Nak balik daa...

Bismillah....

Terbersawang lak bloG ni walaupun aku da habis exam...hoho...
Sory la ye.
Aku tibe2 disibukkan dengan program untuk sekolah lama ku yakni SHAHPEKAN.
Program yang dirancang untuk adik2.
Jadi, sudah semestinya program itu menjadi priority ku kerana ia juga sebahagian daripada dakwahku dan merupakan tanggungjawabku dan terpaksa lah membiarkan bloG ini bersawang2..huhu..
Plus , dengan kerja2 MSAJ yang bertangguh2 tu..huhu dan blablabla...
Sape rajin..tolong bersihkan sesawang ni......onegaishimasu=please...hehe...MySpace

Asalnya sebelum balik Malaysia ni, nak update la sikit tentang Jaulah Korea yang dah terbengkalai updatenya tu. Tapi, huhu...tak dapat jugak nampak gayanya.
Sebab aku sebenarnya menanti diari2 Jaulah daripada sahabat2 ku yang turut serta ke Korea sebagai perkongsian bersama. Tapi, nampaknya semua orang pun sedang sibuk menghadapi imtihan, jadi , tak pela kot ek. InsyaAllah bile2 aku cube cari masa untuk mendapatkan daripada mereka dan updatekan di sini. Cume masanya belum tahu lagi la.

Em...post kali ni hanyalah sekadar post kosong tanpa isi mungkin.
Lagi 2 minggu bakal aku jejakkan kaki kembali ke Malaysia di kala Malaysia sekarang sangat hangat memperkatakan mengenai virus H1N1...MySpace
Semakin hari, makin bertambah bilangan manusia yang menjadi mangsanya.
Sebenarnya, aku sendiri pelik dengan fenomena ini. Bukan pelik ape, aku pelik kenapa Malaysia pulak yang makin bertambah bilangan orang yang mati kerana H1N1 sedang kan di Jepun ni, dah lama reda tentang benda tu. Tak tahula kalau2 kerajaan Jepun mendiamkan sahaja, tapi tak mungkin la..hoho...
Ada sapa2 boleh bagi jawapan pada kemusykilan aku ni tak? MySpace

Lagi..ha...aku sebenarnya ada berazam satu benda..tak de azam pun.
Cuma...sebelum aku balik Malaysia ni, aku nak tinggalkan bloG ni dengan satu soalan untuk di jawab oleh sesiapa sahaja yang sudi melawat bloG ini ketika ketiadaan aku selama sebulan lebih nanti...hoho...
Kalau sape2 yang sudi untuk jawab, jawab la ek. Kalau tak nak letak nama pun xpe.
Just nak mengumpul pendapat.
Soalannya berbunyi begini.

Kenapa ek...
Kenapa kalau nak dekat2 exam je...kalau time2 exam je..mesti hati kita rasa tak tenang..ada je yang tak kena..dan kadang2 time tak de exam pun mesti ade gak rase macam tu...kenapa ek?Aku rasa ramai je kan yang berperasaan macam tu...
Jadi, kenapa ek..?
Dan..agak2..apa cara penyelesaian dia ek...
sebab kadang2 x sedap hati sampai tak keruan..ada yang tak boleh study la...hoho...
Sapa2 rajin jawab,, jawab kan ek...terima kasih~

Kepada bekas pelajar SHAHPEKAN yang sudi melawat bloG aku yang tak seberapa ni,
aku mewakili team BaiahGathering <-tapi bukan semua budak2 baiah yang join ni, jangan salah faham, ia terbuka kepada semua->
ingin menjemput bekas2 pelajar SHAHPEKAN untuk menggembleng tenaga bersama kami dalam program sulung yang bakal diadakan 11hb~13hb September 2009 ni InsyaAllah bertempat di sekolah kesayangan kita.
Kepada sapa2 yang dah tak ingat cara nak g sekolah, meh aku bagi alamat ni.
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Jalan Batu Balik 26600 Pekan,Pahang.hoho.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh emailkan pada baiahgathering@ymail.com
Ajak2 la kawan2 yang lain ramai2 ek. Lagi ramai, lagi meriah. Ye tak?
Selain dapat berjumpa semula ramai2, dapat lah kita berbakti pada guru2 dan sekolah yang telah banyak berjasa pada kita suatu masa dahulu.sobsob. MySpace

Akhir kata, kepada sapa2 yang nak kontek aku ke, bolehla kot sekiranya emailkan pape yang korang nak email, kata2 rindu ke..ceewaahhh...ke email aku kat profile aku tu.
Nak taruk no telefon kang macam public sangat lak kang. tak pasal2 popular lak, so tak yah la ek. Kalau sapa2 nak no telefon aku kat Malaysia, pandai2 la korang cari ek.hoho...
Doakan aku selamat kat Malaysia nanti dari H1N1 tu. Seram woo nak balik...huhu...
Semoga semua yang bakal balik Malaysia Ogos dan September ni selamat sampai insyaAllah dan bebas dari jangkitan virus tersebut. amiinnn...

Akhit dua kata, Selamat Berpuasa Ramadhan kepada semua Muslim di dunia.
Puasa elok2..jangan puasa yangyok bangunpagibukakperiuk ye.
Selamat menyambut Aidilfitri jugak..(awal gile!)...maklumla, tahun ni raya kat rumah bukan dalam kelas dah. hehe. Maaf zahir batin andai aku pernah terkasar bahasa dengan korang dan 0-0 la ek. hehe...Kepada sapa2 yang sudi bagi duit raya tu, aku tadahkan je tangan ni. hoho.

Alamak! Dah terpanjang lak entry ni. huhu..sory2..nak tulis pendek je sebenarnya.
Jadi, di musim cuti2 ni...ingat!

JAGA HATI!
JAGA IMAN!
JAGA NAFSU!
(sebab nanti syaitan kena rantai,so,nafsu yang tinggal)
BANYAKKAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN KERANA KITA SENDIRI TAK TAHU SAMADA KITA AKAN KETEMU DENGAN RAMADHAN PADA TAHUN HADAPAN ATAU TIDAK.
JAGA-JAGA DI JALANRAYA KETIKA PULANG KE KAMPUNG
.

Dan..ingatlah selalu....

DO U KNOW WHAT?
ALLAH IS WATCHING YOU~

Wassalam. MySpace

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)