Rehlah Ibaraki
Labels: ~jejalan~
I'm back
Bismillah~~~
Cak!
hehe..
buat sekelian lamanya..maaf ye kengkawan..
baru sekarang rasa nak update..tu pon sebab rasa cam kesian kat sape2 yang bukak blog ni tapi tak berupdate...hehe..sory bangat...
After a really long journey+holiday...rehlah Ibaraki+journey Jaulah to Korea+oRientation neW juniOr...and now,after a month being a 2nd year student here...although busying wif lots of omworks dat will never ends..activities+website build-up for msaj...today tonight this hour this minutes this second..i will update my bloG again...hehe...
joM jelajahi perjalanan cutiku untuk 2bulan yang lepas...leT's cHecK it oUt..^_^/
Labels: ~dingdong~
SELAMAT BERCUTI SEMUA~~~awaymode~~~
Bismillah...
Alhamdulillah..haru yasumi sudah pun bermula..
ini maknanya tak perlu nak ngadap buku dah..
hahaha...
Sekarang ni,aku berada di rumah kekawanku di gunma...
mereka sedang tidur sekarang..
gembira hati ini tatkala dapat berjumpa mereka.
yela..duduk di tempatku..tiada kawan yang sama umur sejantina yang dapat dijadikan tempat berbual......di sinilah aku melepaskan rindu,manja aku kat dorang..hahaha..
tu sebab perangai aku lain sikit kali ni..haha..maaf ye kawan2 sebab terpaksa melayan kerenah saya yang manja ini..
hehhehe...sabo jela dorang...
The next densintaion is umah kak mira semula den,going for picnic wif them insyaAllah kat odaiba...kalau jadi..
dan......seterusnya...KOREA...berjaulah korea...
semoga jaulah korea kami diberkati Allah hendaknya...dan kami semua dapat mensyukuri nikmat2 Allah sambil berjalan2 memuji kepadaNya.....insyaAllah...
So..selamat bercuti kepada semua yang bercuti ek....
Jangan jadikan cuti ini hanya sekadar gurausenda dunia,jadikan cuti ini juga bekalan buatmu di sana kelak apabila mengadap sang Pencipta dengan pengisian jasmani dan rohaniah yang berfaedah insyaAllah....
Labels: ~dingdong~
Mereka beRtiga
Alhamdulillah...alhamdulillah..dan alhamdulillah...
Alhamdulillah kepada Allah S.W.T yang telah menemukan aku dengan 3 orang adik yang aku sayangi yang membuka mindaku sebagai seorang insan biasa...
Terima kasih adik2ku...
Salah seorang adik ini adalah juniorku semasa sekolah dahulu.namanya nadiah.
Yang kedua ini pula,seorang adikku yang baru sahaja memeluk Islam...selamat datang kedalam agama Allah wahai adikku....Nur Farah Syakirah...
Dan,yang ketiga,mungkin seorang adik yang sayangku padanya makin bertambah.jangan salah faham.itu sayang seorang kakak kepada adik.bukan yang lain..hoho...
Ketiga2 mereka ini ada karakter yang berlainan.namun,ciri2 istimewa yang ada pada mereka semua cukup menyentuh hati aku. Dan aku boleh ibaratkan mereka bertiga ini sebagai logam2 yang tulen.nak tau apa dan kenapa?..teruskan membaca...scroll and scroll down...
ADIK PERTAMA...nadiah...
Banyak benar ceritanya apabila saya bertanyakan tentang sekolah dan keadaannya tempoh hari...bagaimana spm nya yang baru sahaja lepas..dengarnya,begitu susah sekali peperiksaan tersebut.terutama kimia.ye ke?..hehehe...
akk pun pernah berada di kedudukan awak sekarang.jadi,akak faham apa yang awak rasa.mana ada belajar senang.ye tak?even nak goreng kacang pun susah,inikan nak exam.mestilah lagi susah.hehehe...
tapi..ketahuilah wahai adikku.itu hanya ujian kecil yang Allah turunkan kepadamu,kepada akak dan kepada sesiapa sahaja yang bergelar pelajar.Allah ingin menguji bagaimana keadaan dirimu,fizikalmu,mentalmu mengendalikan situasi genting seperti itu. kita dilahirkan dalam keadaan akal kita masih kosong dan suci bersih,tidak tahu apa satu pun mengenai dunia ini.namun,kita jugalah yang diberi tanggungjawab untuk membentuk diri kita sendiri.sama ada mahu menjadi seorang yang rugi atau berjaya.kita lah yang membentuk diri kita untuk menjadi seorang yang luar biasa.
