Showing posts with label ~derita Palestin~. Show all posts
Showing posts with label ~derita Palestin~. Show all posts

Komen2...

Bismillah...

Kali ini,teringin nak komen2 tentang artikel yang di post di palestinkini...
Baca yer...
Teringin sangat nak berkongsi
SATU...ONE...ICHI...一


Kalian perasan tak satu persamaan pada semua gambar di atas ni?
MasyaAllah..Allah Yang Maha Besar..Maha Berkuasa...
Mereka sedang tersenyum wahai kalian semua...
Mereka sedang tersenyum walaupun mati dibedil dek roket dan senjata askar2 Israel laknatullah...
Mereka sedang tersenyum mengejar syurga...
Ya Allah...
pertama kali tika aku melihat gambar2 ini..terus aku mengucapkan istighfar kepada Allah..astaghfurllah alazim..besarnya kuasa Dia..cemburunya aku kepada mereka...
aku juga mahu tersenyum gembira seperti mereka...tersenyum kerana syahid di jalanMu menegakkan agamaMu...mengejar syurgaMu ya ALlah...
cemburu..sangatlah cemburu aku pada mereka..
DUA...TWO...NI...二
Selasa, 10/02/2009 - Seorang tentera Brigade Al-Quds, telah syahid dalam satu operasi bersama Birged Jihad Jibril di Bet Hanun. Dalam kejadian itu, Rafiq Kafaronah yang berusia 22 tahun syahid ketika bertempur. Ketika itu pesawat Zionis-Israel telah melepaskan 2 buah roket dan terkena tepat ke arah para pejuang. Sebelum daripada itu, mereka sedang membalas tembakan dengan Zionis-Israel.
Dalam pada itu, Brigade Al-Quds menegaskan, pihaknya akan meneruskan amaliah jihadiyahnya.
Seorang lagi syahid...syahid ketika berumur 22 tahun...
Ya Allah...seronoknya engkau wahai saudara..tika umurmu 22 tahun..engkau telah mampu berbakti kepada agamamu Islam...syahid demi agamamu,agama kita..ISLAM...
cemburunya aku padamu...
di mana aku tika itu?..di manakah aku tika umurku hampir sebaya denganmu...
engkau hanya tua setahun daripadaku..tapi kau...telah berjaya mendapat matlamat hidupmu dan syahid dengan matlamatmu sebagai seorang muslim yang menegakkan agamaNya...
masyaAllah...hebatnya engkau wahai saudara semuslimku...
Di manakah aku 20 tahun yang lepas....ya Allah...aku menyesali segala kesilapanku padamu yang lalu...ampunilah aku ya Allah..kau tetapkanlah hatiku ini untuk terus berjuang di jalanMu ya Allah...
TIGA...THREE...SAN...三
Selasa, 10/02/2009 - Banyak bantahan dilaporkan daripada Pegawai Bandar, para penduduk dan Peguam Negara terhadap wakil rakyat bandar Arab Israel, Umm al-Fahm Baruch Marzel, yang merupakan ahli politik Israel dan peneroka yang telah menggunakan kedudukannya untuk mengapi-apikan sentimen anti Palestin antara golongan berhaluan kanan Yahudi di Israel.
Baru-baru ini beliau memohon permit untuk mengadakan perhimpunan di Umm Al Fahm dengan partinya, National Yahudi Front, dan anggota lain dalam golongan ekstrem berhaluan kanan itu. Bandar Umm Al Fahm telah berlaku pertempuran antara pelampau puak berhaluan kanan Israel dan penduduk Arab Palestin di mana mereka adalah penduduk asal kawasan tersebut dan kekal di situ walaupun banyak percubaan oleh tentera Israel untuk menghapuskan etnik mereka. Kerajaan Israel telah membenarkan permit perhimpunan itu tetapi berkata ia mesti ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya pada Februari ke-10.

