Hilang Yang Kekal

Bismillah...

Usai solat Isyak berjemaah tadi,
aku kembali membuka Kalamullah buat sekelian kalinya.
Membaca ayat2Nya dan juga mentadabur ayat2Nya sehingga sampai pada satu ayat...

"Apa yang ada disisimu akan lenyap,
dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.
Dan Kami pasti akan memberi balasan
kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik
dari apa yang telah mereka kerjakan."
( Surah An-Nahl;16:96)


Ya. Segala yang ada disisi kita sekarang semuanya bersifat sementara.
Hatta ibu bapa yang kita sangat sayangi , satu hari nanti pasti akan kembali pada Yang Esa.
Cuma apa yang membezakan seorang Muslim yang bertaqwa atau tidak pada ketika itu,
bagaimana ia menghadapi hari2 di mana orang2 yang di sayangi kembali ke pangkuan Sang Pencipta?

Teringat perbualan bersama sahabatku tempoh hari,
"..Kalau saYang, bermakna sanggup melepaskan..."
Tak kesahlah sape manusia yang kita sayang itu, ataupun barang atau haiwan kesayangan , namun satu hari nanti kita terpaksa menerima kenyataan yang kita akan berpisah dengannya.
Mungkin berpisah kerana tiada persefahaman, cemburu atau yang lebih kekal; MATI.

Ya Allah..Kau tabahkanlah hati aku dan sahabat2ku dalam menempuhi hari2 tersebut...amiinnn...



~~~

Bismillah...

Malam ni..
tiba2 aku terasa sangat lemah...
bangun nik..
bangun...
kau harus punya jiwa seorang mujahidah.
tidak layu dek hembusan ujian yang hanya umpama angin lepas.
kau harus bangun...
bangun untuk bersama berjuang dengan rakan seperjuanganmu
menegakkan agamamu Islam.
ujian itu tarbiyah terus dari Allah.
kau harus bersedia setiap detik.
jangan mengalah sebelum berjuang.
bangun!

Ingatkah kita padanya?

Bismillah...


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.'


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
'Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
'Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.'


Dalam sehari, berapa kali kita ingat akan mati?
Sedangkan malaikat Izrail datang menjenguk kita 77 kali dalam sehari.
Renungkan~

**Thanks to cik F_M kerana sudi berkongsi ingatan ini dengan saya. Semoga Allah memberkatimu dunia,akhirat. Ukhuwah fillah~
***Selamat ulangtahun kelahiran kepada cik Aar. Semoga umurmu sentiasa diberkati Allah, rezeki jua diberkati Allah, bahagia dan berjaya dunia, akhirat. Dan semoga cecepat kahwin. Hehe. Sayang akak fillah~

Ayat-ayat yang BerAyat-Ayat

Bismillah...

Nak mulakan entry kali ni dengan komen kat post before ni dari cik A_ _ M. MySpace

yang lebih kurang camni bunyiknya.

assalamualaikum..kak nik,goodluck exam...nak2x exam pon sempat tulis bende yg bagos2x cmni....best2x!

Haha..maceh atas pujian tu. sementara je semua nye.
Allah nak uji kita ni bersYukur ke tak...oho~
jangan jadik macam akak. nak exam2 ni la syaitan suka datang suh update bloG. study nye malas..hish... pastu pergi salahkan syaitan lak padahal diri sendirik xmo sedar. Haha. jadi, jangan ikut aku taw. aku ni suka maen sikit. Hehe...

Kali ni, nak komen sikit tentang Nur Kasih episode 9. macam pernah aku bagitahu sebelum ni. Aku bukan tonton cerita tu sebab ada perasaan kasih kat tajuk die yang menunjukkan itu cerita cintan-cintun ke ape. aku tonton sebab banyak pengajaran. So, for today's pengajaran..(oh..terabur ayat..)...


Bagaimana kamu ingkar kepada Allah, padahal kamu ( tadinya ) mati,lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kembali. Kemudian kepadaNyalah kamu di kembalikan.
( Surah Al-Baqarah,2:28)

Jadi...

apa yang kita faham dari ayat kat atas tu?

Allah berkata..
Camne ko boleh ingkar kat Aku..padahal Aku la yang menghidupkan ko. dan Aku gak yang mematikan ko...
So..camne kita sebagai manusia yang diciptakan dari air mani yang begitu hina ni boleh sesuka hati je nak ingkar kat Allah...Allah suruh puasa, tak mau. konon penat..(oho..terasa..)...(tapi , aku tak tinggal puasa Ramadhan la..hehe..)