Dan ketahuilah bahawa ujian itu(exam2) hanyalah sekecil2 ujian daripada Allah.
Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?
akak masih lagi ingat satu nasihat daripada Cikgu TZ ketika akak masih form5..."you are the gifted one"... kamu adalah seorang yang sangat istimewa.Allah memberi peluang kepadamu,kepada akak untuk berada di sekolah itu.sekolah yang dipandang hebat oleh masyarakat sekeliling sedangakan masih ramai di luar sana yang kurang bernasib baik untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh. Jesteru itu,bersyukurlah dengan nikmat itu wahai adikku...
awak juga banyak menceritakan kepada akak tentang sikap dirimu.akak berasa senang sekali kerana dirimu boleh bercerita tanpa segan silu.sebab yela..kadang2 ada yang macam segansilu kalau mahu bercerita dengan senior mereka.inikan seorang yang tidak pernah mereka rapat.tapi,awak lain.awak dapat bercerita secara terbuka.
akak sangat kagum dengan awak.kerana pada usia baru belasan tahun,awak mempunyai daya imaginasi,pemikiran yang sangat tajam.ketahuilah adikku bahawa kau adalah logam yang sangat tulen.mahu tahu kenapa?...nanti akak ceritakan. tika akak tanyakan padamu tentang fatwa mengenai kapel tempohari..akak kagum kerana awak sudah tahu lama mengenai itu.sedangkan akak sebenarnya baru sahaja tahu mengenainya. akak faham perasaanmu tika kau mengatakan bahawa orang yang tidak pernah berkapel tidak boleh menuduh yang bukan2 terhadap orang yang berkapel kerana mereka tidak tahu apa2 mengenai perasaan itu.perasaan itu bukan suatu yang boleh dikawal.pandangan mu itu memang ada benarnya dan menunjukkan pandangan seorang remaja yang masih lagi meniti usia keremajaan dalam mencari erti hidup sebenar. ketahuilah adikku bahawa hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah haram.inikan pula berkasih-kasihan sesama mereka.>>>>>>>(akak bukanlah orang yang terbaik untuk memberi nasihat tapi akak cuba menjadi yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu yang akak belajar kepadamu.)... carilah cinta Allah terlebih dahulu sebelum awak mencari cinta manusia.kerana cinta manusia itu tidak kekal tetapi cinta Allah kekal abadi.tetapkan hatimu pada Allah nescaya Allah akan mengurniakan seorang yang terbaik untukmu.
~lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya~
juga mengenai cerita mu tentang rakan2mu..ketahuilah adikku..kawan,rakan,teman,sahabat.semuanya membawa maksud yang berbeza tapi fungsinya hampir sama.sebagai seorang yang berada disisimu.mungkin hanya berada disisimu ketika suka dan mungkin hanya ketika kau berduka.namun begitu,hargailah mereka yang berada disekelilingmu sebelum mereka hilang.akak ingin sekali membawa awak bersama merasai kemanisan ukhuwah yang akak rasai sekarang.dan kemanisan mengharungi jalan2 menuju redhaNya...
ADIK KEDUA..nuFaS...
seorang yang ceria,gila2...sentiasa tersenyum.senyuman yang manis.setia pada sahabat.mengikut kata hati jika ingin berbuat sesuatu. akak begitu bersyukur kerana Allah memberikan nur hidayahNya istimewa buatmu.Ahlan wasahlan wahai adikku...Selamat datang ke dalam Islam.