Hebat2..sangat hebat..apa yang ingin aku beritahu di sini ialah mengenai statement yang di hitamkan di atas..
Hebat kan mereka?...walaupun sudah berkali2 cubaan dilakukan ke atas mereka..dan sudah tentulah cubaan2 itu adalah seperti menyekat ekonomi,seksaan dan yang sewaktu dengannya,namun..mereka tetap mempertahankan kawasan tempat tinggal mereka.bererti mempertahankan sebahagian Palestin.masyaAllah...hebatnya mereka...
kalau nak di kaitkan dengan kejadian semasa sekarang,samalah seperti semangat pihak kerajaanvspembangkang yang mahu mempertahankan Perak...dengan semangat saudara2 kita di Palestin yang ingin mempertahankan Palestin walaupun sejengkal daripada dicerobohi oleh Israel laknatullah itu...dapat bayangkan tak semangat itu?...
malah..mungkin semangat mereka di Palestin itu jauh lebih besar..lebih mulia...lebih baik daripada isu yang saya nyatakan tadi...wallahualam...

Kesedihan Nabi...

Terpanggil seketika aku untuk menyambung catatan di sini walaupun baru je post kan catatan terbaru di bawah ni..tak kesahla..rasa ingin berkongsi dengan sahabat2 yang menggunung tinggi.
Walaupun catatan ni hanyalah sekadar komen oleh seorang pembaca di lamanweb iluvislam,tapi ia membuatkan aku begitu tertarik dengan ayatnya.
Kalau nak tahu komen ni datang dari post yang mana satu di iluvislam tu,rajinkan tangan anda untuk klik ini...
Inilah ia...

***********************************************************************************

Apa yang Nabi sedih... itulah yang menjadikan saya belajar untuk sedih... adakah tuan-tuan tahu apa yang Nabi.. sedih..

Suatu ketika ... Nabi cium leher dan kucup bibir cucu kesayangannya....Husin dan Hasan..
Siti Fatimah tanya... sebab hairan .... kenapa ayahanda berbuat demikian, Nabi bagitau anaknya Fatimah... sesungguhnya anaknya seorang akan mati diracun dan seorang lagi akan dipenggal lehernya... Apakah naluri seorang ibu... tentu sedih dengar perkabaran demikian... tambahan pula daripada mulut seorang nabi... dah tentu perkara tersebut benar berlaku... memohon anaknya Fatimah agar bapanya mendoakan anaknya selamat... Nabi tak berdoa... untuk itu.. malah menyabarkan Fatimah...

Pernah suatu ketika ALI r.a. pergi berdakwah dan tak pulang-pulang...Siti Fatimah tak bangun-bangun... dan Hasan dan husin menangis...
Apa kata Nabi... bersabarlah...wahai anakku Siti Fatimah...Nabi tak kisah soal kehidupan seksa di dunia nie... dan tak pula marah Saidina ALi biarkan anak kesayangannya begitu...
Apakah yang Nabi sedihkan...?

Nabi sedihkan soal solat umatnya... seperti jemaah yang ada disempadan...
sering ditanya oleh Askar Israel... berapa banyak orang sembahyang subuh di masjid...dan berapa ramai orang sembahyang Jumaat...Askar Israel ambil statistik berhubung perkara tersebut...Mereka ahli kitab. dan telah kaji kehidupan sahabat nabi... yang kuat iman mereka...Kisah kunci baitul maqadis... bagaimana sifat sahabat..dan mereka orang Yahudi berikrar selagi orang Islam macam sahabat aku tak akan ganggu mereka... Sahabat lalui kawasan dimana orang yahudi buat muslihat letak perempuan jelitawan dan berbogel kiri kanan dan ditaburkan pula emas dan permata...IMAN SAHABAT kuat kepada ALLAH... tiada permata satu pun yang hilang... perempuan tersebut kata sahabat nabi macam KAYU... tak bernafsu...walhal mereka bernafsu kepada KEHENDAK ALLAH DAN RASUL... Saidina Umar lihat kekuatan orang ISLAM melalui Masjid...HATI bagi Sesebuah kampung atau tempat... iaitu MASJID... kalau saf tak rapat bahu dengan bahu dan kedudukan tumit tak sama jarak...maka kampung tersebut belum agar persefahaman antara satu sama lain... dan juga kurang dan ramainya orang sembahyang di masjid...
Sebab itu orang ISRAIL ambil statistik demikian untuk melihat sama ada orang ISLAM kuat atau tidak... ORang ISrail akan rasa gentar sekiranya orang ISLAM jaga sembahyang di masjid bagi lelaki... setiap waktu...