Suruh solat...xmau gak..padahal 5 waktu je pon..daripada dapat 50 waktu macam awal2 Allah perintahkan kat Rasulullah S.A.W dulu......uh...tak tahula camne....
Allah suruh amal makruf nahi mungkar...lagi suke buat mungkar dari maaruf..(oh no!)... MySpace

Hoho..jadi..apa yang kita nak sebenarnya ni?

Nak bersuka ria kat dunia ni sebab hidup hanya sekali?
Oh...
mati pun sekalik gak..pastu dibangkitkan kat alam barzakh...
tak de nak hidup semula kat dunia dah...

Jadi..camne?...

Tepuk dada..tanya iman..tapi tak kesahla kalau ada sapa2 nak tepuk meja ke..tepuk bahu kawan ke..tepuk amai2 belalang kupu2 ke..yang penting..tanya diri sendiri..tanya iman sendiri..
Apa yang kita nak kat dunia ni?....
Adakah hiburan yang melalaikan..duit yang bertimbun2 tu..akan kita bawak masuk kubur nanti?...Laenla kalau dah pesan kat sapa2 before mati, kebumikan dengan bendalah2 tu..hoho...
(..oh..ganasnya ayat aku..sory ye..)...

Jom kita tengok satu analogi ni...
Contohla..misal la...
Kita cipta satu robot...cipta pape la..
mesti kita nak benda tu ikut cakap kita kan?
So do ALLAH.
He CREATES us and WANT us to follow His order.

Petang tadi...
Aku terlihat kat luar tingkap rumah...
MasyaAllah..hebatnya kuasa Allah...
simple benda yang boleh amik pengajaran dari alam...camne la Allah boleh ciptakan langit ni tanpa sebarang tiang pon....padahal..kalau nak tegakkan rumah pon kena ada tiang...
Subhanallah..hebatnya Engkau ya ALLAh...
itu penilaian dari aku yang hina lagi dina ni la..tak tahula orang lain camne kan...

Last but not least...
Ada satu kata2 dari Ustaz HasrizaL time aku g program yang beliau datang last year.
Actually dia ada cerita something..tapi..panjang lak nak cerita kat sini. Sape2 nak tahu...buzz jela kat ym ye..hoho...

WHAT IS THE PURPOSE OF YOUR LIFE?

Ok..kalau cikgu bagi kita kerja sekolah untuk senaraikan 10 tujuan pokok kelapa atau 10 kebaikan pokok kelapa..camtu la.., mesti laju je kita buatkan...
batang kelapa boleh buat jambatan , isi kelapa boleh makan , tempurung boleh buat baling ayam kat luar reban ayam..(oh..jahat nye sapa yang buat gitu..contoh je ni..)...dan blabla...
But, when it comes to...WHAT IS THE PURPOSE OF YOUR LIFE?
what will be the answer?
apa yang akan kita fikir?....
Sebab time tu pon aku terfikir..aah ek..apa ek tujuan kita diciptakan kat atas muka bumi ni....

So....Lets discover it together...

WHAT IS THE REAL PURPOSE OF YOUR EXISTENCE IN THIS WORLD?
WHAT IS THE REAL PURPOSE OF YOUR LIFE?

Have you listed it?
Tell me if you're done...

Wassalam.... MySpace
(pengajaran untuk aku dan yang di luar sana jugak)....

Kata-Kata Berkata-kata

Bismillah...

Alhamdulillah...
Tamatlah riwayat satu papeR pagi tadi.
Nantikan 8 paper yang bakal berderet2 minggu depan...
Ya Allah..berilah aku dan kawan2ku kemudahan untuk menjawab exam kami nanti, jelmakanlah idea2 bernas untuk kami menjawab atau lebih kepada untuk kami menggoreng soalan2 exam tu nanti. Moga kami menggunakan dunia kami untuk bekalan di akhirat kelak. Hanya kepadaMu kami berserah ya Allah...amiinnn...

Kat sini..aku nak kongsi sesuatu yang aku dapat daripada salah seorang sahabat ku di ym siang tadi.
Thanks to cik A...hoho...semoga Allah memberkatimu dunia,akhirat insyaALlah...

Allah Ta'ala berfirman: "Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah: 155)

Lagi Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya - kerana amat banyaknya."
(Az-Zumar: 10)

Juga Allah Ta'ala berfirman: "Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh."
