Again...

Bismillah...

I learn it again.
Again and again.
It has came once ago and come back again.

Tanggungjawab
MELEBIHI masa yang ada. (Hasan Al-Banna)

Dahulu...
Aku merasainya kerana aku dipilih oleh makhluk bergelar manusia untuk memegang benda itu.
Sekarang
Aku merasainya kerana aku dipilih untuk Kekasih Sejatiku untuk berada di situ.
Dahulu dan sekarang...
Walaupun kepenatan yang hampir sama dirasai,
Tapi di dalam hati
Jauh berbeza perasaan yang di alami.
Kerna dulu mungkin aku laksanakan kerana manusia yang wujud disekeliling,
manusia yang menawarkan aku amanah itu untuk dipikul.
Tapi sekarang, aku laksanakan tanggungjawab ini kerana aku rasa aku perlu untuk melaksanakannya.

Kerna aku tahu jika tiada diri aku pun,
tanggungjawab ini tetap akan terpikul di bahu siapa saja.
Jadi, aku juga tidak mahu terlepas akan peluang untuk turut sama memikulnya
kerana aku tahu, walaupun kadangkala ia penat,
namun, hadiah yang bakal ku dapat , jauh di sana,
tidak dapat aku gapai kerana ia mungkin terlalu besar.

Sabarlah hati.
Meniti lah hari-hari ini dengan penuh sabar
kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat dirimu.
Kerana mereka yang terdahulu juga pernah merasa apa yang kau rasa.
Jangan kau mengeluh akan ia.
Jangan sekali-kali kau cuba menoleh ke belakang.
Kerana perjalanan itu masih jauh.
Jangan mengeluh.
Jangan sesekali mengeluh!
Yosh!

111107

Bismillah...

Wahai kawan2ku sekalian...(yang berada di Jepun batch 25 RPKJ)...
Sedarkah korang kita dah 2 tahun ambik EJU?...
huhu...
Subhanallah walhamdulillah...
Berlalu sudah 2 tahun keperitan dan kepayahan itu.
Study bagai nak rak untuk mengejar status dapat fly ke jepun...
huhu...

Tapi betulla...
Satu exam yang...boleh membuatkan sesiapa je jadi give up kalau dengar.
EJU: Examination For Entry to Japan University...kot nama panjang dia..kalau salah sori la...

ape nak cter ek sebenarnye...xde pe pon.
nak ucapkan tahniah to those yang da berada di jepun ni..especially batch sendiri yang berjaya meloloskan diri dari EJU yang tak taw nak cakap ape tentangnya tu..
Syukur pada Yang Maha Esa...Terima Kasih ya ALLAH...^_~

Tak lupa juga 2 sahabat saya yang menyambut ulangtahun kelahiran ke21..(lambatnya la korang lahir)..pada hari ini..111109...
Semoga kalian sentiasa diberkati Allah dunia+akhirat insyaAllah...
Semoga bahagia+berjaya dunia+akhirat~
Tak lupa juga, semoga naik tangga satu lagi cepat2...ahaks..><
Dan..
paling penting... Semoga kita semua sentiasa thabat di jalanNya insyaAllah...^_^
Wassalam.


Gambar masa mude-mude dulu...2 orang tu ada dalam ni..carikla kalo terer...^_^


Awan berarak~

Bismillah.

Sharing-is-carinG~~~
so..
wanna share this with u all~

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah
mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan,

kemudian Dia
mengumpulkan kelompok-kelompoknya,


kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis?
Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya
dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya;
lalu
Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya.

Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
(Suran AnNur;24:43)

Ya...
Allah bagi nikmat...
atau ujian..
untuk orang yang Dia kehendaki.
Ada yang tanya...
Kenapa ada orang jahat kat dunia nih?...
Kalau Allah nak, sekelip mata je Dia boleh hitamkan muka2 orang kafir...
TAPI
Allah tak buat macam tu.
Kenapa eK?
Sebab Allah tahu..Dia ada ciptakan manusia lain di dunia ni untuk membimbing yang lain masuk ke jalan yang sebenar. Masuk ke dalam Islam.
Sejajar dengan 2 tujuan utama kita diutuskan di dunia ini.
KHALIFAH! IBADAH!
Namun...di manakah kita?
Jom beriman sebentar dan bermuhasabah.
Wallahualam.
Wassalam.

^_~

Jalan ini jalan jauh.
Matlamat akhir itu hakiki.
Mencapainya memerlukan kesabaran dan ketekunan.
Ujian ialah kayu ukur iman.
Tinggi rendah iman diukur daripada natijah di akhir ujian.
Tetaplah tsabat.
JanjiNya pasti.

Andai seisi dunia membencimu, ingatlah yang Allah tetap menyayangimu~

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)