Seperti Jemaah Singapura masuk ke ISRAIL... pihak ISRAIL tanya .. apa tujuan datang kemari...Jawab Jemaah.. untuk jumpa orang ISLAM di sini...
Ada apa tujuan lagi... dan apa maksud nak jumpa...

Kata jemaah ...kami nak bagitau mereka tentang sifat yang unggul para sahabat..walaupun sahabat ada banyak sifat , mereka ada beberapa sifat (unggul) yang sama pada setiap diri para sahabat . Iaitu
1. Lailahaillah & Muhammadarasulullah. - Yakin yang ALLAH berkuasa Makhluk tiada kuasa
2. Sembahyang Khusuk dan Khuduk.
3. Ilmu dan Zikir - Fadail, Masail (Feqah), doa masnun... zikir khusus...
4. Ikramuslimin
5. Ikhlas..

Kemudian jemaah diam...
Orang Israel tanya ada lagi tak...

Jemaah diam
Orang Israel bagi tahu ada lagi sifat unggul yang ada pada sahabat...iaitu

6. Dakwah dan Tabligh...


Terdiam jemaah...

Kemudian orang Israil bagi tahu... kalau nak ambil baitul Maqadis ini... suruh seluruh umat Islam penuhkan dahulu masjid pada setiap kali sembahyang... jangan sembahyang Jumaat je penuh... dan sembahyang subuh sikit je orang sembah ALLAH... macamana nak kuat.... yakin pada asbab....
Sedih Nabi kat mana.. dan sedih kita dan tuan-tuan kat mana? Zahir je ke.. atau dihuruf 'TA"


***********************************************************************************

Itulah ia...
Harapnya kita merenungkannya dan mengambil iktibar insyaAllah...
wallahualam...

Amanat As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa arab telah berkata :


“ tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?


Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ( lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku ( yang perlahan ini ) .

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan ( kerusi roda ) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan .


Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadapa kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan ( daripada kalangan kalian ) yang bangkit menentang musuh-musuh allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yangn dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas… tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.


Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian. Tidak malukah Negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringkan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokok-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:


“ ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!”


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami , wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.


Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian ( menyerah ). biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada`.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian . kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi allah , jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”


“ Ya Allah kami mengadu kepadaMu … kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada ornag-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Enkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan meyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa , kanak-kanak yang diyatimkan , wanita-wanita yang dijandakan , ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan , tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan ( umat ) kami, berpecahnya perpaduan kami , berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami , betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami… “


RENUNGKANLAH WAHAI SAUDARAKU………

Bagaimanakah mereka?

Ketika berada dalam kesejukan ini...
teringat aku seketika pada saudara2 seakidah seagamaku Islam di Palestin sana yang sedang berperang mempertahankan tanah Palestin dan Islam...
sejuk aku di sini masih lagi dapat dikurangkan dengan hangatnya derungan angin panas yang keluar daripada danbou(heater) dalam bilikku ini...
namun..sejuknya mereka...di tengah2 padang mungkin..dengan ketiadaan bekalan pakaian yang cukup...hanya Allah sahaja yang mengetahui...bagaimanakah mereka?...

Laparnya aku di sini dapat dikenyangkan dengan bekalan makanan yang agak mencukupi...
namun,laparnya mereka di sana....tidak dapat ku bayangkan...bagaimanakah mereka?...

