Again...

Bismillah...

I learn it again.
Again and again.
It has came once ago and come back again.

Tanggungjawab
MELEBIHI masa yang ada. (Hasan Al-Banna)

Dahulu...
Aku merasainya kerana aku dipilih oleh makhluk bergelar manusia untuk memegang benda itu.
Sekarang
Aku merasainya kerana aku dipilih untuk Kekasih Sejatiku untuk berada di situ.
Dahulu dan sekarang...
Walaupun kepenatan yang hampir sama dirasai,
Tapi di dalam hati
Jauh berbeza perasaan yang di alami.
Kerna dulu mungkin aku laksanakan kerana manusia yang wujud disekeliling,
manusia yang menawarkan aku amanah itu untuk dipikul.
Tapi sekarang, aku laksanakan tanggungjawab ini kerana aku rasa aku perlu untuk melaksanakannya.

Kerna aku tahu jika tiada diri aku pun,
tanggungjawab ini tetap akan terpikul di bahu siapa saja.
Jadi, aku juga tidak mahu terlepas akan peluang untuk turut sama memikulnya
kerana aku tahu, walaupun kadangkala ia penat,
namun, hadiah yang bakal ku dapat , jauh di sana,
tidak dapat aku gapai kerana ia mungkin terlalu besar.

Sabarlah hati.
Meniti lah hari-hari ini dengan penuh sabar
kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat dirimu.
Kerana mereka yang terdahulu juga pernah merasa apa yang kau rasa.
Jangan kau mengeluh akan ia.
Jangan sekali-kali kau cuba menoleh ke belakang.
Kerana perjalanan itu masih jauh.
Jangan mengeluh.
Jangan sesekali mengeluh!
Yosh!

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)