Lewat petang itu...

Bismillah.

Serasa lama benar tak menulis di blog ini..
huhu..
habis labah2 buat sarang sampai beranakpinak..hoho...
banyak je sebenarnya idea nak dikongsikan
cumanya..masa terlalu mengekang..(ke sekadar alasan? wallahualam.)

Before start engine..cewaahh...
wanna say to all Muslim in the world...
SALAM MAAL HIJRAH...
semoga kesalahan yang lalu kita teladani dan tahun yang bakal mendatang penuh dengan rahmah dan barakah dari ALLAH Yang Maha Esa insyaAllah...

************************************************************************************************************

"nikki..nikki...ima no bekyou ha dou datta?"
[nikki..nikki..bagaimana dengan study sekarang?]

"emm..dandan muzukashikunatteruyo~~~"
[emm....makin lama makin susah~~~]

Kala aku khusyuk memprint bahan di international office di university, tiba2 datang menyapa seorang kenalan Monggol ku , cik M...
(huhu..teringat Khulagu Khan yang pernah buang buku di Baitulhikmah kat Baghdad dulu)
...setelah sekian lama kami tidak bertemu kerana masing-masing di fakulti yang berlainan.
Sebenarnya ada lagi 2 orang kenalan dari monggol yang aku kenal ; cik M jugak dan cik S. cik A tak berapa rapat sangat.
Dengan 3 orang ni la, teman aku masa duduk kat hostel dulu.huhu.. kawan senegara sejantina tak de, nak buat camne..hehe..(xpe2..still boleh survive alhamdulillah)

Sambung balik...
dia datang..bertanyakan camne dengan study aku sekarang.
Kelihatan sesuatu yang runsing di kepala dia.
Dia bertanya mengenai result exam aku yang lepas...(wat malu je jawab sebab ada repeat paper..huhuii)

Pueh la aku pujuk agar dia tenang sebab dia cakap di kalangan student monggol kat situ, dia la yang paling teruk resultnya. wallahualam. dia la yang cakap.
Aku tenangkan dia..

"xpe...ada lagi kan 2 tahun..kita usaha la lagi ek..."

Tiba-tiba...jengjeng..
tak semena-mena, tiba2 dia bertanyakan soalan yang memang aku tak expect dia akan tanya.

"Agama yang awak anuti camne ek?"
[soryla tak tulis dalam jepun nye bahasa. tak larat nak translate..]

gulp...alahai...dengan nihongo=bahasa jepun yang dah berkarat dalam otak ni...puas la aku berkira-kira camne nak jawab...

"Kami sebagai orang Islam, percaya pada Tuhan yang satu..iaitu Allah dalam sebutan bahasa melayu nya. Ara- (アラー) dalam bahasa jepunnya..."

Dia pun lantas menyebut Allah jugak...for both language..hoho..fasih lak sebut Allah dalam bahasa melayu..keke...

Pastu, dia ada tanya lagi soalan tapi tak hengat apa tapi jawapannya aku jawab,

" dalam Islam, kami tak boleh minum arak, makan daging , daging di jepun la sebab cara binatang dibunuh/dikorbankan/disembelih lain.."

"oh ye? kenapa?"

nihongo menjadi makin berterabur...rasa macam bersepai2 je atas lantai time tu..huhu...habis campur bi dengan nihongo. amik ko..pengajarannya, even tak bercakap nihongo hari2 pun, kena gak praktis untuk waktu2 kecemasan seperti ini...hoho...

"daging tu sebab kami ada cara sembelih sendiri dalam Islam. kena guna pisau tajam blablabla...
arak tu pulak..saya rasa semua orang taw bad effects nye, tapi kenapa masih minum ek?"

Aku tanya dia balik..hehe...

"emm..minum sebab dengan minum arak tu dapat melapangkan hati (心が広がるdatte) , daripada diam, lepas minum arak dapat bergurau senda dengan kawan, bukak hati bergembira. Lagi satu..sebab nak hilangkan tension kan...lepas minum, tak de la ingat sangat masalah yang menimpa.."

