Showing posts with label ~bahasajepundesu~. Show all posts
Showing posts with label ~bahasajepundesu~. Show all posts

今の仕事は延ばしてしないで!

Bismillah...

Jom belajar bahasa jepun lagi..yeay!..hehe...

Kali ini,aku terdengar seorang sensei aku sebut time nak habis kelas...

今の仕事は延ばしてしないで!
ima no shigoto ha nobashite shinaide!
maksudnya: kerja sekarang jangan ditangguh-tangguh...

mai belajar satu persatu maksud perkataan tu...

今 : ima
maksudnya : sekarang

仕事 : shigoto
maksudnya : kerja

延ばして :nobashite.... rootwordnya ialah 延ばす : nobasu
maksudnya : panjangkan atau lengahkan atau tangguhkan atau yang sewaktu dengannya

しないで : jangan!...
kalau ayat yang sebetulnya ialah しないでください : shinaidekudasai.tapi,boleh dipendekkan menjadi shinaide kerana ia just ayat suruhan,so sukahati la nak panjangkan perkataan tu atau pendekkan.ia adalah kata kerja dalam bentuk negative.

perkataan asalnya ialah する : suru.ia adalah sejenis kata kerja.bukan makanan ye.yang ini adalah kata kerja dalam bentuk positive.
jika dijadikan ayat arahan ala2 suruh orang ke..tak de la arahan mane pon..
ia akan jadi してください : shitekudasai.

kalau する : suru ni,maksudnya buat.
kalau しないで : shinaide,maksudnya jangan buat...

mengerti anak-anak?..ngehngeh...

dan..untuk の :no dan は : ha/wa pula...ianya hanyalah sekadar kata penghubung.conjunction dalam englishnya.
の :no bermaksud punya...
kalau 今の仕事 :ima no shigoto...ia akan membawa maksud, sekarang punya kerja.

wah..melampau detail la pulak..huhu...sekian sahaja pelajaran bahasa jepun kita yang kali kedua pada post kali ini.
nanti-nanti,kita belajar bahasa Arab pulak ek...
(pesanan:sapa pandai bahasa arab,tolonglah ajar saya....hehe)...

人事を尽くして、天命を待ちましょう。

Bismillah...
Menjelang nak exam ni,makin beria lak otak dan tangan ni berfikir dan nak menaip di sini...
bukan beria nak belajar...hehehhe...

apa2pun,ada sesuatu yang aku ingin kongsikan dengan kalian semua tentang satu peribahasa...peribahasa ke...macam idiom la..yang orang jepun guna...yang maksudnya..sama sahaja dengan apa yang kita sebagai orang Islam ni guna....
ianya...ialah...

人事を尽くして、天命を待ちましょう。
Jinji wo tsukushite,tenmei wo machimashou.

macam mengajar bahasa jepun lak rasa...hikhik...

人事を尽くして

人 ni bunyinya hito...maksudnya orang...
事 ni pulak bunyinya koto...maksudnya kerja...
人事 pula...bacanya jinji...ada sebutan lain jika digabungkan kedua2 nya yang dipanggil onyomi dan kunyomi.wujudnya kedua2 onyomi dan kunyomi ni bila ada mana2 tulisan kanji jepun yang menyerupai tulisan cina dan ia akan ada dua bacaan jika ia digabung dengan huruf lain atau huruf itu semata2...maaf la kalau tak faham..hehe...
maksud 人事 ni..boleh nak dikatakan..kerja manusia...

尽くして ni bacanya tsukushite...yang perkataan asalnya dalam bentuk kata kerja ialah 尽くす tsukusu...maksudnya sempurnakan..lebih kurang macam tu la maksudnya...

dan bila digabungkan kedua2nya,jadilah 人事を尽くして..jinji wo tsukushite...を wo ni hanyalah sebagai penyambung ayat atau conjunction...dan maksudnya..sempurnakan semua kerja kita...

天命を待ちましょう

天 ni bunyinya ten..maksudnya langit atau syurga...
命 ni bunyinya inochi...maksudnya kehidupan...
dan apabila digabungkan..ia dibaca 天命 tenmei...yang membawa maksud takdir...
jangan serabutkan otak anda fikirkan kenapa maksud dan bacaanya jadi lain setelah ia digabungakn sebab memang macam tu..hehe...seolah2 kehidupan ni umpama suatu takdir macam tula...

待ちましょう ni bacanya machimashou..yang asalnya daripada kata kerja 待つ matsu yang membawa maksud tunggu...

jadi,apabila digabungkan semuanya,bacaannya 天命を待ちましょう tenmei wo machimasyou.seperti biasa を wo itu hanyalah penyambung ayat.
Dan ayat ini membawa maksud serahkan semuanya kepada takdir...

人事を尽くして、天命を待ちましょう。
WHAT IS HUMANLY POSSIBLE AND LEAVE THE REST TO FATE
sempurnakan segala kerja kita dan serahkan segalanya pada takdir...

Apa kaitannya dengan Islam?

Kalau kita perasan,ayat tu sangatla mempunyai kaitan dengan ayat2 yang biasa kita guna terutama ketika menjelang peperiksaan...

"..aku serahkan semuanya kepada takdir..."
"...aku da try yang terbaik..the rest aku tawakal je kat Allah.."
"...aku da doa..da usaha...dah beriktiar..sekarang masanya untuk tawakal kepada Allah..."

D.U.I.T
Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal...

Kalu perasan la,peribahasa jepun tu juga,mengatakan sempurnakan semua kerja kita..yakni...berusaha la dulu sehabis baik...
Dan....apabila sudah berusaha bertawakallah kepada Allah..orang jepun pun...bertawakal..cuma mereka bertawakal dengan menyerahkan segalanya kepada takdir..
Tapi,bagi kita sebagai umat Islam ni,kita kenalah bertawakal kepada Allah kan..sebab hanya Allah Yang Satu yang patut menjadi tempat pergantungan kita bagi segala sesuatu...insyaAllah...
cuma disebabkan orang jepun ni tidak mempunyai pegangan agama seperti kita,maka mereka mengumpamakan yang apabila mereka selesai melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh,maka pada akhirnya,mereka akan menyerahkan ianya kepada takdir.menanti samada apa yang telah mereka lakukan itu membuahkan hasil yang baik atau tidak...begitulah hendaknya...
cuma,mungkin kita sebagai umat yang menganut agama yang sempurna yakni ISLAM ni lebih baik la rasanya daripda orang jepun kerana setelah kita berusaha kita mempunyai tempat bergantung yang terbaik.jika nak dibandingkan dengan orang jepun yang hanya bergantung kepada takdir yang hanya merupakan sesuatu yang abstrak.
At least kalau apabila kita sudah bergantung kepada Allah,kita akan merasa lebih selamat dan redha atas apa hasilnya kelak...dan boleh sentiasa panjatkan doa kepada Allah untuk memohon pertolonganNya...
macam tula hendaknya apa yang dikongsi dengan kalian...

ayat ini pun diajar kepada aku dan kawan2,batch 25th AAJ a.k.a Ambang Asuhan Jepun semasa kami bakal menghadapi peperiksaan EJU a.k.a Examination for Japanese University Admission for International Students (日本留学試験, Nihon Ryūgaku Shiken) oleh seorang pensyarah Jepun kami yang telah memeluk Islam(alhamdulillah)...da lama la dia da peluk Islam sebab da pernah pergi haji...yang bernama Prof. Jamal Watanabe Juichiro...terima kasih sensei atas tunjuk ajar sensei...semoga sensei dan keluarga sentiasa diberkati Allah insyaAllah...
Gambare!!!

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)