Assalamualaikum..
petikan ini saya dapat daripada seorang akhwat melalui emel.ingin dikongsikan kepada semua yang bergelar duat...
Rancaknya sume bincang2..saya mencelah sikit ye..share nukilan hati seorang akhawat sikit.simple tapi ada point best disini.Hati ooo Hati...
SOALNYA HATI..
Tanya pada Hati..Kerana soalnya pada Hati..
Suasana pagi tadi, walaupun nampak enteng, iaitu berhadapan dengan kanak-kanak, namun ia membawa pengajaran yang besar bagi diri ini dalam berurusan dengan manusia yang bermacam kerenah dan hati yang sukar ditelah.
Kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga emas ..tidak mengira sesiapa sahaja.
Manusia. Manusia punya Hati dan Perasaan.
Bukan subjek mudah untuk difahami.
Melibatkan diri dalam dakwah dan tarbiyah mengheret saya untuk mencerna lebih banyak bahan bacaan sebagai wadah memperbaiki kedaifan ilmu.
At Thariq Ila Qulub- Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As- Sisi.<=buku. Satu lagi buku yang benar-benar menyentuh hati.Ditulis oleh anak didik generasi pertama Imam Al Banna, Syaikh Abbas Hassan As Sisi merupakan tokoh daie yang mempunyai pengetahuan yang dalam tentang rahsia hati. Saya betul-betul terkesan dengan pembawaan buku ini. Kandungannya benar-benar mencerminkan beberapa contoh peribadi murabbi ulung dalam arena dakwah ; antaranya Rasullah SAW dan Imam As Syahid Hassan Al Banna. Buku ini banyak membedah sifat kerendahan hati nurani seorang Murabbi - mengambil contoh- Imam Hassan al Banna, yang bukan sahaja dicintai oleh pejuang setia Ikhwanul Muslimin ( dan juga umat Islam hingga ke hari ini) tetapi juga digeruni dan dihormati oleh musuh. Jika saya dapat kongsikan perwatakan unggul seorang daie yang cemerlang di sini, Imam Assyahid Hassan Al Banna mempunyai akal dan ingatan yang amat tajam disulami hati yang amat lembut dan pengasih. Beliau mempunyai aura yang tersendiri untuk memikat hati-hati mad’u.
Ustaz Hassan Al Banna berjabat dengan pemuda-pemuda itu dan menyebut beberapa nama mereka. Tatkala ditanya beliau tentang bagaimana beliau bisa mengenal nama-nama tersebut, beliau menjawab, ” Ketika saya menandatangani kad anggota pramuka, saya menghafal nama yang tertera dan raut wajahnya,”.
Pada ketika itu, siapa yang tidak kenal dengan Al Banna? Dakwahnya menyinari segenap hati manusia ketika itu. Beliau tegar melaksanakan tugas dakwah, mengembara dari bandar hinggalah ke ceruk kampung. Menurut anaknya menerusi buku Cinta di Rumah Hassan Al Banna, walaupun Assyahid Al Banna keluar seawal pagi dan kembali semula ke rumah lewat malam demi melunaskan tanggungjawab sebagai pewaris nabi, beliau tidak pernah lesu dalam gerakan dakwahnya.
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.
Ketahuilah dalam setiap jasad, ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, maka rosak binasalah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
Maka, tidak mudah untuk “menakluk pusat pemerintahan” itu jika para duat tidak membuat persediaan yang ampuh dari sudut persediaan hati.
Hati para duat itu sendiri perlu dibentuk dengan acuan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Daripada anasir Hidayah, Rasulullah menakluk negeri-negeri Taghut.
Di jalan itulah, Rasulullah meletakkan sistem Dakwahnya.
0 comments:
Post a Comment