Macam tu la lebih kurang jawapannya...sebelum tu, nak tanya antunna, agak2 la kan, bertuah tak kita berada dalam nafas Islam ni?
Ok.sambung.

"emm..tentang apa yang awak tanya saya tadi kan..kenapa tak minum arak..
sebab bad effect die la...sebab awak pun ada kata tadi, dan saya rasa semua orang tahu, lepas minum arak tu, kepala jadi tak betul dan akan buat benda2 yang diluar kawalan kan? ( dia ada bagitahu gak tadi)
jadi, kenapa mesti minum jugak kan?
emm...saya tak minum sebab haram. sebab dalam Islam kata arak tu memudaratkan dan banyak lagi kesan buruk dia. macam yang awak kata tadi la..
Lagipun saya rasa, banyak lagi cara untuk menenangkan hati selain dari minum arak..."

Hoho..maen belasah je cakap dengan dia. tapi dia cam sedang berfikir dan macam setuju la apa aku cakap...haha..tapi betulla kan..
Tapikan...
Sebagai Muslim, walaupun kita tak minum arak (sebab da taw arak itu haram), tapi kalau tengok orang2 sekeliling kita, kalau tension je, pergi berkaraoke untuk hilangkan tension, pergi merempit ke....pergi shopping pun ada..(hoh!terasa saya!)
tak rasa serupa je ke dua-dua tu? walalupun yang membezakan adalah halal dan haram.
tapi dua-dua tu benda yang sia-sia.
Astaghfirullah al azim..

Ok sambung lagi...

"Awak pernah taw Quran?"

Aduh..dia tak taw la pulak..puas la menggagau dictionary carik Quran dalam nihongo. haha.

"Kalau orang christian, mereka ada bible kan?
Kalau dalam Islam, kami ada Quran."

"oh ye?..."

"unn..dalam Quran, ada satu phrase taw..mengatakan...Kalau kita ingat ALLAH, hati kita akan menjadi tenang. "


"Betulke?
Memang jadi gitu ke? walaupun waktu tension ke...result tak ok ke..."

Aku dengan yakinnya...

"Haah...tenang..jika ingat Allah"

Dia macam terpegun..huhu..kot la..tataw la kalau aku je yang terperasan dia gitu.
Dia semacam berfikir.

"Ada ek macam tu?...saya tertanya2 kalau saya mampu jadi macam nikki..."

Hoho...guano la aku nak cucuk minah ni...tak reti sangat sebenarnya..huhu...

"Bestnya nikki percaya kat ALLAH...saya paling percayakan mak saya. Kat sini, mampu percayakan diri sendiri jela.."

"em...ye..memang saya percayakan ALLAH dan mak saya. tapi, jika dibandingkan keduanya, saya lebih sayangkan ALLAH daripada mak saya. sebab ibu kan manusia juga, akan mati satu hari nanti. "

Jangan salah faham ye. ayat di atas tidak bermaksud aku tak sayang mak aku...aku bagi dia berfikir.
Dia tanya lagi.

"Kalau ada orang tulis/cakap sesuatu yang buruk tentang Islam, nikki marah tak?"

Wah...brainstorming carik ayat.

"Kalau ada orang kutuk/cakap tak baik tentang orang yang awak sayang, awak marah tak?
Mestilah marah kan? Macam tu la saya. Kalau ada orang cakap tak elok tentang orang yang saya sayang, mestilah saya marah. Marah itu pasti. Cuma, dalam Islam, kami di ajar untuk menjadi contoh yang baik dan mengajak orang ke jalan kebaikan. "

Tak tahu la dia faham ke tak apa yang aku nak sampaikan. Tapi dia angguk. Kalau sikit pun, aku doakan dia fahamla. huhu..

"Kalau awak minum arak jugakla katakan, atau buat benda yang ALLAH tak bagi, nanti ALLAH marah tak?"

[Harapnya antunna faham dialog yang aku cuba sampaikan sebab memang aku jawab kat dia lebih kurang macam apa yang aku tulis ni]

"Saya bagi satu contoh.
Misal kata, kita cipta robot. kita nak robot tu membantu kita dalam daily life kita. basuh baju, masak ke, tapi satu hari, robot tu tak nak buat apa yang kita suruh, kita marah tak?
Macam tu la ALLAH. Dia yang ciptakan kita. So, kalau kita tak buat apa yang Dia suruh, mestilah Dia marah kan?..."