Akak sangat kagum denganmu.berusaha mencari Islam yang sebenar di kala keluargamu menentang kehendakmu itu.kau katakan "...Islam masuk ke dalam hatimu..bukan dirimu masuk ke dalam Islam.."...syukur..alhamdulillah..tak semua orang mampu meluahkan fikiran seperti itu.bahkan lihatlah muslim sekarang,disebabkan diri mereka yang masuk Islam atau Islam yang di anuti adalah Islam warisan,terjadilah muslim2 tanpa Islam yang kita boleh lihat pada masa sekarang ini.paham tak ayat tu?soryla.bm akak k.o sikit.
hayatilah keindahan Islam yang kau anuti sekarang ini.agama yang syumul.yang lengkap segala keperluannya.
emm..mahu tahu kenapa akak selalu beritahu awak yang akak sangat jeles dengan awak?...emm...jeles dan sangat cemburu.
awak dikurniakan pakej yang sempurna;pelajaran yang baik,rupa yang elok.."dahlah nak fly..amik dentist lak tu..wah..hebatnya budak ni.."..tula perasaan akak apabila taw awak ni amik kos tu dan bakal fly akhir tahun ni..ke awal tahun depan?..hehehe..
plus,Allah kurniakan hidayahNya special untuk awak..menganuti agama yang syumul ini,ISLAM.lagilah jeles..hehehe..
itula antara sebab2nya..jangan perasan lak akak jeles sebab awak comel ke ape..kang dok sengih sorang2 lak...^_^
ADIK KETIGA,Lia
tertarik dengan satu post kat blog awak.so..akak dahulukan dengan komen mengenai post tersebut;ciri2 lelaki idaman awak.banyak tol syarat2nya..haha...mengalahkan diva..hehe..acah je.jangan marah..
emm..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya...rite?...so...dalam usaha mencari calon suami seperti yang kita idamkan,kita pun kenalah berusaha menjadi perempuan muslimah yang sejati gak.baru la dapat suami yang kawkaw ikut syarat2 kita...insyaAllah...ingatlah adikku..ketika kita berada dalam kandungan ibu kita selama 120hari,Allah telah menetapkan 4 perkara untuk kita sepanjang hidup kita yakni...
RezEkI+aMaLaN+BaIk buRUk kEsUDahaN+AjaL MauT..
dan..perihal jodoh itu termasuk dalam rezeki..yang telah pun di tetapkan Allah.
apa yang Allah tetapkan...itulah yang akan terjadi.ia tidak akan sekali2 berubah atau di ubah.
jadi,apa yang perlu dan penting kita buat sekarang ialah mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.insyaAllah...
ok..habis da mengomen..kan panjang tu...hehe.
adik bernama lia ni sangat istimewa tau.kalau korang nak tau.sebab dia banyak cakap.hahah...tak de lah.istimewa sebab aku rasakan dia ni sangat istimewalah.
dia banyak bercakap sebab dia banyak berfikir.dia bercakap berdasarkan apa yang dia rasa dan apa yang dia fikir.takkan nak diamkan aje apa yang kita berfikir tanpa bercakap dan berkongsi dengan orang lain kan?...
kagumlah dengan awak.sebab awak banyak berfikir.rajin membaca pun.haha...akak ni malas sikit membaca.mengira2 sukalah.
kagum kerana pada usia mentah sebegini,awak da mampu berfikir dan mengutarakan buah2 fikiran yang hebat2.bravo2!haha...alhamdulillah..syukurlah pada Allah ye dik.
bertambah umur seseorang,maka bertambahlah pengalaman dalam dirinya dan kehidupannya.dan dengan pengalaman itulah yang mengajar kita mengenali kehidupan sebenar dengan lebih dekat.kehidupan yang hanya dipinjamkan cume sementara kepada kita.
Justeru,timbalah pengalamanmu sebanyak mungkin selama engkau masih di beri peluang bernafas di dunia ini.
actually ada banyak nak tulis tapi tak keluar lak idea...
takpelah..takat itu je kot.
SETULEN LOGAM

Labels: ~perkongsian bersama~
Kuih Sagu~~~
Labels: ~resipi~
Cheessy cheese cake~~~
***susu dan jus lemon tu,kalau tak ikut sukatan pun takpe.better sambil buat/adun,sambil rasa kot.untuk mendapatkan rasa yang korang suka.