(As-Syura: 43)

MORAL OF THE STORY

--->Bersabarlah anda ketika ditimpa musibah dan dilimpahkan nikmat2 daripada ALLAH.
Kerana ketika anda dikurniakan limpahan nikmat dariNya, Dia ingin menguji adakah benar ketika itu engkau adalah hambaNya yang benar2 beriman kepadaNya yang sentiasa mensyukuri segala apa nikmat dariNya.
Dan Dia mengurniakan musibah kepada engkau bukan untuk menzalimi engkau atau untuk berlaku tidak adil kepada engkau tapi itu tandaNya Dia sangat menyayangi engkau berbanding mereka yang di alpakan dek nikmatNya.
--->Dan..bersabarlah.
---->Dan...bersabarlah...hehe...sabar la ye labu...

Dan ini daripada kak F...hehe..terima kasih akak.Semoga Allah memberkati akak sentiasa insyaAllah.

"Membaca tulisan sendiri adalah seperti taaruf terhadap dalam diri yang sukar dijiwai sesiapa. Tulisan sendiri adalah kawan yang terlalu benar. Tulisan adalah lebih benar dari lidah dan anggota badan. Anda merasai kehebatan diri, juga kebodohan diri."


Yang ni..emmm..aku pon baca banyak kali baru faham.

So, kalo korang nak faham pon..bacala banyak kali ek.hehe.....sebab aku nak kena study untuk exam next week.


Malam tadi....


Bismillah...

Baru usai berTadarus bersama 3 orang sahabat ku.
Alhamdulillah...
Bertadarus dan bertadabur Surah Al-Fath...( pilihan cik F..yang disokong oleh cik D dan cik A )

Kikkake= asbab= sebab nya kerana salah seorang daripada sahabat ku mengadu berat hati..( tak tahulah berapa berat hati dia..)..hoho...
Lantas...Allah memercikkan idea untuk mengajak sahabat2 ku berTadarus sebentar walaupun dalam kesibukan mentelaah untuk imtihan yang bakal menjelma ini.
Untuk menenangkan hati sahabatku yang mungkin gundah-gulana itu.hehe...
Terima kasih sahabat2 kerana sudi meluangkan masa sebentar ya.

Idea ini pun tercetus selepas ku teringat salah satu dialog dalam Nur Kasih.
Dialog oleh mak Aidil dan Adam.
Ayatnya aku tak berapa ingat la...
bagi sesiapa yang nak tengok cerita Nur Kasih ni..boleh tengok melalui link ini.
Jika tak boleh di situ, di sini pun boleh.

"...mak risau la dengan Nur Amina. Sekarang mak dah tak boleh tidur lena sangat teringatkan dia. Dulu masa dia ada, ada la jugak dia bacakan Quran kat mak dan mak rasa tenang bila nak tidur tu..."

Ye....
memang tak dapat nak disangkal lagi.

"Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang..."

It's just less than second to remember Allah and make our heart calm.

Betapa hebatnya kuasa Allah itu..subhanallah....

Dalam Surah yang kami baca tadi...



"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik ALLAHlah bala tentera langit dan bumi, dan ALLAH Maha Mengetahui , Maha Bijaksana"

(Surah Al-Fath, 48;4)

Kalau dulu...
jika ada yang mengadu kesusahan kepadaku, akan aku pujuk dia sehingga dia tenang. Terima kasih ya Allah atas kelebihan itu.
Ya...atas izin Allah, aku mungkin boleh juga memujuk sahabat aku ini.
Tapi...kali ini..aku mahu membuat sedikit kelainan.
Aku mahu cuba untuk memujuk sahabatku ini dengan ayat2Nya.
Bukan cuba test sejauh manakah kebenaran ayat Jika mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..ayat itu memang tak dapat di sangkal kebenarannya.
Cuma sebelum ini, jika di buat pada hati sendiri, alhamdulillah berkesan.
dan kali ini aku cuba untuk gunakan ayat2 Allah pula untuk memujuk hati hamba2Nya yang lain.

Yela..sebelum ini..kalau memujuk, hanya menggunakan logik2 akal yang entah betul entah tidak. monokok tambah sesuatu yang rasa boleh dijadikan bahan untuk membuahkan kembali senyuman di bibir sahabat tika itu.
Tapi kali ini..
dan mungkin selepas ini..aku akan cuba untuk memujuk sahabat2 ku menggunakan ayat2Nya.
