Mencari redhaNya dalam sisa hidup yang ada...

Bismillah.
Assalamualaikum.

Terkenang daku...
Daripada celik mataku disubuh hari sehingga tidurku kembali di malam hari,
daripada disarungkan baju oleh seorang ibu yang taat pada suami sehingga kumampu memakainya sendiri.
Daripada aku mula belajar bertatih sehingga aku mampu berjalan malah pantas berlari.
Tanpa disedari sudah tiada terkira banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan yang hadir dan pergi selari dengan perjalanan hidupku.
Semua nya datang dan pergi dalam sedar dan tidak sedarku.
Dalam usia ku yang kini meningkat 20-an, aku telah lama melangkah jauh dalam hidup ini.
Namun, benarkah telah ku pergunakan dengan baik masa lalu ku itu?
Allah...

Malaikat maut datang menjenguk ku, juga antum/na hampir 70 kali sehari.
Ada yang leka..ada yang ingat2 lupa..ada yang sentiasa teringat untuk mengingati Allah.
Tapi, bagaimana denganku?
Apa telah aku perbuat dengan usiaku ini?
Allah...

Tatkala memori dahulu menyingkap tirai masa yang berlalu, pasti akan ada air yang menitis malu membasahi pipiku.
Malu hanya kerana diri ini teringat akan nikmat yang aku kecapi pada usiaku yang dahulu.
Malu kerana aku kadang terlalai, alpa dan leka mengecapi kesenangan dunia yang hanya sementara...
Malu aku dengan Pencipta ku yang tidak pernah jemu memberikan kasih sayang, memberikan nikmat kurniaanNya pada hambaNya walaupun hambaNya acapkali terlupa akan tujuan penciptaan mereka..begitu juga aku...
Terkenangkan masa lalu..
merupakan sesuatu yang sangat perit.
Lopak hitam itu...
Allah...
Hanya Kau yang bisa mengampuni aku atas dosa-dosaku yang lalu.
Terasa kesal,terasa hiba.
Malu...malu untuk mengadap MU suatu hari nanti.
Lopak hitam itu..
jahiliyah pekat itu kadangkala membayangi aku...
Allah...
Ampunkan hambaMu ini...
aku juga teringin untuk berada di dalam syurgaMu namun terasa diri ini sangat tidak layak untuk berada di sana...
Mengapa dunia ini tidak indah sehingga membuatkan manusia seringkali alpa?
Aku merintih seorang.
Terkenang diri yang selalu sangat lupa...
Ah...bagaimana akan aku kecapi syurga Mu itu andai diri ini selalu terleka?
Ya Allah..hanya padaMu aku memohon keampunan...
Allah...

Terasa kesal tiada terhingga. Baru kini kurasai nikmat menghayati jiwa seorang hamba .
Tiada kusangka indah sebegini hidup bertuhan.
Kusangka Islam hanyalah semata-mata ibadah bagi seorang Muslim.
Namun Islam itulah cara hidup yang sebenar yang sepatutnya aku amalkan.
Ia adalah suatu sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan.
Tiada yang lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan Islam.

Namun sesungguhnya, sebahagian hati ini masih bersyukur kerana masih lagi dihujani dengan pelbagai nikmat yang dulu kusangkakan tiada bermakna.
Walaupun sebahagian besar nikmat itu telah hilang, tetapi aku bersyukur.
Kemanisan iman yang kudakapi kini tiada terbanding dari apa yang pernah kucapai.
Itulah sifat nikmat dariNYA..Sentiasa melimpah-ruah dalam melihat hambaNya yang ingkar mahupun patuh.
Bagi mereka yang tahu, syukur alhamdulillah, menjadi kata mendahului kepuasan hati seorang hamba.
Namun, tatkala nikmat itu hadir pada yang alpa, hanya kepuasan yang sementara menjadi pilihan...Terus-terusan alpa dan leka mengejar duniawi yang hanya sementara...
Jangan Kau golongkan aku di kalangan mereka yang alpa ya Allah....

Namun tiada siapa yang dapat membenarkan kata-kata penyesalanku ini melainkan mereka yang telah merasainya sendiri.
Namun, sebahagian besar yang masih belum merasainya, janganlah kau cuba menafikannya.
Gunakanlah nikmat itu sebaik-baiknya.
Kini hambamu ini kembali kepadaMu mengharapkan redhaMu.
Lalu, apakah aku bisa untuk cuba mengakui hidup sebagai hambaNYA itu yang tiada kebebasan itu adalah nikmat?
Lalu, jawapannya adalah benar...
YA! Benar!
Hati ini rela menjadi hina hidup sebagai hamba walaupun usia kini hanya seumpama telur dihujung tanduk.
Mengikut perintah tanpa membantah hanya kerana untuk memuaskan hati empunya diriku ini.
Benar juga untuk aku katakan hidup yang tiada kebebasan ini adalah sesuatu nikmat! yang tanpanya aku tiada menjadi aku...

Masih belum terlambat...
Ya ALLAH, terimalah taubatku...
Kerna aku hanya hambaMu yang penuh noda lama..penuh dosa...
yang kini kembali untuk meraih redhaMu walaupun dalam sisa-sisa hidup yang terakhir.
Kerana aku juga tak bisa tahu bilakah penghujung hidupku....
Hanya daripadaMu aku datang dan kelak hanya kepadaMu aku kembali...
Ampunkan aku atas segala dosa lalu...amin...aminn..aminnn ya Rabbal Alamin...

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu:
Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah;
dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula;
(maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(Surah AlMulk;67:15)


Wallahualam. Wassalam.

0 comments:

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)