaNya, redhaNya.

Ingat kisah batu-bata kita?
Yang dahulunya kita berceritera tentangnya bersama-sama dalam bulatan gembira itu :)

KIta sama-sama bermimpi mahu jadi
batu bata di sebelah kanan lah
batu bata di sebelah kiri lah
atas lah, bawah lah...
bahkan, mimpi juga untuk jadi even simen/plaster yang mencantumkan batu bata itu.
Batu bata yang akan bercantum membina rumah yang besar itu.
Sweet kan mimpi kita itu?

Dan mungkin,
apa yang sedang kita perbuat kan ini,
melaksanakan apa yang diamanahkan ini...
walaupun ia hanyalah sekelumit cuma
dari usaha besar membina rumah besar itu (baca: UA)
Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.

Dan mungkin,
inilah usaha si batu bata itu
dalam rangka membina rumah yang bakal tersergam indah besar itu.

Dan ini lah mimpi kita!

Mana tahu,
dari kerja yang mungkin besar bagi kita tapi nampak kecil di mata mereka yang lain
adalah sebenarnya ujian tarbiyah dari Allah untuk menguji tahap keikhlasan kita.
Sebelum kita mendapat kerja yang lebih besaaar lagi
membangunkan ummah dari tidur-tidur mereka.

Untuk adik,
Usahlah mengeluh.
Andai penat,
Berehatlah sekejap.
Bersandar di kerusi.

Kerana...

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan,
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa,
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
-Saidina Ali bin Abi Thalib


Andai penat,
Genggamlah tangan sahabat di sebelah atau sekelilingmu,
Senyumlah padanya,
Dapatkan semula kekuatan semangat mu itu daripada hangat nya genggaman tangan-tanganmu itu.

Andai penat,
Pandanglah ke langit.
Tersenyumlah kepadaNya.
Umpama Dia melihat kamu.
Mengadulah kepada Dia apa saja.

Dan tetaplah bersyukur bahawa dengan ujian kerja ini,
kerna mungkin bererti Allah lebih menyayangi mu.

KIta insan terpilih!
Untuk terus thabat di jalan ini.

Mahu syurga kan?
Ayuh sama-sama kita pimpin tangan untuk terus berlari di jalan ini.
Dan semoga redha dan rahmat Allah sentiasa bersama kita insyaAllah.

****************************************************************************************************************

Dan aku...
sangat merindui saat setahun yang lepas...
bersama mereka bermain salji di kampung itu...
yang pasti...semuanya akan terus kekal dalam ingatan...

Dan semoga aku bisa bersama-sama mereka yang aku cintai kerana Allah ini
malah membina kampung yang lebih besar
di dalam syurga Nya kelak insyaAllah.

Gambarou minna saigo made!
Percayalah bahawa apa jua mehnah yang mendatang adalah tarbiyah dari Allah.
Teruskan tersenyum.
Dan ikhlas kan hati mu dan hati kita.
^_________^

Allahua'lam.
Wassalam.

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)