Ketenangan yang diperoleh daripada pujukan logik2 akal itu mungkin bersifat sementara jika nak dibandingkan dengan ketenangan yang diperolah daripada ayat2Nya.

Dalam cerita Nur Kasih tu pon..( hoho..penangan Nur Kasih..sapa tak tengok..rugi taw! )
aku lihat ketika mak Aidil dan Adam tu sedih, tak ada pun Nur Amina pujuk mak mentua dia tu.
Scene 1st sekali yang aku perasan time mak mentua dia kat tangga terduduk sebab sedih teringatkan suami yang baru meninggal. Nur Amina tak ada pun pujuk mak mentua dia..(bukan nak kata dia jahat..)...
sebaliknya dia masuk ke dalam rumah dan terus mengambil Al-Quran dan bacakan di ruang tamu rumah. Begitu juga ketika malam2 di mana mak mentua dia bersedih. Akan dia ambil A-Quran dan bacakan untuk mak mentuanya. untuk hati yang sedang gundah. ( aku tak rasa penulis skrip ni nak tunjukkan yang watak Nur Amina itu tak pandai memujuk secara zahir. Tapi pujukan itu adalah pujukan secara batin atau dalaman , dengan menggunakan ayat2Nya...)

MasyaAllah..memang hati manusia ini bersifat fitrah yang inginkan kebaikan. dan mendambakan ketenangan.

Ya..mungkin orang akan cakap aku terlalu gila menonton cerita itu.
Tapi, aku bukan menontonnya semata2 untuk menghabiskan masa. aku menontonnya kerana aku tahu, banyak pengajaran yang dapat aku ambil dan menjadikan aku seorang yang berfikir akan kekuasaanNya...( nanti2 la kalau nak ulas banyak2 tentang cerita tu ye..)

Berbalik kepada scene tadi...mungkin tak perlu kot untuk kita bersusah-payah mengatur ayat berbunga2 matahari ke...bunga tulip ke...untuk memujuk hati manusia ini.
Cukuplah dengan memperdengarkan ayat2 suci Al-Quran kepada mereka.
Sebab kita ni pun milik Allah dan Allah tahu apa yang hati kita mahukan. Am i rite?

Mungkin...bagi sesetengah keadaan itu lebih memerlukan pujukan secara lahiriah itu.
tapi..apa nak cakap nya...jom kita kembali kepada ayat2 Nya dan cuba memujuk hati2 manusia menggunakan ayat2Nya pula selepas ini. dengan cara yang betulla ye..jangan salah cara lak...kang takut lagi parah lak jadinya..hoho...

Jadi..emmm...aku pun dah ketandusan iDea tibe2 lak..hoho...

Di musim exam ini...si dia banyak dan selalu akan datang pada kita.
Siapa si dia tu?
tak lain tak bukan, cik sYaitan la.
Jadi, berhati-hatilah menjaga hati kalian ye.
Jangan lupa menjenguk Kalamullah walaupun sibuk menjenguk ilmu dunia.

Akhir kata dari saya,



Janganlah terlalu bebankan hatimu dengan kesungguhan hati. Hiburlah dirimu dengan perkara yang ringan dan lucu.
Kerana bila hati terus di paksa dengan memikul bebanan yang berat, maka ia akan menjadi buta.
(Sabda Rasulullah S.A.W)



JAGA HATI.

JAGA IMAN.

HATI-HATI DENGAN HATI.


Wassalam....
p/s : to cik yang berkenaan, da ringan sikit ke hati tu? hikhik..saya ni bukanla pandai memujuk sangat. maaf la ye kalau berat lagi...(..baper kilogram darou nee..?..emm..)



kasTam H1N1

Bismillah...


Tibe2 rasa nak menulis sekejap..
emm...
td..aku telefon kakak aku..sebab rindu gile dengan anak2 buah aku yang chumel2 tu..
huhu...
2 orang anak buah aku still xkenal aku..huhu...
Kakak cerita...abang ipar aku nye bos terkandas kat kastam airport 3 jam akibat kena cek sebab virus H1N1 tu....
huhu...
tetibe2...
terfikir...
camne ek nanti...
kalu terkandas kt kasTam Allah nantiii..
waaaaa...takutnya...nauzubillah...
yang tu..kalau terkandas...
no more turning back da....MySpace

jawapannya paham2 jela...
wohooo...takut2....
jom2...tingkatkan amalan kita sebelum di cek kat kastam Allah nanti...
-study2!men bloG je...MySpace-


Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)