Dia mengangguk tanda dapat bersetuju dengan apa yang aku katakan.
Tatawlah jawapan yang aku berikan itu mampu menyejukkan hati dia yang kelihatan sangat bimbang mengenai studynya.
Aku sendiri pun tak tahu, kenapa kadang2 hadir rasa tenang itu walaupun diri dilanda ombak bergunung tinggi...mungkinkah kerana adanya ALLAH? wallahualam...
ALLAH sahaja mengetahuinya.

Mengikutnya, dia ada ambil satu kuliah yang ada kaitan dengan culture jepun kalau tak silap dan tertanya2 la camne aku sebagai seorang orang Islam dan terasa nak tahu. begitu juga nak tahu tentang kawan2 dia yang agama lain.
Ada la lagi perbualan dia dengan aku. cuma..aku terasa nak kongsikan apa yang dah aku tulis kat atas tu.

************************************************************************************************************

Kadang2 kita tak perasan kan..ramai sangat orang yang nak tahu tentang agama kita ISLAM tapi apa yang telah kita buat?
Bersenang lenang duduk goyang kaki tanpa cuba menyampaikan syahadah yang telah kita ucapkan setiap kali solat, tanpa cuba mengerti erti syahadah itu sedalam2nya agar kelak, jika disoal ALLAH, kita mampu menjawab di hadapanNya...

Ya..aku memang terpempan kala cik M datang mendekati aku bertanyakan tentang Islam sebab aku sendiri tidak bersedia dengan jawapan atas segala soalannya.
Sebenarnya, banyak je lagi soalan dia yang ditanya. huhu..nak taw..meh hantar ym kat aku..hehe..
tapi..takkan nak tunggu di soal, baru nak sediakan jawapan? ala2 dalam exam.
renung2kanlah~

Jika cik M adalah salah seorang mereka yang mahu mengetahui tentang ISLAM, maka tak mustahil ada berjuta2 orang seperti M yang masih tidak mengetahui malah tidak pernah mendengar mengenai ISLAM, agama yang suci ini.
Di manakah umat ISLAM sekarang?
di kompleks membeli belah? di depan televisyen? di pusat permainan?
Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah.
Hindarkan aku dan umat ISLAM yang lain daripada menjadi sebahagian daripada itu ya ALLAH.
Dan..yang paling aku tersentak tanpa aku sedar...kala aku berborak dengan si M lewat petang itu, rupa2nya tinggal beberapa minit lagi untuk memasuki tahun Hijrah yang baru.
Subhanallah...
Allah berikan aku kesempatan menyampaikan sedikit daripada ilmuNya, menyeru manusia ke arah Islam tanpa aku sendiri sedar di akhir tahun 1430H.
Terima kasih ya ALLAH.

Wallahualam.
Cerita di atas adalah cerita benar. peace!
Wassalam.

4 comments:

yellowrose December 18, 2009 at 11:01 AM  

satu perkongsian yg hebat...nik pun hebat nye jawab soklan2 tuh....

kEy.eLL December 19, 2009 at 8:15 AM  

btol2,,slalu gak trkial bile dorg tnyer soalan psl islam..huhu..

:::cebisanhatiku::: December 20, 2009 at 6:45 AM  

to yellow rose:
hoho..bese2 aja..rase cm ganas lak jawapan2 tu kalo direka menjadi ayat..hoho..
tapi betul..memang terkedu..sebab dah lama orang xtanya gitu..huhu..

:::cebisanhatiku::: December 20, 2009 at 6:45 AM  

to cik keyell:
korekara kita kena get ready ni dengan jawapan utk segala kemungkinan soalan yg timbul ni...
menyampaikan syahadah yang telah dilafazkan tiap hari tu...wohoo..~~~

Pages

"Dan ingatlah ketika suatu umat daripada mereka
berkata.
"Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau di azab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-'Araf,7:164)