Labels: ~resipi~
PeNgaLamaN+eXpeRieNce+kEikeN
PEngalaMAn...ooo..PengalamAn...
ada satu pengalaman yang best aku nak kongsi..
pengalaman berada di luar negara...
bukan pengalaman pergi jalan2 la...sebab yang tu konpemla perkara yang wajib...
hehe...mestilah pengalaman belajar memAsaK...
untung jugak la dapat belajar jauh dari kampung halaman dan jauh daripada mak ayah ni sebab daripada situ,kita akan belajar tersangat banyakla benda baru terutamanya pengalaman masak sendiri.aku rasa kalau aku tak datang sini,tak ada nya reti nak masak.kekekke...
tak de la xreti langsung before datang sini.cuma bila datang sini,dapatla mengasah bakat2 memasak tu..cheewah...betol..xcaya try la..untuk adik2 yang berada di luar sana..serius r cakap..baik korang struggle elok2 dan apply untuk belajar oversea.try je.mana taw nasib korang baik dapat belajar luar negara.belajar culture,cara hidup masyarakat luar tu of course la ada...selain tu..korang boleh belajar masak2...fuuhh..bangga taw bila orang cakap masakan kita sedap..cheewah...bukanla nak riak..cuma nak courage korang untuk mai ramai2 belajar kat luar negara..dapat banggakan makayah tu dah konfemla..dapat banggakan agama,bangsa dan negara lagi...
hehe..xde pape pon nak cakap kali ni..just nak nasihat tu je..dan..nak tunjuk la hasil kerja ku...main campak2 dan gaul..hahhaah... Ini adalah cheesy cheese cake 1st aku buat..pernah je buat sebelum ni..cuma tyme tu ada pertolongan senpai..macam xrase buat sendiri.yang ni memang betol2 aku buat..
sedap taw...kekeke....memang cheesy gile2 punyer...
Ini lak kuih sagu..haha..sukat ikut suka hati je walaupun ada resepi...alhamdulillah..at last jadi jugak..keke... Kuih sagu dalam pinggan paling kiri sekali aku yang buat dan jangan xcaya,yang 2 pinggan lagi sebelah aku tu,budak laki yang buat diketuai oleh razuan.laki pun boleh je survive kalau da duduk jauh dengan family.ngada je xmaw belajar masak.so,kalau nak suruh budak lelaki masak,paksa je dorang.sebab bukan dorang tak pandai masak,malas je kot.haha...sebab da ada perempuan,buat ape nak blaja masak datte..reason yang biasanya la...
yang dalam talam tu,burger malaysia yang dibuat di jepun.by kak rahmah...sedap wooo...
yang sebelah tu lak,lasagna by kak raihana..pun sedap...
dan yang hujung sekali tu,puding coklat by kak ema.pun pun sedap...
hoho..kena masak ni pun sebab nak penuhi permintaan senpai yang nak balik malaysia tahun ni.sobsobsob...8 orang semuanya..so...8 menu yang berbeza la..huhuuu...
nasi kerabu,kari kepala ikan,lasagna,cheesy cheese cake,kuih sagu,puding coklat,burger malaysia dan chicken chop...fuuhh...soubetsukai yang best la...waaupun kena masak macam2...
for senpai yang nak balik,aku ucapkan ribuan terima kasih kerana banyak mengajar aku menjadi manusia yang berguna sikit dan ajar banyak pengalamn hidup.soory gak jika ada terkasar bahasa,tersilap perbuatan.ketahuilah kalian bahawa kohaimu ini tersangat la menyayangi kalian..hehehhe....kalau dapat kerja yang best dan gaji yang best,jangan lupakan kitorang yang still tertinggal kat sini.kumpul duit banyak2 dan jangan lupa belanja kami nanti..hehhe...
kepada yang belum kahwin..nanti kahwin jangan lupa jemput naaa especially kak aida..kekeke....
sekian.....(last paper tomorrow).....
kalau sape2 nak resipi,bagitau la yer..hehhe...
kohai=junior
senpai=senior
datte=just ngada2 nak letak walaupun ada je maksudnya...hehe...
Labels: ~ceritera sukesuki~ , ~makan-makan~