Lenanya kanak2 di tempat lain tidur mungkin kadangkala dikejutkan dengan igauan kecil akibat terlalu penat bermain tika siang hari..
namun,kanak2 di Palestin sana..bukan sahaja igauan..malah mungkin tidur mereka pun tidak pernah lena....akibat bedilan2 peluru dan roket di merata tempat...
ya Allah..bagaimanakah mereka?...

Cukupkah???

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

munkaran

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Bismillah...
hari ke 16..hampir 897 orang telah syahid di Palestin..klik disini...
tiada kata mampu ku ucapkan...
cukupkah dengan doa kita?...cara terakhir untuk membantu adalah dengan berdoa...setiap hari kita berdoa..setiap hari jugalah berbelas2 orang menemui ajal mereka...mesti kita tertanya2 di manakah pertolongan Allah itu...
Pertolongan Allah itu semestinya sesuatu yang pasti...
tapi Allah sekarang sedang menanti kita sebagai umat Islam..yang mempunyai bilangan yang sangat ramai untuk turut sama mempunyai perasaan berjuang bersama mujahid2 di Palestin...

“Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”.
Rasulullah S.A.W menjawab, “bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”.
Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah
al-wahan itu ?"
Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”
(Hadis riwayat Abu Daud daripada Sauban)

Mahukah kita Allah tanamkan dalam hati kita penyakit wahan itu?nauzubillah himinzalik...
ya..memang doalah senjata kita..selemah2 iman adalah dengan berdoa di dalam hati..
namun, dengan akal fikiran yang jauh lebih bijak daripada makhluk lain yang telah Allah anugerahkan..kita lebih daripada mampu untuk berfikir pelbagai lagi cara lain bagi membantu saudara2 kita yang sedang berjuang menegakkan Islam di Palestin sana.

>>>mendermalah bagi sesiapa yang mampu.
Ingatlah,wang itu boleh di cari.Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap hamba2Nya.
Namun,maruah Islam itu lebih daripada segala2nya.
>>>tulislah di blog2 atau di mana2 yang dirasakan ramai orang akan membacanya dan akan menimbulkan kesedaran pada setiap hati yang membacanya.
>>>boikotlah apa sahaja barangan keluaran syarikat2 Israel, Amerika Syarikat dan sekutu2nya.
Jangan kau kata kau tidak mampu hidup tanpa mcdonald,tanpa kfc.Jangan kau kata hidupmu sehari sunyi tanpa menghirup cocacola.
Pelbagai nikmat makanan dan minuman telah Allah anugerahkan.pilihlah mana yang kau suka tapi jangan kau pilih barangan2 kuffar itu sedangkan terdapat banyak pengganti barangan2 itu di pasaran sana.
Ingatlah bahawa satu sen yang kau sumbangkan kepada barangan2 keluaran Israel&AS ini menyumbang kepada satu peluru yang akan menembusi tubuh2 tidak berdosa saudara2 seIslammu di Palestin sana.
Ingatlah bahawa kau secara tidak langsung telah turut sama membunuh saudara2mu di sana tanpa kau sedari jika kau terus-menerus menggunakan barangan2 mereka.
>>>sebarkanlah dengan perkataan yang keluar daripada mulutmu samada ceramah atau perbualan biasa bersama2 rakan2mu.
Peringatkanlah rakan2mu dan juga dirimu mengenai situasi yang sedang berlaku sekarang.

Terkedu ku membaca secebis petikan oleh wartawan yang telah pergi ke Bumi Palestin itu ketika menemubual salah seorang pejuang di sana.
Katanya,pulanglah kau ke tanah airmu dan didiklah anak2 bangsamu dengan baik agar jika kami sudah tiada satu hari nanti,merekalah yang menjadi pengganti kami memperjuangkan Islam ini.

