Komen2...

Bismillah...

Kali ini,teringin nak komen2 tentang artikel yang di post di palestinkini...
Baca yer...
Teringin sangat nak berkongsi
SATU...ONE...ICHI...一


Kalian perasan tak satu persamaan pada semua gambar di atas ni?
MasyaAllah..Allah Yang Maha Besar..Maha Berkuasa...
Mereka sedang tersenyum wahai kalian semua...
Mereka sedang tersenyum walaupun mati dibedil dek roket dan senjata askar2 Israel laknatullah...
Mereka sedang tersenyum mengejar syurga...
Ya Allah...
pertama kali tika aku melihat gambar2 ini..terus aku mengucapkan istighfar kepada Allah..astaghfurllah alazim..besarnya kuasa Dia..cemburunya aku kepada mereka...
aku juga mahu tersenyum gembira seperti mereka...tersenyum kerana syahid di jalanMu menegakkan agamaMu...mengejar syurgaMu ya ALlah...
cemburu..sangatlah cemburu aku pada mereka..
DUA...TWO...NI...二
Selasa, 10/02/2009 - Seorang tentera Brigade Al-Quds, telah syahid dalam satu operasi bersama Birged Jihad Jibril di Bet Hanun. Dalam kejadian itu, Rafiq Kafaronah yang berusia 22 tahun syahid ketika bertempur. Ketika itu pesawat Zionis-Israel telah melepaskan 2 buah roket dan terkena tepat ke arah para pejuang. Sebelum daripada itu, mereka sedang membalas tembakan dengan Zionis-Israel.
Dalam pada itu, Brigade Al-Quds menegaskan, pihaknya akan meneruskan amaliah jihadiyahnya.
Seorang lagi syahid...syahid ketika berumur 22 tahun...
Ya Allah...seronoknya engkau wahai saudara..tika umurmu 22 tahun..engkau telah mampu berbakti kepada agamamu Islam...syahid demi agamamu,agama kita..ISLAM...
cemburunya aku padamu...
di mana aku tika itu?..di manakah aku tika umurku hampir sebaya denganmu...
engkau hanya tua setahun daripadaku..tapi kau...telah berjaya mendapat matlamat hidupmu dan syahid dengan matlamatmu sebagai seorang muslim yang menegakkan agamaNya...
masyaAllah...hebatnya engkau wahai saudara semuslimku...
Di manakah aku 20 tahun yang lepas....ya Allah...aku menyesali segala kesilapanku padamu yang lalu...ampunilah aku ya Allah..kau tetapkanlah hatiku ini untuk terus berjuang di jalanMu ya Allah...
TIGA...THREE...SAN...三
Selasa, 10/02/2009 - Banyak bantahan dilaporkan daripada Pegawai Bandar, para penduduk dan Peguam Negara terhadap wakil rakyat bandar Arab Israel, Umm al-Fahm Baruch Marzel, yang merupakan ahli politik Israel dan peneroka yang telah menggunakan kedudukannya untuk mengapi-apikan sentimen anti Palestin antara golongan berhaluan kanan Yahudi di Israel.
Baru-baru ini beliau memohon permit untuk mengadakan perhimpunan di Umm Al Fahm dengan partinya, National Yahudi Front, dan anggota lain dalam golongan ekstrem berhaluan kanan itu. Bandar Umm Al Fahm telah berlaku pertempuran antara pelampau puak berhaluan kanan Israel dan penduduk Arab Palestin di mana mereka adalah penduduk asal kawasan tersebut dan kekal di situ walaupun banyak percubaan oleh tentera Israel untuk menghapuskan etnik mereka. Kerajaan Israel telah membenarkan permit perhimpunan itu tetapi berkata ia mesti ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya pada Februari ke-10.

Hebat2..sangat hebat..apa yang ingin aku beritahu di sini ialah mengenai statement yang di hitamkan di atas..
Hebat kan mereka?...walaupun sudah berkali2 cubaan dilakukan ke atas mereka..dan sudah tentulah cubaan2 itu adalah seperti menyekat ekonomi,seksaan dan yang sewaktu dengannya,namun..mereka tetap mempertahankan kawasan tempat tinggal mereka.bererti mempertahankan sebahagian Palestin.masyaAllah...hebatnya mereka...
kalau nak di kaitkan dengan kejadian semasa sekarang,samalah seperti semangat pihak kerajaanvspembangkang yang mahu mempertahankan Perak...dengan semangat saudara2 kita di Palestin yang ingin mempertahankan Palestin walaupun sejengkal daripada dicerobohi oleh Israel laknatullah itu...dapat bayangkan tak semangat itu?...
malah..mungkin semangat mereka di Palestin itu jauh lebih besar..lebih mulia...lebih baik daripada isu yang saya nyatakan tadi...wallahualam...

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)