Syahdu pabila terbaca petikan itu.
Dan,ada beberapa mesej dari website palestinkini.info yang menarik perhatianku...
  • brigadealqasam : mujahideen tidakmmrlukan apa2 dr anda...tp persediaan anda utk mnggantikan lapisan mujahideen sedia ada adalah wajib...
  • brigadealqasam : kepada anda yang menamakan diri anda dengan apa shj name, ingatan, persiap siagakan dirimu dgn kelngkapan ilmu, iman yang jitu utk bhdapan dgn situasi
Dan.cara yang terakhir..>>> didiklah anak2mu wahai saudara2 seakidahku agar mereka yang bakal membesar dan bakal lahir itu akan menjadi seorang pejuang agama yang kuat,digeruni ramai.
Jangan kau hanyutkan anak2mu sendiri dengan belaian hedonisme yang semakin membunuh jiwa2 muda pada ketika ini.
Ingatlah bahawa kita adalah umat akhir zaman.tidak akan ada orang lain yang akan mempertahankan Islam melainkan diri kita sendiri...
Kejayaan Islam pada masa hadapan terletak pada generasi masa kini...
Ingatlah wahai saudara2ku..Allah akan menyoalmu tentang tanggungjawabmu tika di dunia di akhirat kelak.....Bangunlah!Bangkitlah dari lena tidurmu!...


Bayangkan....

VERSI BAHASA MELAYU

VERSI BAHASA INGGERIS

Penerangan : Gambar di atas adalah pemplate yang boleh dilipat 3.sudilah kiranya bagi para pembaca yang membaca post ini memprintkan dan menyebarkan ia kepada seramai mungkin.jangan lupa untuk melipatnya.tampallah di mana2 yang anda rasa dapat dilihat oleh masyarakat sekeliling anda.
Namun,jika ada yang tidak berkeinginan untuk memprintkan,sudilah kiranya disampaikan pada orang lain.Tapi,kalau print lagi baik la rasanya.Terserah jika ada mana2 pihak yang berkeinginan untuk mengeditnya.
Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu mereka di Palestin sana dalam berperang menentang musuh2 agama kita yakni Islam.ALLAHUAKBAR!!!

Bayangkan...
jika ada satu bedilan bom sedang menghampiri rumah kita...
hanya dalam beberapa saat badan kita akan berkecai...
Bayangkan
sekiranya luka terhiris pisau pun sudah terasa sakit...
inikan sakit terkena bedilan peluru atau bom
dari musuh2 kuffar yang sedang menentang Islam.....

Bayangkan
anak2mu atau adik2mu atau kakak2mu atau abang2mu
menjerit meminta tolong...
"Tolong!selamatkan kami!...mak...sakit...."
Innalillah wainna ilaihirajiun...
Terbujur kaku di jalan itu tanpa ada belas kasihan pertolongan dihulurkan...

Cuba kau bayangkan......
andai sekiranya jika kau tidak makan sehari..
sudah terasa pedih benar perutmu...
inikan mereka di Palestin...
yang sudah berbulan2 tidak makan atau tidak cukup makan...
tambah pula keadaan cuaca yang sangat teruk dan kesakitan fizikal dan mental...
Apa kau dapat rasakan apa yang mereka rasai?!
Tidak....
kau takkan mampu rasakannya...
bagi kau.....
kesakitan..kepedihan itu akan dirasai jika ia berada di depan mata...
jadi...cubalah kau pergi ke dapur...ambil pisau yang kau rasa paling tajam
dan kelarkan tanganmu..
apa akan kau rasa?
adakah kau mampu lagi ketawa menahan kesakitan?!

Bayangkan...
jika ada orang yang ingin mengambil barangmu sekecil pemadam pun,kau akan memarahinya...
inikan pula sebesar tanah yang memang sudah Allah janjikan ianya untuk umat Islam...
yakni PALESTIN!!!
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa sekecil pemadam itu adalah milikmu
Allah tidak pernah dan takkan pernah berkata demikian...
masakan kau sanggup memberi tanah milik umat Islam itu kepada orang lain..
sanggupkah kau?tergamakkah kau?
sedangkan jika ada orang yang tidak dikenali masuk kerumahmu sudah kau marah,inikan pula yang memasuki kawasan tanah Palestin secara haram...
adakah kau hanya akan melihat dengan sebelah mata sahaja wahai manusia?

Bayangkan
jika kelak Allah menyoalmu mengenai tanggungjawabmu..terhadap agamamu Islam..
apa yang akan kau jawab?...
syurga atau neraka yang kau pilih...
Cuba kau fikirkan...
kau hidup sekarang atas titik peluh dan darah para pejuang mujahid Allah yang berjuang
mempertahankan Islam satu ketika dulu..
kau berhutang terlalu banyak dengan mereka..hutang budi..darah mereka...
kau takkan mampu membayarnya...
nah sekarang..Allah mahu melihat engkau pula menjadi mujahidNya mempertahankan Islam..
namun..di mana kau sorokkan tanganmu wahai umat Islam akhir zaman...
kau masih lagi rancak merancang dunia...
tidakkah kau merasa cemburu dengan pejuang2 di Palestin sekarang?...
mereka kini sedang mengejar syurga yang berada di depan mata meskipun mereka menderita di dunia...
tapi tidak kau..
kau hanya mahu bersukaria di dunia..tanpa kau fikirkan..
bagaimana keadaan kau setelah dicabut nyawa nanti...
bangkitlah wahai sahabat2..saudara2ku...
Allah sedang menantikan engkau...
untuk turut sama berjuang membela agamaNya...

Tidak...
aku tetap menyatakan yang kau takkan mahu membantu mereka...
selagi kau tidak melihat dengan mata kepala sendiri
bagaimana penderitaan mereka...
tapi sampai bila?sampai bila akan lahir perasaan ingin berjuang bersama mereka dalam dirimu...
sampai ketika bom dijatuhkan betul2 di atas kepalamu...

Fikirkanlah wahai saudara2 semuslim...
kau diciptakan untuk menjadi khalifah dan beribadah...
fikirkanlah...
apa yang akan kau jawab di depan Allah di akhirat kelak...

(ditujukan kepada diri sendiri dan saudara2 semuslimku...moga kita mengambil pengajaran.wallahualam...)

FREE PALESTINE!!!


ALLAHUAKBAR!!!
sebagaimana lantangnyaa khalifah2 di zaman Rasulullah S.A.W, zaman Abbasiyyah, zaman Turki Uthmaniyyah semasa berjihad berperang dengan tentera kuffar...
begitu jugalah lantang nya pejuang2 agama kita,ISLAM di palestin sekarang.cuma,laungan itu tidak dapat kita dengari..cuma bergema di Palestin sahaja.Tapi,itu tidak mustahil untuk tidak juga menjadikan kita sebahagian daripada pejuang agama.
Berjihad bukan sahaja bermaksud mati di tangan pedang malah pelbagai cara lagi.
Jika anda sayangkan saudara2 seakidahmu,seagamamu..bantulah mereka.DOA!!!BOIKOT!!!
Bangkitlah wahai umat2 akhir zaman.
Allah sedang menanti kebangkitanmu untuk agamamu Islam.
Jangan kau jadikan dirimu,diri saudaramu seorang yang rugi sebagaimana hadis Rasulullah....

Sabda Rasulullah SAW: Akan tiba masanya bahawa kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh) sebagaimana orang menghadapi makanan dalam hidangan.
Seorang Sahabat bertanya: Adakah ketika itu jumlah kami sedikit ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Bahkan jumlah kamu di waktu itu ramai tetapi kamu tak ubah seperti buih di laut.
Allah akan mencabut rasa ketakutan dari hati musuh-musuh kamu dan sebaliknya Allah akan masukkan ke dalam hati-hati kamu penyakit al wahan.
Seorang Sahabat bertanya: Apakah penyakit alwahan itu ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Iaitu cinta dunia dan takut mati.

BANGKITLAH SAUDARA2KU...

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)